Tuesday, December 16, 2008

Fiq masa separuh akhir Juara Lagu 2008

Frustnya Fiq tak masuk Final Juara Lagu

Last Friday aku tengok la separuh akhir Juara Lagu kategori Pop Rock. Actually tak le minat sangat nak tengok tapi sebab ade lagu Bukti yang Fiq nyanyi tu buat aku teruja lak nak tengok. Masa artis lain buat persembahan aku asyik ulang alik dapur je tapi bila sampai Fiq aku terus duk berteleku depan tv... He..he.. Actually aku takde la minat si Fiq ni tapi lagu tu cam best jer. Hubby aku pun setia menengok si Fiq tu. Tapi sore dia memang power la.... Tu yang khusyuk tengok tu.

Tapi bila announcement sape yg dpt gi Final, si Fiq tak dapat lak. Frustnyer sebab org lain yg buat persembahan cam hampeh dapat la pulok. Keciwa tul... Tapi memang tak pueh hati la dengan keputusan tu. Ade la pulak lagu si Meet Uncle Hussin tu dapat, nyanyi pun cam terbelit2 lidah... Tak puas hati... Si Elyana punya Kalis Rindu pun rasanya tak patut dapat... TAK SESWAI TAU!!!!!!!!!!!

Tapi overall Fiq ngan Bob je nyanyi power gile... Memang all out. Lagu lain boleh get out la....
(siap tengok balik video kat youtube..he..he..)


Fiq - Bukti

Dalam lembah yang gelita
Tak nampak wajah
Apatah nak ku melangkah
Merangkak pun payah
Percik api menyala
Bagai satu petanda
Jauh mana kan aku damba

Dalam jiwa yang cedera
Tak nampak cinta
Apatah nak ku gembira
Tersenyum pun paksa
Bibit kasihmu dinda
Susah mana pun aku
Akan menyusurinya

Air… mata….
Ku tahan…
Mengalir lesu
Dalam kalbu

Dingin.. lalu…
Membeku…
Menjadi bukti luhur niatku…

Dalam hidup yang gelora
Tak nampak dosa
Apatah nak bercinta
Merindu pun dera..

Kerdip sinar di mata
Bagai satu petanda
Sukar mana kan aku puja

Air… mata…
Ku tahan…
Mengalir lesu dalam kalbu
Dingin… lalu…
Membeku…
Menjadi bukti luhur niatku

Hanya kepadamu
Tinggal harapan kasih
Buat diri ini
Kembali berasmara

Air… mata….
Ku tahan…
Mengalir lesu dalam kalbu
Dingin… lalu…
Membeku…
Menjadi bukti luhur niatku 3x

Monday, December 15, 2008

Aku nak kurus...nak kurus...

Semenjak dua menjak ni ramai pulak yang dah menegur badan aku ni dah makin tembam.. Alamak ni tanda2 telah berlaku peningkatan berat badan.. Cuma encik somi je belum komen apa2 lagi. Last week ade lagi sorang 2 opismate tegur badan aku berisi. Tapi aku memang perasan yang badan aku ni dah semakin berat. Yang tak syoknye penimbang tu asyik tunjuk berat aku ni statik je kat angka 55. Aku rasa dari masa aku lepas bersalin si Yaya sampai sekarang itu je la angka kat penimbangtu... Adakah penimbang tu dah rosak @ mata aku yang sememang rabun ni makin rabun????

Bos takde lak hari ni so aku pun surf la tenet cari info nak kuruskan badan.... (sekarang baru nak sibuk2 cari panduan kuruskan badan). Sebelum ni tak heran pun sebab rasa body aku ni ok lagi.. Hm.... ni some info yg aku jumpa. Nampak gaya kena la disiplin diri....

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Wednesday, December 10, 2008

Hobi Baru Adib...

Semenjak dah buat reno kat kawasan rumah ni, Adib ni mula la ade hobi baru ....


