Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan. Show all posts

Thursday, May 19, 2016

KISAH AKU & JERAWAT

Masa sekolah2  sampai aku matriks
aku ni antara orang2 yang mempunyai kulit yang cantik la... ala2 flawless gitu
Sebutir jerawat nak hinggap pun payah
sampai kengkawan aku ramai yang jeles kulit aku bersih sangat
[ni bukan aku yang kata, kengkawan aku yang kata masa tu]

Masa aku 1st semester, semuanya berubah
Masa tu tahun 1998
Bermula gara2 aku makan satu supplement ni
konon nak bagi stamina  la kan, sebab masa tu dok ulang2 alik pegi kelas je.. 
jalan kaki lak tu.. letih tau.. dah le kolej jauh dari dewan kuliah..
Mula sikit2 jerawat keluar, lepas tu takmo kurang2 dah
Sedih wei memikirkan muka yang dah bertambah2 jerawat
Memang dugaan tul..

Usah cerita la masa tu, produk apa yang aku tak pakai
Semua aku try demi mengatasi jerawat aku ni 
Duit beribu riban habis beli produk & ubat
Tapi jerawat dok lagu tu je la... hilang kejap, naik balik
Stress tahap dewa, pastu self esteem rendah giler

Sampai aku grad, konvo, kerja & berkenalan dengan hasben pun dengan muka yang berjerawat
aku ingatkan dah tak kawin dah aku
muka tak lawo sapa la yang nak ye dak????
Masa hasben aku start approach aku pun aku dok tertanya dalam hati
dia ni gile ke apa @ just nak main2kan  aku je
Tapi sama gatal jugak akunya... layan jugakkkkkk!
Hahahaha... first tima nak merasa ada boifren..
[kat kampus memang tak laku aku ni..hahahahah]
Tapi bagus jugak la kan... idak le aku ralit berkapel je masa belajo.. ntah2 mau result aku teruk..
Aku kenal hasben aku ni masa aku dah keje lepas grad tau..

Muka aku yang penuh jerawat
[Baju kuning tu masa aku bertunang]


Sampai la aku kahwin, still dengan muka jerawat
Jenuh jurumekap nak mekap tebal2 untuk kaver jerawat
Sampai la aku mengandung anak sulung
Orang kata lepas beranak muka/kulit cantik la sebab darah kotor dah keluar
Hurmmmmm... idak juga.... jerawat berleluasa je macam biasa
Banyak beno ke darah kotor dalam badan aku ni ha???

At one time, masa tu aku dah bersalin anak ke dua
pernah ada satu lawyer tegur aku [aku keje opis loyer dulu]
Kenapa dengan muka U?? Kena ciken pox ke??
Waaaaaa stress giler.... dengan jerawat baru, dengan bekas jerawat 
Laki aku pun tak pernah cakap camtu... sentap mak!
Tapi  aku diam je le...

Sampai la tahun 2012 aku mengandungkan Amira
aku try consume Shaklee sebagai supplement masa mengandung
Disamping aku try pakai sabun G&H cap Amway tu
[kawan aku recommend]
Alhamdulillah ada perubahan sikit2
adik aku pun tegur, jerawat dah kurang.. muka dah nampak bersih
Pergh.. lega hati.. after 14 years akhirnya ada improvement
So set tu je la yang aku maintain sampai sekarang.
Setakat ni ok dengan kulit aku so takmo tuko2 dah
kang jadi balik cam dulu, aku juga yang merana..

Sekarang kulit aku masih ada jerawat.. cuma tak sedahsyat dulu
Tapi bersyukur sangat2 perubahan yang sangat2 ketara

Wajah terkini
Ada je jerawat & parut tapi tak nampak sangat
Henfon aku ni bila guna front camera otomatik muka jadi sekata je kalernya
So korang jangan terpedaya ye..



