Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

DALAM EDDAH 4 BULAN 10 HARI

Penat nak jawab soalan tak Ipoh ke raya ni?
Tak balik kampung ke raya ni?
Tak join ke program ini?

Well sini aku nak bagitau
AKU DALAM EDDAH LA WEI!!!!!
4 BULAN 10 HARI KENA KUARANTIN
hehehehe

Buat yang tak tahu
eddah untuk wanita yang kematian suami
ialah 4 bulan 10 hari
Eddah ni kiranya dalam pantang la... merangkap berkabung sekali la
Makanya ada la pantang larangnya..



Antara pantang 2 dalam eddah kematian suami ni ialah:

1.TIDAK BOLEH DIPINANG @ BERTUNANG SECARA TERANG2AN

2. TIDAK BOLEH BERKAHWIN

3. TIDAK BOLEH BERHIAS & BERWANGI WANGIAN PADA BADAN & PAKAIAN [WALAUPUN KETIKA BERADA DI RUMAH]
    - tak boleh pakai barang kemas [cincin, gelang, rantai]
    - tak boleh pakai perfume @ apa2 yang berbau wangi yang keterlaluan
       [cukup sekadar untuk menghilangkan bau badan]
    - tak boleh bersolek [gincu, bedak, foundation, celak, eyeliner semua tak boleh]
    - tak boleh pakai baju yang terang & menarik perhatian [bling2, labuci,
      manik2 semua tak boleh]
    - tak boleh menampakkan seperti bergaya [pakai tudung pun tak boleh nak
      over2 lilit]
     
4. TIDAK BOLEH TIDUR DI RUMAH LAIN @ MENINGGALKAN RUMAH SUAMI
    - tak boleh bermusafir  tanpa sebab darurat [balik kampung tak boleh, vacation tak
      boleh, gi ronda shopping mall tak boleh, gi pasar malam tak boleh, haji & umrah 
      pun tak boleh]
   - Tak boleh tidur tempat lain melainkan ada darurat seperti banjir, tanah runtuh, 
      kebakaran 

5.TIDAK BOLEH KELUAR RUMAH TANPA KEPERLUAN
    - tak boleh gi ziarah2, tak boleh gi ronda2 shopping mall, tak boleh gi kenduri
      kahwin, tak boleh gi lepak, tak boleh gi beraya, gathering, reunion & 
      sebagainya.
    - hanya boleh keluar rumah untuk bekerja, beli barang keperluan, urusan sekolah 
      anak2, pergi klinik & urusan2 penting sahaja. Selain dari itu adalah HARAM...
   - Ziarah kubur arwah suami juga ada ulama kata boleh, ada yang kata makruh. 



Poin 1 & 2 aku malas nak ulas panjang. Dari poin 3 sampai 5 je aku nak hurai setakat pemahaman aku la.. Itupun ada yang aku dah terlanggar.. Semoga Allah ampunkan aku. Aku pun baru tahu bila aku google pasal benda ni.

Aku masih pakai barang kemas, so balik ni kena bukak la semua, Aku ada pakai perfume kat rumah & gi keje.. rupanya larangan tu termasuk bila berada di rumah.huhuhu.. Losen2 bagai tu kena simpan dulu la sampai habis edah.. Gi kerja pun ada gak aku bersolek, so esok kena biar muka natural beauty je la.. Pakai bedak baby je la jawabnya tak nak bagi nampak pucat sangat.

Pasal keluar rumah & tak balik kampung untuk raya tu la di poin yang ke-4 & ke-5 tu. Kalau buat juga udah dikira berdosa. So harap2 terjawab la persoalan korang tu kenapa aku tak balik raya kat Ipoh. Nak pi beraya pun hanya dibenarkan pada jiran yang dekat dengan rumah je.. Yang jauh2 memang tak boleh la. Even nak pergi masjid mahupun majlis ilmu pun hanya boleh jika dekat dengan rumah je. Nak jenjalan rumah jiran pun yang dekat2 sahaja. Itupun bila malam kena balik rumah tido kat rumah suami. 

So raya tahun ni, mak abah & adik beradik aku yang akan datang beraya ke rumah aku..

** Hukum di atas tu adalah sekadar umum sahaja. Untuk penjelasan lanjut boleh refer pada ustaz @ pakar2 agama ni. Dan andainya aku tersalah sila tegur aku ye.. 

