Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Thursday, May 17, 2018

KENDURI KAHWIN SEPUPU

Masya-Allah punya la lama tak buat entry
Entry ni pulak dah lama dok buat tapi tah pesal tak publish2..
Takpe.. walopun entry basi akan ku publish juga hari ni
Baidewei, apa2 pun aku nak wish dulu Selamat berpuasa kepada korang semua
[Hari ni kan 1 Ramadhan uolssss]

Ekceli kenduri kahwin sepupu aku ni masa awal bulan April haritu
Dah lama beno tak pergi kenduri kahwin rasanya
Nak2 pulak kalau kenduri saudara mara sendiri
Dulu2 masa muda2 tak suka pergi kenduri
Tapi dah tua2 ni masa kenduri kahwin ni la masa kita dapat jumpa sedara mara yang lain kan



Sepupu aku ni adalah anak kepada adik mak aku yang bongsu
Diaorang duduk kat Sutera Damansara
Tapi kenduri kahwinnya buat di Paya Jaras 
Memandangkan aku ni aku ni agak dekat, so sangat la tak wajar kalau tak pergi kan
Lagipun mak aku dah wakilkan aku pergi kenduri tu
Mak aku masa tu ada kat Jepun.. pi trip dengan kengkawan dia


Aku pergi agak lewat le.. malas nak pi awal2
Dalam kul 12.30 tgh baru aku bertolak
Masa sampai jam dah pukul 1.30.. elok2 je la pengantin pun baru sampai
Itupun adik aku yang update kat whatsapp
Gambar2 pun dapat dari group whatsapp je
Aku ni mana sempat nak tangkap gambar.. kiri kanan dok pegang anak je
Nasib la Aleeya ikut.. boleh la tolong2 tengok adik2.

Sindrom remaja sekarang... kalau nak tangkap gambar dengan parent asyik je taknak.. cuba kalau dengan kengkawan dia..huh!

Budak ni pulak sentiasa je jari di mulut...sabo je le.


Dewan agak luas & orang pun tak berapa ramai
so selesa la nak makan minum
Sedara mara aku pun tak ramai yang datang.. memasing ada hal kot
Yang aku sempat jumpa cuma keluarga Pak Ngah & Pak Lang aku je

Pelamin untuk pengantin..


Pengantin dah bersanding di pelaminan..


Aku duduk pun tak lama... anak2 dah merengek nak balik
Rasanya tak sampai le sejam pun kat kenduri tu
Sembang kejap2 dengan sepupu2 aku yang lain, adik aku yang Ateh pun ada datang.. sembang kejap je le sebab diaorang pun dah nak balik. Nak pulak diaorang dah datang awal dah. Tapi sebelum balik sempat la gi tangkap gambar dengan pengantin

Ni je sekeping gambo yang ada.. Aleeya la yang jadi photographer
Sebab dia tak suka bergambar, bior dia yang tangkap gambar..


Selamat pengantin baru untuk sepupuku
Selamat menempuh asam garam berumahtangga
dan semoga berbahagia hingga ke jannah






Wednesday, March 14, 2018

14TH ANNIVERSARY



HAPPY ANNIVERSARY, ABANG
I LOVE YOU..




Hari ni anniversary kami yang ke 14
Tu je nak kabo kat korang..hahahahaha...
ok bai!









Friday, May 12, 2017

KENDURI

Kebetulan masa kami balik Ipoh hari tu
Besan mak aku buat kenduri kahwin anak dia
[kiranya adik ipor adik  aku la yang kahwin]
Mak tak pi sebab mak masih dalam edah
so dia wakilkan kami pergi

Ni first time nak gi kenduri kahwin tanpa suami
Nasib la ada adik bongsu aku ikut sekali
At least ada la yang nak tolong monitor the kekeciks
Harap2 deme idak le mengaruk kat sana

