Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 31, 2017

GETTING OLDER

Pejam celik pejam celik dah nak habis bulan 10
esok dah masuk bulan 11
[tak lama lagi birthday aku dah...]
Makin menua la aku....
Btw... apa la yang ada pada nombor kan... cewah

Melihat diri di cermin
Kedut2 makin banyak di muka
Kulit2 makin mengendur
Rambut makin lama makin banyak yang putih
Makin banyak yang gugur
Mata makin lama makin rabun
Telinga makin lama makin tak dengar
Betapa nikmat makin lama makin ditarik sedikit demi sedikit

Tengok anak2 makin membesar
Terasa diri sendiri semakin tua
Bila tengok diri yang dah tua, tengok mak sendiri lagilah dia tua kan
Allah... cepat sungguh masa berlalu kan??


Anak makin besar, mamanya makin tua
Dah ada rupa kakak & adik tak???


Anak2 tanya kenapa mama suka selfie?
Aku jawab, supaya korang puas tengok & ingat muka mama bila mama dah takde nanti ๐Ÿ˜…

Monday, October 30, 2017

MANDI KOLAM JE LAH!

Minggu ni tak pi mandi sungai
tapi bagi budak2 mandi kolam je 
Malas nak bawa diaorang gi sungai tu
Nanti kalau selalu sangat pun jadi jemu pulak

Petang2 tu pulak elok panas & berangin
Suka la diaorang ni main air....
Bosan main air, kayuh basikal pulak
Pastu terjun kolam balik

Time angin kuat ni memang sesuai la bebudak main layang2
Tetiba Amira jerit bagitau ada 3 layang2
Dia suruh tangkap gambar lak tu

Layang2nya tinggi beno
Nampak kecik je le dalam gambo ni...


Suka gak time petang2 berangin ni duduk2 kat luar rumah
Cam duduk tepi laut je..


Friday, October 27, 2017

AMIRA SAKIT MATA

Pagi kelmarin masa nak hantar Amira & Jasmin ke rumah pengasuh
Amira baru bangun dari tidur
Perasan dah mata dia cam bengkak sebelah
Ingatkan mata dia kena gigit semut 
Lagipun Amira takde pulak merengek sakit ke apa pulak

Sepanjang kat office, babysitter takde pulak bagitau apa2
Sampai la malam tu, masa aku ambik Amira
Baru dia cakap mata Amira merah.. banyak pulak tu
Kalau tengok biasa cam takde apa2
Tapi bila selak kelopak mata dia, punya la merah biji mata dia tu
Macam salur darah pecah
Aku pulak takut tengoknya

Aku tanya babysitter kot2 Amira ada main sampai tercucuk mata ke
Atau ada jatuh ke, atau ada apa2 objek tertusuk mata dia ke
Babysitter kata takde pulak
Amira pun elok je main kat rumah dia
Takde menangis atau merungut kata mata dia sakit ke apa



Last2 terus bawa dia pi klinik untuk cek mata dia tu
Cuak wei bila tengok mata anak jadi camtu
Mana la tahu kot melarat apa
Sepanjang kat klinik pun dia cergas je main lari sana sini dengan si Jasmin

Bila jumpa doktor, doktor pun cek2 dia kata Amira kena sakit mata
Bukan terkena apa2 pun mata dia... lega la aku bila doktor kata camtu
Doktor just bagi ubat titis je
Aku tanya kenapa jadi merah camtu
Kata doktor maybe Amira ada gosok mata dia masa bengkak tu
Maybe sebab gatal kot
Kalau tak serius lega la sikit.. risau juga kot2 merebak jadi benda lain pulak kan..

Dah 2 hari pakai ubat titis, alhamdulillah dah berkurang dah merah tu
Jangan orang lain kena jangkit pulak sudah le...

Thursday, October 26, 2017

PANEH PANEH MEMANG SYOK MANDI SUNGEI

Memandangkan first time datang sungai haritu dalam keadaan tak ready
So kali ni memang dah janji dengan anak2 nak bawa diaorang mandi sungai
Haritu kami pergi pagi2
kali ni kami pergi belah petang.. waktu matahari tengah memancor2 atas kepala

Aku ajak si Adib kali ni
Adib kalau bab2 mandi sungai memang la suka sangat
Sanggup tinggal beskal...hahahaha
Si kenit dua orang tu lagilah..... eksaited tak menyabo nak mandi sungai

Haritu dah tengok dah port2 yang ada
So terus tuju je tempat tu
Aku aim satu wakaf ni tapi masa kami sampai wakaf tu ada orang pulak
So biar je barang2 dalam kereta
Lagipun bukannya nak berkelah sangat pun... nak mandi sungai je utamanya
Lagipun tempat aku park kereta dengan sungai tu tak jauh pun..