** Iddah 4 bulan 10 hari tu kalau tak mengandung, kalau mengandung, iddah adalah sehingga anak itu dilahirkan.
      


Friday, July 5, 2013

PANDUAN PEMILIHAN UBAT GIGI

Baru tadi terbaca dalam fb
tu yang nak share dengan readers semua

Selama ni aku tak pernah heran pun dengan kod2 warna kat ubat gigi ni
Sebenarnya tak perasan pun ada kod warna tu
[tetiba hari ni baru tau]


So apa rahsia kod2 warna tu??? Jom kita tengok


Sekarang ni aku pakai brand Colgate.. aiseymen...
Nampak gayanya kena la cari brand lain lak under kod hijau @ biru pasni
Korang pakai ubat gigi apa??

Masalahnya kalau gi kedai, ubat gigi tu dalam kotak kan
Cemana la gayanya kita nak tengok kod warnanya tu kan
Kena beli dulu la baru tahu, ye dak??

** Balik rumah karang cek ubat gigi masing2 yer.. Pastu komen kat bawah ye..

Thursday, July 4, 2013

BOLEH MINTAK UPAH RUPANYA

Pagi tadi buka fb terbaca la artikel ni
Suka aku....so aku share la kat sini...
[untung2 suami aku baca...hehehehe]


Boleh mintak upah dari suami rupanya...
En suami sila paham2 le makna surah ni ..


Happy breastfeeding! 


Kononnya isteri nak mintak upah dari suami
Alih2 suami pula mintak 'upah'dari isteri.. cemana tuh???

Thursday, April 18, 2013

SYAITAN YANG BERNAMA DAASIM


Mata Amira selalu sangat dok tengok atas2 pintu rumah
Mesti dia nampak Daasim tu kan???


Friday, December 21, 2012

RENUNGAN JUMAAT



Friday, December 14, 2012

PESANAN UNTUK SEMUA

Salam Jumaat untuk korang semua :))




Tuesday, December 4, 2012

ILMU PAGAR ISTERI

Minggu lepas [ceh citer basi rupanya]
Masa on the way balik keje, aku dengar SuriaFM
Petang2 tu kan ada slot Semanis Suria dengan Ustazah Siti Norbahiyah tu
Aku tak ingat topik apa tapi rasanya bab suami isteri la
Salah satu point & ilmu yang baru aku tahu
SUAMI KENA PAGAR ISTERI SEBAIK SAHAJA DIIJABKABUL

PAGAR ISTERI  ni fes time aku dengar
Aku ni bukannya terer sangat bab2 agama ni
Tapi ilmu yang baru aku tahu ni wajar la kot aku nak share dengan korang
Lagipun benda ni salah satu daripada Sunnah Rasulullah.

Kata Ustazah tu, seelok2nya selepas je akad nikah 
Suami eloklah terus pagar isteri masing
[bukannya kurung dalam pagar tau]
Caranya senang je.... lepas selesai upacara akad nikah
Suami kena letakkan tangan kanan atas ubun2 isteri dan baca doa ni


"Ya Allah, Aku memohon kepadaMu segala kebaikan yang ada padanya, dan aku berlindung kepadaMu dari segala keburukan yang ada padanya. Ya Allah, berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang2 yang dengki, perbuatan tukang sihir  dan perbuatan orang2 yang suka melakukan tipu daya"

[doa tu lebih kurang camtu la.. tapi yang versi Ustazah Bahiyah tu lebih senang tapi aku tak ingat  sebutir2 cuma maksudnya sama la dengan doa kat atas tu]

Seingat aku, suami aku tak pernah lagi buat benda ni pada aku..hehehehe
Tapi Ustazah tu kata, kalau suami tak buat masa akad nikah 
boleh buat mulai hari ini @ malam ni....


** Ilmu pagar suami ada tak??




Thursday, November 3, 2011

HARI-HARI YANG HARAM BERPUASA

Entry ni sekadar nak buat arkib dalam blog aku jer
[senang nak refer kemudian² hari]

Mementang sekarang tengah mood mengqada' pose 
orang lain ada yang dah habis, aku je baru gigih nak start
[ada lagi 6 hari nak ganti lorrr]





