Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label PASTI. Show all posts
Showing posts with label PASTI. Show all posts

Monday, November 18, 2013

HARI TERAKHIR SEORANG BUDAK TADIKA

Jumaat lepas hari terakhir budak2 sekolah sebelum cuti panjang
Anak2 aku masih lagi pegi sekolah haritu
walopun dah ramai dah yang dah start ponteng sekolah

Aleeya cam biasa, dia pegi sekolah ngan Atok dia
[sebab dia kene pegi sebelum 7.30]
Aku la yang hantar Adib 
Memula Adib cam malas juga tapi aku suruh juga dia pegi sekolah
Lagipun tahun depan dia dah sekolah kebangsaan kan

Muka takde mood nak gi sekolah

Adib ni kalau pujuk baik2 dia ok la
Sampai kat sekolah aku tangkap gambar dia sekali lagi
Wajah terakhir bergelar budak Tadika PASTI
Berkerut hidung tu Adib oi...

** Baju PASTI dah aku lipat masuk dalam pelestik... Tunggu masa nak humban...

Tuesday, September 17, 2013

ADIB @ SUKAN PASTI 2013

Kebetulan sukan sekolah Adib jatuh pada hari yang sama dengan birthday dia
Sukan tu pulak dibuat kat padang dekat dengan rumah aku
So takyah susah payah naik kereta/moto bagai
Jalan kaki pun sampai...hehehe

Punya la semangat si Adib nak pegi sukan
Bangun awal pulak dia
Selalu tu bukan main payah lagi nak kejut bangun tido
Oh ye, Adib masuk acara lari ikat kaki tahun ni...

Sempat lagi birthday boy posing sebelum gi sukan

Adib pegi padang dulu dengan abah dia
Aku lambat sikit sebab nak uruskan Amira dulu
Saja la bawak Amira jenjalan tengok riuh rendah kat padang ni ha..
Amira tak meragam pun.. Good girl!
Elok je duduk dalam stroller

Upacara pembukaan, budak2 kena beratur ikut rumah masing2
Adib rumah kuning tau..
Pastu sorang satu cikgu bagi bendera sebab nak gi berarak
sempena Hari Malaysia kekdahnya.. 
Adib dengan geng rumah kuningnya..

Lepas beratur, deme kena la berarak keliling padang...
Idak le jauh mana pusingnya pun
Cuaca pagi tu pun elok redup je...

Dah habis berarak, kena masuk padang balik untuk acara seterusnya

Sementara tunggu Adib habis berarak, aku pun balik rumah dulu
Sebabnya Amira dah start mengantuk 
Nak tido la tu...
Aleeya pulak sempat lagi pegi main buai kat padang tu...

Lepas balik rumah, Amira tido aku pun buat keje kat rumah je la
Aku tak dapat la jadi mamarazi tahun ni...serah tugas pada hasben la sebab hasben aku je la yang gi padang tengok Adib sukan
Adib masuk acara lari ikat kaki
Dapat no 1 group dia..

 Aik, tali ikat kaki tu kat lutut pulak
Zaman aku dulu ikat kat pergelangan kaki
Pesen baru kot!

Ekceli ada video Adib bersukan ni tapi semua dalam henfon canggih laki aku. Nak download tak reti, nak bluetooth memory full lak.
Tengok la bila2 aku rajin, aku tepek kat blog ni..hehehe

Wednesday, January 2, 2013

SEBELUM SEKOLAH

Hari ni sekolah dah bermula 
Aku & hubby ambik cuti untuk uruskan hal sekolah anak2
Yaya hanya akan sekolah kebangsaan je hari ni [sesi petang]
Sekolah agama akan mula esok
Sekolah Adib pun start esok, hari ni cuma pegi bayar yuran sekolah je
[Adib masih dihantar di tadika yang sama dengan tahun lepas --> PASTI]

Kesian nak kejut tengok dua2 lena beno..