See tak jauh pun dengan sungai
Kat tempat Jasmin berdiri tu dah sungai dah



Ni lah wakaf yang aku cakap tu
Tak lama lepas kami sampai tu diaorang pun berkemas2 nak balik dah
So wakaf tu dah kosong baru la kami letak barang2 kat situ



Budak ni nak buat peace pastu suruh tangkap gambar dia


Asal sampai kat gigi sungai terus masuk dalam air
Takde jerit2 takut ke apa
Diaorang pi sendiri, buka selipar, terus masuk dalam air
Aku pun tak risau sangat sebab air tak deras & kawasan diaorang mandi tu memang tak banyak batu

Si Adib pulak cari port yang dalam sikit
Senang dia nak terjun tiruk
Alah... bukan dalam mana pun... tapi ok la untuk berendam

Tu dia aksi si Adib....



Sementara aku teman si Jasmin & Amira mandi
Udah nampak si Adib duduk atas batu
Udah kenapa kan???


Rupanya dia sejuk..... nak panaskan badan dulu
Pastu baru dia terjun balik...hahahaha
Itu macam ka????

Kalau nak tahu, dengan aku sekali terjun sungai tu
We really enjoyed ourselves there
Sebab takde orang idak le segan sangat aku nak mandi
Kalau ramai2 malu juga kan

Pasni bebudak ajak datang sini lagi
Insya-Allah kalau ada kesempatan boleh la bawa diaorang mandi lagi.









Tuesday, October 24, 2017

505 HARI MENINGGALKANKU

Pejam celik pejam celik
eh...eh.. dah 505 hari dah dia tinggalkan aku & anak2
Rasa macam baru je lagi....
Allahuakbar... sejenis perasaan yang tak tahu nak cakap macam mana

Walaupun dah 500++ hari tapi masih tebal rindu aku kat dia
Masih terasa2 dia ada dengan kami semua
Masih terdengar2 dehem2 dia, batuk2 dia, gelak2 dia
Susah la nak lupa....

Bila2 rindu, ke sini la kami anak beranak datang
Ada kesempatan dapat la jenguk
Ini pun dah lama tak pergi jenguk sebenarnya
Rumput2 pun ada yang dah panjang
Nasib la kawasan perkuburan ni ada orang jaga
Idak le semak samun sangat.

Ni pun rumput halus2 tu tak larat nak cabut
Sakit jari sebab asyik kena batu2 kecil tu je



Tengok anak2 abang tu .. eksaited kalau dapat naik motor
Amira tu tah apa pesen la sampai tertonggeng camtu nak naik motor








DI TEPIAN SUNGAI

Hujung minggu lepas lepas breakfast dengan kawan
kawan aku ajak pi lepak kat sungai
Aku ok je... sebab aku pun free je pagi tu
Takde nak buat apa2 pun.

Lagipun kawan aku kata sungai ni ok kalau nak bagi budak2 mandi
Ok la kan.... at least aku ada jugak port2 baru
Sungai ni bukan le kawasan rekreasi pun
Cuma kat kawasan kampung
Tak le jauh sangat dari rumah aku.. ada la dalam 15-20 minit kalau naik kereta.

Ni la sungainya... tak le dalam sangat
Tak le risau sangat kalau anak2 mandi



Batu pun tak banyak
Syok la bebudak mandi
Nampak tak tu ada budak mandi
Anak aku si Amira le tu...haahaha



Duduk2 di tepian sungai


Memula cam nak usha2 kawasan je..last2 anak2 aku ngelejat nak mandi
Udah le baju tak bawa sebab aku pun tumpang naik kereta kawan aku tu
Tapi disebabkan anak kawan aku tu pun nak mandi
Last2 mandi jugak le bebudak ni... sebab takde baju deme bolen je mandi situ
Nasib la Jasmin & Amira belum mandi pagi lagi
Kasi can mandi kejap je...
Pastu lap2 lebih kurang, pakai la balik baju yang ada...
Jangan kata budak, ekceli aku pun rasa nak mandi sama
Tapi keadaan tak mengizinkan.. so sabarrrrr je dulu
Next time datang harus kena mandi jugak!






Monday, October 23, 2017

DAH HABIS CUTI SEMINGGU

Dah puas cuti semingggu
minggu ni dah start bizi balik la
Anak2 dah sekolah, mak2 pun jadi kelam kabut


Seminggu tak bagi anak2 belanja sekolah
Minggu ni dah start bagi balik
Duit singgit & 5 ringgit jadi duit "wajib" simpan
Sebab nak buat duit belanja sekolah anak2
[Aku bagi diaorang RM5 je hari2 untuk belanja sekolah pagi & petang]


Bukan kejadian pagi tadi ☺


Bila dah start sekolah, situasi camni mesti akan jadi juga
Time pepagi dah nak gi sekolah baru anak kau cakap kasut sekolah basah
Daripada dia mengelat taknak pegi sekolah
Ni mama dia keringkan guna hair dryer

Ate, mana tak basah.... asal balik sekolah je kasut main letak ikut dan
Bukannya nak susun kat rak kasut
Bila hujan sebelah malam tu udah tempias kena kasut sekolah
Penat membebel hari2 kat diaorang ni tau...


