Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Jasmin. Show all posts
Showing posts with label Jasmin. Show all posts

Monday, November 30, 2020

TANPA KONVOKESYEN

Tahun ni tahun terakhir Jasmin jadi budak tadika
Tahun depan dah jadi budak sekolah rendah pulak
Memandangkan sessi persekolah di tadika dah tamat pada 25/11 hari tu
so Jumaat lepas cikgu suruh datang sekolah untuk ambil sijil & gambar konvo.
Nasib la sempat jugak diaorang ambil gambar konvo beberapa minggu sebelum kena PKPB haritu.

Kat sekolah cikgu dah siap2 letak atas meja
Just ambil & balik
Takde la jumpa cikgu pun.


Ni hadiah dari cikgu kelas Jasmin
Cikgu Nurul namanya


Sijil tadika Jasmin
Tanda udah graduate
Ye lah, dah 2 tahun di tadika tu


Nasib la muka kamu ada senyum Jasmin
Kalau idak memang payah nak ambil gambar formal dia
Asyik nak menangis je😅


Lepas ni preparation untuk dia ke sekolah rendah pulak la
Tah cemana nanti gamaknya..
Harap2 dia ok je masuk sekolah baru.








Wednesday, January 16, 2019

MAIN MEKAP-MEKAP

Alkisahnya kejadian ni masa minggu pertama sekolah haritu
Bebudak 2 orang ni belum start sekolah lagi sebab tadika diaorang start sehari lepas tu.
Petang2 tu bila abang & kakak dah pergi sekolah
aku pun ajak le diaorang teman aku kemas2 barang mekap aku
[Macam le banyak beno mekapnya ye 😅]
Ye la, nak buang la mana2 yang dah habis, nak cuci la berus2 mekap, nak lempor la mana2 yang dah expired .. ye lah, dulu2 rajin membeli, pantang ada offer.. last2 tak terpakai pun

Budak2 ni bila dapat main mekap kan, apa lagi...
duduk la depan cermin tu dok pakai bedak la, gincu la
Habis semua kaler yang ada dicubanya...hahahaha
Sampai patah2 gincu mama dibuatnya sebab bila nak tutup tu tak pusing balik lipstik tu masuk dalam 😂 [nasib la bukan gincu feveret]


Siap duduk la depan cermin lemari tu 😆



Merahnya mak ngah... hahaha.. gincu kaler merah ni rasanya free gift.. mama pun tak berani nak pakai.. Amira je yang pakai... 



Saja try test pakaikan eye liner kat budak ni
elok pulak dia diam bila kena mekap
Suka lettew!


Tak lama lagi masing2 dah pandai mekap, habis la mekap2 mama tu ye..
Tak pe la, dah namanya pompuan ye dak???
Itupun nasib la mama punya mekap yang basic2 je..
Takde la foundation ka, concealer ka, mascara ka 
[tak suka pakai sebab payah nak cuci bila nak solat]
Ada gincu & bedak compact pun dah mujur wehhhhh...







Monday, January 7, 2019

RAGAM JASMIN : ANAK MASUK TADIKA

Assalamualaikum....
Entry pertama tahun 2019 ni

Tahun ni anak aku yang bongsu tu masuk tadika
Haah.. dah 5 tahun dah si Jasmin tu
Cuak juga la aku ni memikirkan cemana la gayanya nak sekolah tu nanti
Sebabnya dia ni manja semacam
Peelnya pun kalau takut @ marah mesti nak jerit sekuat2 hati dia
Adoi naya kalau la dia buat perangai nanti.

Sehari sebelum sekolah, dah pujuk2 dia dah
cakap jangan nangis nanti pergi sekolah
Dia pun ok je la masa tu
Pagi sebelum pergi sekolah tu pun dia OK je
Eksaited je dia nak pergi sekolah...bangun awal lak tu.. kemain!

Dah siap nak gi sekolah... Muka tu tak cuak pun.. kononnnnn


Siap boleh senyum2 lagi...


Beg baru tahun ni.. sorang nak biru, sorang nak pink
Layankan je le kasi anak2 semangat nak sekolah
Harap2 bertahan lama la
Jangan jadi cam beg Amira tahun lepas
Sampai 3 kali beli beg sekolah dia sebab asyik koyak je
Ganas sungguh si debab tu.


Muka cool je... tapi sebenarnya mama risaukan drama yang awak akan buat kejap lagi 😅😅


Masa memula sampai sekolah, semua ok
Pi letak kasut kat rak kasut, ok
Pi beratur pun ok
Tapi tiba2.......

Nampak dah dia teresak2
Siap airmata mengalir lagi
Aku dok jauh2 je takut dia lagi nangis bila nampak aku
Tak lama pastu boleh pulak dia keluar barisan pastu datang kat aku
Ingatkan dia sorang, rupanya Amira pun ikut sekali (nangis juga)
Adoi...Amira pun pehal la nak nangis... walhal tahun lepas pun sekolah situ juga
Aku tanya kenapa dia nangis, dia kata nak mama
Hahahaha... sebenarnya dia nangis sebab dia tengok Jasmin menangis
(aku tanya masa dah balik dari sekolah)

Aku ajak Jasmin beratur & masuk kelas
Udah dia taknak.. nak berpaut kat aku je
Adoi.. kena la aku dukung dia sampai dalam kelas
Cikgu suruh duduk pun dia taknak
Kena la mama pujuk2 dia kejap
Tudung tu pulak usah cerita la senget benget jadinya😅😅


