Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 28, 2012

PAHALA FREE


Pahala free untuk korang semua hari ni
Sama2 kumpul pahala hari ni.. insya-Allah
Tengok gambar Kaabah pun dah dapat pahala tau..





Thursday, September 27, 2012

GAMBAR DALAM DOMPET

Korang dalam wallet letak tak gambar kat bahagian yang transparent tu??
Korang letak gambar siapa?
Kat wallet aku ada 2 bahagian pulak yang transparent tu
Nak suh aku letak gambar banyak2 la tu..heheheh

Tapi dalam banyak2 gambar, gambar ni yang jadi pilihan
Gambar laki-bini wajib la kan.. tu yang buh gambo kawen tu
Kat bahagian satu lagi konon2 nak letak gambar anak2, tapi takde pulak gambar yang sesuai 
So buh la gambar hubby & mak aku
[Nak cari gambar paspot abah aku takde la pulak]

** Tengok gambar suami & ibu bapa kan dapat pahala....

Wednesday, September 26, 2012

GREY'S ANATOMY SEASON 9

Tak sabar nak tengok season baru citer ni
Ending last season memang tergantung
Apa yang pasti LEXIE dah mati...
Yang lain2 tak tahu la cemana diaorang survive dalam plane crash tu

This upcoming season katanya McSteamy a.k.a Mark Sloan pun akan tinggalkan Seattle Grace
Tak penting la tu.. janji ada McDreamy, Meredith & Christina

New season akan start esok [27/09/2012] di US
So by Jumaat dah boleh tengok episod 1... can't wait...

WW 2012 #39


Tuesday, September 25, 2012

FESYEN TUDUNG BERSAMA YAYA

Adoi sangat membosan la petang ni
Belek2 folder lama kot2 ada gambar boleh buat modal temberang petang ni
Jumpa la gambar Yaya ni..
Nak tengok pesen tudung si Yaya???
Pesen 1 
[Yaya pakai tudung yang takde awning]

Pesen 2
Ni punya pesen dah macam minah endon la pulak aku tengok..heheheh


S*E*K*I*A*N

HUKUM SOLAT KETIKA AZAN



Hukumnya HARUS ye uols...

Selalu buat time waktu Subuh sebab nak kejar waktu keluar rumah. Kalau lambat, tersangkut dalam jem la jawapannya..

BUKA

-share dari fb-

Monday, September 24, 2012

ALOMPAK AGOGO

Semalam aku tengok citer Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys kat NTV7
Lama gile citer ni.. rasanya 10 tahun dulu kot
Kalau citer Mamat Khalid, banyaknya citer lawak la kan
Sampai terbahak2 aku nengok citer ni sengsorang


Pelakon2 citer Hantu Kak Limah & Zombie Kampung Pisang pun ada
Especially Pak Jabik..heheheh..lucu tul sebab tak lepas2 dengan mikrofonnya tu
Asyik nak buat pengumuman je...
Pastu banyak gak lagu zaman2 70-an gitu
Best jugak dengar sekali sekala

Ni salah satu lagu yang ada dalam citer ni
Tapi tak tahu la bahasa apa.. layan je la


** Nak tengok full citer ni pun boleh... cari je kat youtube..

EH! EH! BETUL KE NI????

2 bulan sudah kalau tak silap aku bising pasal TNB caj bil aku sampai RM400 lebih
Lepas aku call TNB & jawapan yang begitu menjengkelkan aku terima
So aku bayo la jugak kan.. wakopun tanpa rela
Bulan lepas pula bil aku dalam RM100++
So aku dah pasrah je la... kiranya average penggunaan elektrik rumah aku adalah dalam RM90-RM100

So semalam orang TNB yang datang cek meter api datang
Masa nak ambil bil tu dah berdebar2 dah aku
Aku dah imenjin yang bil aku sure banyak giler bulan ni sebabnya aku rasa memang banyak sangat aku pakai letrik bulan ni. 
Ye la, ekon boleh kata tiap2 malam pasang
Tambah pulak ada tambahan gajet anak2 [tab cap ayam tu] yang nak kena caj hari2
Water heater pulak boleh kata setiap kali mandi dok pasang..
So aku target bil alektrik aku adalah dalam RM150 la 
Sekali bila tengok bil... 
Nampak tak berapa hengget???