Eh...eh... dah lama tak hujan kan??





Friday, October 20, 2017

MINI-ME

Orang cakap dalam banyak2 anak
Mesti ada sorang yang mukanya sama cam kita
Tah ye betul ke tidak
Kot anak tu terlebih gen kita, memang la ikut muka kita ye dak??

Dalam banyak2 anak aku
[eh tak banyak pun... 4 orang je]
Amira sorang je yang sebijik lebih kurang aku
Kiranya kalau kami jalan berdua memang orang tau la dia anak aku



Ni sebenonya dia nak suruh aku tangkap gambar dia pakai cekak lampu2.

Selalu tanya dia:
Mira ni anak sapa?
Anak mama ---> dia jawab ☺





Thursday, October 19, 2017

CAMERA TRICK!

Melayan karenah anak2 & anak  buah
saja bagi diaorang excited tengok hasilnya
Thanks to technology....
Siap tanya cemana diaorang boleh jadi banyak...

Mangsa pertama.... anak buah aku si Humairah ni...
[Abaikan la sepah2 belakang  tu]


Dia tak puas hati, suruh buat lagi sekali
Fuh... magic telefon Mak Long... katanya๐Ÿ˜†



Jasmin pulak jadi mangsa seterusnya
Ikut je arahan aku , berdiri kat mana2 aku suruh
Bila tunjuk gambar boleh pulak dia tanya
"cemana Amin jadi 3???"

Itulah camera trick namanya...
Silalah guna Apps Clone Camera @ DMD Clone ๐Ÿ™Š






Tuesday, October 17, 2017

TAMAN PAYA BAKAU

Sebelum bertolak balik ke Ipoh dari Lumut
Singgah kejap kat Taman Paya Bakau ni
Tak jauh pun dari simpang Lumut tu... 

Tempat ni pun dah lama gile aku tak pegi
Last datang sini masa dating2 dengan boifren dulu
[Lama dah tu... dah 13 tahun ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…]

Rupanya selain dari boleh tengok flora & fauna di kawasan paya bakau
Boleh tengok beruk sekali
Last time aku pergi takde lagi beruk2 ni
Tapi masa kami pergi bebaru ni memang banyak beruk
Takut juga kot2 dia melompat atas aku
Amira & Jasmin nasib baik la OK
Takde la menangis @ mintak dukung masa kat situ

Kat main entrance Taman Paya Bakau


Salah seekor beruk yang ada...
Yang lagi besar pun ada... takut tengoknya..


Yang ni pulak kat tepi2 laluan tu
Yang ni yang aku takut kalau melompat atas aku...


Taman Paya Bakau ni nampak dah agak uzur
Banyak laluan dah reput & berlubang
Bahaya juga la kalau bawa budak2
Takut diaorang terjatuh dalam paya tu


Kat dalam area ni ada juga menara tinjau & jambatan gantung
Aku tak naik pun sebab anak tangga banyak dah takde
Lagipun takut Amira & Jasmin gayat naik jambatan gantung tu
Dibuatnya diaorang memekik2 atas tu tak ke haru dibuatnya


Aleeya atas titi gantung


Mak dengan anak buah aku tengah meniti atas jambatan
Aku tangkap gambar dari bawah je


Memandangkan kami bertiga je tak naik jambatan gantung
kami selfie je la kat bawah ni sambil lambai2 diaorang kat jambatan tu


Tetiba budak ni suruh ambik gambar dia pulak
[Peace masih tak lepas ๐Ÿ˜…]


Besar kawasan dalam ni... banyak  laluan
Kalau jalan sampai hujung boleh nampak laut
Tapi kami tak jalan pun sampai situ sebab nampak cam jauh ke dalam hutan sangat
Takut pulak๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Last picca before balik...


Alhamdulillah... seronok jalan2 bersama keluarga ni
Walaupun jalan dekat2 je
Diam2 masa tu aku rindu sangat kat suami aku
Kalau la dia ada.............









Monday, October 16, 2017

JALAN² KE LUMUT

Banyaknya cerita tergendala aku ni
Tunggu mood sampai baru la boleh mengarang
Hahahaha...