Memandangkan dua2 tak sekolah pagi aku kasi can le deme bangun lewat
[bangun cam masa cuti sekolah..hehehe]
Pukul 9pg baru kejut diaorang suh mandi sebab nak pegi sekolah Adib

Thursday, November 8, 2012

KONVOKESYEN ADIB

Tahun lepas konvokesyen si Aleeya
Tahun ni sambut konvokesyen si Adib pulak
Masih lagi di sekolah yang sama... dan di dewan yang sama
Cara organize pun masih lagi sama... 
masih tah apa2 macam yang sebelumnya

Malam tadi dah selamat dah konvokesyen si Adib
PASTI ni suka sangat buat konvo malam hari bekerja tau
Dah le aku sampai rumah pun dah lewat, pastu terkejar2 nak pi konvo pulak
Mengah mak buyong dibuatnya!
Dah le laki aku keje.. so kami pegi 3 beranak je --> Aku, Yaya & Adib

Kalau ikutkan malas je nak pegi
Lagipun Adib bukannya dapat apa2 hadiah pun
Tapi sebab kesian kat dia sebab dia ada buat persembahan
Turutkan je la... 
Buku tentatif program...


Budak yang siap sedia untuk dikonvokan...ekekekeke

Backdrop kat dewan...
Tengok la budak2 tu.. selamba je main atas pentas

Sementara Adib pi bersiap sedia luar dewan, mama & yaya camwhore la dulu yer... 

Majlisnya punya la lambat nak start
Aku lak dah le lapo sebab tak sempat nak makan 
Nasib la ada diberi makanan kat dewan tu... nasi goreng je la pun
Aku baham dalam dewan tu jugak... sian baby dalam perut
Dah menggedik2 dia kelaparan sampai senak perut aku...

Dalam 8.40 baru la majlis start. 
Biasa la ucapan2 dulu, perasmian, pastu pulak persembahan murid2
Aku pulak dapat seat yang agak belakang so takde la nak snap gambar dekat2
Malas aku nak turun naik tangga tu...

 Ni la persembahan budak2  5 tahun
Nasyid lagu sekolah, pastu lagu mana kucing
Adib duk barisan belakang... Tak nampak jelas la mukanya

Persembahan banyak la jugak.. habis2 pun dah pukul 10 lebih
Aku dah mengantuk giler... esok nak keje lak tu
Budak2 yang dalam dewan tu pun dah ramai dah mengaruk
Yang menangis, yang menjerit
Fuh...bising!!!

Bila turn Adib nak ambil sijil, aku & Yaya siap2 tunggu kat tepi pentas
Lepas je si Adib ambil sijil dia, aku nak cau cin cau dah
Malas dah nak tunggu lama2

Adib baru lepas ambil cenderamata..hehehe..
Jadi le daripada takde kan....

Tunggu konvokesyen tahun depan pulak...

Monday, September 3, 2012

SUKAN PASTI 2012

Hari Merdeka baru ni, tadika Adib buat sukan tahunan
Ok la tu, buat waktu hari cuti, senang mak bapak nak hadir
Kali ni sukan tak buat kat dewan cam sebelum2 ni
tapi buat dekat padang yang dekat dengan rumah aku
dekat je la.. jalan kaki pun boleh.

Adib rumah kuning..

Biasa la mula2 sure kena masuk perbarisan dulu
Disebabkan hari tu hari Merdeka, dapat la deme bendera sorang satu
sebabnya lepas tu ada perarakan hari merdeka

 Siap sedia untuk  mulakan perarakan mengeliling padang & kawasan sekitar

 Nampak tak si Adib?? [Yang tak pakai kopiah tu la]

Lepas habis berarak, masuk balik padang untuk acara ikrar, doa & nyanyi lagu Negaraku 
Tak dan nak tangkap gambar sebab ramai sangat mak pak yang kerumun kat tepi padang
Tapi sempat la tengok Adib tu.. masa bada doa & ikrar tu bukannya dia dengar pun
tapi dok sebok bersembang dengan kawan dia.

Acara Adib yang first sekali --tarik bola dengan gelung
 Shoot terbaik yang aku dapat...
Pasukan Adib dapat no 2.

Sementara tunggu acara sukan habis, Adib tengok la dari tepi padang...

Dalam kul 11.30pg tu sukan pun habis
Ada la upacara penyampaian hadiah... Adib dapat la hadiah alatulis
Suka sangat la dia...
Patutnya lepas habis acara tu semua ada jamuan hari raya
tapi aku malas nak pegi dah.. baik aku balik rumah makan nasi
perut pun dah lapo sebab pagi tu cuma minum air  & makan sekeping roti je..