Biar betul RM76???
Macam tak caya je... betul ke TNB ni??
Apa pun Alhamdulillah sebab bawah bajet..hehehehe

** Tapi aku rasa bulan depan sure bil aku mencanak naik tau...

Friday, September 21, 2012

SUDAH 57 UMURNYA...

SELAMAT HARI LAHIR ,MAK

Ya-Allah, kau rahmatilah ibuku
Kerana terlalu banyak yang dia korbankan untuk kami sekeluarga
Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya
Panjangkanlah umurnya
Dan kurniakanlah kepadanya kebahagian di dunia & akhirat

I  ♥ U MAK

Thursday, September 20, 2012

KEMARUK AIR SEJUK

Semenjak mengandung ni aku memang kemaruk minum air sejuk
Tapi tak nak ais, cuma nak air masak dari peti sejuk je
Sebabnya bila minum air sejuk ni baru la rasa puas tekak
Sejuk je rasa badan.. maklum la masa mengandung ni badan asyik panas je
Sebelum gi keje pepagi pun sempat lagi togok air sejuk segelas kat rumah
[hehehe... pukul 6 pagi dah bantai air sejuk.. ambik ko!!]


Sebelum² ni jangan harap la nak minum air sejuk sangat
Aku prefer air masak biasa/air suam je
Tapi lantak le... bantai la dulu minum air sejuk
Esok2 dalam pantang jangan harap la nak minum air sejuk bedi cenggini..hehehe

*** Sikit la rambut anak aku nanti
[Orang kata kalau mengandung suka minum/makan benda sejuk2 cam eskrem ke, ABC ke, cendol ke dsb, nanti rambut anak tak lebat.. betui ke ha????]

Wednesday, September 19, 2012

BABY STUFF YANG AKU TAK PERNAH ADA

Kalau jenguk blog2 new mummy ni memang terasa kalah beno
Ye la kan.. nak2 pulak anak pertama macam2 deme dok beli perkakas kat anak2
Aku dulu bukan le tak nak beli tapi selain bajet constrain, practicality juga penting bagi aku
Kalau takat nak pakai 2-3 bulan pastu simpan, tak kuasa la aku nak beli kan
Tapi la ni mak bapak ramai yang dah kaya raya... serba serbi nak ada untuk anak2.. ye dak??

Ada la yang tanya apa perkakas2 nak kena beli sempena anak pertama ni kan
[aku kan dah nak masuk anak ke-3... tetiba perasan cam dah experienced bebeno]
Jawapan aku senang je... apa korang nak beli, beli je la, bukan guna duit aku pun..hehehehe
Ye la kan, tepuk poket sendiri la... takkan nak tepuk poket orang lain pulak..

So tanpa segan dan silu, aku nak war2kan selama ni aku tak pernah beli benda2 ni untuk anak2 aku dan benda2 ni pun tak pernah wujud kat rumah aku.

 Apa nama benda ni ek??
Aku takat bentang toto kecik pastu bagi la soft toys kat baby..


 -Walker-
Tak pakai benda ni pun, laju je anak aku jalan
[Dua2 anak aku umur 9 bulan dah jalan dah]

 -Gendong baby-
Gendong atas lengan je.. tak reti  la aku pakai benda ni


-Potty-
Aku terus train guna jamban sebenar.. tak kuasa la aku nak pi basuh pulak potty ni lepas guna. Baik terus flush je kat toilet

-Car seat-
Sebelum ni aku rasa tak perlu sebab aku ni jarang drive long distance. Lagipun kalau dalam kereta anak2 aku lebih selesa berbaring. Tapi kali ni rasanya kena beli gak le sebab kapasiti kereta aku dah tak membolehkan pembaringan berlaku.. Ada sesapa nak jual murah2 kat aku tak??


Setakat ni kat rumah aku cuma ada stroller, buai, carrier a.k.a takung, bouncer & playpen je. Aku takde baby cot tu sebab beli playpen. Senang boleh lipat2 & boleh usung bawak balik kampung..hehehe. Tu pun beli masa Aleeya dulu. Adib pakai yang kakak punya je la. Tapi rasanya nak kena beli stroller baru kot sebab yang sedia ada tu rodanya dah tak berfungsi dengan baik.

Zaman la ni dah moden & canggih manggih kan, so memang banyak pilihan la kan. Itu terpulang la pada masing2. Kalau rasa perlu, korang beli je la. Cam sekarang kan glamer cloth diapers la, pam susu la, bedung la dan apa2 tah lagi. Semuanya nak mudah & senang zaman sekarang. Yang penting ada pitih semua boleh ye dak???