Dah boleh lega dengan masalah jerawat
timbul pulak masalah lain
yang sampai sekarang tak settle & belum jumpa penawar
Masalah apa tu nanti aku cerita bila aku dah sedia
ala2 nak buka darkest secret gitu... 




Tuesday, February 16, 2016

TIPS MEMAKAI LIP GLOSS

Selain gincu dan lip balm, lip gloss adalah satu lagi aksesori make up untuk wanita
Pada aku lip gloss ni la yang paling senang nak apply tau
Tujuan pemakaian lip gloss adalah untuk memberikan kelembapan pada permukaan bibir serta pada masa yang sama berfungsi untuk menyerlahkan lagi solekan bibir seseorang wanita itu.



Biasanya, pemakaian lip gloss adalah sentuhan solekan terakhir selepas pemakaian lipstick. Kalau ikut step selalunya orang pakai camni:

 lip balm ---> lipstick ---> lip gloss 

Baru la bibir korang nampak "glossy" gitu sebabnya lip gloss ni menjadikan permukaan bibir kelihatan lebih bersinar atau juga disebut sebagai ‘juicy lips’.



Ni aku nak kasi tips yang sempoi supaya bibir korang jadi mungil & bersinar2:

  • Pertama sekali anda harus memilih warna lip gloss yang sepadan dengan tona kulit korang. Tapi kalau terbeli lip gloss yang tidak bersesuaian dengan warna kulit, korang boleh campurkan lip gloss tersebut bersama pemakaian petroleum jelly (Vaseline) untuk mendapatkan warna yang lebih lembut. 
  • Seterusnya, jangan takut untuk memakai lip gloss dengan tebal, kerana ia membantu membuatkan bibir anda kelihatan lebih menonjol. Ni kalau korang jenis konfiden la...hahahaha.. Ekceli aku pun pakai sederhana je... wasotiyah gitu.. Kang cepat pulak habis lip gloss tu.. [jimat kekdahnya..]

  • Selain itu, anda haruslah memilih jenama lip gloss yang benar-benar dipercayai & sesuai dengan bibir kerana pemakaian lip gloss juga turut membantu melindungi permukaan bibir anda daripada sinar UV matahari. Ini penting tau.. kadang2 kalau beli yang tak serasi, habis ngelupas bibir sampai pedih2.. Eeee seksa benar rasanya kalau kena camtu.. 
  • Dan yang terakhir, pastikan warna lip gloss tu tidak terlalu berbeza dengan warna lipstick yang korang pakai. Oleh itu, penting untuk  memilih warna lip gloss dan warna lipstick yang sekata. Atau paling mudah, gunakan lip gloss yang berwarna neutral.



Senang je kan tips2 kat atas tu... Semoga berjaya mendapat bibir yang mungil... baru la boleh muah2 cam Dato' Seri Vida tu...



Friday, September 19, 2014

BERHARUM MALAM PULAK YOK!!!

Jeli Gamat yang datang dalam set Spa & Ma tu dah habis
So kita tukar pulak sekarang
Aku minum HARUM MALAM pulak sekarang


Harum Malam aku tu packaging lama ok
Yang baru kan packaging kaler pink kan
Jangan kata aku beli yang tiruan pulak... 

Ekceli Harum Malam (HM) tu aku beli sebelum aku tahu yang aku peknenkan si Jasmin
Aku beli 3 botol
Sempat habiskan sebotol setengah je... pastu baru tau aku peknen
Terus la stop kan sebab pompuan peknen takleh minum HM ni

Sebotol lagi yang balance tu la aku nak minum sekarang
Dalam pantang boleh minum tau..hehehehe

** Jangan terpeknen lagi udah le pasni
[Dah siap2 ambik stok pil perancang kat klinik.. harap2 idak le aku menggemuk nanti]

Wednesday, May 7, 2014

IRISE MAGICK BB CREAM

Sejak dah jadi mak2 ni, dah takde masa nak mekap beria2
Kalau boleh nak yang selagi simple yang ada
Nak2 pulak masa pregnant... lagi la kuasa malas tu berkali2 ganda kan

Sejak BB cream dah glamer, dah lama dah aku lupakan pondesen [baca foundation]
Ala, BB cream ni pun ala2 pondesen jugak kan
Cuma lebih banyak kebaikannya compared to foundation
Memang banyak jenama di pasaran, cume sediakan duit je
Lagipun lepas apply BB Cream ni tak payah nak tepek compact powder bagai dah kan..Sesuai untuk orang malas cam aku..