Tuesday, June 26, 2012

AMBIL REPORT CARD

Jumaat lepas sekolah Adib buat hari Akademik ---> hari nak ambil & sain report card anak2
Ni first time nak ambil result periksa untuk Adib
Adib ni memang tak sama dengan Aleeya so aku pun tak berapa nak mengharap keputusan yang elok untuk Adib..Adib ni banyak main & kurang tekun macam Aleeya dulu..




Pagi tu aku tak hantar Adib terus ke rumah babysitter sebab aku nak pegi sekolah dengan Adib. Berdebar2 jugak le nak ambil result mamat tu
Katanya start pukul 8pg tapi pukul 7.45pg aku dah sampai
Terus je masuk jumpa cikgu sebab masa tu aku tengok dah ada pun mak bapak ambil report card anak.

Jeng..jeng..jeng... hasil komenan cikgu ---> cikgu cakap si Adib ni suka main dalam kelas. Lagi satu dia ni bukannya tak boleh jawab, cuma sebab dia tak cekap membaca so dia main taram je la jawab periksa.. Hambek ko.... Tapi memang diakui, aku banyak mengabaikan si Adib compared dengan Yaya. Lagipun kami suami isteri asyik balik lewat je.. Sampai takde masa nak ajar anak. [Abih camno la den nak anak banyak kalau cenggini caranya??]

Yaya dulu agak tekun tapi Adib ni malas sikit nak mengadap buku. Kena paksa baru nak bukak buku. Dah tu kena tunggu lak tu. Agaknya tu la beza anak lelaki & anak pompuan.. La ni aku dah mula kuarantin si Adib dalam 30 minit tiap malam & semak bacaan dia. Luckily dia pun willing nak belajar. Alhamdulillah.


Semlam sekolah Adib cuti sebab hari sebelum tu ada lawatan sambil belajar. Tapi bukan kelas si Adib la.. Dapat cuti free...


** Adib dapat no 7/21... 

Friday, January 6, 2012

ADIB @ PASTI - 3 HARI PERTAMA

3 hari terperam je blog ni tanpa new entry
Al-maklum la sibuk menguruskan diri  anak2 aku ke sekolah
Dua2 anak aku start sekolah tahun ni, Yaya darjah 1 & Adib lak tadika

Tengok kat blog mak2 yang lain semua duk apdet citer anak sekolah
Aku pun nak join sama la... mana leh kalah!! [Sama la dengan MR kan??]

Hari pertama sekolah [4/1/2012] tu Aleeya belum start sekolah agama pagi
So pagi tu hanya menguruskan Adib ke tadika
Aleeya macam biasa, aku pos ke rumah Cik Besah
Masa nak pegi Adib ok je... takde nangis & buat drama swasta macam budak lain
[bajet anak aku ni steady la cam kakak dia dulu]
Aku kejut je bangun pagi, terus bangun
Siap gosok gigi & sabun wangi2
Posing dengan uniform sekolah & botol air Angry bird..

Cik Besah pepagi dah datang menyiasat rumah aku
Nak tengok Adib pegi sekolah katanya

Dah dekat pukul 8 pagi baru aku & hasben hantar Adib ke PASTI. Naik motor je senang nak mencelah2.
Sampai sekolah kena daftar nama dulu & ambil name tag sementara
Masa ni ramai gak le bebudak yang menangis
Ada gak yang menangis sampai termuntah2
Tapi masa ni si Adib tak le menangis pun..

Sementara menunggu cikgu panggil untuk perhimpunan, Adib main le dulu dengan anak jiran aku. Haikal namanya
Haikal ni masa kat sekolah elok je diamnya. Masa kat rumah boleh tahan buas jugak budaknya. Aku tak berapa kasi si Adib main dengan Haikal ni masa kat rumah sebab budak tu lain macam sikit cara mainnya. Kasar & suka bergaduh.

Bila dah cikgu panggil untuk beratur, cikgu dah suruh parents keluar dari kawasan sekolah. Kalau nak tengok pun dari luar pagar je 
Tu si Adib kat belakang sekali. Masa ni tengah berbaris.