JUST NICE FOR MY KITCHEN

Edisi verangan... tak leh kata apa la
Tak salah kalau berangan kan???



Memang sesuai beno dengan saiz dapur aku kalau nak buat cenggini..
Kalau la dapat... [tak tahu la bila.. tengah gigih kumpul duit]

Tuesday, September 18, 2012

HULAHUP

Permainan terkini untuk Yaya & Adib
Jom berhula hoop dengan Yaya 
Siap sedia untuk bergelek dengan gelung..


video
Tengok berapa lama si Yaya boleh berhula
Tengok la sampai teleng yer sebab aku tak reti nak rotate video ni..


Sesudah bergelek.. habis rambut kusut masai..

ADIB SUDAH 5 TAHUN MA....

Alhamdulillah, 15/09/2012 yang lepas, genap sudah usia Adib 5 tahun
Cam biasa la kan.. kalau birthday2 ni sure la kena celebrate sikit2
Time2 birthday ni la pun dapat melantak kek birthday..ye dak??
Nak2 pulak KING'S dah bukak cawangan kat Batang Kali
Bantai beli kek kat situ je la.. dah tak main la kedai kek picisan yang lain
[Bosan dah asyik melantak kek sepan  dengan krim yang berminyak2 tu]

Kek Cream Cheese Blueberry jadi pilihan Adib
[abah Adib sebenarnya yang pilih]
Nak beli yang gambar Boboiboy @ Angry Bird takde la pulak masa tu

Seperti yang dijanjikan dengan Adib, ada la buat makan2 sikit kat rumah
Majlis tertutup untuk anak beranak je
Al-maklum la.. bajet ciput... belum berkesempatan nak buat grand2 punya birthday party
Jamuan kecil-kecilan kami takat makan satay je la
Jadi la kan... Ooops.. nampak sikit kan?
Ini baru sebahagian yang dibawak keluar.. nak buh semua tak muat lak meja tu
Sebelah sana pulak ada la kuih raya
Saja la letak kat situ kot2 ada yang nak tolong perabihkan [tapi end up tak habis pun]
Satay ngan kek je yang laku...hehehehe


Friday, September 14, 2012

BABAK CINTA - OST BUKAN BIDADARI

Korang layan ke drama Bukan Bidadari kat TV3 tu?
Aku layan memula dulu je, pastu dah masuk babak psiko laki si Inas tu, terus aku malas nak layan citer tu
Benci arrr laki yang panas badan & psiko tah apa2  cam tu

Tapi lagu tema drama tu best la
Sejak dua menjak ni baru je menghayati lagu tu kat radio..
Best.. sore penyanyi tu pun sedap..

Thursday, September 13, 2012

INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA

Inilah tajuk buku yang aku baru beli
Ha.. sejak dah berkahwin ni suka beno aku beli buku2 terutama panduan rumahtangga
Kalau orang lain suka beli novel, aku suka beli buku2 camni
terutamanya tulisan pakar2 motivasi

Actually baru lagi kenal dengan Ustazah Noor Laila Aniza [melalui youtube je la pun]
Walaupun dia tak le femes sangat cam Ustazah Bahiyah @ Prof Muhaya
Tapi dia punya ceramah pun best jugak...


Buku ni aku beli kat kiosk jual buku agama kat Giant Batu Caves berbaru ni
Tak mahal pun, cuma RM20


Buku ni menghimpunkan 40 kisah benar tentang masalah2 rumahtangga
Bukan le aku ada masalah rumahtangga yang serius sampai kena beli buku ni
Tapi kita kena la sedia especially mental kita untuk menghadapi masalah2 dalam rumahtangga
Sangat recommend untuk korang2 semua baca.
Banyak nasihat, cadangan & panduan berguna untuk selesaikan satu2 masalah dalam rumahtangga



Aku ni kalau ikutkan bukan la seorang yang positif sangat dalam setiap hal, tapi cuba menjadi positif dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Sebab apa yang dalam fikiran kita itulah yang akan kita terjemahkan dalam kehidupan sehari2an. Kalau kita fikir positif, positif la kehidupan kita. Kalau asyik berfikiran negatif, negatif la kehidupan kita..


