Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label inteviu. Show all posts
Showing posts with label inteviu. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

Inteviu semalam

Selalu kalau aku pi attend inteviu sure aku tulis kat kompeni mana aku inteviu kan. Tapi kali ni maleh la nak tulis. Biarlah rahsia..keh..keh..keh..

Semalam kebetulan aku cuti sebab nak daftar Yaya sekolah [tadika 6 tahun]. Walopun sekolah yang sama dengan tahun lepas tapi bab2 pendaftaran takkan nak suruh Cik Zul pulak yang uruskan ye dak?? So kami laki bini pun cuti la dengan alasan yang sama. Sebelum Krismas hari tu aku dapat call dari satu kompeni ni. Dia cakap tak boleh nak conduct inteviu sebelum New Year sebab bos2 semua becuti. So dia fixed on 3/1/11 [semalam la tu], & aku pulak mintak buat lepas lunch sebab pagi nak berbizian kat tadika Yaya.

Pagi sampai ke tengahhari aku menunggu jugak call dari kompeni tu tapi takde. Aku cam frust le jugak sebab dia tak call aku untuk konfem inteviu. Aku pulak nak call, no telefon opis tu ade kat opis aku lak tu. So pasrah je le. Rasanya macam inteviu tu tak jadi.

Kul 2.30 someone dari opis tu baru call tanya sama ada aku  jadi tak nak attend tu. Aku cakap pada dia ingatkan tak jadi so aku memang tak keluar rumah lagi [Yang sebenarnya tak siap satu haram pun]. Pastu dia tanya nak datang ke tidak. Aku jawab boleh datang tapi akan lewat la sikit. Katanya lewat pun takpe. So, aku bagitau la hasben aku. Laki aku cam dah bengang dah [Aik... macam tak bagi pegi jer]. Tapi aku diam je, terus gi siap. [Dia dah janji nak hantar aku sebab aku tak tahu area belah2 opis tu ---> kalau sesat pun sesat berdua ye dak??]


Akhirnya sampai juga ke sana [walopun ade sesat sikit la]. Sama jugak la perjalanannya dengan opis sekarang. Lebih kurang 1 jam jugak la dari rumah. Inteviu tu pun jadinya lewat sejam dari asalnya. Aku inteviu pukul 4 petang weh.. Dah le kena inteviu dengan 3 orang big bos. Gabra jugak la sampai sejuk2 tangan aku. Walopun depa bos tapi tersangat la friendlynya. Aku suka tu tapi kenot judge the book by its cover kan?? Dibuatnya perangai sama lebey kurang dengan bos sekarang tak ke naya? [Baru nak lari dari mulut buaya, masuk mulut rimau pulak] HAISH!!!! <--- Nauzubillah [korang doakan aku yer!!]

Dalam inteviu tu ok la. Bos pompuan tu ade ala2 muka si Nita [Malaysian Idol dulu tu]. Senyum je & depa semua tak expect banyak dari aku sebab katanya apa yang akan aku buat kat sana akan jadi benda baru untuk aku & learning process untuk aku. Bagus kan bos cenggitu?? Tak sampai setengah jam lepas aku balik, dapat call dari opis tu. Guess what,  AKU DAPAT KEJE TU!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah sangat2. Semacam yang aku hajatkan selama ni [bebas dari kompeni sekarang]. Maybe ini lah masanya & rezeki aku. Permulaan yang cerah untuk 2011. Lepas diskas dengan hasben dia pun suruh aku terima je. Gaji pun ade lebih sikit la dari sekarang. Sekarang aku boleh senyum riang selama 1 bulan ini.. Tak sabar nak keje esok sebab aku nak hantar surat resign...Yiha..yiha... 

Tuesday, December 7, 2010

Interviu | Ficra Nova Sdn Bhd

Semalam aku gi inteviu kat satu kompeni IT ni.. FICRA NOVA SN BHD
Aku baru je submit application pagi Jumaat lepas kat Jobstreet
tup2 petang tu dia call aku suh attend inteviu hari Isnin [semalam la tu].