Masih di barisan paling belakang... Masa ni tengah warm up. Cikgu suruh angkat tangan & gerakkan jari jemari.

Lepas perhimpunan, semua masuk kelas masing2. Bila dah masuk kelas & cikgu dah tutup pintu, mak pak masing2 pakat  balik rumah le. Aku pun cau cin cau le dari situ.

Time rehat, aku pi balik ke sekolah. Tahu tak apa dah jadi?? Adib tengah menangis kat pintu pagar sekolah. Cikgu tengah pujuk dia lak tu. Bila aku sampai aku tanya la kenapa dia nangis. Aku ingatkan ada budak pukul dia ke apa. Tau tak apa dia kata?

" Adib nak balik....adik nak minum susu.. adib nak tidur... lamanya sekolah ni"

Jenuh la pulak aku nak pujuk cakap takleh balik lagi. Kena tunggu pukul 11.30 baru boleh balik. Pastu aku buat janji pelesu la cakap aku tunggu kat luar sampai dia balik. Apa gila nak tunggu tengah panas tu kan?? So lepas je dia masuk kelas, pecut terus balik rumah. Dah dekat waktu balik baru pi cecepat ambil dia kat sekolah...

Hari kedua lak suruh dia naik kereta ustazah ke sekolah. Janji la dengan dia yang kitaorang akan folo kat belakang dengan moto. So dia naik la kereta ustazah. Sampai kat sekolah dia buat perangai tak nak masuk pulak. Dan dan cakap sakit perut la, apa la...[sambil nangis2]. Pastu abah dia janji kata nak tunggu dia.. Cam biasa, janji pelesu lagi..

Hari ketiga [hari ni la], kami laki bini dah start keje. Hantar Adib macam biasa kat rumah babysitter. Siap pesan kat babysitter suruh Adib gi sekolah naik kereta ustazah. Dalam pukul 7pg tadi babysitter call cakap Adib nangis2 tak nak naik kereta ustazah sebab dia nak abah dia hantar. Jenuh gak le nak pujuk2 dia dalam telefon. Dekat pukul 8 aku call babysitter tanya dia cemana. Katanya si Adib menangis2 tak mau naik kereta ustazah, last2 babysitter gi hantar ke sekolah. Kat sekolah pun nangis2 lagi sebab nak tunggu abah dia datang. Cemana la nak datang Adib oi.. abah ko bukannya keje sebelah tadika tu...

** Cemana la pulak minggu depan yer???


Friday, December 30, 2011

PELABURAN MINGGU DEPAN

Minggu depan sekolah akan bermula kan
Yaya nak masuk darjah satu
Adib pulak masuk tadika
Jenuh bergilir2 menunggu kat sekolah pagi-petang

Yaya mungkin ok kot sebab sebelum ni dah pernah sekolah [tadika]
Adib la pulak tak tahu le cemana gaya nak sekolah ni
Nak2 pulak ini first time hantar anak guna transit [van sekolah]
Yaya dulu atuk dia yang hantar

Harap2 semuanya ok minggu depan
Terpaksa ambil cuti 4 & 5 haribulan untuk hal ehwal sekolah bebudak ni
Tup2 dapat pulak surat untuk daftar si Adib pada 3/1/2012
Takkan nak cuti lagi kan.. so terpaksa ambil time-off kot 
Apasal la deme tak buat 2hb tu??

Ini pulak jumlah yuran untuk sekolah Adib
RM441 tau... dah naik RM50 berbanding tahun lepas






** Belanja akan lebih banyak tahun ni.... Saving bulanan makin sikit.... 
Cam kena pospon je projek baby aku tahun ni...erm.....

Friday, December 2, 2011

ALEEYA'S GRADUATION DAY

Ni citer 2 minggu lepas yang dah lama peram dek kerana nak melengkapkan kronologi percutian di Langkawi. Kebetulan Hari Anugerah sekolah Yaya ni pada malam hari kami pulang dari Langkawi
Alhamdulillah, sampai di Batang Kali pun dah pukul 3 ptg, so masih sempat la nak siap² ke majlis malam tu
Bukan nak prepare apa pun, just nak iron baju uniform Yaya jer...