Ok memula tu cam ada mengaruk sikit la
Especially si Jasmin.. nak suruh berdukung
Tapi lepas duduk dia ok sikit
dapat pulak doorgift & coklat, so ok la dia sikit
Senang la mamanya nak gi senduk makanan....hahahaha

Dah le tu, Amira & Jasmin masing2 nak pinggan asing
Taknak share2.. so kena la aku ambik 2 pinggan
Pastu nak suruh aku suap pulak
Kiri kanan la mamanya menyuap anak
Kadang2 suap mulut mamanya sendiri
Hahahaha... bila anak tak habis makan mamanya suap ke mulut sendiri
Udah sampai 2 pinggan mamanya makan
[patut la gemuk mamanya tu! 😖]


Masa ni dah nak balik dah...
Amira suka la main benda jurai2 bling2 kat belakang tu



Gambar pengantin tak dan nak tangkap
Sebabnya mamanya tengah sibuk suap nasi 😅


Aleeya ni dah nak sama besar dengan maksu dia
Boleh la pinjam baju maksu..



Aku beria packing baju kurung anak
sekali baju mak tak bawa
Maka talian hayat yang ada... baju kurung mak la
Nasib la satu saiz dengan mak...hehehehehe


Sebab tak puas hati gambar Adib tak lawa kat gambar atas
Aku suruh dia selfie sekali lagi
Baru la👍👍

Tapi muka mamanya pucat lesi sebab tak pakai mekap
Sebabnya tak bawa balik mekap pun
Pakai la bedak baby je..
[Itupun nasib ada dalam henbeg]



Nasib la kenduri dalam dewan berekon
Idak le lecak ketiak mak!




Tuesday, March 14, 2017

ANNIVERSARY KE-13

14.03.2017

Kalau suami aku masih hidup
Kami akan celebrate anniversary perkahwinan kami yang ke 13 hari ini
Tapi dah tertulis takdir kami hanya setakat 12 tahun sahaja. 
Kiranya sempat sambut anniversary  takat 12 kali je...
Alhamdulillah di atas kesempatan yang Allah berikan
Ada orang belum lagi pernah merasa ulangtahun perkahwinan pun ye dak???

Pagi2 hari dah syahdu aku ni
Pepagi dah menatap gambar kahwin aku dolu2
dok letak atas meja mekap kat bilik aku
Macam orang bodoh lak aku dok wish happy anniversary kat gambar tu
Tapi nak buat cemana... itu je yang aku ada...


SELAMAT HARI KITA, ABANG
Walaupun Abang dah takde, tapi KITA masih ada
sebab abang masih ada dalam hati ini..😚





Wednesday, March 1, 2017

MARCH 2017

Hari makin menganjak lalu
Semakin jauh kau tinggalkan aku

Dah masuk bulan Mac dah kita ye
Kami sepatutnya sambut anniversary kami yang ke-13 bulan ni
Birthday Amira pun bulan ni juga 😮



Its been 277 days already...😢

Wednesday, March 30, 2016

DUIT HANTARAN

Ini takde kena mengena dengan 15K okeh...
hasben ai bayo full dulu tau...hehehehe

Saja semalam tengok album kahwin 
ternampak pulak gambar wang hantaran masa kami kahwin dulu
Zaman aku kahwin dulu takde lagi digital2 kamera ni
Semua pakai filem/kodak
So gambar dari album je le ada...
Dah 12 tahun punya cerita...

Tu dia.. siap dalam frame
sebab duit hantaran aku guna cek je
Sebabnya risau nak usung duit cash banyak2
maklum le perjalanan jauh kan



Bunga tu hanya perhiasan
prop kekdahnya..hahaha


Hantaran aku dulu idak le mahal sangat  berbanding dengan zaman sekarang
Sekadar yang termampu disediakan oleh pihak suami je
Hantaran ni harus dipersetujui oleh dua2 belah pihak ye dak
Lagipun hantaran bukan le jadi hak isteri pun
Maskahwin/mahar je jadi hak isteri

Maskahwin aku dulu pun idak le mahal sampai beribu2
Cukup la aku buat beli gelang kaki dulu
[dulu emas pun tak mahal cam sekarang]
Asalkan suami idak rasa terbeban, udah le...


