Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Mandi kolam. Show all posts
Showing posts with label Mandi kolam. Show all posts

Friday, April 28, 2017

MAIN AIR

Mood nak tulis aku betul2 ke laut minggu ni
Tah le mana hilangnya...
Bahan ada nak diblogkan tapi mood nak menulis tu yang takde
Lagipun agak bizi gak le hujung2 bulan ni
Bizi layan drama lagi...hahahahaha

Ni nak cerita aktiviti 2 minggu lepas
Aktiviti bajet hujung minggu
Nak jenjalan pun tak boleh sangat 
sebab hujung minggu  Aleeya ada kelas tambahan
Ahad pulak ada study group
Mementang la nak periksa UPSR tahun ni
Bizi sepanjang minggu... aku nak balik Ipoh pun kena tunda2 dulu

Bosan duduk dalam rumah
Kita main di luar rumah la
Memula kayuh basikal.. pastu nak mandi kolam pulak
Layan je la....

Pepagi dah main ayor
Mana la tak sejuk....
Idak le pagi sangat sebenarnya
Dah pukul 11 pagi dah masa ni


Ni kira merangkap mandi pagi sekali la
Bagi main puas2 pastu  baru kita shampoo


Nak bagi lagi feel
mamanya kena la berinovasi sikit
Kena la guna payung nak menongkat getah paip tu
Pastu nak kasi efect shower siap ambil  kepala paip sinki dapur 
pastu sambung kat getah paip tu...hahaha


Ni tak nyempat2 suruh mama ambil gambar dia 
time tengah baring dalam kolam...


Ok sekian cerita minggu.. minggu lepas
#asal buat entry dah le..😜

Wednesday, January 11, 2017

BILA ANAK² MANDI KOLAM

Aktiviti yang ditunggu anak2 sejak dari sampai ke apartment 
ialah mandi kolam...
Ekceli tak sangka pun kat apartment ni ada kolam
Bila jenguk kat balcony tu baru perasan
tu yang anak2 ngelejat nak mandi juga kolam tu
Tapi kolam tu cuma kolam untuk budak2 ye
Jadi la kan buat anak2 happy


Ok lepas balik breakfast, memang terus tuju kolam ni
Bebudak pun memang tak mandi lagi
Adib & Aleeya terus je loncat masuk kolam
Nak2 pagi tu memang belum ada orang lain lagi
Kami2 je konker
Cuma Jasmin & Amira je aku bawa naik dulu untuk salin baju yang lebih sesuai


Puas hati la deme 4 beradik mandi kolam
Sepupu diaroang ada sorang tu pun nak mandi jugak tapi last2 tak jadi
Tah kenapa tah...

Lepas tu bapaknya bawa main kat buaian tu je..


Tak lama pastu baru la ada 2-3 orang budak lagi join mandi kolam
Adib tengah melayan Amira main air


Bila dah letih tersandar kat tepi kolam ni ha...



Tu ha bilik kitaorang kat tingkat 4
Rupanya bangunan ni 5 tingkat...dari depan nampak cam 4 tingkat



Ragam anak2 bila mandi kolam
Seronok tengok anak2 enjoy.


Dalam sejam pastu kami pun naik
Nak siap2 nak checkout & balik
Tapi sebelum balik sempat lagi singgah 1 tempat
Mana??? Tunggu next entry lorrr







Tuesday, January 10, 2017

KING'S HOTEL, AYER KEROH MELAKA

Sinilah penginapan kami semasa berada di Melaka
Cari last minit, memang la camni...hahahahaha
Itupun nasib baik ada kan....
Tak kisah le janji selesa.

Aku memang target cari area ayer Keroh je sebab dekat nak exit tol
Tak payah pening2 kepala nanti
Menggodek trivago.com... ha inilah hotel yang murah untuk memuatkan kami 12 orang
Kalau ikutkan cari homestay lagi murah tapi malas nak calling2 
So booking online je lah....

Aku ni kalau ramai2 lagi syok duduk satu rumah @ apartment
Kalau hotel kan lain2 bilik.. kang tetiba pulak dapat bilik jauh2 antara satu sama lain
Tak meriah gitu sebab takleh nak bising2 kan...
Alhamdulillah aku dapat book the last premier apartment yang ada
King's Hotel ni ada hotel & apartment
So kalau ramai2 better pilih apartment la kan
Apartment pulak ada 3 jenis - 1 bilik, 2 bilik & 3 bilik
Yang aku book tu jenis yang 3 bilik la
Ngam2 la untuk family aku, mak abah aku & family adik aku

King's Hotel ni senang je nak cari
Guna je waze...hahahahaha
Pastu bangunannya kaler oren semua
Satu baris shoplot tu kaler oren...
Setentang tu pulak ada Pantai Hospital

View dari apartment aku


Main lobby & hotel ada kat bangunan shoplot2 ni
Tapi apartment bukan dekat situ
Dia kat blok lain & kat belakang bangunan shoplot tu
Jauh sikit la... tapi jangan risau sebab tempat parking disediakan
Kalau parking kat kawasan shoplot tu kena bayar parking
Tapi untuk apartment ni free tau

Ini bangunan apartment...
4 tingkat semuanya
Ada lif tau... 