Lokasinya dekat Danau Kota je
Aku dah le tak familiar dengan area sana
so lepas tanya direction bagai, aku pi gamble je la ke sana
sonang je rupanya jalan nak pegi sana
jalan pun tak jem [maybe sebab ramai orang cuti sempena Maal Hijrah kot]
Alhamdulillah aku sampai jugak ke sana dengan selamatnya.. hehehehe


 Opisnya kat area sini la.. Platinum Walk  [fes time aku sampai sini]


Opis kompeni kat tingkat 3, so kena naik lif lor.. Sampai2 je tekan loceng, bagi salam nak jumpa dengan XX, so duduk kejap. Pastu si XX datang ambik resume aku & suh aku isi borang.. Eh, lupa lak nak cakap, masuk je opis ni kena bukak kasut tau. Memang bersih la opis tu. Pastu environment dalamnya silent jer... [Cam boring skit lak environment dalam tu]


Banyak jugak mukasurat nak kena isi. Itu baru nak apply keje. 
[Takkan tak leh tengok je kat resume aku tuh???.. Penat aku mengarang.]


 Dah siap isi borang, aku tunggu je la budak tu panggil. Ni aku snap skit gambo dalam opis tu. Terglamer la budak tudung biru tu ...Nasib ko la... Aku kalau bab tunggu menunggu ni menyebabkan aku jadi mengantuk. Berapa kali duk menguap dalam tu. Sib baik la kat meja aku duduk tu ade katalog apebenda tah. So belek je la katalog tu 2-3 kali.. 

Tak lama pastu baru dia suh aku masuk bilik untuk inteviu. Alahai.... bosnya yang inteviu aku tu pun muda lagi. Ade la baya2 aku kot. Tah apa2 dia tanya & aku main taram je jawab. Heheheh.. Nasib la sape suh tak study before inteviu.. Tetiba terasa bunguks diri aku ni weiii. Well, aku bukan tak reti menda yang dia tanya tu, tapi disebabkan aku dah lama tak apply mende2 tu semua [cost accounting] so mana la aku nak ingat lagi kan.. Selama aku keje pun semua bidang aku buat tu tak melibatkan sangat kos accounting. Aku kan keje service sector, so tak de la pulak buat akaun by project la, work in progress la, kos barang dijual la. bla..bla.bla... boring!!!

Kesimpulannya, aku rasa memang aku takkan dapat keje tu..Kalau dia panggil aku jugak memang dia tu mereng ke bengong ke apa.. Wahahahah! Tapi kan, at least bertambah gak le pengalaman inteviu aku kan. Lagi satu, bertambah la jugak modal untuk aku berblog hari ni ye dak??? 

Saturday, October 9, 2010

Interview | Tech Outlook Sdn Bhd

Tajuk yang secara terang-terangan sungguh...
Dah 3 hari aku tak buat entry blog ni
walaupun takde yang komplen kenapa takde entry baru
aku sendiri rasa aku sudah meng"anak tiri" kan blog ni.

Hari Rabu lepas adik babysitter aku kata ada vacancy kat kilang tempat dia kerja
pastu dia suruh aku attend inteview hari Khamis
tapi aku cakap aku tak apply cuti & aku ade benda urgent nak handle
so aku mintak pospon sampai Jumaat

Bila dah konfrm inteview hari Jumaat
aku & hubby pi la ronda tempat aku nak inteviu tu
takut la nanti aku sesat larat pulak kan
dah le tak familiar area2 sana

Lupa nak habaq, kilang tu namanya TECH OUTLOOK SDN BHD
kilangnya dekat dengan SIRIM kat area Rasa
[sape tak tau area Rasa tu kat mana boleh refer kat Makcik Rehan]
petang tu jugak adik babysitter aku bawak balik borang suh aku isi.