Nak tau ape hobi dia????? Ni die....

Kutip batu......
Buang dalam longkang........
Kat sini jugak port dia nak intai ikan dalam longkang

Ni la dua orang budak nakal....



Adib tengah buat projek kutip batu.....

Exterior Renovation

Sebelum raya hari tu sempat la hasben aku suruh ex-neighbour kitaorg (dia ni kontraktor) buat skit reno katumah kitaorg. Tak buat apa pun just plaster dinding, lebarkan kaki lima & laluan ke porch & buat tembok kat tepi longkang umah. Lagi satu tampal awning & atap yang bocor. Semua sekali kosnya RM1,500.00. Tak tau la nak kata mahal ke murah. Asalkan kerja ok & kemas ok la. Al-maklum la dah serik ngan kontraktor hampeh yang dulu. Tak plaster pun dinding umah aku. Bila hujan mula la air masuk ikut celah dinding. Especially kat dapur. So this kontraktor ade masa free on Rabu & Khamis so dia boleh la buatkan. Kebanyakkan rumah yang dia buat pun ok so hopefully ok la hasilnya nanti. Alhamdulilah, even cuaca tak berapa cerah & hujan renyai2, semuanya complete before raya. Ni la hasilnya...

Sebelum.....

Ni masa memula renovate dulu


Pandangan dari tepi

Kaki lima umah asal... kecik je ( tak sampai pun 2 kaki)

Selepas.......


Laluan ke porch yang telah dilebarkan

Kaki lima yang dah dilebarkan (5 kaki)

Pandangan dari belakang rumah (Adib tengah kutip batu)

Pandangan dari tepi.... (Bila dah simen ni senang la si Adib nak tengok ikan dalam longkang)

Tembok batu di kiri kanan pagar (tak cat pun sebab cat tak beli lagi...)

Pandangan dari hadapan (Abaikan jejaka tempelan tu ... Laki aku tuh)


Salam Aidiladha

Di kesempatan ini aku sekeluarga nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA walaupun masa aku buat entry ni dah lepas pun raya tuh. Anyway, tahun ni tak balik kg pun. Raya kat Batang Kali gak. Semua surau & masjid kat umah aku banyak la lembu2 nak dijadikan korban. Tapi semuanya dalam keadaan hujan. So tak best lah. Tak beraya ke mana pun.

Hari sebelum raya lak lecoh la pasal tanah runtuh kat jalan Ulu Yam tu. Dah le itu jalan utama aku nak gi kerja. Camne nak gi keje nanti??? Dengar cite jalan tu tutup seminggu. Lecehnya kalau nak lalu ikut Rawang. Dengan jem lagi... BOSAN!!!

Tapi pagi semalam (Selasa) aku ngan hasben MC. Actually hasben yang demam tapi dia tak bagi aku gi keje sengsorang ikut Rawang tu dia pun suh aku MC sekali. Nasib baik la dapat MC. Rekod MC aku pun memang ok, jarang MC la katakan. So duk umah, lepak2 ngan anak2, Pakcu Baha (bapa sedara hasben aku) datang lak tidur umah MIL, so sampai ke malam la berborak. Siap bentang tikar belakang rumah makan satay & pizza.. He..he... Kenyang sampai pagi...

Hari ni gi keje lalu je kat jalan Ulu Yam tu. Luckily, tanah runtuh tu dah dibersihkan pun. Sambil lalu tu selawat je la, takut2 buatnya masa kitaorg lalu runtuh lak tanah kat situ. Nauzubillah. Alhamdulillah, dah selamat sampai ke opis.

Thursday, November 27, 2008

Love and Marriage

Something to share ngan korang, baru dapat email pagi tadi....
Love is holding hands in the street.
Marriage is holding arguments in the street.

Love is dinner for 2 in your favorite restaurant.
Marriage is a take home packet.



Love is cuddling on a sofa.
Marriage is one of them sleeping on a sofa.



