Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Friday, February 6, 2015

KISAH DAPUR

REALITI KEHIDUPAN


Sedih pulak bila tengok gambo ni
Bila relate dengan kehidupan sendiri

Memula ada hasben, ada wife
Pastu ada anak2.. pastu tambah anak lagi
Kot2 pastu ada menantu, cucu
TAPI...
At the end tinggal berdua @ sengsorang
Bila pasangan dah meninggal
Bila anak2 dah menjauh & bizi dengan kehidupan masing2
SEDIHNYA!!!!!!

Apalah aku ni... sampai stage camni pulak difikirnya
Ye la kan....
Aku ada anak 4 orang - 3 perempuan, 1 lelaki
Yang pompuan dah tentu2 folo hasben masing2
[Kot2 dapat hasben pulak yang jenis "berat" nak balik rumah mentua....CHOI!!!! sangat]
Yang lelaki pun tah ceruk mana la dia duduk nanti
Kot2 duduk jauh dari aku, jarang le dapat balik jenguk mak abah kan....
At the end, kesepian la mak ayah tanpa anak2
Kena bela kucen la pulak buat peneman ye... huhuhuhu

** Jangan la anak2 cepat membesar..
Dok lama2 sikit bawah ketiak mama ni..

Thursday, February 6, 2014

PESANAN UNTUK IBU BAPA

Ada benonya juga

Lain anak lain cara & perangainya
So parents kena pandai tackle anak..

Banyak lagi ilmu parenting kena belajo rupanya...

Tuesday, October 8, 2013

SOALAN RAMALAN SELEPAS SPM

Memang soalan2 lazim yang akan ditanya selepas SPM
Mak bapak anak harus tengok video




Betul cakap hang:
Pencapaian akademik tu bukanlah penentu berjanya hidup seseorang


Hahahahahaha
Paling best part last sekali
Smash baekkkkkkkkk punya

Thumbs up Matluthfi!

Wednesday, January 2, 2013

WW 2013 #1


Lakukan semuanya semata2 kerana
LILLAHI TA'ALA..

Wednesday, April 18, 2012

WW 2012 #16


Thursday, July 14, 2011

PERKARA WAJIB KALAU KE KEDAI

Ni la masalah kalau bawak anak2 pegi shopping
tak kira la kat hypermarket ke,  pasaraya ke, pasar mini ke mahupun kedai runcit
[tokey kedai pulak la ni dah pandai dah guna taktik letak mainan kat kedai masing2]
tempat wajib tuju ialah tempat jual mainan
maka menjadi satu fobia untuk ibu bapa kalau nak melalui kawasan ini

Ni Adib masa kat ECONSAVE, tengah rambang mata nak pilih mainan yang mana satu


Memang betul la kata semua perancang kewangan:

JANGAN BAWA ANAK2 MEMBELI BELAH JIKA TAK MAHU BAJET KORANG LARI DARI LANDASAN.... 


Kacau! Kacau!


Wednesday, May 25, 2011

TRAGIK!!! JANGAN SESEKALI TINGGAL ANAK DALAM KERETA

Peringatan untuk semua ibu bapa...
yang belum jadi ibu bapa pun ambil la iktibar dari kejadian ini

Dah banyak kes berlaku pada anak
kalau mak bapak tinggalkan anak2 dalam kereta
kena culik la, kena rompak la, kena langgar la, accident la
dan baru2 ni mati kepanasan dalam kereta



Gara2 bapa tergesa2 nak menghadiri pengkebumian
bapa tu terlupa pulak akan anak yang tertidur dalam kereta
dah le parking kereta tengah panas
maunya anak tak macam duduk dalam oven
kalau kita pun lemas, inikan pulak budak umur 3 tahun

Forgotten girl dies in car

Tumpat : In a rush to attend a counsin's funeral, a man forgot about his three-year-old daughter who was sleeping in the car uder the blazing sun about 500m away from the cemetery at Kampung Morak near here. By the time he remembered about her more than an hour later, the girl had already suffered serious heatstroke.
Berita penuh boleh baca kat SINI


** Ingat! Ingat di mana anak anda berada...

Monday, August 16, 2010

40 Kesilapan Mendidik Anak (Part 2)

Lama sungguh baru nak sambung... Mesti korang pun dah lupa apa dia 10 kesilapan yang pertama kan?? Sila refresh kat sini

Sambungan yang seterusnya:



11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
    •  Setiap pagi sebelum anak-anak pergi sekolah sentiasa peluk cium mereka dan beri nasihat dan semangat kepada mereka. Apabila mereka pulang juga, peluk dan cium mereka seolah-olah kita sangat rindukan mereka.