Tuesday, September 11, 2012

PENEMAN SETIA

Biasalah awal2 mengandung ni, tekak selalunya serba tak kena
Nak termuntah la, tak selera la, mual la
Nasib baik kat opis ada stok... macam tau2 je..
Asam ni bukannya sebalang penuh tau
Memang tinggal banyak tu je... tapi aku idak le mengadap benda ni setiap masa & ketika
Bila tekak aku rasa mual je baru la kemam sebijik..hehehehe

Monday, September 10, 2012

BUDAK BUAS MEMANG BEGINI

Petang semalam kawan si Aleeya datang main kat rumah
Pastu si Adib pun join la sekali dengan diaorang
Tetiba aku dengar bunyi ampaian kain aku terlanggar grill dapur
Pastu dengar pulak si Yaya bebel2 kat Adib.. " ha tu la, kan kakak kata jangan gayut"
Aku ingatkan takde apa2 la sebab si Adib pun tak menangis.

Pastu si Yaya masuk rumah crita la yang si Adib bergayut kat ampai kain aku
pastu besi ampai tu tercabut dari tempatnya & Adib jatuh
Aku nampak masa tu si Adib tengah pegang siku dia
Bila aku cakap bagi aku tengok tangan dia baru la bergenang air mata dia
Sakit la tu, so kau ambik minyak buh la kat lengan dia
Pastu dia dok mengaduh sakit, aku pun suh laki aku tengokkan
Siku Adib masa tu cam dah bengkak sikit
Nak pi klinik la, mana ada klinik bukak petang2 tu, hari Ahad lak tu
So hasben aku suh pegi rumah Cik Besah, nak suruh pak mentua aku tengokkan
Kata pak mentua aku tak patah, mungkin terseliuh sikit


Pas sapu minyak, hasben aku taruk bandage kat siku Adib
Malam tu Adib tak boleh tidur, katanya tangan dia sakit

So hasben aku cakap bawa gi spital je la.. kot2 patah/retak siku dia tu
Aku pun Ok je la.. risau la jugak kan... [masa tu dah pukul 12.00 tgh malam dah]
Pi rumah Cik Besah, mintak tolong Pak mentua aku temankan sekali
Last2 dengan abg ipar aku pun ikut sekali
Nak dijadikan cerita, kereta hasben aku lak tak boleh start
Bateri kong la tu.. aduhai... [camne la nak gi keje pagi karang ni???]
Last2 naik kereta abang  ipar gi spital Kuala Kubu
Sampai sana org tak le ramai... ada 2 org je kot
Lepas daftar semua, tunggu la giliran
Masa tu dah pukul 1 lebih dah
Pastu MA tu cek2 Adib dia kata tunggu juru x-ray datang
Again... tunggu la kami dekat 2 jam lagi.. tension giler..dah le mengantuk
Aku ingatkan dah ada standby ke apa, rupanya nak kena tunggu juru x-ray tu datang dari rumah
Hampeh tul.. dekat kul 3pg baru la juru x-ray tu sampai
Lepas x-ray, nak kena tunggu result pulak kan... ada la lagi dalam 1/2 jam nak tunggu
Pergh... kematu bontot dibuatnya... Adib dah sampai terbaring2 sebab mengantuk
Lepas tengok x-ray, MA tu kata takde patah @ retak [alhamdulillah]
Maybe ligamen dia yang bengkak tu
Pastu katanya kalau bengkak tak surut dalam 3 hari, kena datang balik spital
Lepas ambik ubat kat farmasi, kami pun balik
Sampai rumah pun dah pukul 4 lebih
Tu la kan, kalau gi spital kerajaan ni,bab menunggu tu yang jenuh tu
Nak cek/jumpa doktor/ambik ubat  tu semua kejap je..
[Ate dah bayo singgit.. pasrah je la...]
Sampai rumah, masing2 pakat lena la.. 
Adib pulak, bagi susu sebotol, terus lelap
Sian pulak sebab habis susu selalunya dia hisap jari sambil gental bucu bantal busuk
Tapi sebab tangan kiri dah berbalut, tak dapat la dia hisap jari..hehehe
Keras je la tidurnya sepanjang malam...
Yang kami laki bini pulak jawapannya EL je la
Sian anak mama..
Tu la sapa suruh buas sangat???