Love is talking about having children.
Marriage is talking about getting away from children.



Love is going to bed early.
Marriage is going to sleep early.



Love is a romantic drive.
Marriage is arrive on tops curvy tarmac .




Love is losing your appetite.
Marriage is losing your figure.



Love is sweet nothing in the ear.
Marriage is sweet nothing in the bank.



Tv has no place in love.
Marriage is a fight for remote control.



Love is 1 drink and 2 straws.
Marriage is "Don't you think you've had enough!".


Conclusion: "Love is blind, Marriage is an eye opener!"

Wednesday, November 26, 2008

Trip To Melaka Part 2

Part 1 citer pasal hotel, 2nd part nak citer pasal jenjalan lak. First day tu after check in kat hotel dalam kul 4 kitaorg plan nak gi Banda Hilir. Perjalanan ke Banda Hilir dari Pantai Puteri tu dalam 1/2 jam la. First tempat tuju is A Famosa & area dekat2 Dataran Pahlawan. Dah berubah benar keadaannya since last time aku datang. Dah makin sendat & sesak dengan bangunan & kenderaan. Memula cari parking kat A Famosa tu takde so pusing2 sampai jumpa parking kat area balai polis mana tah. Pastu jalan kaki je. Konon nak naik beca tapi tak jadi. Fisrt thing first, gi makan. Maklum la dari pagi makan roti ngan minum nescafe je. Kul 5 baru nak makan pulak. So, kitaorg makan kat one restoran dekat ngan sungai & kincir air. Ok la view dia siap boleh nampak river cruise lagi.
Makan Time.......

Yaya & Mama kat kubu portugis

Next, pi muzium samudera (replika kapal yang besar tu). Tapi aku tak masuk pun. Abang Zam je yang masuk bawak budak2. Kitaorg yang tinggal- Aku, hubby, Adib, K.ti, MIL & FIL. Kitaorg lepak je la kat kaki lima kapal tu. Pastu dalam kul 8 camtu terus balik ke hotel. Tak de la jenjalan lagi. Tak adventure langsung. Ok la for fist day.

Muka laki bini yang kembang semangkuk........

Jejaka Perasan... He..He..


Next day lak gi Ayer Keroh. Motif utama - pameran alien kat MITC & taman buaya. So pagi tu after breakfast yang tak best - ade nasi goreng & mee tak sedap je, kitaorg pun bertolak ( dlm kul 10.30 pg). Perjalanan dalam 45 minit jugak la. Sampai sana memula gi MITC. AKu ingatkan best sangat la pamerannya, tapi tak best la. Maybe sebab aku ni tak berapa nak minat alien kot... Budak2 suka la kot. Next location, Taman Buaya. Anak aku la beria2 nak tengok buaya. Cuaca lak panas terik so aku pun cam takde mood nak jalan situ. Last2 aku tengok buaya kejap je then duduk kat bangku bawah pokok. Letih nak jalan. Adib main je la dekat2 situ. Lapo lak tu. Sib baik sebelah tu ade McD, aku singgah le beli bubur nasik untuk Adib.


Berlonggok depan hotel sementara nak bertolak ke Ayer Keroh

Buaya Tembaga

Tempat2 lain macam Zoo & Taman Mini Malaysia tu tak pegi pun. Kecewa gak le sebab dah sampai situ tapi tak jalan ke sana sebab A.Zam nak balik. Dia kata budak2 dah letih (alasan la tu). Before balik sempat lagi diaorg singgah naik kereta lembu. Aku tak naik pun sebab teman Adib tidur dalam kereta. Dalam perjalanan aku tertidur tahu2 dah sampai mana tah berenti for lunch. Petang tu pulak, bawak anak2 mandi kolam kat hotel. Adib sampai menggigil badannya main air. Aleeya pun sama. Lepas main kolam, minum susu, Adib ngan Aleeya pun terus tidur. Plan malam tu nak gi makan ikan bakar kat kedai dekat2 situ. Tapi aku tak join la memandangkan anak2 aku dalam bius ketiduran.... Sian aku.