Masa balik Ipoh hari tu sempat la singgah BILLION depan rumah mak aku tu
Asalnya sebab anak2 nak beli aiskrim Pop Mat Kool tu la
Kebetulan BB cream aku yang sedia ada ni dah habis
So lalu la kat tempat jual BB cream
Cadangnya nak beli Garnier punya je... 

Sebelum ni memang pakai Garnier tu sebab terpengaruh dengan Lisa Surihani
Pas dah habis, aku pakai yang brand Avon tu je
[itupun beli sebab sale..hehehehe]


Masa tengah2 belek BB Cream Garnier tu
Akak promoter ni promote la BB Cream brand Irise
Brand Irise ni memang dah lama tapi cuma kurang promosi especially dalam TV kan
Selalu ada dalam majalah2 wanita banyak le
Lagipun nasib la kulit akak promoter tu memang cantik
Semangat juga aku nak dengar


Aku ni pantang kena promote sikit
Mula la terjebak 
Nak2 pulak masa tu memang tengah ada duit... lagi cepat aku terjebak
Kalau takde duit tu boleh pulak buat hati kering..hehehehehe
Makanya terjebak la aku dengan BB Cream Magick ni...hahahaha
Nak2 pulak dapat diskaun 20%...


Kata akak tu BB Cream ni boleh tahan  4 bulan [30g]
Takpe, kalau dengan aku boleh tahan setahun kot..hehehehe
Aku kan malas.... 

So far, aku pakai macam biasa je...
Takde apa yang aku rasa best pun...
Sama je dengan pakai bb cream brand lain
Ke aku yang tak pandai menilai????
Tapi aku suka bau dia... wangi....

Korang suka pakai BB Cream tak? Korang pakai brand apa?

DALAM SEHARI...


Kena lebih berdisiplin ni...
You are what you eat kan...



Tuesday, May 28, 2013

JAMU SUSUK DARA - FIRST TRIAL

Ehem... dah habis pantang men'jamu' la pulak kita yer...
Ha'ah.. jamu la sangat kan...

Masa dalam pantang pun aku idak mengambil jamu bagai
Aku cuma consume vitamin shaklee tu je

Tapi untuk luaran, aku baru nak berjinak2 dengan Jamu Susuk Dara (JSD) ni
Jamu Susuk Dara tengah meletops kan sekarang
Tapi aku tak ambik la yang jenis makan2 tu sebab aku kan tengah menyusu badan
So first benda yang aku try dari rangkaian JSD ni cuma pencuci wanitanya je

Dah try malam tadi.. best gak.. berangin2 gitu..

Friday, December 14, 2012

OVER MAKEOVER

Dah takde keje sangat la aku petang2 ni kan
Mata pun dah mengkuyu dah saaat2 macam ni

Lagi satu setelah dipengaruhi dek MAMAELLY
aku pun cuba la makeover muka aku ni...
Ni aku mekap & touch up sendiri tau
Over tak aku mekap??? Siap pakai bulu mata pelesu lagi tau

Senang je nak mekap cenggini... tak yah beli mekap pun
Kome cume touch up apa yang patut guna aplikasi ni je
klik je kat  ----> WWW.TAAZ.COM
Dah hasilnya adalah mengikut citarasa masing2....