Pepagi Jumat selepas hantar anak2 ke rumah Cik Besah & babysitter
aku pun baru la nak isi borang permohonan

[Aku apply half day pagi Jumaat tu]
Inteviu  start kul 9 pagi
dalam kul 8.40 pg aku pun gerak la ke sana
[tempat tu dengan rumah aku tak de jauh mana.. ada la dalam 15 minit]

Sampai sana lagi 5 minit kul 9
bagitau guard tu yang aku ade inteviu
dah le guard  Myanmar tu tak paham apa aku cakap
sib baik la ko hensem so dimaafkan walaupun ko sebut tah apa2 nama aku.
Dah dapat green light, dia bagi aku pas masuk pastu suh aku gi office.

Sampai kat office, orang yang suppose inteviu aku tu gi bekfes lak
so kena la tunggu kejap
sambil aku menunggu tu Account Exec yang nak berenti tu inteviu la aku
nama budak tu AMY.. baik & helpful
banyak la hal ehwal akaun yang aku korek dari dia
 -kat bilik ni la inteviu tu-

lepas habis sembang dengan dia aku kena inteviu dengan GM lak
namanya MR HOR.. pun baik jugak
sekali sembang cam Patrick Teoh lak!
sembang punya sembang dah sampai kul 10.30 
so dia cakap dia kena discuss dengan MD dulu dama ada nak ambik aku ke tak
[Cara sembang dengan dia tu macam ade harapan dapat la..]

Before aku blah, aku kena try UBS sistem yang diaorang guna
dalam CV beria aku cakap aku familiar dengan sistem tu
[walhal kat opis sekarang ni teramat jarang menyentuh sistem tu walaupun dah instal tahun lepas]
so aku main agak2 mana yang aku ingat je le
kantoi la jugak dengan budak Amy tu tapi lantak la...
[tapi dia kata aku pass... hehehe.. dia tak tahu betapa gabranya aku!]

Lepas balik dari Rasa, terus pecut gi Wangsa Maju 
disebabkan masa banyak lagi [nak masuk kul 2 ptg tapi dah sampai sana kul 11.30]
aku pun jumpa la member lama kat Carrefour
biasa la kalau berjumpa macam2 cerita la kan
sambil tu kitaorang layan la Sizzling Mee kat sana [lagi pulak aku tak brekfes pagi tadi]


Dah cukup time aku pun masuk opis
[Kalau  tak disebabkan ade cek urgent yang tak sampai2, tak kuaser aku nak datang keje]
Petang masa aku ambil Adib kat rumah babysitter
adik dia ada kat sana [baru balik keje gamaknya]
dia bagi tau aku yang budak Amy tu ngan GM tu memang nak sangat ambik aku
[desperate la kot sebab budak Amy tu last day hari tu so suppose aku akan ganti tempat dia]
tapi katanya lepas GM discuss dengan MD, MD tak nak sebab..........
dia nak Chinese jugak  <---- typical answer kan???
katanya si MD dengan wife dia[director jugak]  memang tak fasih dalam BM & BI
so dia prefer cakap dalam Chinese kot
[whatever la.....lagipun aku pun tak berapa berharap kerja kat sana..]

Antara faktor2 yang menyebabkan aku tak terasa nak keje kat sana:
  • Annual leave sikit <--- 8 hari jer??? Kompeni sekarang pun boleh bagi 14 hari kalau baru masuk 
  • Perjalanan ke arah ulu2 banat ni memang memboringkan bagi orang yang dah biase dok keje kat pekan metropolitan macam aku... macam takde life la kat sana
  • Kilang tu pulak  first impressionnya pun dah cam tak best ... tak menarik la dia punya susun atur dalam opis tu. Punya la semak...
 kat sini la reception, kat situ jugak la opis.. kat belakang tu la bilik account dept [terpaksa curi2 tangkap gambo ni]
  • Aku tak minat keje kat kilang ni sebab aku rasa terkongkong [sebab dah biasa bebas kat tempat sekarang]
  • Banyak didominasi oleh cina.. [sebab sekarang banyakdah biasa dengan  melayu kat opis] <---ade unsur racist ke aku??

Mungkin ade hikmahnya aku tak dapat keje tu. Walaupun punah harapan sebab azam 2010 aku masih tak tercapai tapi berfikir positif je la.. Maybe itu bukan yang terbaik untuk aku kan??? Allah lebih mengetahui kan?? Pasrah je le..