** Duit hantaran aku dulu tu memang ngam2 bayo duit katering je..hehehe



Monday, March 14, 2016

HARI KAMI

Alhamdulilah
Hari ini genap 12 tahun usia perkahwinan aku dengan en suami
Eh..eh.. dah 12 tahun???? Lamanya...




Semoga dengan ulangtahun pernikahan kami ini
Allah sentiasa memberkati kehidupan kami di dunia & akhirat
Mengurniakan kami rezeki & hidayah yang berpanjangan
Dan memelihara kami agar sentiasa berada dalam redha Allah
AMIN!



Ni je gambar berdua yang agak latest
Ni pun gambar tahun lepas
[punya la lama tak bergambar sama..hahahaha]




Saturday, March 14, 2015

14-03-2015 ---> ITS OUR 11TH ANNIVERSARY

Alhamdulillah
Masih dipanjangkan umur & jodoh dengan suami terchenta
11 tahun dah kawen oi....

Tak tahu le hasben aku ingat ke idak tarikh ni kan
Ye la... orang laki jarang nak ingat tarikh2 ni kan
Ingat birthday sendiri pun dah mujur kot
Itupun sebab nak kena renew lesen memandu kan...



Something special on our anniversary

Jenuh aku buat video ni tau
Ala.. slideshow je pun kan...
POYO je...

Just a simple wish 
HAPPY ANNIVERSARY, HUBBY!!

Friday, March 14, 2014

14.03.14 -- GENAP 10 TAHUN!

Alhamdulillah....
Masih dipanjangkan usia dan jodoh hingga ke hari ini
Pejam celik dah 10 tahun kami bergelar suami isteri

14.03.2004 ---> Hari penyerahan tanggungjawab dari abah kepada si menantu


Penyerahan maskahwin...


Dan bersanding pada hari yang sama



Semoga jodoh kami akan berkekalan hingga ke jannah
AMIN...

Thursday, March 14, 2013

BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

Setiap yang berlaku PASTI ada hikmahnya
Cuma kita yang tak tahu
Dan setiap sesuatu bukannya secara kebetulan tapi dah ditentukan
Lagipun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita

Hari ni adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke-9 tahun
Hari ni jugak, aku ada cek up kali terakhir di KD Batang Kali
[Kena scan bagai sebab dah overdue kan.. tapi semuanya dalam keadaan baik]
Hari ni jugak, benda yang aku tunggu2 & cuba settlekan  dari bulan 2 haritu  dah diperolehi
[office matters la.. tapi  plus dengan good news yang tak disangka2]
Alhamdulillah atas semuanya... 
Memang nak tunggu semua ni settle baru aku boleh beranak dengan tenang kot...hehehe





Baby, jangan kuar lagi ye...[Instinct aku pun kata belum lagi kot]
Kasi can mama celebrate dengan abah dulu ye
** Nak makan kek banyak2 malam ni.. aci tak???


** Agaknya baby nak kuar dekat2 dengan birthday Pakcik ngan Nek kot ye..Senang nak celebrate sekali nanti kan..

9TH WEDDING ANNIVERSARY


Alhamdulillah.... 
Pejam celik, pejam celik sudah genap 9 tahun kami hidup bersama sebagai suami isteri
Rasa cam baru je kawen....hehehe [poyo!]


Buah cinta terbaru kami pun bakal lahir esok lusa ni...
[Kalau dapat hari ni pun cantekkkk gak... senang nak ingat tarikh]
Doakan kebahagian kami sekeluarga  di dunia & akhirat ye...

AMIN!!!