Tepat pukul 8 malam, kami dah terpacak kat Dewan tu
Kami terlewat sikit sebab hari hujan
Tapi masa kami sampai, majlis pun tak mula lagi & ramai lagi ibu bapa yang belum sampai

Backdrop kat pentas utama...

Tak lama pastu, baru ada announcement suruh tetamu makan dulu
[ada buffet lak kat luar dewan]
& katanya majlis akan mula lepas sembahyang Isyak
[Bab2 event camni, PASTI  punya style memang aku tak berkenan tau... tak sistematik langsung]
Ada pulak makan dulu la, sembahyang dulu la... kalau cenggitu baik cakap majlis start pukul 9 malam jer
Aku & hasben malas nak gi join the crowd untuk makan
Malas la kitaorang nak berebut² macam orang tak pernah makan lak...
Sementara menunggu tu kasi posing la sikit...
 Mak wajib posing dengan anak

Yaya posing untuk kali terakhir dengan uniform tadika
Kali terakhir sebagai budak tadika PASTI AT-TAQWA

Dalam pukul 9 baru la majlis dimulakan
Itupun dah macam huru hara
Mana idaknya... parents yang bawak budak kecik sure anak depa dah memekak nak tido la, nak balik la
[sape suruh buat malam hari bekerja kan...]

Dalam kelam kabut tu majlis tetap diteruskan dengan persembahan budak²
Layan je le... bebudak pun bukan serius buat persembahan atas pentas
Ada je yang main tolak² atas pentas tu..
Tapi aku cuma tunggu persembahan dari kelas Yaya je
Persembahan nasyid lagu Insya-Allah & Di Pondok Kecil 
Aku duk jauh ke belakang tu sebab gambar kecik je..

Yang ni aku zoom sikit.. Takleh zoom banyak nanti gambo lak tak clear
Yaya kat barisan depan sekali, no 3 dari kiri

Lepas acara persembahan baru la penyampaian sijil & anugerah
Tahun ni Yaya tak dapat anugerah sebab dia dapat no 11 
[paling merosot sepanjang 2 tahun ni]
Tapi dia dapat sijil tu pun jadi le...
There she goes, Yaya tengah ambil "ijazah" dia..
Aku malas nak join parents yang berkamera kat pentas tu
Tak kuasa nak turun 20-30 anak tangga.. ketor lutut aku weh!
Ni je la gambar terbaik yang aku dapat masa Yaya tengah terima sijil tu.

Katanya lepas habis majlis ada acara bergambar dengan jubah & sijil masing²
Aku pulak dah mengantuk tahap gaban dah
[maklum le letih baru balik Langkawi tak hilang lagi]
Sementara tunggu tu aku pi la makan nasi yang depa buat buffet tu
Ada nasi tomato, ayam masak merah, dalca & jelatah
Baru nak makan nasik, sekali nasi tu jelantah la pulak... hilang mood nak makan
Last² ratah ayam je le...

Tunggu punya tunggu masih takde pulak acara bergambar
Mana mak bapak yang dah tak larat nak tunggu pun just ambil gambar anak depa secara tak formal
Aku pun dah tak larat tunggu ajak Yaya & hasben balik
Tapi sebelum tu harus la ada gambar Yaya dengan jubah konvokesyennya tu
Topi takde pulak dah masa ni.. malas dah aku nak cari
Persyaitonkan je la topi petak tu...
Ada sekeping dua gambo ni dah le

Lepas aku tanya cikgu kot² ada lagi acara ke, cikgu kata dah boleh balik
Pastu bila ditanya bila nak tangkap gambar tu, katanya nanti kat sekolah esok lusa
Akhirnya sampai sudah takde pun sesi bergambo tu
Nasib le aku idak bayor lagi duit gambo tu...

** PASTI ni memang kena ada event management kalau buat apa² acara.  Setiap kali acara sure huru hara punya tah apa². Walaupun begitu, aku masih akan hantar Adib ke PASTI jugak tahun depan..