Before that tengok le muka before and after aku ni
Amacam???
[ini bukan muka terlatest aku... ni muka aku tahun lepas..hehehehe]

SEMINGGU BERSAMA KONJAC SPONGE

Semenjak mengandung, aku ni adalah sangat malas nak mengisahkan hal ehwal kulit muka aku
Dah cuci muka dengan pencuci muka muka tu pun dah kira rajin la tu
Bab toner, moisturizer & masker tu memang dilupakan terus

Bebaru ni come across dengan iklan Milkadeal pasal Konjac Sponge
Dulu aku pernah gak come across pasal Konjac Sponge ni
tapi masa tu tak femes lagi
[kalau nak beli kena kirim kat sapa2 yang selalu pegi Jepun]
Tapi Konjac Sponge ni dah lama dah femes kat Jepun nun..

Bila iklan tu masuk kat inbox email aku, cam eksaited la pulak nak beli
Boleh kata murah la jugak berbanding harga pasaran
Beli banyak lagi murah tapi nak buat apa aku beli banyak2 kan
Lagipun sebiji sponge tu tahan jugak 2-3 bulan
Sesuai la untuk orang malas cam aku..


Sapa tak tau ni la rupe Konjac Sponge tu
Cara nak guna, kena rendam dengan air suam dulu, kasi dia kembang, pas tu perah airnya, pastu tonyoh2 je la kat muka. Tonyoh la selama mana korang suka. Senang je... Kalau nak bubuh sedikit pencuci muka kat span tu pun boleh je... 
Lepas guna, bilas dengan air suam, perah lebihan2 air pastu gantung la biar dia kering. [Kat span ni ada tali tau.. senang nak gantung]
Sepanjang aku guna span ni, memang kulit rasa bersih je.. Nak2 pulak kulit aku ni jenis berminyak
Selalu aku pakai sebelum nak tidur.. so kulit memang rasa bersih & lembut gitu
Yang pasti , banyak blackhead & whitehead aku dah berkurangan...




Kalau ikutkan banyak je pilihan Konjac Sponge ni
Tapi kat Milkadeal tu ada 3 pilihan je --> Original [putih], timun @ aloe vera [hijau] & arang [hitam]
Aku beli 2 iaitu yang hijau & yang hitam tu
Buat masa ni aku guna yang hijau tu dulu
Yang hitam tu simpan spare nak pakai dalam pantang..hehehehe


Oh ye, sponge ni tak semestinya untuk muka je, satu badan boleh guna
Sesuai untuk seisi keluarga juga... termasuk la baby...



Kalau teringin nak beli pi jengah offer Milkadeal kat SINI

Video tutorial pun ada kat youtube... search je la kat situ

So far parut2 aku tak hilang lagi [baru seminggu kan]
Nanti kalau ada improvement, aku story lagi... Chow!



Wednesday, November 21, 2012

WAXING.. OUCH!!!

First time cuba buat waxing... geruns dibuatnya
Ekceli aku dah lama beli benda ni
Teringin nak try tapi cam takut nak buat sendiri
Takut sakit la kononnya

Aku beli brand Veet ni je
Kalau ikutkan ada banyak saiz kan, tapi aku pilih saiz yang paling kecik
Kang aku beli yang beso2, tak habis pulak ni
Lagipun yang kecik ni murah le sikit

Dalam tu ada 10 keping strip [yang akan dikoyak kepada 2]
dan juga 4 keping finish wipes 
[tapi ni aku tunjuk sebahagian je la]

Semalam dengan rasminya telah mencuba kaedah waxing untuk mencabut bulu ketiak
Hehehehehe... selalunya aku shave je.. senang kan
Nak cabut2 sakit & melenguhkan tengkuk aku je
Lagipun daripada terperam benda ni
[yang akhirnya akan expired & dihumban ke tong sampah]
Baik le aku sendiri cuba pakai