Yaya & Syahir kat Taman Buaya





Tuesday, November 25, 2008

Trip To Melaka (Part 1)

Last weekend kitaorg one "BIG" family gi Melaka. Sape lagi nak sponsor kalau bukan abg ipar aku. Dia dah ajak, aku ngan hubby ikut je lah. Lagipun, dah lama sangat aku tak gi Melaka. Last aku menjejak bumi Melaka tahun 1996 (lepas SPM) pastu takde dah gi sana walaupun family side abah aku masih ade kat sana.

My "BIG" family depan pintu masuk hotel


Anyway, citer pasal trip ni.......semuanya TAK BEST!!!!!!!!!!! Start dari perjalanan sampai ke penginapan sampai le balik. Luckily Adib tak muntah, maybe sebab jalan tak bengkang bengkok kot. Bertolak pagi Sabtu dalam kul 8.30. Planning malam sebelum tu nak bertolak kul 7 konon last2 dekat kul 9 kuar rumah. Samapi Melaka satu hal lagi nak cari hotel tu. Berpusing2 last2 jumpa jugak hotel tu kat Pantai Puteri ---> BIDARA PUTERI BEACH HOTEL (kalau tak silap la, tak hingin nak kenang pun sebab tak best).
View from my room's window...

Masuk2 hotel tu viewnya fullamak cun.... mengadap laut, lobby pun kira OK la tapi bila check in bilik Ya Rabbi.... kusssssss semangat. First thing bila bukak pintu bilik tu adalah sofa yang dah beram, kepam, buruk dan sewaktu dengannya. Jenguk kedalam lagi, baru nampak dapur, then baru ade katil. Kat tepi tu ade balkoni tapi lantainya kotor nak mampus. Tak hingin nak bukak sliding door tu takut Adib pijak kat situ lak. Tengok bilik air lak, kira ok la walaupun pintunya dah terkopak & kembang kena air. Itu belum masuk bau2an yg kurang enak kat bilik tu. Sempat la aku snap gambar2 bilik aku tu... He... He.. So aku tak suggest langsung korang nak stay kat hotel haprak tu. Makan tak best, environment pun tak best, segala2nya tak best la... So jangan terpedaya ngan rupa paras hotel tu yang nampak grand cam 5 star, tapi HAMPEH!!!

Ni la sofa kepam & wallpaper bilik aku yg dah terkopak kapik tu...
Ni kitchen tu... Balik kekisi tu plak katil (abaikan brg yg bersepah tu)




Friday, November 21, 2008

Facebook

Baru terdengar The Jawa Rangers (AG & Kiran) - DJ Hot Fm beria2 nak buat facebook so aku pun teruja la nak tau best sangat ke kalau ade facebook. Aku pun register la nama aku. Dalam terkial2 tu aku terjumpa ex roommate masa matriks- Nadia Widyawati. Hai NAD!!!!!

Lagi aku terjumpa si Dura, Ma, Mus... dlll. Tapi bebudak Taayah aku tak nampak sorang pun. Mana korang ha??? Anyway, meh la join facebook. Best jugak ye menjejak member2 lama ni....So selamat ber"facebook" to u all...

Renew lesen kat Padang Jawa

Amboi Mamamencah a.k.a Rehan, dan bising suh aku update blog ni (dah besawang katanya) so hari ni aku update la. Actually bukan taknak update tapi takde pics baru. Tak best la kalau update tanpa latest pics kan????