Friday, September 7, 2012

ANAK SUSUAN - IBU SUSUAN

Tadi terbaca blog si Aty Fared pasal anak susuan
Rasanya isu pasal ibu susuan & anak susuan ni memang ada menimbulkan kekeliruan
Dulu masa sekolah2 pernah rasanya belajar pasal benda ni kat subjek Ulum Syariah
[dah tak ingat la pulak..
tapi sebab dah lama kan & aku pun tak pernah bertemu isu ni secara langsung so takde la nak beria2 sangat ambik tahu

Tapi bila si Aty timbulkan isu ni ni tetiba buat aku nak mengkonfemkan ilmu cetek yang aku tahu ni
Ye la kan, isu ibu-anak susuan ni kan berkaitan dengan nasab/keturunan

Masa aku dalam wad masa bersalinkan Adib dulu, ada sorang kakak ni baru bersalin jugak
Tapi dia bersalin 3-4 hari awal dari aku la
So hari pertama & ke-2 tu, susu badan aku belum ada lagi kan
Makanya sebab kesiankan anak aku yang meraung2 masa tu dia bagi la anak aku menetek susu badan dia
Masa tu aku tengah mandi & dia pun tak pulak mintak izin untuk susukan anak aku tu
Aku tau2 masa aku kuar toilet, anak aku takde dalam takung
Sedar2 anak aku tengah mengopek dengan dia... pastu baru la dia cakap, anak aku menangis lama, lapar agaknya tu yang dia susukan anak aku tu..
Rupa & nama kakak tu pun aku dah tak ingat dah.. cuma aku sempat la cakap terima kasih kat dia
Tapi masa tu tak tertimbul la pulak isu pasal dia jadi ibu susuan sebab sefahaman aku masa tu anak aku cuma menetek sekali tu sahaja & syarat nak jadi anak susuan adalah 5 kali susuan.

So aku menggoogle pasal isu ibu susuan ni
Alhamdulillah, jumpa juga penerangan yang jelas dari Ustaz Azhar Idrus

So konfem la akak tu bukan la ibu susuan anak aku
So takyah risau la...

Anak korang pernah tak minum susu badan orang lain??

BUKAN CHIPSMORE

NOW YOU SEE....



NOW YOU DON'T


** Bila takde keje ini la jadinya...

Thursday, September 6, 2012

MENGIDAM KEROPOK UBI

Setiap kali mengandung, 2 benda wajib aku cari
Tah le kenapa... dia jadi mengidam 
Dua benda tu - keropok ubi & jambu batu

Masa mengandung Aleeya dulu, memang teringin sangat nak makan keropok ubi
Setahu aku keropok tu ada kat Taiping masa tu
Masa tu jenuh la mak & arwah nenek aku pi ke Changkat Jering untuk beli keropok tu
Habis sepeket aku makan

Sebelum tu cakap kat laki aku nakkan keropok ubi tu
Siap mengadu susah sangat nak jumpa kopok tu
Laki aku pulak [masa tu kami duk jauh2] dia kata nanti dia beli kat highway
Dia kata kat R&R ada banyak... aku pun tunggu la dia balik dengan penuh harapan
Sekali dia dia bawak balik keropok ubi yang cam piring terbang tu
REJEK la aku kan.... tawar hebe sapa nak kan???

Masa mengandung Adib tu lak, aku dapat jugak makan
Tapi senang jumpa masa tu so takde la masalah
[Masa tu pun laki aku pun dah tahu la rupa keropok idaman hati tu]

Tahun lepas aku ada gi Lumut, pastu terjumpa la keropok ubi tu kat satu kedai tu
Beli la sepeket. Tapi masa tu idak le mengidam pun [tak mengandung lagi masa tu]
So dah tahu kat kedai tu ada, senang la kan kot2 mengidam nanti boleh la pegi situ.