Wednesday, November 9, 2011

HARI ANUGERAH DI WAKTU MALAM

Dah hujung² tahun ni, banyak sekolah & tadika tengah galak buat Hari Anugerah kan?
Sekolah anak aku pun camtu gak
Tahun ni merasa la Yaya naik pentas pakai jubah konvo
sebab dia dah graduate dari Tadika
Tahun depan dah sekolah kebangsaan lak.
Ni jadual yang baru dapat
Nampak tak 15/11/2011 tu ada Hari Anugerah PASTI
buat waktu malam pulak tu... hish... tak pernah dibuat orang
Aku ingatkan Anugerah² yang kat TV je depa buat waktu malam
Anugerah Tadika pun nak buat waktu malam gak

Luckily Hari Anugerah tu buat hari Selasa
Kalau buat waktu weekend memang tak dapat pegi la sebab kami masih di Langkawi
Hari Selasa tu pun kami baru balik dari Langkawi
Flight pukul 12.30tgh, so sempat la nak attend Hari Anugerah ni kan??


** Tak tahu la Yaya dapat tak naik pentas untuk anugerah pencapaian dalam kelas. Tahun lepas dapat naik pentas sebab periksa dia dapat no 3.

Monday, October 3, 2011

SUKAN VS REUNION

Sepatutnya pada 09/10/11 ni, geng2 ex batch sekolah aku nak buat reunion.
Dah lama dah nak buat gathering & potluck bagai
Konon2 aku pun nak jugak la pi berjimba2 dengan kengkawan lama
[al-maklum la... dah lebih 10 tahun kitaorang tak jumpa]
Punya la semangat sampai segala menu dah dicop dek member2 yang bakal join

Minggu lepas, sengaja la refresh pasal aku punya gathering tu pada hasben
[dulu dah pernah mention dengan dia tapi cam tak konfem]
Isteri Mithali kan, so kena la mintak izin suami
kang hasben tak bagi kang, jadi bini durhaka lak aku
So bila aku mintak izin tu, hasben aku cam diam je
[marah ke?? tak suka ke?? tak boleh ke??.... dalam hati aku la dok bertanya2]
Last2 hasben aku ubah topik bersembang
dan permohonan aku tu cam digantung tak bertali
[agaknya dia nak fikir dulu kot... mentang2 dia kena jaga anak time tu.hehehe]

Memandangkan permohonan aku tu belum approve hari tu
so aku pospon la nak tanya esok lusa lak
cari masa yang sesuai la konon nak pujuk tok laki
[lupa nak habaq, conversation tadi tu dalam kereta masa on the way balik keje]

Lepas sampai rumah, Yaya pun balik siap bawak sehelai kertas putih
Ingatkan surat apa rupanya surat sekolah

Ada sukan rupanya tadika Yaya
sekali tengok tarikh..... apakah?????
hari yang sama dengan gathering tu...
so, memang dah takdirnya aku tak boleh join gathering tu
[sila imejin kepala aku macam kepala Shin Chan dihempap batu bata]
patutla tok laki aku liat nak bagi jawapan
apa nal buat.... bila dah berkeluarga ni , FAMILY FIRST la kan..

So geng2 SERATAIAN yang terbabit
sorry la aku tak dpaat join korang
Yatt & Awa, pasni tepek la gambo banyak2 kat fb ye
supaya boleh menjeleskan & me'manas'kan aku di kejauhan ni.. hu..hu...hu


Thursday, June 23, 2011

AMBIL REPORT CARD

Semalam Yaya baru bagi surat dari sekolah dia
katanya esok kena datang ambil report card dia
tah cemana la prestasi anak dara aku tu


Memula tu ingat nak suruh pak mentua aku je yang ambilkan
tapi tahu je la.. orang tua tu bukannya clear sangat pendengarannya
dibuatnya dia jerkah cakap kuat2 dengan cikgu Yaya
mau tak kecoh satu tadika
tu belum lagi dia beleter tah apa2 benda kat sekolah tu

So sebagai ibu mithali ibu yang sejati konon
aku korbankan la masa aku kejap singgah tadika Yaya
bila lagi nak beramah tamah dengan cikgu cikgi situ kan
lagipun tahun depan Yaya dah sekolah kebangsaan

Pagi tadi sudah isi time off form untuk esok
hopefully resultnya bagus


** Esok ingat nak daftar Adib sekali la..

Sunday, November 21, 2010

SUKAN & IHTIFAL PASTI

Ahad lepas sekolah buat Sukan & Hari Anugerah. Majlis tak buat kat sekolah dia tapi kat Dewan Dato' Abd Hamid (dewan besar la) kat Batang Kali. Kalau nak buat kat sekolah dia memang la tak muat. Budak sesi pagi je dah dekat 60 orang. Sesi petang pun lebih kurang jugak. So budak2 PASTI Batang Kali ade la dalam 100 lebih.