Last Tuesday (18/11/2008 - my 29th birthday- to be precise) hubby aku ajak teman dia renew lesen kat KKB. Kononnya aku gi keje lambat sikit la. Sampai kat KKB kul 7.45. Sampai sana kata takleh renew sebab ade saman. Bila ditanya saman apa, kakak tu kata tak tulis saman apa. Seingat aku hasben aku mana ade saman JPJ @ PDRM. Kakak tu kata kena ambik saman kat Padang Jawa. Tah mana la Padang Jawa tu pun kitaorg tak tau. Last2 tanya dia dia kata kat Shah Alam. Jauhnya nak gi dari Batang Kali... Kitaorg tanya takkan takleh ambik kat Kalumpang, kakak tu kata semua dah centralized ke sana. Hampeh tul....

Dalam tak puas hati tu aku call JPJ Padang Jawa nak tanya hasben aku tu kena saman aku. Cek punya cek rupanya pasal modified kereta. Tapi aku cakap dah settlekan kat JPJ Kalumpang dah takkan kena blacklist lagi. Siap aku cakap aku dah ade form PG1 & PG2. Dia kata owner kena datang bawak kereta tu ngan surat menyurat tu, then baru bukak saman baru. Aku tanya takkan takleh buat kat JPJ Kalumpang jer, dia kata takleh, saman kena ambik kat Padang Jawa jugak.

Ni la kancil penyebab kena saman tu.... Saman sebab modified ekzos

Nak tak nak terpaksa la aku korbankan cuti aku. Aku apply EL la konon anak aku demam... (Buat member opisku yang terbaca blog ni... mintak maaf le aku menipu korang....PEACE!!!). Nak dijadikan citer aku ngan hasben aku pun pi la Padang Jawa. Gamble je la. Kata org JPJ tu kalau jumpa UiTM Shah Alam jumpa la JPJ tu. UiTM tu jumpa la tapi JPJ tak jumpa. Asal nampak signboard Padang Jawa je kitaorg masuk. Last2 tanya pak guard kat PUSPAKOM. Rupanya JPJ tu belakang tu jer.... Lega la bila dah jumpa JPJ tu. Masuk gate plak kena bayor parking... (duit lagi)...

Sampai sana gi kaunter pertanyaan untuk senarai blacklist. Dia suh gi pintu 3. Gi sana ambik no giliran untuk soal siasat. Hasben aku dah bagi la segala surat menyurat dia pasal kereta tu. Bila dah tengok semua docs dah complete dia kata takde masalah so dah boleh renew lesen. NAk renew lak kat tingkat atas. Gi tingkat atas budak tu kata takleh renew, still blacklisted. Bengangnya..... Kitaorg pun turun balik kat pintu 3. Tanya kaunter tu pasal apa tak clear lagi. Dia suruh tunggu. Tunggu punya tunggu sampai masa diaorg rehat. Dah le rehat sampai pukul 2ptg. Buang masa je tunggu. Bila hasben aku dah bengang dia tanya kat kaunter tu lagi, sampai bila nak kena tunggu baru la brader tu cakap " encik ni apa masalah sebenarnya?". Hasben aku pun cakap la yang dia takleh nak renew lesen. Brader tu bawak surat hasben aku kat pegawai yg dalam tu pastu kata "semua dah clear dah. Encik dah boleh renew road tax." Aku hangin la, aku cakap " Encik, sekarang ni kitaorg nak renew lesen bukannya road tax." Baru la dia cek dalam sistem dia. Bangang ke tak diaorg ni??????

Dengan selamba pegawai tu (kebetulan pun ade kat kaunter) "ni masalah teknikal ni. Cik kene ambik saman & bayar saman tu baru boleh clear. " Hasben aku sound la balik, "tadi kenapa tak cakap. Saya dah buang banyak masa dah ni. Saya nak masuk keje kul 4 petang ni. Takkan saya nak tunggu sampai kul 2". Pegawai tu kata cik pegi la makan ngan semayang dulu. Kul 2 datang balik. Bengang gile kitaorg.

