Monday, July 12, 2010

Hasil Kreativiti Yaya

Dah lama dah si Yaya bawak balik projek2 colouring dia yang dibuat kat sekolah. Tapi dia asyik perap dalam beg hikmat dia tu. So bebaru ni aku spotchek beg dia (sebab nampak cam berat sangat). Mana2 khazanah yang rasa tak perlu dibawak ke sekolah aku suruh dia tinggal kat rumah. Mana idaknya, perkakas mekap dia [getah rambut, sepit, gincu & lipbalm, gelang gedik2] semua dia usung bawak pi sekolah. Nasib baik la tadika, kalau sekolah kebangsaan sure dah kena rampas dengan prefect.

Dalam banyak2 khazanah tu, mana yang elok2 & tak koyak aku suh dia simpan elok2. Yang agak2 lawa sikit tu aku tepek la peti ais. Senyum meleret bila aku tayang2 keje sekolah dia. Ni la antara yang terpilih untuk jadi koleksi peti ais...


Close up sikit...
jangan terpedaya je dengan tulisan jawi tu. Itu bukan tulisan Yaya ye. Tulisan cikgu dia gamaknya. Dia tukang kaler jer....

5 comments:

fikaryna said...

kira dia kaler kira dia punya usaha la jugak..hehe..

Me said...

komas dia color.. syani ekau ingat sonang nak color gitew???

Queen said...

betul..suke betul bawak barang mekap..ahah..takpela..pompuan..gitulahkan...ngeeee

SYANI said...

Kerul & Fikaryna,
Yang ni je le pun tang kaler tu kira ok. Yang lain kalernya dah warna warni mengalahkan kap lam ya nga..

SYANI said...

Queen,
Dah penat pesan kat dia beg mekaop tak yah bawa, alih2 dia sorok dalam beg sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...