-Gambo setahun yang lepas-


Monday, December 17, 2012

KENDURI LAGI

Selagi tak habis bulan 12 ni, selagi tu la tak habis kenduri kawen
Semalam pun ada jemputan kahwin anak jiran aku
[to be precise, anak bekas babysiter Yaya dulu]
Kiranya kitaorang ni jadi rombongan pihak lelaki la

Yang seronoknya, satu lorong rumah kitaorang pi berarak ke rumah pengantin pompuan
Rasa meriah sangat2.. sampai jem lorong rumah aku tu..
Rumah pengantin pompuan tu tak le jauh sangat dari rumah kitaorang
Tapi kena naik kereta jugak le.. kalau jalan kaki memang jauh le
Yang laki2 ramainya naik motor je.. senang nak parking kekdahnya

Kalau ikutkan pengantin bernikah pada hari Sabtu
Semalam kenduri & majlis bersanding je
Buat pun kat dewan je... kalau nak buat kat rumah memang tak muat le kot gamaknya
Alhamdulillah semuanya dah selesai semalam
Makanan pun boleh tahan sedapnya..
sampai aku rasa nak tambah juga tapi segan & malas nak pi cedok lagi for 2nd time 
[dah memang spare perut nak pi makan kenduri kononnya]
Cuaca pun tak terik sangat.. ok le

Sebab pegi kenduri orang, so malas nak snap gambar beria
Nak pi menyendat dalam dewan tengok pengantin bersanding dengan perut besar ni payah gak
Dah agak2 orang dah surut dalam dewan baru aku pi tengok pengantin
Siap ajak Yaya... ni je le sekeping gambar pengantin yang aku sempat tangkap

Pengantin lelaki tu la anak kepada jiran aku tu
Kitaorang panggil dia YEOP je
SELAMAT PENGANTIN BARU


Wednesday, December 5, 2012

PUJAAN HATIKU♥♥♥♥

Masa wedding adik aku bulan lepas kat Ipoh
kan ke ada sesi karaoke
pastu ada la sorang minah india ni mintak nak nyanyi
Jenuh la dia pujuk DJ tu suh bagi dia nyanyi
Namanya Aunty Fatimah Mary
 Baru je dapat gambar ni dari fb adik aku

Disebabkan dia mintak lagu yang takde dalam koleksi DJ tu
maka terpaksa la dia nyanyi tanpa music
gemerrrrrrrrrr...........sik sekali suranya
pitching tinggi lak tu... kitaorang yang dalam rumah dok tergelak2
Tapi respek la aunty ni sebab nyanyi lagu Sharifah Aini uols!!!!

Ini la lagu yang aunty Mary nyanyi
[special dedication untuk pengantin kekdahnya...]




Lepas habis nyanyi aunty Mary tak terus balik tau 
[walopun dia dah makan dah]
Sebabnya dia nunggu turn nak tepung tawar pengantin
Ok la.. kasi can...

Ini la yang ditunggu² dek aunty Mary
Dapat juga salam dengan pengantin

Tuesday, November 27, 2012

MAK BUYUNG @ KENDURI KAWEN

Baru je mencilok gambar ni kat fb adik aku
So dengan suka hatinya letak la watermark sendiri
[jangan marah ha....]

Bagi yang kepingin nak tengok muka latest mak buyong
[takde la latest... tapi 2 minggu lepas..]
Ni aku tepek la 3-4 keping gambo aku yang semakin menembam
CAK!!!!! 
Kaver separuh badan dulu...

Duduk dengan perut selambak...
Senak weh perut aku duduk cenggitu

Diri la pulak.... Kaver body belakang Cik Besah
[Dulu aku adalah sebesar pengantin tu je.. la ni dah 2x ganda]


Amacam??? Tembam tak???