Mengandung kali ni pun mengidam juga
Kebetulan pulak adik aku kata nak pegi Lumut, so aku kirim la kat dia belikan keropok tu
Aku jenuh la describe kat dia rupa keropok tu
Siap mention belikan KEROPOK, bukannya KEREPEK
[Nak tunjuk gambar, takde la pulak dalam henfon]
Aku siap cakap kedai mana yang aku beli dulu
Lepas tu aku tunggu la dia balik dari Lumut [hopefully dia jumpa la keropok tu]
Sekali bila dia sampai, sah.... dibelinya KEREPEK ubi
Takat kerepek tu berlambak la kat rumah aku..heheheheh
Tapi terima kasih la kat dia sebab effort dia carikan untuk aku walopun tersalah beli

Selang sehari lepas tu, dia tag aku kat fb yang dia dah jumpa keropok tu kat Petronas Ipoh
Masa tu aku dah balik Batang Kali dah.. nak buat camne.. dah takde rezeki aku
Next time aku balik Ipoh, aku boleh la singgah Petronas yang dia cakap tu

Seminggu lepas raya, aku pun dah start keje, rutin aku menunggu laki habis OT pun bermula
Selalunya aku akan berhenti sembahyang Maghrib dulu sebelum aku ambik laki aku
Aku selalu singgah sembahyang kat Petronas Jalan Kuching je
Sementara tu aku masuk la Kedai Mesra ... jeng..jeng..jeng...
Maka ternampaklah aku akan keropok ubi cam yang adik aku tag dalam fb
Alhamdulillah.. memang rezeki.... terus beli & gi makan dalam surau..hehehe
Pasni takyah susah2 la aku nak cari sebab kat Petronas pun ada..

Keropok ubi ni tergantung dekat dengan keropok udang ni




Wednesday, September 5, 2012

GAJET BUDAK2 ZAMAN SEKARANG

Dasar melawan tokey tau budak2 ni
Mak bapak pun tak pakai tablet, tapi anak2 dah advance dari mak bapak diaorang
Budak2 sekarang semuanya nak serba serbi canggih... jenuh mak bapak nak ikut kehendak deme
Oooops.. aku bukan cerita passal anak orang, tapi pasal anak2 aku ler

Haritu masa balik kampung, anak buah aku asyik berkepit la dengan Galaxy Tab maknya
Dok ralit la main game kat tab tu... anak aku tumpang sekaki la kan
[maklom la mak bapaknya belum mampu nak kasi tab sorang satu]

Lepas balik dari kampung hari tu , saja la sembang2 dengan hasben
Rasa cam nak belikan je tab untuk anak2 [tapi laki aku kata nak tunggu bonus dia bulan 12 nanti]
Lambat kan??? Sian lak anak2 aku.
Pastu aku terbaca la pulak blog si Elis, dia belikan tablet untuk anak daranya si Nuha tu
Katanya ok, so aku cerita la kat laki aku

Pas fikir2 & diskas2 sikit, so hasben ajak aku singgah kat Econsave Batang Kali
Saja la nak usha2 tablet morah2 [nak pi Low Yat, jangan mimpi la...]
Kami cadang beli guna duit raya anak2 [kena beli dua tau.. kang tak pasal2 berebut2]
Cari la yang elok2 sikit... tak kira la Taiwan ka, China ka, janji tab la sangat kan
Takat deme nak main game, takyah la mahal2 khen...
Usha galaxy tab pun dah seribu lebih [baru satu].. banyak pulak nak kena top up
So usha la tablet yang lebih ekonomi untuk orang2 yang eko-no-money ni cam aku..

Ada satu kedai tu jual tab dari China kot rege dalam RM399.
Gambar & speed dah cun dah pada aku, tapi bila aku tanya details pasal tab tu, amoi tu asyik cakap tak tahu je. Ye la kan, aku pun nak tanya la ada berapa Gig dalam tu, RAM berapa. Tanya guna Android berapa pun dia boleh tak tau. Bila aku tengok kotaknya tu, semua bertulis cina. Sepatah haram aku tak paham kan..Warranty pun dia kasi 3-6 bulan je.  Last2 kensel la... usha kat kedai lain pulak.

Kat satu kedai ni, tab mahal sikit. RM499 dia letak offer. Katanya from Taiwan. Serba serbi aku tanya. Hehehe.. siap dapat free gift lagi. Dah aku kata nak beli 2 so dia kasi la murah sikit... Heheheh... Kebetulan jugak memang ada 2 je lagi stok. Memang dah rezeki kami agaknya.. Makanya bertablet la anak2 aku malam tu..

 Yang kaler putih ni untuk Yaya

Yang kaler hitam ni Adib punya

Tablet punya casing tu free sekali dengan external keyboard tu. Memudahkan jugak le untuk aku berblogging.. Heheheh. Maklum la nak guna touch screen tu terkial2 tangan aku asyik tersalah tekan je.. Lagi satu kedai tu bagi la free memory card 4Gb . Aku kalau benda2 ada warranty ni, malas nak gi beli jauh2. Sebabnya kalau ada problem jenuh la nak mengulang ke kedai tu kan. Kalau dekat dengan rumah, senang sikit kalau nak tukar ke, nak komplen ke.