Aku punya apartment kat tingkat 3... 
Nak kata mewah sangat tu tak le tapi kira selesa la
Aku janji ada ekon & katil empuk...hahahahah

Ni view dari pintu masuk apartment
Bilik ada 3
bilik 1 & 2 ada 1 katil queen + 1 katil single
Bilik ke-3 ada 2 katil single
Setiap bilik ada bilik air
Paling best showernya air laju..... syok ooo
[sorry takde gambo bilik yang elok2 nak attach kat sini...]
Pastu bilik 1 & 2 ada balcony tau... so cerah ceria je bilik tu
[aku takleh duduk bilik takde tingkap... rasa lemas gittew!]

** Yang tak bestnya, takde wifi free... ada kat hotel je...cis!
bayo mahal2... wifi tarak...terpaksa le guna data ciput ni...


Ni view dari balcony kat ruang tamu tu
Semua facility ada dekat je... stesen minyak, bank, hospital, kedai makan
Kira senang la duduk sini nak cari mende makan kalau lapar2 tengah malam


Tapi yang paling budak2 suka 
pergi kat balcony bilik aku
sebabnya.....

Boleh nampak kolam kat bawah tu
Eksaited nak mandi
Tapi sebab dah senja kan.... esok pagi je la deme boleh mandi

Aku booking apartment ni include breakfast tau
So laaaaaaagii la tak payah fikir bab nak kuar beli sarapan
Cafe hotel ni kat bangunan lobby tu
so kalau dari apartment ni kena menapak la sikit
Don't worry ada je jalan shortcut ikut tepi kawasan kolam ni
Ada gate kecik pastu terus ke pintu tepi cafe tu
Untuk dewasa memang dapat kupon, 
untuk budak bawah 6 tahun pulak FREE je
So aku kena bayo untuk Aleeya & Adib je... sorang RM11

Tapi makanan memang mewah la... sapa jenis kuat makan berbaloi2 wei
Time aku pergi tu ada nasi lemak, bihun, roti bakar, cereal, omelette, buah, bubur nasi...ish.. memacam la [tak ingat dah]
Waktu breakfast pulak dari pukul 7 sampai 10 pagi
Kalau ikutkan aku nak je duduk sampai habis tempoh tapi sebab anak2 aku dah ajak balik apartment
sebabnya nak mandi kolam.....











Monday, April 18, 2016

REZEKI ANAK² DI MUSIM PANAS

Aktiviti paling best di musim panas especially untuk anak2
ialah.... MANDI KOLAM
Ha.. ni nak cerita sambungan percutian ke Cherating la ni..
hehehehe
[woh! bercinta nak ngabihkan hal ehwal Cherating ni]

Ok sambung balik
Lepas lunch, anak2 pun dah ajak mandi kolam
So apa lagi, terus tuju ke kolam renang la
Kat Residence Inn ni ada 3 kolam
Kolam untuk kanak2, kolam untuk dewasa & kolam jakuzzi


Kawasan & kolam kat sini memang luas
Kira puas hati la kalau lepak kat sini
Petang2 cam ni cuaca agak redup & berangin2
Best je lepak2 kat area kolam tu

Anak2 aku tak berapa gemar mandi kat kolam budak2
Maybe  sebab tak dalam kot
Mentang2 la diaorang dah besar..