HARI-HARI YANG DIHARAMKAN BERPUASA
  • Hari Raya Aildilfitri  [1 Syawal]
  • Hari Raya Aidiladha [10 Zulhijjah]
  • Hari Tasyrik [11,12,13 Zulhijjah] --> 3 hari selepas Hari Raya Aidiladha
  • Hari Syak iaitu hari yang di syak akan awal Ramadhan [ hari terakhir bulan Syaaban]
  • Mana² hari selepas 15 Syaaban, jika bukan puasa qada, nazar atau bukan hubungan dengan puasa yang dahulu daripadanya atau bukan hari ia beradat puasa
[HARUS berpuasa pada hari syak atau hari² selepas 15 haribulan Syaaban, jika puasa itu puasa qada, nazar, kifarah atau berbetulan hari yang ia biasa puasa sunat seperti puasa sunat Isnin & Khamis]



** Ingat nak sambung puasa ganti minggu depan tapi dah termasuk hari raya haji & hari tasyrik la pulak. Pospon minggu seterusnya jawabnya..

Friday, October 21, 2011

RAHSIA RUKUN SEMBAHYANG

Assalamualaikum...))

Mood ostazah dah mai dah...
Tazkirah kita hari ni ye hanak² ialah pasal sembahyang
Tahu tak ade berapa rukun sembahyang??
Kalau tak tau pi balik mengaji tak pun pi gugel je
Jangan main² tau, kalau tak cukup rukun, TAK SAH sembahyang
[buat penat je tunggang tonggeng...]


Alhamdulillah, bertambah ilmu pengetahuan kita hari ini ye.
Sesungguhnya, setiap perbuatan yang diperintahkan oleh Allah ada hikmah & ganjarannya.

Thursday, September 15, 2011

MEROKOK... APA YANG TERSIRAT..

En suami, sila ambil perhatian...

MEROKOK adalah senjata YAHUDI yang PALING BERJAYA sebab:

Mana ada orang hisap rokok bermula dengan BISMILLAH...
Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..


Sesungguhnya menyalakan api adalah kesukaan SYAITAN
-Meletakkan jari di mulut adalah amalam YAHUDI
-Mengepit 2 jari pada rokok  adalah perlambangan SALIB

Fikir2kan & renung2kan..

**ciplakan dari fesbuk...

Monday, July 11, 2011

PELABURAN BULAN INI

Melabur tak semestinya simpan duit dalam bank kan?
Tak semestinya melabur dalam unit trust kan?
Tak semestinya main saham @ forex kan?
Tak semestinya beli rumah & hartanah kan?

Simpan duit pun mesti
Melabur pun mesti
semua untuk masa depan

Bulan ini aku melabur dengan menghabiskan duit
sebab aku telah beli buku ini

Tak rugi melabur pada ilmu
melabur pada ilmu lebih baik dari melabur dalam pelaburan duniawi
[tapi dengan syarat, ilmu kena diamalkan la ye]

** Wajib ada buku ini di setiap rumah. Satu family boleh baca. Tak mahal mana pun... aku beli RM50 je. Mana tahu korang boleh dapat murah lagi kalau pandai tawar & dapatkan masa tengah promotion.


Friday, May 20, 2011

TIPS NAK KURUS YANG SERING DIABAIKAN

Memandangkan aku mengalami masalah kenaikan berat badan sekarang
adalah wajar la aku mencari solution untuk menurunkan kembali berat aku
walopun ada yang kata perubahan badan aku ni tak ketara
tapi pada aku amatlah ketara...
sebabnya asyik memandang meter penimbang tu sentiasa
keciwa tau kalau tak beranjak2 jugak jarum timbang tu

Dalam dok menimba2 ilmu berdiet bagai, aku terjumpa la artikel ni
yang aku sorok dalam private folder kat laptop aku
dulu asyik menghimpun tips nak kurus la , diet la, ramping la
akhirnya aku buat pekasam
apply ada la sekali dua pastu terus masuk lombong

Ini adalah antara tips yang sangatlah senang nak buat
tapi amatlah malas nak diamalkan

1. Amalan minum air teh "O" [tanpa gula please] setiap pagi boleh mengawal berat badan. Insya-allah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan [memang terbukti berkesan untuk sesetengah orang].... tapi masalahnya, aku suka minum Nescafe la pepagi... minum teh cepat kembung la pulak..


2. Mandi pagi sebelum Subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresp ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul..... tapi aku mandi air panas [water heater] setiap pagi la... boleh gittew??


3. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insya-allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Ini aku ada buat hari2 sebab sebelum gi keje kena makan ubat dulu..hahaha

4. Waktu sembahyang Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang2nya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud. Ahli2 sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara  dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Maka dengan sujud darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


5. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita... so better lupakan makan fish & chips pastu minum milkshake... takpun lepas makan laksa minum teh ais pulak....