After lunch & semayang, tunggu lak giliran nak buat saman. NAsib baik dpat giliran awal. Dah ambik saman nak bayar pulak. Dah le tak dapat diskaun. Melayang RM200. Lepas bayar tu dia kata dalam sejam baru boleh renew lesen. SEJAM??????????? Punya la lama nak renew lesen. Nak tak nak kena la tunggu. Nak balik takut sangkut lagi apa2 hal. Nak berulang ke Padang Jawa bukannya dekat. Tunggu punya tunggu, dekat kul 4 baru boleh renew. Dari kul 11.30 sampai kul 4 dekat JPJ je. Buang masa tul... Patut la org kata keje Gomen ni tak efisyen. Mana nak efisyen. Time rehat ngan balik memang la efisyen... sharp on time. Tang lain HANCUSSSS.

Nak balik ke Batang Kali lak dalam satu setengah jam. Last2 hasben aku pun terpaksa la apply EL. On the way balik singgah ke Rawang. Hasben aku nak beli kek for my birthday. He...he... Singgah Secret Recipe lagi.... Apa lagi pilihan aku.. tentulah Chocolate Indulgence.... Thank you abang sebab belikan kek mahal kat aku... I Love You.... Even hari tu memenatkan & memeningkan kepala aku, tapi bila dpt kek hepi gile.... Takde hadiah birthday pun tak pe la.....





Wednesday, October 29, 2008

Cuti2 Deepavali - Cameron Highland

Cuti Deepavali baru ni abang ipar aku ajak gi Cameron Highland. Masuk kali ni dah 2 kali gi dengan diaorg. Habis satu family diangkutnya. Kitaorang bertolak pagi Sabtu dalam kul 8pg. Sampai kat Tapah, kitaorang berenti rehat kat stesen minyak BP. Kat situ tak sangka aku jumpa ex-schoolmate aku masa kat Taayah dulu - Hafsah Shuib. Tak berubah pun dia even dah anak 2. Dah jadik lawyer rupanya dia. Dia masa tu on the way nak gi Ipoh, kenduri sedara dia. Sepanjang perjalanan tu yang tak bestnya si Adib mabuk.... Muntah 3 kali... (Abis baju aku bau masam muntah)


Sampai di Cameron, menginap kat tempat yang sama dengan yang dulu- Villa Dahlia. Ok la apartmentnya sebab ade 3 bilik, hall & dapur. So kalau bawak family amatlah sesuai. (Actaully apartment ni Maybank punya) tu yang duk kat situ.


Petang tu tak gi mana just gi Pasar Malam kat Brinchang. Keluar awal so tak de susah nak cari parking. Aku tak banyak shopping pun. Takat bunga2 kering ni tak berapa minat. Cik Besah ngan K.Ti beli la. Cik Besah siap ajak aku beli tapi aku cakap tak nak la.

Hari kedua gi ke BOH Plantation. Nun jauh memanjat bukit. Adib muntah lagi. Dah le tak bawak baju spare. Last2 pakai baju Syahir. Walaupun besar, gasakla janji berbaju. Lagipun kat atas tu sejuk. Aku takde mood nak jalan pun sebab aku ni kan ke dah kena muntah. So badan rasa melekit2. Masa turun tu pun muntah lagi... Hai... Adib ni bukan boleh jalan jauh2 & bengkang bengkok. Aleeya jugak yang tahan. Maybe dia pening je. Bila pening si Aleeya tidur je. Maka dengan muntahnya si Adib, aku dah takde seluar nak pakai balik esoknya. K.Ti offer la pakai seluar dia... Ish... pompuan ni agak2 la kalau nak offer seluar dia tu. Dia saiz XL nak offer aku yg pakai saiz M ni. Tak sesuai langsung..... Last2 aku pakai je la seluar hasben aku. Nasib baik la muat.


Esoknya masa sebelum balik konon nak gi beli sayur kat KEA Farm tapi jalan punya la jem. Aku ingatkan kalau dah naik atas so boleh la turun ikut Simpang Pulai. Abang Zam plak, kalau jem2 ni dia malas nak ikut situ. Last2 patah balik. Gi beli bunga kat Straberry Park je. Aku tak beli pun... Cik Besah je beli 3 pokok bunga. Beli sayur pun kat Ringlet je... Tak best langsung. On the way balik Adib muntah lagi---3 kali. Last sekali bila dahn ak sampai rumah. Habis bermandikan muntah Adib hari tu.