Diaorang lagi suka mandi kat kolam jakuzzi ni
Maybe sebab ada efek jakuzzi tu kot
Boleh la feeling2 massage


Time diaorang mandi ni tak ramai orang lagi
So kolam memang kami je konker
Masa ni hasben aku tengah salin baju kat bilik
Aku la yang kena teman budak2 ni mandi
Especially Amira & Jasmin
Riso juga diaorang jatuh dalam kolam tu
Nasib la ada Mak Long diaorang
Aku tak leh join sekali sebab tengah period
So aku jadi tukang tangkap gambo je la..
Dalam hati jeles gile tengok diaorang mandi kolam
Mencanak2 perasaan nak terjun sekali tapi apakan daya kan...huhuhuhu

Abah sudah datang so abah kena layan anak mandi kolam
Jasmin berkepit la dengan abah
Amira pulak Mak Long dia la yang layan

Eksaited masing2 mandi kolam
Tak kenal erti sejuk semua tu

Budak ni memula je cam takut
Bila dah lama2 dia yang tak nak naik


Tersengih duduk dalam air


Terover pulak aku edit gambar ni
Dah nampak cam hasben aku pakai mekap lak..hahahahaha






Dah habis mandi kat kolam jakuzzi
diaorang pi mandi kat kolam dewasa pulak
Pak Zem [hasben Cik Ana]  tengah ajar anak2 aku berenang
Tapi pakai pelampung la...jadi la nak...

Amira pulak dari kat Mak Long, terus ke ibu [Cik Ana]
Tapi mandi tepi2 je la..


Ibu, Amira & Syahir
Kenkonon model majalah mangga..haruuuuuu



Puas la diaorang mandi petang tu
Dari pukul 4 sampai ke senja
Malam tu masing2 tidur kepenatan..

Esok pagi, lepask breakfast, diaorang gi terjun kolam lagi
Amira & Jasmin je tak join sebab bangun lambat..hahaha
Aleeya, Adib & Syahir memang sakan la berkubang kat kolam tu
Ye la, tengah hari tu dah nak check out..






Tuesday, December 29, 2015

MANDI BERJEMAAH

Cuti Krismas bebaru ni memang panas sungguh kan
Nak angkat kain pun rasa nak pitam
Kena tunggu hari redup sikit baru boleh keluar rumah

Nak2 pulak nak main air
Nak mandi kolam, kolam dah bocor & koyak
memang tak boleh tampal langsung
last2 aku ikat masuk plastik hitam, pastu terus letak kat tong sampah 

Kolam takde, besen pun jadi la
Tapi muat untuk sikenit 2 orang tu je
Kakak Aleeya nak join sekali tak dapat la.. 
Sian kakak..
Nanti2 la mama beli kolam ye..

Tumpang mandi kat rumah opah je
Sebab rumah opah ada besen..


Kakak takleh join
Kakak le layan adik2 mandi..



Budak ni konon2 gosok gigi sangat
Walhal dok makan ubat gigi je



Masuk kolam je dah buat muka noti dia
Kejap2 masuk besen dia, pastu masuk besen adik
Sabo je la...



Wednesday, February 4, 2015

MENGKOLAM DI HUJUNG MINGGU

Aktiviti riadah sempena musim panas
Cewah... musim panas ko
Ye la kan... sekarang kan panas je... membahang 
Aktiviti yang berkaitan dengan hari yang panas
Tentulan aktiviti main air ye dak??

Anak2 aku pun dah keboringan duk dalam rumah
Nak keluar panas rembang
So petang2 sikit aku cakap boleh mandi kolam
Huh.. punya la eksaited gi selongkar stor sebab nak cari kolam
Kolam yang bocor pun deme gigih tampal

Sebelum2 ni kakcik tak join
Ha ini la fes time dia mandi kolam
Menjerit2 bila main air
Over eksaited tau



Mandi kolam sampai terketar2
Kakaknya rajin melayan takpe la
Mama bizi melayan si Jasmin 
[Amira dah pandai buat peace dah...]

Jasmin takleh mandi kolam lagi
Duduk je diam2 dalam stroller
Mama letak bawah pokok
Ambik angin petang

Itu je la kisah riada kami di hujung minggu
Abahnya asyik keje
Takdak masa nak bawa kami gi jenjalan
Kita dok diam2 kat rumah je le ye..



Thursday, February 14, 2013

AKTIVITI TERBAIK KETIKA MUSIM PANAS

Hari Sabtu lepas memang panas gile2 kat rumah aku
Terik lak tu... tak sanggup rasanya nak keluar rumah
Tapi duk dalam rumah pun berkuap juga... 
Panas membahang2... dah le ibu mengandung memang cepat panas kan

Lepas Asar je aku bagi idea kat anak aku 
Deme pun dah boring kot duduk dalam rumah mengadap tab masing2
Nak kasi main badminton, hari pun panas, main basikal apatah lagi
Nak main layang2, angin pun takde
Last2 aku suruh diaorang mandi kolam

Kolam pelestik yang dah lama tersadai bawah sinki aku bawak keluar
Terus bentang kolam tepi gate
Budak2 apa lagi.. eksaited la..  Siap aku buatkan shower lagi untuk diaorang guna getah paip tu

Aku lak teruja tengok budak2 ni main air. 
Sampaikan aku rasa aku pun nak masuk sekali dalam kolam tu 
Dah le badan tengah panas peluh2 kan...
Sabar...sabar...