6.  Nabi juga ajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Ini kerana didapati bahawa enzim banyak terkandung di celah jejari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. Pasni kena makan nasi lemak, bihun, mee, kuetiaw [yang takde kuah2 tu], makan guna tangan, jangan guna sudu...


Ok, itu je tip nak share hari ini.. Wassalam....


** pics semua tu dari pakcik gugel je...

Thursday, May 19, 2011

80% TIDAK MENGERJAKAN SOLAT 5 WAKTU

Solat lima waktu - 80 peratus tidak mengerjakannya
(Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah)

SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama.Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

"Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika. "Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama.Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau.


Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam. "Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak. Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak. Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah.

Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya. Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang.
Dr.Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material. "Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah- Nya,'' ujarnya.

Wednesday, May 11, 2011

SEMALAM GULA, HARI NI BLR LA PULAK...

Kalau satu benda naik harga, semua mende pun nak naik harga
ni belum lagi minyak naik [dengarnya akan naik tak lama lagi]
gaji lak belum tentu naiknya... hadeh....

Pagi tadi baca paper berita harian
katanya Maybank & RHB dah naikkan BLR kepada 6.60% setahun
[sebelum ni BLR = 6.30% setahun]



Maybank, RHB umum kenaikan kadar faedah

11/05/2011

DUA kumpulan perbankan tempatan semalam mengumumkan kenaikan kadar faedah masing-masing susulan langkah Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus kepada 3.0 peratus daripada 2.75 peratus minggu lalu.

Kumpulan perbankan itu ialah Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Banking Group.

Maybank dalam kenyataannya semalam berkata, ia menaikkan kadar faedah deposit serta pinjamannya sebanyak 0.3 peratus berkuat kuasa hari ini.

Ia berkata, Kadar Pinjaman Asas (BLR) bagi pinjaman konvensional bank itu dinaikkan daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus setahun.

Kumpulan perbankan terbesar tempatan itu juga berkata, untuk Kadar Pembiayaan Asas (BFR) bagi Maybank Islamic Bhd, ia dinaikkan kepada 6.60 peratus daripada 6.30 peratus.

RHB Banking Group pula mengumumkan kenaikan BLR RHB Bank Bhd dan BFR RHB Islamic Bank masing-masing daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus setahun, juga berkuat kuasa hari ini.

Ia juga mengumumkan kadar faedah deposit tetap barunya, iaitu 3.05 peratus untuk tempoh deposit satu hingga dua bulan; 3.10 peratus (tiga hingga lima bulan), 3.20 peratus (6 hingga 11 bulan); dan 3.30 peratus (12 bulan).
Pegawai Prinsipal RHB Bank Bhd, Renzo Viegas berkata, semakan itu adalah sejajar dengan langkah Bank Negara menaikkan OPR.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz ketika mengulas mengenai keputusan bank pusat itu menaikkan OPR itu minggu lalu berkata, ia adalah langkah wajar selepas mengambil kira kedudukan ekonomi semasa.

Beliau turut menegaskan bahawa langkah itu tidak mengehadkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kerana pada kadar semasa, ia masih mampu menyokong kerancakan ekonomi.

Sementara itu penganalisis berkata, susulan pengumuman menaikkan kadar faedah oleh Maybank serta RHB itu, kumpulan perbankan lain juga dijangka membuat pengumuman yang sama dalam tempoh terdekat ini.


kalau Maybank dah start naikkan, for sure la bank2 lain pun akan folo jugak
loan kereta & personal loan memang tak terlibat le sebab dah fixed rate
yang loan rumah ni la menjadi masalah
instalment bulanan dah sah2 akan naik dari sekarang
oh ye... sesapa yang ambik ASB loan pun akan terlibat jugak
so better korang cek dengan bank mulai bulan depan berapa instalment korang kena bayar...


** Makin susut la cashflow aku pasni...



Wednesday, April 27, 2011

CARA NAK UNFOLLOW BLOG YANG DAH KENA REMOVE

Tak pernah2 aku buat tutorial weh
tetiba plak buat tutorial sebagai entry
actually entry ni lebih bertujuan sebagai panduan kepada aku
tapi berguna jugak la kan kalau kongsi2 ilmu dengan korang

Selalunya kalau aku baca blog2 tutorial ni
ada la depa bagi panduan cara2 nak unfollow sesuatu blog tu
tapi semua tuto yang aku jumpa tu
adalah untuk blog yang masih wujud
mungkin sebab kita dah tak suka blog tu so kita boleh je unfollow blog tu
tapi cemana pulak kalau nak unfollow blog yang dah tak wujud atau dah kena remove?