Hari Selasa, aku dah apply cuti. Maklum la nak basuh kain....


Pokok Geti Aku Dah Almarhum

Korang tahu ke pokok Geti? Setengah orang panggil pokok turi.. Nama lain aku tak tahu... Tapi rupe pokok geti tu macam ni...




Pokok ni mak mertua aku yang tanam masa aku mula2 beli rumah ni. Kira2 2 tahun lepas (2006). Sekarang dah besar dah. Memandangkan umah aku ni mengadap matahari petang, aku tanam la pokok ni kat 2-3 tempat lagi kat luar pagar rumah aku. Konon nak bagi redup la rumah aku.

Ni la salah satu pokok yang ditanam tu.
Yang ni plak aku tanam betul2 sebelah pintu gate aku....
Memula dulu macam tak berapa nak tumbuh tapi baru2 ni daun dia tumbuh balik. Aku hepi la sebab pokok ni ade gak harapan nak hidup. Sehari lepas aku tangkap gambar ni, ade orang potong rumput kat rumah aku tu. Masa aku balik kerja petang tu aku nampak semak samun kat rumah aku tu dah dimesin. Takku sangka dengan pokok2 yangbaru nak tumbuh ni dimesinnya sekali.... Maka dengan itu tamatlah riwayat pokok getiku itu... Wa!!!!!!!!!!!....

(Hampeh punya orang mesin rumput... Nampaknya kena la aku tanam pokok lain.)

Tuesday, October 14, 2008

Pokok umah aku

Hari tu kan aku ade citer pasal biras aku yang komen pokok yang aku beli & bubuh dalam rumah tu? Kan dia kata "not my taste", so tadi aku sempat la snap gambar pokok tu untuk aku tepek dalam blog ni. Teruk sangat ke taste aku?????


Pokok buluh ni aku buh kat corner nak naik tangga (Ayat yang gantung tu K.Ila yang beri masa aku resign dari KIDR)

Pokok ni aku letak sebelah rak TV

TV umah aku
Bunga ni buh kat meja makan...

Beli Katil Yaya

Sabtu lepas gi jenjalan kat kedai perabot. Hasben ajak gi survey sofa. Memang dah lama plan nak beli sofa baru tapi masih belum ade yang berkenan. Sebelum raya hari tu ade la org hantar flyers kat rumah pasal Kedai Perabot Ulu Yam so aku remind la suami aku suh gi sana. Petang tu aku, hasben, anak2 ngan Cik Besah pegi la kedai tu. Tengok sofa semuanya tak lawa last2 aku tanya set bilik tidur budak warna putih.

Aku dah gi tengok kat Cavenzi Rawang tapi price for katil, side table & closet je dah RM960. Satu lagi kedai kat Batang Kali for complete set - single bed, closet, side table & chest of drawer je dah RM1,600. Masa aku tanya kat Ulu Yam tu agak terkejut jugak sebab aku dapat satu set complete dengan harga RM950 je. FOC mirror lagi. Murah kan??? So, tanpa fikir panjang aku beli je la. Semalam dah sampai dah kat rumah.... Ni la dia bilik anak daraku-YAYA!!!!

Kipas bilik & lampu (View atas)

Katil & Side table... (anak patung tu tak susun elok2 lagi), Cadar lama
Chest of drawer & Cermin yang FOC tu (tak gantung lagi)

Almari.... ade 2 pattern- aku pilih yg ade laci so lagi banyak brg boleh sumbat

Benda gantung2 ni beli kat Jalan Kuala Kangsar, Ipoh - Gambo Mickey Mouse (Yaya ngan Mak Su yg pilih)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...