** Entry syok sendiri..hew!

Tuesday, November 20, 2012

BERSANDING & BERSANTAP

Sambungan entry perkahwinan adik aku di Klang
Lepas pasukan kompang sampai, pengantin & rombongan pun berarak masuk ke perkarangan dewan
Tetamu masa tu idak le ramai sangat pun 
[khemah untuk tetamu ada diluar]
Pelamin dah meja yang reserve untuk kami semua ada dalam dewan
Sekali dewan lengang la wei....

Meja kerusi memang banyak tapi orang takde
Agaknya deme ingat rombongan kami ni ramai sampai satu dewan kot
Walhal ada la tak sampai pun 30 orang kalau tak silap
Dah le takde organiser dalam dewan tu.. masing2 pun tercangak bangak
Nak duduk kat mana? Ade ke tepung tawar bagai??
Kesudahannya... kami buat cam kenduri sendiri je la...
Bagus juga dalam dewan tu hanya ada family kami je..hehehe 
Boleh buat sesuka hati tanpa segan silu..hehehe
 Tema di belah lelaki adalah biru...
Pelamin adalah cantik tapi tang tiang tu cam mencacatkan pulak
Sebabnya tak boleh nak dapat tangkap gambar full sebab dihalang dengan tiang tu

Lepas ni ada la acara menepung tawar... 
Kalau takde cam sian lak kat pengantin kan
Cam sanding syok2 sendiri lak..


 Dimulakan la dengan mak pengantin lelaki.. 

Pastu bapak pengantin lelaki
[pastu ada la 2-3 orang sedara mara sebelah lelaki]


Next..........
Abah aku @ bapak pengantin pompuan
[gambar goyang pun jadi le...]


Ni pak mentua aku....


Ni pulak mak aku [yg tudung hijo tu]
Tudung hitam tu Cik Besah... giliran dia pasni tapi tetiba dia entefrem dalam gambar aku ni


Cik Besah le.... my only mother in law..


Ni pulak Maksu aku...


Bab tepung tawar ni sorry la sangat sebab asyik tangkap gambar bontot je
Dah itu je ruang kosong yang aku boleh selit
Yang ruang lain ramai dah kerumun nak ambik gambar...

Selepas sanding makan beradab la pulak
Suka la tu laki aku dapat duduk meja utama
[Senyum lebo nampaknya bang!!!]


Mak abah aku pun kena la join kan.. baru la adil...hehehe


Lauk ok la... so-so je...
Tapi paling best sebab dapat makan udang cucuk tu..hahahaha
[Masa kat belah Ipoh hari tu, tak dan nak bedal sebab pihak laki dah konker]

Ok la.. sebelum bertolak pulang, tangkap gambar ramai2 dulu
Ni semua sedara mara sebalah pengantin pompuan
Usah di tanya di mana gambar aku SEBAB.... aku adalah mamarazzi
Takde aku, sapa nak tangkap gambar kan

Maybe gambar aku ada kat dalam gambar photographer lain

** Ni semua gambar yang dalam koleksi henfon aku.. Ateh, sila cepat2 upload gambar yang lain2 yer...

MENGHANTAR PENGANTIN

Ahad lepas dah selamat attend kenduri di sebelah pihak lelaki
Kendurinya dibuat di Klang
First time nak gi Klang ni... tapi direction tu senang la jugak
Cumanya nak menyampaikan ke dewan tempat kenduri tu jalannya berbelit2 sikit
Nasib la pengantin dah tunggu kat AEON Bukit Raja

Dari Batang Kali kami 2 biji kereta -- Family aku & family Cik Besah
Mak & abah aku  [termasuk Yaya] terus je dari Ipoh
Family Paksu pun terus je dari Pantai Remis
Makcik aku & anak2nya pun terus je dari rumah dia di Damansara Damai
Pakat2 janji nak tunggu di tol Bukit Raja
Siap sedia untuk bertolak..