Dup dap dup dap.. masa nak pakai tau
Dalam kotak tu dah ada instruction.. folo je la
Bila dah lekat kat ketiak, time nak mencabut tu pulak seriau ko!!!!
Tapi nekad je la dalam hati.. tahan la sakit sikit
Dengan sepantas kilat.. zapppppp!!! ouch!!! sakit siot!
Tapi dah alang2 menebas semak, buat  la semampu yang boleh kan...
[itu pun vulu2 idak le panjang.. kalau panjang sure lagi sakit kot]
Tapi yang best.. memang licin la.. puas hati walopun sakit...
Puas hati duk tengok vulu2 melekat kat wax tu..hahahaha
[idak le licin 100% pun tapi at least better la dari shaving]
Kalau nak licin totally , kena shave la sikit2 bahagian2 yang tak tercabut bulunya tu

Saje je nak citer pengalaman
[Nak cabut bulu ketiak pun nak citer kat orang ke???Pui!]
Tapi so far aku berani nak wax kat armpit je la
Kat bahagian lain, teman idak berani...



Monday, June 11, 2012

HIJAU MATA HITAMKU

Lepas kaler ungu & coklat
Kali ni try kaler hijo pulak
Sebelum ni takut nak pakai kaler hijau kot2 dah jadi mata bewak
Tapi try beli yang hijo yang tak obvious sangat
Ok la... selama aku pakai ni takde pulak yang tegur "hijonye mata..."


Tak ketara sangat kan??
Nanti nak try kaler biru cam si Nurul pakai maa wedding dia.. [kalau aku berani le...]

Thursday, April 19, 2012

CEGAH JERAWAT CARA SPONGEBOB

Kalau tak nak muka naik jerawat
Folo le apa yang spongebob ni cakap
Ikut step by step yer...

Monday, March 12, 2012

MATA COKLAT LAK

Hari tu dah  tunjuk mata ungu kan, hari ni nak tunjuk mata cekelat lak
Walopun anak mata sebenar aku memang kaler coklat
Gatal nak pilih lens kaler coklat gak
Sebenarnya aku order kaler grey tapi terima kaler coklat. Supplier tersilap hantar. Malas nak ulang alik pejabat pos, so aku terima je la kaler ni. Janji ada power untuk si rabun cam aku..heheheh

Friday, March 9, 2012

PEMBERSIH BIJAK, MUDAH & JIMAT

Semalam sementara menunggu hasben aku habis OT, sempat la menyinggah Giant Batu Caves. Dah sampai sana saja la masuk Guardian. Bila takde tujuan, mula la nak membelek yang bukan2. Akhirnya aku telah terjebak membeli sesuatu. [Aku kembali menjadi makcik yang senang terpengaruh dengan iklan TV]

Memandangkan sabun muka aku dah habis [sebab hasben aku pun tumpang sekali], so aku pun belek2 la kat rak pencuci muka tu. Sekali terpandang la pulak Garnier Pure 3 in 1 yang tengah letup2 sekarang kat TV tu kan. Rasa cam nak try last2 beli la jugak dengan harga RM19.90. Lagipun semenjak dua menjak ni mencanak pula jerawat kecik2 kat muka aku.

Ini adalah produk Garnier kedua yang aku beli. Sekarang aku cuma pakai Garnier Light moisturizer je. Ni pun aku beli sebab day cream Anew aku dah habis.[Bukan terpengaruh dengan Lisa Surihani tau..] Nak beli baru masa tu takde offer la pulak so rembat je la Garnier tu. Aku bukannya nak cerahkan sangat kulit aku ni pun sebab aku dah memang kategori cerah. Cuma aku nak moisturizer  yang ada SPF. Best jugak Garnier Light tu sebab bila pakai kat muka dia tak berminyak. Cam terus meresap dalam kulit je.

