Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 9, 2010

Istidraj : Manusia Jahat Tapi Masih Diberi Nikmat

Tajuk mak ai.. bersempena dengan hari Jumaat kan
harus la ade ala2 tazkirah sikit

[agak panjang tapi aku harap korang baca la sampai habis ye..]

Buat bebudak opisku, korang tahu kan sape yang aku maksudkan.. kan?? kan??

Topik kali ni memang sesuai sangat aku tujukan untuk orang tu

Member2 opis pernah tanya, "Kenapa kadang kala kita lihat seseorang insan tu sentiasa dapat kegembiraan seperti naik pangkat, kemewahan berganda-ganda, murah rezeki, dan tak pulak ditimpa bala sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?"

Jawapan kepada persoalan tadi tu aku jumpa dalam satu artikel ni, katanya, ada kala sesuatu anugerah Allah SWT kepada seseorang individu itu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambaNya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.

Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Allah.

Ada juga member yang berkata, kenapa kadang-kadang kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah pernah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dapat apa yang diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Allah. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas itu kita taksub dan lupa untuk bersyukur pada yang Esa.

Dapat artikel ni dari seorang rakan. Memang tersangat releven dengan topik di atas. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita daripada timbangan dosa di Padang Mahsyar nanti,. Insya-Allah.



APAKAH DIA ISTIDRAJ??

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian  itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasulullah SAW bersabda, "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah  diistidraj oleh Allah SWT" (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah sayang dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka, sedangkan kalau kita hendak dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasulullah dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana pula dengan orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain? Tapi hidup mereka biasa sahaja. Ada juga yang susah. Kenapa? 

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, boleh hidup kaya dan mewah? Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga. Kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! [Sungguh sombong dan takburnya mereka ini].

Rasulullah naik ke langit pun bertemu Allah pun tak sombong. Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehingga semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun  tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusuf dan semerdu suara Nabi Daud pun, mereka tidak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasakan Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu nak beli, sedangkan aku ke kelab malam pun naik kereta mewah. Tak payah beribadat pun rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat, tentu boleh kaya macam aku, " katanya sombong.

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasulullah bersabda, "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul Al Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya  Allah berikan dia sayap. Lalu bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadii kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tidak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak. Orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu angkuh dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jika kalau kita kaya jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya akhirnya binasa juga.

Jadi jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya??

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah, kita katakan dia itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang menggunakan nikmatnya untuk kebajikan , untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita hendak.

Tujuan hidup kita adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.


Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur akan nikmat kurniaanNya. Dia akan menggunakan pemberian itu ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperoleh itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari kerdhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu'alam...

** Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang2 yang diistidrajkan Allah..

2 comments:

Sari said...

tahniah..memang bagus tazkirah hari ini.. :) bermanfaat..saling ingat mengingati..

Queen said...

amiin...

betul2..saya setuju 100%