Main air di kala hari panas renang adalah sangat heaven kan???

Monday, May 28, 2012

MENGKOLAM DI HUJUNG MINGGU [psssst....ada gambar 18sx]

Memandangkan cuti sekolah pun dah start, macam2 aktiviti la nak dibuat kan
Sebagai permulaan, kasi can anak2 mandi kolam dulu la
Lagipun cuaca tersangat la panas semenjak dua menjak ni kan
Anak2 pun dah lama tak buat aktiviti air di luar rumah
[mak takut bil air mahal le katakan...]

Tapi kali ni buat lain sikit dari yang lain
Aku tambah elemen shower dalam kolam tu.. tapi pakai paip getah je la pun
Bukan main soooooka la anak2 aku


Terpaksa la aku gantung getah paip tu kat tembok pagar tu. 
Ya-Allah dah naik berlumut lampu tu rupanya.. 

 Aksi mandi shower sambil main bola dalam kolam..




 Yaya seksi.. pakai spender je... Suruh pakai lengging tak mau..

Dalam sejam jugak depa main kolam tu. Pastu masuk rumah terketar2 sebab sejuk. 



Thursday, January 12, 2012

REWARD PEGI SEKOLAH

Setelah 3 hari berjaya pergi ke sekolah tanpa ponteng sehari pun
[walaupun penuh drama swasta]
sebagai ganjaran buat anak2 aku, aku bagi deme main puas2 wiken lepas.

Disebabkan tak dapat nak mandi manda kat kolam masa pegi Teluk Batik hari tu
Kali ni depa bantai mandi kolam depan rumah 
Aku pun kasi can la depa membazirkan air rumah aku
[sekali sekala takpe la no....]


Depa duk berkubang dalam kolam ni 2 jam tau


Lagipun masa tu cuaca memang panas giler
Disamping pulak nak mengadap citer hindustan tanpa gangguan
Saje je alih perhatian anak2 ke luar rumah

Tadah air kolam tak sampai separuh kolam, aku suruh deme main dalam kolam tu
Dari pukul 4 petang sampai kul 6 petang
Lepas badan semua dah kecut2 baru depa berenti 

Lepas mandi, bagi Adib susu sebotol, terus dia tertidur atas sofa
[lena lak tu sampai terkencing2 atas kusyen tau!!!]
Aleeya pulak lepas melantak nasi sepinggan, terus landing depan TV kekenyangan..ish..ish...

Tuesday, September 13, 2011

BALDI BOY

Larangan keras semenjak ada kolam baru
SATU BULAN  SATU KALI JE BOLEH MANDI KOLAM
[Kejam tak aku????]

Setelah arahan berkuatkuasa
Tak dapat mandi kolam, dalam baldi pun jadi le
Jom skodeng si Adib hujung minggu hari tu
Di bawah pancuran shower, sambil berendam dalam baldi
[terparkinson sikit gambo ni]


Bila dia sedar aku snap gambar dia
terus beraksi2 dalam baldi hijau tu
[ngam2 pulak baldi tu dengan badan kering dia..hehehe]



Monday, September 12, 2011

KOLAM BARU

Dah lama anak2 tak beriadah main air kat rumah
Semenjak kolam pelestik yang lama tu dah koyak
memang aku dah tak belikan kolam lain 
Anak2 aku kalau nak main air pun dalam bilik mandi je la
Ada sampai satu tahap berendam dalam besen konon2 kolam la tu

Kesiankan anak2 balik2 main dalam baldi & besen
Hasben aku belikan la  kolam air lain untuk depa
Kali ni dah tak beli kolam angin dah... letih nak pam
Anak2 pun dah besar, so kena la beli saiz yang besar pulak

 Tu dia kolam baru.... Puas mandi depan rumah..


 Main baring2 dalam air ..


Pastu main kena kejar dengan jaws...hehehehe

Aku tak isi air penuh dalam kolam tu pun
Biar air tu tak berapa dalam senang depa nak main
Itu pun kena jugak monitor budak2 ni
risau kot2 lemas ke apa ke kan.

Kolam ni susah sikit nak buang airnya sebab dia takde lubang kat bawah tu
Kena kaut sikit2 sampai ringan pastu baru curah bakinya kat dalam longkang
Yang senangnya kolam ni, pas buang airnya, lipat & sangkut je kat ampai kain


**Mampus nak bayor duit ayor bulan ni..