Surat untuk acara tu cikgu dah bagi seminggu awal. Boleh la ibu bapa buat preparation. Hasben aku pun patutnya kerja hari Ahad tu tapi dia kensel la sebab nak attend acara sekolah Yaya.

Pagi Ahad tu masing2 bangun awal. Yaya je yang liat sikit nak bangun. Kitaorang excited nak tengok Yaya sukan. Katanya dia masuk acara susun nombor.
Posing dulu sebelum gi berentap..

Another pose..


 Kat sini la tempat untuk acara sukan. Ekceli Dewan Dato Abd Hamid ni besar. Ada satu bahagian untuk gelanggang badminton, satu bahagian lagi auditorium.


 Yaya dah masuk barisan dah.


Cikgu tengah cek nama untuk setiap rumah sukan.


 Si Adib pun excited sama. Siap mandi pagi2 sebab nak ikut kitaorang tengok Yaya. Cik Besah & family abang ipar aku pun datang jugak.


Yaya rumah merah rupanya!

Lepas perbarisan masuk bebudak PASTI, ade bacaan ikrar & doa. Pastu kena nyanyi lagu Negaraku. Lepas tu diikuti dengan acara senamrobik.
 Masing2 ambil posisi... Part joget2 senamrobik ni yang Yaya paling suka. Tergelek2 bontotnya menari lagu ayam..

 Penonton setia..

 Senamrobik tak habis lagi.. Cikgu2 sekali bersenam robik..

Lepas senamrobik acara pun bermula. Ada banyak jugak acaranya tapi takde gambar la nak tepek. Semua gambo goyang sebab aku pun terover bersorak kat bebudak.. Tetiba rasa rindu masa sukan kat Taayah dulu.

Ada acara baling gelung, lari berhalangan, lari ikat kaki, kaki kura-kura [kalau zaman aku disebut jalan atas tempurung], bawa bola pingpong dalam sudu, susu nombor[acara Yaya] & rebut gula2.

 Acara Yaya dah nak start. Nampak tak kepala Yaya tu??  Aku letak anak panah kuning kalau sape tak nampak..

 Gigih menyusun nombor. Akhirnya menang tempat kedua...

Lepas acara sukan, cikgu bagi balik rumah dulu sebelum acara konvokesyen lak. Sukan habis dalam kul 10pg & konvo akan start pukul 11.30 pg. So kitaorang balik rumah dulu untuk Yaya salin uniform. Kul 11.30 kitaorang pegi balik Dewan. Kali ni buat kat auditorium pulak [sejuk sikit ade ekon]. Masa kitaorang sampai majlis tak mula lagi tapi dewan dah penuh dengan mak bapak. Tempat yang kosong pun tinggal kat barisan atas2. Jauh le dari pentas.

 Yang tudung ungu tu kepala Cik Besah ler...

 Ni dia punya kad jemputan & aturcara

Listing budak2 yang dapat cemerlang dalam periksa pun ada. Yaya pun dapat.... Ingatkan takde la hadiah untuk budak2 5 tahun. Alhamdulillah la Yaya tersenarai.. bangga mak dia kejap. Sape tak seronok wei kalau anak berjaya dalam pelajaran kan??

Gambar Yaya ambil anugerah tak dapek nak letak sebab gambo sekadar dari kejauhan. Pakai zoom pun gambar pecah [aku kan guna henpon jer]. Biarla gambo tu buat simpanan kitaorang sendiri..  Walaupun majlisnya sangat tak teratur tapi memandangkan itu hari terakhir persekolahan, redho je la... Jumpa lagi Cikgu PASTI tahun depan ye Yaya..