Bila dah berkumpul, terus gerak ke AEON Bukit Raja tu
Pengantin dah tunggu kat situ untuk bawak kitaorang ke dewan
Maka konvoi la kami  dalam 6 biji kereta
Akhirnya sampai juga di Dewan JKR Klang tu

Sebelum nak berarak tu  kita ambil gambar dulu ye..
 Yaya tu tangan kat dagu tu nak kaver jerawat..hehehe




Yaya & pengantin..


Nak dijadikan cerita, pengapit untuk pengantin adalah nan hado
[Tah mana pegi kengkawan deme ni ntah le]
Makanya dengan secara tak sengaja telah terlantik la pengapit bidan terjun
Tak lain tak bukan, hasben aku & sepupu aku la yang jadi mangsa
Memula mak sedara aku suh aku yang jadi pengapit pengantin pompuan
Mak buyung dengan perut membusung ni adalah amat tidak sesuai okeh!!!!
[agak2 la maksu aku ni pun...]
Calon yang lain pun semua dah tua2 kerepot so yang tinggal hanyalah sepupu aku & biras aku je
So kita kasi can kat anak dara la kan... [nasib la ko Nisya oi...]

**Tak larat nak sambung.. tunggu la next entry no..

Friday, November 16, 2012

WEDDING ATEH (PART 3)

Final part la ni... tak larat nak karang panjang2 dah
[kononnya..... tengok jap lagi berapa perenggan aku tulis]
Kali ni seperti yang dijanjikan, aku letak la gambar pengantinnya
Asyik2 tengok gambar pelamin boring la kan..

Rombongan pengantin lelaki sampai dalam kul 12.30tgh
Sedang elok la kan time orang dok ramai2 makan
Takde la nak kena tunggu lama2 tengok pengantin
Jeng..jeng..jeng...
Ini le rupa raja sehari..




Rombongan pengantin lelaki baru sampai...

Sebab panas, malas aku nak pi terjah tangkap gambar pengantin lelaki

So aku tunggu bawah khemah tu je la


Now bersanding time..
Siap bertepung tawar bagai la kan
Tapi aku tak tepung tawar pun sebab aku jadi tukang bagi bunga telur kat tepi pelamin je.


Semua gambar ni ihsan dari blog adik aku --> E-CHAM PRUDENTIAL
[mintak halal la ye.. siap taruk watermark sendiri lak tu.hehehehe]
Ini pun anak dia yang snap gambar sebab anak dia pun nak jadi photographer tak rasmi
Dia dulu duduk depan dari para photographer tu..

Lepas acara sanding2 baru la pengantin pi makan
Lepas tu cam biasa la kan, kena la layan tetamu yang datang 
Sempat lagi bagi PEACE tu
Pakcik kat belakang yang tengah pegang bahu tu la FIL adik aku a.k.a besan parents aku la


Lepas je makan2, pengantin masuk balik untuk acara tangkap gambar
Posing2 la kekdahnya...
Tapi yang tak bestnya, gambar kami adik beradik sempat dapat 2-3 keping je
Takde pulak dalam henfon sebab semua ditangkap oleh photographer
Gambar mak abah aku sanding sekali pun ada..hehehehe

Tak lama pastu hujan pun turun dengan selebat2nya
Hujan rahmat seusai kenduri
Tinggal nak bungkus2 lauk pauk yang masih berbaki lagi
Memang banyak yang lebih pun maybe sebab ramai yang datang tu dah attend kenduri lain
So makan tak banyak la kot.. ntah le..

Yang pengantin pulak keluar lepas photoshoot dalam rumah
Nak pi photoshoot outdoor pulak
Tah kat mana pun tak tau le.. dah le hujan2

Ok.. tu je la gambar2 sekitar majlis perkahwinan adik aku minggu lepas
Hujung minggu ni kami bakal mengantar mempelai pula ke Klang
Kalau ada gambar, nanti aku cerita kat sini yek..
Ok la.. last but not least... gambar pengantin lagi..
YEY.. DAH KAWEN...SUKE LE TU.....