Berbalik pada citer Garnier Pure 3 in 1 tu, malam tadi telah selamat dicuba malam tadi. Best la wei sebab dia ada scrub. Nama pun 3 in 1 kan so dia adalah cleanser, scrub & masker. Tak payah dah nak beli asing2. Jimat  berapa ringgit dah kat situ kan. Lepas basuh muka, muka aku rasa bersih sangat dan yang paling penting takde rasa tegang pun kat muka aku. Lagi satu biji2 scrubnya tu halus je & tak kasar pun. So muka takde la sakit & pedih masa kena sental dengan scrub tu.. Untuk masker pulak aku belum try lagi. Hujung minggu ni boleh la cuba sebab aku selalunya pakai masker seminggu sekali je [itupun kalau ingat]. Masker pun penting jugak ekcelinya nak2 pulak kalau kulit berminyak cam aku.

Tapi cuma satu je yang pada aku tak berapa best. Tang baunya tu.. Memang tak wangi. Cam bau pumice stone yang sental tumit kaki tu jer...[Tetiba aku rasa macam aku ambik batu tu pastu sental kat muka
Maybe sebab pumice stone tu adalah salah satu active ingredient kot selain Salicylic Acid, White Clay, Zinc & Smithsonite. Tapi tak kisah le tu.. nafas la ikut mulut jap..Takpun tahan je la nafas tu..hehehehe

Hari ni baru hari kedua aku pakai pencuci muka ni. Katanya kulit akan clear sehingga 7 hari. Nanti kita tengok cemana la yer.. Nanti aku apdet hasilnya seminggu dari sekarang.. TUNGGU!!!!!!!!


** Sesuai sangat untuk orang pemalas cam aku..

Thursday, February 16, 2012

PANDUAN NAIKKAN SERI WAJAH

Orang pompuan suka sangat la kan kalau nak muka cantik berseri
[tapi kalau hati busuk pun tak guna tau...]

Jom pakat amal ramai2 yer..

Tuesday, January 10, 2012

NAK CUBA MANA SATU??

Semenjak dah masuk 3 series ni.. sistem tubuh pun dah banyak mengendur
Nak pulak dah beranak pinak ni... atas bawah, luar dalam semua nak kena jaga
Memandangkan aku malas nak telan macam2 pil, so aku mencari kalau boleh produk yang all-in-one

So far, dah jumpa macam2 jenis supplement.. Sekarang ni pun aku cuma consume Jamu Ratu Dara (wink*wink*)
Tapi stok dah nak habis
Ingat macam nak try yang jenis bancuh2 tu
Setakat ni dah ada 3-4 jenis dalam permerhatian aku
Tengah bertimbang tara nak cuba mana satu antara:
 RM 89.90/14 sachet  [ada blog buat offer jual RM75 je]


 RM35.00 /10 sachet [kakak yang urut aku duk promote kat aku]


RM90/15 sachet [baru tertengok dalam paper bebaru ni.. nampak cam best]




Mana satu nak beli ek??? Sesape pernah try, cuba promote gile2 kat aku...

Mak aku minum PAMOGA, so far mak aku tu ok je aku tengok.. Tapi tang harga tu jenuh gak nak menten
RM165 sebotol [ada je blog yang offer murah sikit]


HELP!!!

Monday, January 9, 2012

MATA UNGU

Finally... 
Ungu mata hitamku...
Beli jugak lens kaler violet ni..

Thursday, September 8, 2011

I NEED NEW HAIRCUT!!!

Rambut makin panjang & merimaskan
Rambut yang gugur pun makin banyak

Dah bosan la dengan rambut sekarang
Ingat nak potong rambut pendek la pulak
Masalahnya muka aku ni jenis bulat [ate awok dah bam-bam kan??]
Nak kena cari pesen yang sesuai dengan muka awok..

 Last year dah potong rambut camni
Siap buat rebonding bagai lagi tau.


Yang ni pun cam ok gak cuma bahagian bawah tu dia gulung2 sikit

Tapi cam Keira Knightly ni ok gak kan.. tapi jenuh la pulak nak menyapu rambut depan muka aku tu. 
Aku ni kalau rambut menutup mata & muka ni aku rimas sikit ---> kira reject la yang ni


 Yang ni pun lawo.. Nampak cam budak notti sikit..heheheh


PERFECT!!! Ini yang aku mahu... 
Bila nak gi saloon ni ek???