Tak lama pastu cikgu pun pujuk2 dia.. pun tak jalan juga
Dia punya raungan usah cerita le kuatnya
Takde dah nak malunya aku ni pun
Ni drama anak ke-4 dah kan...hahahahaha
Aku pun biorkan je le dia menjerit (nasib la tak masuk pakej berguling sekali)
Last2 cikgu yang dukung dia pastu aku terus keluar kelas
Cikgu pun terus tutup pintu
Tu dia... satu sekolah la dengar suara dia menangis melalak meraung tu
Dari luar sliding door tu (tengok pun jauh2 je sebab takut dia nampak aku) aku nampak tudung dia dah tercabut dah... siap nangis2 kat pintu.. adoi la anak
Pastu aku pun balik je la... malas nak tunggu. Lapo pun ye juga sebab belum breakfast lagi.
Pesen anak2 aku ni, bila ada mama, bukan main mengada
Cuba bila kena tinggal, elok je dok dengan orang... 

Dekat pukul 12 aku pi sekolah nak ambik diaorang
Memang dah janji minggu tu mama hantar & mama ambik
[kebetulan aku pun cuti gak masa tu]

Berdebar2 tunggu si Jasmin keluar kelas tau!


Tak lama pastu nampak si Jasmin keluar kelas
elok dah bertudung.. mesti cikgu yang pakaikan tudung dia yang dah tercabut tadi tu
Bila dia nampak aku, tersengih2 je dia
Amira pun OK je balik sekolah
Tanya diaorang dalam kereta, sekolah best ke tidak?
Diaorang kata best.. 
Tanya lagi esok nak pergi sekolah ke idak?
Diaorang kata nak.


Happy faces bila balik rumah
Macam takde jadi apa2 je ye Jasmin..hahahaha
Tunggu pulak drama esoknya😅



** dalam ramai2 anak, Jasmin la yang paling hebat drama bila masuk tadika, 2nd hebat si Adib, 3rd si Amira & Aleeya yang paling cool. 4 anak, 4 ragamnya.. bertabah le Syani oi...







Monday, October 30, 2017

MANDI KOLAM JE LAH!

Minggu ni tak pi mandi sungai
tapi bagi budak2 mandi kolam je 
Malas nak bawa diaorang gi sungai tu
Nanti kalau selalu sangat pun jadi jemu pulak

Petang2 tu pulak elok panas & berangin
Suka la diaorang ni main air....
Bosan main air, kayuh basikal pulak
Pastu terjun kolam balik

Time angin kuat ni memang sesuai la bebudak main layang2
Tetiba Amira jerit bagitau ada 3 layang2
Dia suruh tangkap gambar lak tu

Layang2nya tinggi beno
Nampak kecik je le dalam gambo ni...


Suka gak time petang2 berangin ni duduk2 kat luar rumah
Cam duduk tepi laut je..


Monday, February 22, 2016

SENYAP-SENYAP JE

Tengah hari semalam, tengah beristirehat
nampak Jasmin senyap je...
Ingatkan dia buat apa
rupanya senyap2 je dia buat keje

Menconteng dinding mama ye!
Ada gaya lak tu menconteng tu...
Siap pegang buai..hehehehe


Bila kena sergah, tersenyum2 je dia
Suka la tu sebab berjaya buat karya dia kat dinding

Bergambar dengan hasil contengan tangan sendiri
Nasib la pakai pensel
Kalau pakai marker pen, boleh pengsan mama dia tengok


Hai la mama...
Bertabah la dengan hasil seni anak2 di merata dinding rumah ni
Tangguh dulu la plan nak cat dinding rumah tu...huhuhuhu

Monday, October 5, 2015

TAKKAN PREGNANT LAGI KOT??

Semenjak dua menjak ni Jasmin dah tak nak menyusu badan
Sejak bulan lepas Jasmin dah tak nak direct feed waktu siang
Maybe sebab dia dah biasa berbotol kat rumah pengasuh kot
Tapi seminggu dua ni malam pun dia dah taknak df
Entah sebab susu aku sikit ke, tak puas nyusu ke, atau dah tak sedap ke

Lately memang susu aku dah merudum pun
So aku dah sulamkan Jasmin dengan susu formula
Baru 2 minggu ni je dia belajo minum susu lembu...hahahaha
Memula memang tak nak, tapi lama2 dia terima juga
Lapo gamaknya kan...
Susu aku pulak diperah2 pun paling banyak dapat pun 2oz
buat power pumping pun takde effect sangat
[maybe aku pun tak konsisten]



2-3 malam ni pun try df lagi sebelum tido
uiiii menjerit2 dia taknak minum
Aku mula la panik sebab teringat reaksi Amira  pun macam ni la dulu
Ingatkan sebab apa sekali pi  cek klinik baru tahu aku pregnant
patut le dia taknak minum susu badan sebab dah tak sedap gamaknya
Kali ni Jasmin pulak buat hal
cuak wei sebab aku belum sedia nak mengandung lagi...

Cerita dengan hasben, dia suruh buat UPT
macam mustahil je pregnant sebab aku tak pernah miss makan pil perancang 
pastu aku pun belum lagi period sejak lepas bersalin Jasmin hari tu
Eeeee... takut la pulak nak buat  UPT [debar-debar]
Riso mengandung tanpa sedar cam masa Jasmin haritu..
Selebihnya..... aku tak ready lagi... 
4 anak ni pun aku dah meroyan, nak tambah lagi sorang???
err...er...err....

Just pray for the best.