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
    • Anak2 memang tak akan rasa ibu bapa berlaku adil terhadap mereka. Itu lah sebabnya ibu bapa kena terapkan konsep adil dalam rumah. Jangan jadi ibu bapa yang berat sebelah hingga anak2 dapat lihat ketidakadilan terhadap mereka.

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
  • Point penting untuk ibu bapa yer.... Jangan asyik berlumba2 nak hantar anak2 tuisyen mahal2 dan bagus sahaja. Sedangkan kelas mengaji dan fardhu ain tidak langsung dititik beratkan. Duniawi dan ukhrawi harus diseimbangkan. 

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
  • Buat ibu bapa yang ter....sangat busy, memang mereka akan lepaskan tanggungjawab berkenaan pelajaran anak2 pada orang lain - atuk, opah, adik beradik, maid. Ye lah bila bekerja dari pagi sampai malam, bila nak ambil tahu pasal hal ehwal pelajaran anak2.  Yang mereka tahu time nak sign report card sahaja. Bila prestasi anak teruk, tahu nak marah sahaja sedangkan perkembangan pelajaran anak2 langsung tak diambil berat. 

15. Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
  • Biasakan dengar pepatah, "all work & no  play make Jack a dull boy". Jangan paksa anak2 belajar 24 jam. Biarkan mereka berehat dan beriadah. Tapi tetapkan jadual bila mereka boleh bermain dan bila waktu mereka belajar. Pastikan mereka mengikut jadual tersebut.

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
  • Kalau ibu bapa dah malas membaca, macam mana nak menggalakkan anak2 membaca. Jadi ibu bapa kena la tanamkan sifat suka membaca. Tak semestinya bacaan yang serius. Majalah mahupun komik pun boleh dijadikan bacaan. Jika anak2 minat membaca, rangsang minat mereka, belikan buku2 yang mereka suka.

17. Mengizinkan anak menjamah makanan atau minuman yang tidak halal.
  • Anak2 terutama yang masih kecil tentulah belum kenal erti halal haram. Jadi adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa ambil tahu apakah yang anak2 kita makan dan minum. Especially yang hantar kat nursery atau penjaga. Makanan disekolah juga perlu kita ambil tahu kot-kot la sumbernya adalah dari sumber yang haram.

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
  • Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?? Selalunya anak2 akan ikut perilaku ibu bapa. Jadi sebagai ibu bapa kita kenalah tunjuk perangai yang baik2 supaya anak2 kita pun ikut perangai yang baik. Kalau boleh tinggalkan perkara2 yang buruk supaya tidak menjadi ikutan anak2.

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
  • Jangan la asyik serius je kalau bersama anak2. Tidak salah kalau bergurau senda dengan anak2 dan ahli keluarga lain kerana ia dapat mengeratkan silaturrahim.  

20. Terdapat jurang komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak.
  • Sentiasalah berkomunikasi dengan anak2. Tanya apa aktiviti harian mereka. Jika tidak ade komunikasi bagaimana nak wujudkan suasana harmoni di rumah. Rumah yang ceria perlu ade komunikasi yang baik. Jika anak2 buat kesilapan kita kena tegur, jangan diamkan sahaja. Jika ada apa2 permintaan dari anak2 cuba tunaikan sekadar termampu. Dengar pendapat anak2 dan saling ingat mengingati antara satu sama lain.