Monday, June 20, 2011

YVONNE & GINCU MERAH

Drama Nora Elena dah habis dah
tapi masih ada lagi yang meleret2 citer pasal drama ni
[termasuk la aku...wahahahah]

Tapi aku bukan nak citer pasal drama ni
tapi kali ni nak citer pasal watak Yvonne yang membencikan tu
Pada aku dalam drama ni Wan Sharmila berjaya bawa watak Yvonne dengan baik sekali
dan pada aku antara banyak2 watak yang Wan Sharmila tu berlakon
ni la watak yang paling cemerlang sekali [walaupun dia bawa watak jahat]


Sebelum ni dia terkenal melalui citer Kisah Qaisara tu
tapi wataknya terlalu kebudak-budakan & over tergedik2
pastu dia jadi lead actress drama Tari Tirana tu pulak
laaaaaaaaaaaaaaagi la tah apa2 kan
[dengan dress up & style yang buruks tu.. ai tak suka okeh]
tapi dalam Nora Elena ni WS nampak lagi matang & stylo
[harus la kan sebab dia pegang watak sebagai PA kan??]


Apapun aku suka tengok make up WS dalam ni
nampak fresh dengan lipstiknya yang merah menyala tu
walopun si WS ni berkulit gelap tapi nampak cantik je lipstik tu ngan dia
pandai sungguh makeup artist tu kan

-aku suka la baju hijau dia ni -

So far artis yang aku suka tengok pakai gincu merah menyala ni hanyalah Taylor Swift
maybe sebab kulit dia yang putih melepak tu makin menyerlahkan bibir dia tu
even though bibir dia tak seseksi Angelina Jolie..



*** Aku tak berani lagi nak pakai gincu kaler merah menyala ni..

Friday, June 10, 2011

MAKIN TUA MAKIN CANTIK

Terjumpa gambar Aishwarya Rai yang latest
makin cantik dia ni sekarang
walaupun dah tua, kan???


** Suka tengok make-up dia ni. Natural je kan??? Warna mata dia pun lawo..

Monday, April 4, 2011

Jangan Tak Tahu Aku Pun Gedik Jugak!!

Korang memang tak tahu
laki aku je tahu aku gedik ke tidak
wahahahaha..

Balik dari keje hari tu, bila sampai rumah
tengok2 ada satu envelope pos express atas meja
walawei.. barang aku oder sudah sampai...

Nak tahu apa aku oder??
Jeng..jeng..jeng..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Gara2 aku terpengaruh dengan si DNI
akhirnya aku beli jua sepasang
tahniah DNI sebab berjaya mempengaruhi kakakmu ini...

Hari tu dah beli stok setengah tahun
tapi gedik punya pasal, nak jugak try yang kaler2
campur tolak pujukan suami nak suh aku meranggi
ini le padahnya... terjebak beli kat SINI
macam2 pesen & kaler korang nak semua ada

memandangkan aku ni rabun, so kena la beli yang ada power punya
nampak tu. power aku 3.50 okeh!!
sape yang power lebih dari aku pun boleh beli sebab tokey tu kata
power ada sampai 1000

Aku beli kaler Grey sebab tak nak nampak obvious sangat
konon2 nampak cam model ni ok la kan
Tapi kalau orang lain pakai cantik tak semestinya kita pakai pun cantik juga kan
so semalam aku try test la .. selesa ke idak ke
ini la rupa mata aku dengan lens omputih ni
[selesa jugak le pakai lens ni sebenarnya, tak merengsa & mengeringkan mata aku ni]

Ini gambo dari dekat... hasben aku cakap OK je

Ini pulak gambo dari jauh... tak ketara sangat la kan, just nice

** Nanti nak try beli kaler biru lak.. ahaks!