Cerita ni pun masa aku  balik Ipoh haritu
Saja ajak mak jalan2 ke Lumut
Takde tujuan apa pun saja nak bawa mak pegi jalan2 je
Lagipun adik aku pun ada kan
Reramai best la sikit

Lumut dengan Ipoh tak jauh mana pun
dalam sejam lebih sampai la
Kami bertolak dalam pukul 10.30 pagi, sebelum pukul 12 tengahari dah sampai dah.
Lama dah aku tak pi Lumut rasanya
Last aku pergi pun masa tu Amira pun takde lagi

Aku kononnya nak pegi Muzium TLDM tu
Tup2 rupanya dah tutup
Under construction katanya sebab kapal tu bocor
Kesudahnya kami cuma jalan2 di Jeti Lumut tu je

panas terik oiiii... nak celik mata pun payah☺


Hari pulak panas terik... Nasib la berangin duduk tepi laut tu
Jasmin pulak agaknya perut tak sihat
Baru beberapa langkah udah muntah
Dah le aku dukung dia masa tu.. nasib tak kena baju aku & dia


Lepas dia muntah tu baru ok sikit... 
Opah belanja makan aiskrim sambil kami lepak2 tepi laut tu


Amira & sepupu dia Humairah





Lepas semua habis makan aiskrim kami pi la jalan2
konon nak cari benda2 hasil laut la
Sebabkan panas, mak ajak lunch dulu
Makan pun dekat2 situ je


ini yang sedap di kala panas2 ni


Lepas makan, perut kenyang baru la best nak shopping
Tapi ekcelinya takde nak shopping sangat
Tapi kalau ke Lumut ni macam wajib juga la beli benda cam keropok sotong, ketam, udang, satay ikan, ikan bilis dlll
dalam kata taknak beli sangat tu, melayang juga la rm40-rm50 kan....

Sebelum balik kami singgah solat zohor dulu kat masjid kat pekan Lumut tu
Ya rabbi bahangnya usah cerita walaupun kipas dah buka
Lemas duduk dalam masjid
Cepat2 sembahyang lepas tu masuk kereta sebab nak aircond๐Ÿ˜…

Ada cerita pahit selepas kami balik dari Lumut ni tau
Malam tu boleh kata majoriti kena keracunan makanan
Yang tak kena cuma Amira, Jasmin, Mak & adik aku suami isteri
Yang lain semua kena muntah & cirit birit
Suspeknya makan asam merah yang macam baldu tu
sebabnya bila muntah memang keluar merah pink2 tu
Aku makan 2 biji je kot
Nasib la Amira ngan Jasmin tak makan
Tapi anak2 adik aku memang kena la... muntah non stop
sampai kena admitted hospital la malam tu
Kesian diaorang...
Tapi deme memang makan asam tu sungguh2...
Adoi... kenangan sungguh pi Lumut kali ni

Tengok kat plastik asam tu, expiry date lambat lagi
Maybe ada bahannya tu la tak tahan dengan perut kami
Pasni banned la asam tu..takmo beli dah!





Friday, October 13, 2017

NASI ARAB ABANG BOMBA

Kawan aku ada buat bisnes Nasi Arab
Selalunya dia jual area Pulau Pinang 
Kebetulan dia ada datang ke Sg Buluh seminggu dua ni
So kami yang duduk area KL ni ambik kesempatan la oder dengan dia

Kebetulan opis aku tak le jauh sangat dengan area rumah dia ni
Kiranya masuk la jugak kawasan yang dia ada buat delivery
So aku pun try la kan... support kengkawan meniaga


Ni la dia Nasi Arab Abang Bomba
[mentang2 la suami dia keje bomba ๐Ÿ˜œ]


Dia ada jual Nasi Arab Ayam & Kambing
Ada pakej2 dia la:

* Single set ayam                                 RM8
* Single set kambing                            RM13
* Set makan 5 orang (ayam)                 RM40
* Set makan 5 orang (kambing)            RM65
* Set makan 5 orang (ayam+kambing)  RM55








Aku try beli yang single set je
Aku belikan untuk member2 opis sekali nak bagi diaorang rasa


Portion nasi dengan ayam memang besar la
Puas hati & kenyang makannya
Rasa tak rugi beli tau


Ni aku dah transfer dalam pinggan
Ini pun aku makan suku je tau
Nasi pun dah nak penuh pinggan
Kalau aku, sebekas ni boleh buat makan 3x




Alhamdulillah merasa jugak makan Nasi Arab Abang Bomba ni
Lain kali kalau dia datang KL lagi boleh la oder..
Sampai hujung bulan ni kawan aku ni memang ada di Sungai Buluh
So sesapa yang berdekatan & teringin nak makan nasi arab  boleh la try call kawan aku ni
[boleh tengok kat sticker dalam gambar atas sekali tu]