Spec tablet ni secara ringkas -. Android 4 Ice Cream Sandwich, 4Gb, skrin 7", Wifi, Front Camera, Warranty 1 tahun. Jenis yang aku beli ni yang takleh buat call punya. Kalau nak yang boleh call, kena top up lagi RM200. Tak kuasa mak...
Total spending untuk 2 tab cap ayam ni =RM950. 

Malam tu apa lagi, asyik mendownload game je la kejenya...
Tab Yaya penuh la dengan game barbie la, dress up la, saloon la, cafe la
Tab si Adib pulak penuh dengan game racing la, drift la, skateboard la

Masing2 eksyen la dengan tab masing2...
Sampaikan hasben aku offer handphone Galaxy Y tu pun deme dah tak hingin.
Cis, memang dasar sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
Handphone aku lagi la tak laku kat deme...SELAMAT!!!!!

1ST CHECK UP @ KD BATANG KALI

Semalam dengan jayanya telah selamat aku bukak buku pink kat Klinik Desa a.k.a KD Batang Kali
Sebelum tu dah pernah call klinik tu tanya nak kena bawa dokumen apa
Kalau untuk 2nd pregnancy & seterusnya, cuma kena bawa IC & buku pink kandungan sebelumnya sahaja
Untuk first pregnancy je yang kena bawa surat nikah la, ic suami la dsb tu.

5 tahun dulu pernah buka buku pink kat KD Batang Kali, tapi masa tu klinik tu kecik je
La ni klinik tu dah dibesarkan... lagi luas dari sebelumnya & ada aircond bagai
Kemudahan lebih selesa la berbanding dulu
Nurse pun dah ramai berbanding dulu

Semalam seawal kul 7.30pg aku dah sampai klinik
Tengok klinik dah buka & boleh ambil no giliran
Sebab aku awal, dapat la turn no 1...heheheh
Masa ni nurse tengah siap2 nak buka kaunter pendaftaran.

Memula kena la tulis sendiri maklumat peribadi kat buku pink yang nurse bagi
[dulu nurse yang isikan, la ni kena tulis sendiri]
Pastu maklumat selain tu, nurse akan isi mengikut rekod dalam buku pink terdahulu
Yang atas tu buku pink masa pregnant si Adib dulu. Yang bawah tu buku pink baru

Due date aku 13/03/2013 [sehari sebelum anniversary aku yang ke-9]
Tapi berdasarkan 2 pregnancy sebelum ni, aku bersalin seminggu selepas EDD tu, tapi tak tahu la kali ni kot2 awal @ tepat pada waktunya... Tapi baby ni aku consider as anniversary gift untuk hasben aku..boleh gitu???

Untuk makluman korang, adalah dinasihatkan buka buku pink ni seawal yang mungkin. Paling lewat pun bila kandungan dah berusia 12 minggu. Macam aku ni, dah terlewat seminggu [dah 13 minggu rupanya baby aku ni]. So tak pasal2 aku dapat pelekat oren tu. [Nampak tak dah kena remark "late booking" kat situ???

Pas siap semua tu kena pi timbang berat & ambil tekanan darah
Kemudian pi ambil air kencing & kena ambik darah
Berpeluh2 tangan aku masa ambik darah tu.. ye la kan..berdebar2 macam first time gitu
Nak2 pulak banyak pulak darah aku kena sedut dalam picagari tu..
Pastu jumpa nurse untuk cek rahim & next jumpa doktor
Memandangkan sebelum ni aku bersalin di Hospital Selayang
so kali ni pun apa2 hal akan terus refer Hospital Selayang... senang citer
Tak payah dah nak bertolak2 ke Hospital KKB @ Sg Buluh
Nampak sikit je kan step yang aku lalui semalam tapi, ambik masa 2 jam juga baru selesai.
[Itu giliran no 1, kalau giliran no 10, tah pukul berapa la pulak baru sudah kan]

Macam biasa la kan, everytime check up kat KD sure dapat ubat 4 serangkai ni. Setiap pagi kena la telan..

** Next check up 02/10/2012 pulak...