** Tangan sudah letih menaip panjang2. Balance 20 tips lagi akan disambung di entry akan datang... 

Friday, July 30, 2010

40 Kesilapan Mendidik Anak (Part 1)

Untuk meningkatkan lagi skill parenting kamu-kamu orang [termasuk la aku], aku turunkan tip-tip untuk mendidik anak-anak. 



Menurut pakar motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Antaranya:

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 
    • pasangan sekarang kalau cari pasangan jangan ikutkan perasaan cinta sahaja. Sepatutnya kena pertimbangkan 4 ciri-ciri pasangan iaitu agama, rupa, harta dan keturunan.
    • kena fikir juga itukah lelaki/wanita yang bakal jadi bapa/ibu pada bakal anak2 kita. Kalau pasangan itu kurang agamanya bagaimana hendak didik anak2 dengan pendidikan agama yang baik??Kalau ekonomi tak kukuh, macam mana nak sara keluarga? Kalau keturunannya tak baik, macam mana kita nak membentuk sahsiah anak2 kita nanti

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan tentang zuriat
    • Ini pun satu lagi kesilapan asas yang serius & ramai yang tak ambil endah. Maksud perhubungan disini ialah hubungan kelamin yang dilakukan untuk mendapatkan zuriat.
    • Hubungan itu tidak dilakukan dengan tatatertib yang betul mengikut ajaran Islam. Ada yang tak peduli langsung seperti tidak membaca doa pelindung dari syaitan, tidak berselimut, berjimak ketika isteri haid dan sebagainya.
    • Bila dah takde pelindung, hubungan itu akan disertai oleh syaitan yang akhirnya akan mempengaruhi zuriat tersebut. Itu yang ade anak degil, nakal & tak mahu mendengar kata. Zuriat yang baik perlulah dihasilkan melalui hubungan yang baik juga. 

    3. Kurang berlemah lembut terhadap anak.
      • anak2 perlu dibelai dengan lemah lembut. Jangan asyik marah pada mereka. Jangan tengking anak-anak. Bersabar dengan karenah mereka.

      4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak
        • Kalau anak buat silap tegur elok2. Jangan maki hamun kerana apa yang diungkapkan oleh ibu bapa terhadap anak2 adalah merupakan satu doa. 

        5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan untuk anak-anak
          • Anak2 yang sedang membesar memang cepat jemu dengan makanan yang sama. Jangan la hari-hari hidang lauk yang sama. Jangankan anak, kita pun boring nak makan ye dak?? Para-para bini sekalian kena la tambahan skill memasak yer... [aku le tu..]
        6. Jarang makan bersama anak-anak.
          • Waktu makan adalah waktu untuk satu keluarga berkumpul. Patutnya ibu bapa makan bersama anak-anak sekali sehari. Waktu inilah ibu bapa boleh bermesra dengan anak. Kena jadikan amalan makan bersama ni.. Baru la meriah kan???

          7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
            • Masa makan jangan la marah-marahkan anak. Kalau anak makan tumpah2 jangan terus marah. Pujuk anak untuk terus makan. Kalau boleh bergurau senda la ketika makan. Bapa boleh beri nasihat pada anak2 ketika makan.

            8.Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
              • Ini paling tak patut. Lain anak lain karektor. So perhatian perlu diberi secara berlainan tetapi kena la adil. Jangan pilih bulu sesama anak. Semuanya kan dari darah daging yang sama. Kenapa perlu dibezakan??

              9. Kurang melahirkan kasih sayang.
                • Parents... jangan lokek dengan kasih sayang tau. Kalau korang tak sayang anak, siapa lagi nak sayang ye dak??? Selalu lah peluk dan cium anak2. Tunjukkan yang kita sayangkan mereka. Walaupun marah, bila dah reda, pi la pujuk, peluk , cium anak tu. Takde la depa rasa tak disayangi.

                10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
                  • Pantang mengeluh di depan anak-anak yer... Nanti2 depa pulak yang mengeluh dengan kita. [Kalau nak mengeluh pun pi la sorok2 kat tempat anak tak dengar/nampak]. 


                Ok.. itu jer tip untuk kali ni. Yang seterusnya akan disambung kemudian..