Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 16, 2010

Susahnya Mengatur Perbelanjaan Pasangan

First of all.. entry ini hanyalah sekadar lepas geram...
[entry ini maybe akan bertapa dalam blog ni untuk sementara waktu]



Semalam ada buat beberapa analisis kedudukan kewangan kami sekeluarga. So aku bagitau en somi kita kena tukar strategi [macam nak pi perang lak!]. Aku bukan apa, cuma nak mencari solution untuk kukuhkan kewangan kami. So this time aku separate belanja sama adil sama rata [sebelum ni kami longgok duit bersama & pastu baru buat pembayaran untuk semua hutang piutang & belanja rumah]. After analysis i found out yang sebenarnya terpakai duit aku yang lebih.. bengangnya...mana boleh cenggini.. [lelaki memang pandai ambik kesempatan kan???] Patut la aku tak cukup duit memanjang..

Kali ni aku  cakap aku dah divide semua expenses sama rata & mana2 yang tertakluk di bawah tanggungjawab dia, so dia kena bayar. Aku tak nak campur (sekarang terpaksa individualistik!). Aku cakap kalau dia nak suh aku bayarkan so dia kena bagi aku la duit tu. Kalau tak bagi sorry la aku nak advancekan duit aku. [Kejinya bini dia..]  Kalau advance/pinjam jawapannya lebur camtu je lah...

Yang bengangnya, everytime dia dapat gaji pandai pulak ambik siap2 belanja untuk diri dia. Kalau ambik within bajet aku tak kisah le.. ini sampai yang terlebih2 bajet. Pastu yang belen je dia tinggalkan untuk aku uruskan semua pembayaran. Kalau cukup takpe la jugak. Ni dah terkurang cukup sampaikan aku pulak kena cover dengan duit sendiri. So short la expenses bulanan aku... Tak aci kan??? Kalau cenggitu aku pun boleh buat. Ambik belanja sendiri siap2 [dan banyak2] pastu baru bayar yang lain... hei...kalau buat cenggitu ade je la expenses yang tak boleh bayar & tertunggak bagai.

Ada orang kata takkan la itu pun nak berkira between laki bini. Hello! bab lain boleh la tak berkira. Bab duit ni payah sikit. Kalau sikit2 takpe tapi kalau dah terlebih2 mana adil. Sampai bila bini2 kena rasa cenggitu. Patutnya laki menyara bini la ni dah terbalik pulak. Zaman2 materialistik ni, susah la wei.. sekupang pun berharga tau [tak caya cakap aku??? minyak naik 5 sen pun ramai yang bising dah!]

Kalau  en somi baca entry ni, silalah beri perhatian ye. Mintak maaf le sebab terpaksa menyekat cara abang berbelanja terdahulu. Tapi ini sudah menjejaskan kewangan bini abang ni. Terpaksa buat cenggitu sebab rasanya cara berbelanja itu sungguh tidak adil pada bini abang. Lagipun from now on abang kena lebih peka apa belanja2 rumah yang terlibat. Jangan semua serah pada bini je. Sat lagi bini mati baru terbuntang bijik mata tengok hutang piutang sana sini. 

Sememangnya sukar nak mengatur hal ehwal kewangan pasangan ni. Sebabkan benda kecik ni sampai boleh bergaduh. Sepatutnya kena terima cadangan & duduk berbincang untuk mencari solution terbaik. Jangan la tarik muka bila belanja kena sekat sebab itu semua untuk kepentingan bersama..Betul tak??

6 comments:

Sarid Derus said...

betoi la sesangat..ramai yg ada prob mcm ni...aku buat gitu jugak..bahagi tjwb sama rata..lebih, belanja sendiri2...

SYANI said...

lebih senang cenggitu kan??? sendiri punya duit, sendiri belanja.

sI tEDI said...

alamak!
belum bersuami!
kena amek iktibar ni

Sarid Derus said...

yup..aku sokong lagi..hilang stress keja penat2..simpan sikit tuk emejensi...hihihi

Me said...

syani... u do the right thing.. sampai bila suami kena bergantung kat isterikan.. cukup masa (setakah bbrp tahun isteri membantu suami) kita kena lpskan apa yg patut supaya suami menjalankan tanggungjawab mereka SEPENUHNYA.. hehehhehe

kakyong said...

syani,
kakyong masa kerja dulu mcm tu la.. byk yg kakyong tanggung.. suami memang seronok lah.. kita lah juga yg makan hati.. bila dah jd SAHM.. dlm tempoh 1 tahun, 2 akaun simpanan lebur.. yer la, busut kalo kerap ditarah memang cepat le landai...

bila simpanan kakyong dah habis.. terpaksalah dia take over utk cover apa2 yg patut... huuhhhh, awlanya meletup bagai gunung berapi jugak lah.. yer lah selama ni dok senang hati jer kan... tup2 kena cover mcm2...

so utk kalian yang masih bekerja ni simpan lah duit byk2 & buat 2-3 a/c simpanan... jgn baik sgt dgn suami bab2 RM ni.. bukan nak mengapi2 kan.. tp hakikat skrg ni, ramai lelaki ambil kesempatan menumpang senang isteri...