Kengkadang bila blogger ubah url blog depa, depa tak bagitau follower
tu yang bila  kita klik url tu terus keluar macam gambo kat atas
bikin panas je blogger macam ni
yang aku pun kalau jumpa je benda ni rasa cam nak unfollow je
sebabnya kalau follow pun bukannya boleh baca blog tu

Cara2 aku nak mendelete/unfollow blog cenggini
teramatlah senang... aku pun baru tahu

1. Login blog korang

2. Bila keluar dashboard korang tu, skroll sampai bawah di bahagian Reading List

3. Klik di bahagian Blogs I'm Following

4. Klik pada kotak Manage

5.Lepas itu akan keluar la senarai semua blog yang korang follow

6. Cari la blog mana yang dah kena remove tu

7. Kemudian klik "SETTINGS" untuk blog tersebut [tengok contoh kat bawah]

ini untuk demo je ye... bukan aku unfollow blog tu pun..
harap tuan blog tu jangan terkejut pulak.

8. Lepas klik Setting tu, maka akan keluar le box macam ni


9. Klik ada "STOP FOLLOWING THIS SITE" ---> yang dalam bulatan merah tu

10. SIAP!!!!!!!!!!!!!!!!!

Finally, korang sudah buang itu blog dari following list korang.
Pasni takde lagi blog2 yang menyemak cenggitu..hahahahaha
buang karan je simpan blog yang dah tak boleh baca

dah.. pi follow blog lain pulak.. bai!

Tuesday, April 19, 2011

APA YANG MENARIK TENTANG KENTUT??



S : Dari mana datangnya gas kentut?
J : Gas ini datangnya dari beberapa punca - udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.

S : Apakah yang membuatkan kentut busuk?
J : Bau kentut terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptan akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh : Telur rebus.Kekacang akan menghasilkan kentut yang kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.


S: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
J : Kebanyakan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. 

Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Satu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak.Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk  yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, silent-but-deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat!


S: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
J : Secara puratanya, sesorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

S : Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
J : Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang di persekitaran.

Namun, ianya terkecuali jika pelepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.Maknya korang boleh uwek beberapa kali dulu sebelum baunya hilang.. (-_-)"

Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau sejak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberpa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

S: Apakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
J : Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.



p/s : Kentut itu normal & baik untuk kesihatan...

Wednesday, March 30, 2011

Tahukah anda?? (Part 2)

1. Warna biru adalah warna kesukaan 80% rakyat Amerika.


2. Tanda (#) di keyboard kompuyer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

3. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

4. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

5. Jika dikangkangkan kai dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

6. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

7. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

8. Produk pertama mengeluarkan bar code adalah Wrigley's gum.


9. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

10. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

Friday, March 25, 2011

KENAPA KITA TAK BOLEH MINUM AIR LAUT

Kenapa air laut tidak boleh diminum??
Sape tahu sila jawap sekarang...

Sebab air laut masin
sebab air laut kotor [mana ada kotor, kan boleh buat bersuci tu...]
sebab air laut boleh buat sakit tekak
sebab air laut ........ [sila fikir sendiri da.....]


Tapi selalunya orang akan bagi jawapan yang utama ---> MASIN
tapi korang tau ke sebab apa air laut tu masin??

Sapa nak tau, klik sampai bawah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
bawah kagi
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Sudah tau ka sekarang????

Tetiba teringat saat2 tertelan air laut masa mandi manda di pantai... uwek!


Wednesday, March 23, 2011

Tahukah Anda?

1. Cuba tengok zip seluar anda, kot2 ada tertera huruf YKK. YKK maksudnya Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip yang terbesar didunia yang menghasilkan zip yang korang pakai tu.


2. Bunyi "kuek" yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? BENAR!!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan aounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstik yang kita pakai sekarang mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tamabahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling kasino. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi2 dengan taruhan mereka.

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari oranglain.

8. Mosquito repellant atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuktidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

9. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi diletakkan sekurang-kurangnya 6 kaki jauh dari tandas untuk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

10. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321.


Akan ada lagi.. Part 2 pulak.