Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label KKB. Show all posts
Showing posts with label KKB. Show all posts

Tuesday, October 6, 2020

JEJAK WARISAN @ KUALA KUBU BHARU

Semenjak anak sekolah kat Kuala Kubu Bharu (KKB) ni, selalu la kami dok berulang ke sana. Walaupun dekat je dengan Batang Kali, kalau takde sebab musabab memang jarang le ke KKB tu. Tapi sejak asyik menjenguk Adib di hostel, KKB tu dah jadi kampung halaman gitu...hahaha

Rupanya banyak lagi tempat menarik tak discover kat KKB tu. Sekali pergi kita ronda2 la apa yang ada kat sana. Bebaru ni lepas jenguk Adib, kami jalan2 ke pekan KKB. Sebenarnya anak2 nak main kat taman permainan. Lepas puas main aku ajak anak2 jalan2 kat kawasan sekitar. Aku parking kat kawasan taman permainan pastu kami jalan kaki je kat area2 situ..

Sejuk & redup je jalan kat sini
Kat sini hanya ada pejabat2 kerajaan. Disebabkan kami pergi tu hari Ahad, memang lengang je le jalan tu. Nak jalan tengah2 jalan pun apa ada hal... Jalan kat sini cam membukit sikit, so feeling2 hiking pun ada..😅

Kat penghujung jalan ni ada la Menara Jam King George ni

Rupanya menara ni salah satu Tapak Warisan kat KKB ni
Selain tu ada lagi tempat2 lain yang jadi tapak warisan ni


Posing2 jap kat menara jam



Dari atas bukit ni boleh le nampak pekan KKB tu.
Hari Ahad pekan pun tak sesak.. Kalau hari bekerja tu memang agak ramai le orang kat pekan tu.


Next time kita jelajah lagi tempat2 menarik kat KKB ni.




Wednesday, February 5, 2020

HANTAR BAJU PULAK

Semalamnya dah ambik baju kotor abang
hari ni kena pi hantar baju dia la pulak
karang takda baju sekolah nak pakai pulak😆


Rupanya hari Ahad tu kereta tak boleh masuk perkarangan asrama
Kena la parking diluar pagar
pastu jalan kaki masuk pagar
pastu kena annouce nama anak pulak sebab anak2 semua ada kat hostel
Budak2 pulak takleh bawa henfon so cemana nak call kan




Kena la kami jalan kaki sambil menjinjit baju2 yang dah iron  & berhanger
[nasib la tak banyak]


Sementara tunggu abang datang, selfie dulu la sekeping dua ye dak???



Adib masa ni dia kat padang tengah main bola
Tu sebab kena announce nama
kalau tak, diaorang tak tahu diaorang ada tetamu
Itupun kat padang tu kadang dengar kadang idak katanya

Jumpa Adib kejap je hari ni, hantar baju je pun
Takde la nak borak2 sangat sebab semalam dah borak banyak masa outing kan

sebelum balik Batang kali, destinasi wajib singgah 
TAMAN PERMAINAN
Main la kanak2 dengan gembira... 
cuma hari ni ramai la orang sebab dah petang kan


 Nampak tak Amira yang baju hijau tu??
Nak main slide tinggi katanya


Budak ni dalam kesedihan sebab kena main sorang2
Abang takde nak main dengan dia

Si Amira dah habis tour dah taman permainan dah masa ni
Takdan nak ambik gambar dia.
Dia pun dah macam chipsmore, kejap kat sana, kejap kat sini😅







Monday, February 3, 2020

FIRST OUTING

Lepas 3 hari kat asrama, maka hari Sabtu boleh la outing
Tapi waktu outing hanya dari pukul 2 petang hingga 6 petang sahaja
4 jam tu mana sangat la nak peginya kan
Nak2 pulak kat Kuala Kubu tu apa la yang ada ye dak?? 
Shopping mall pun takde
Ada kedai runcit Insaf tu pun mujur la hai.... kot2 nak beli barang2 keperluan
Sekarang ada KFC ok la sikit... Penuh dengan budak2 asrama KKB je la petang Sabtu tu kan..

Ok back to Adib, untuk permulaan ni perjanjiannya aku datang ambik baju kotor setiap Sabtu (waktu outing) dan hari Ahad aku akan hantar baju yang dah basuh & gosok. Awal2 ni arrange gitu la dulu sementara dia nak reti uruskan baju2 dia. Lagipun minggu pertama ni penuh aktiviti orientasi deme, sampai tak sempat nak basuh baju pun. Ada je parents yang bawa diaorang pi basuh baju kat dobi, tapi aku malas la.. bior la aku bawa balik basuh kat rumah. Lagipun nak ulang alik bukan le jauh sangat.. lebih kurang 20-30 minit je. At least ada la aktiviti nak buat dari mereput kat rumah tu..hahahaha

Adib kata dia nak outing. So aku bawa la dia ronda2 pekan Kuala Kubu tu. Dah alang2 keluar tu aku ajak dia pi tempah baju batik. Ada dalam group parents deme hantar baju kat satu tailor kat pekan KKB tu. Dalam seminggu boleh siap katanya. Sebab tempat lain majoriti tailor kata 2 minggu baru siap. Yang kat Batang Kali lagi best, tailor dah tak ambik tempahan baju sebab full sampai raya. Jenuh nak cari tailor. 

Tailor ni pure India mari kot
Boleh cakap english sikit2 je
Kalau lebih2 kena la panggil uncle kedai gunting sebelah kedai tu jadi tukang translate
Tapi sebab aku ni kiranya orang ke-6 yang tempah baju batik kat dia.. so dia tau dah le.. Takde la aku nak kena explain banyak kat dia..


Lepas tempah baju, pi kedai gunting sebelah tu pulak
Adib kata cikgu suruh gunting rambut sebab pesen rambut dia tak ikut peraturan
Ha tu la nak nak pesen2 hipster sangat
Last2 ke kedai keling jugak le kamu...hahahaha


Lepas gunting rambut, singgah kedai runcit Insaf tu. Beli la mana2 keperluan Adib sikit2. Lepas tu dah tak tahu nak lepak mana. Last2 aku bawak lepak taman permainan je la.. Waktu  masih  awal, tak ramai le orang yang main situ.. Sakan la anak2 aku kan..


Adib tengah main dengan adik2
Baru rasa rindu kot kat adik2 dia
Selama ni asyik buat dek je...

Perasan tak baju t-shirt Adib tu beso?
Itu le saiz paling kecik yang ada.. Udah le badan dia kering
Pasni aku cakap, nak jadi atlet kena naikkan muscle la😆




Abis ati la si Jasmin dapat naik buai dengan abang

Dah dekat pukul 5, aku pun hantar le si Adib balik hostel
Dah tak tahu nak gi mana lagi
Last2 kami lepak je la kat hostel dia

Bangunan utama & pejabat asrama SMKKKB
Ok la redup kan... berangin pulak petang2
Syok si Amira & Jasmin main lari2 kat situ


Dah kul 5.30 aku ajak balik la
Esok datang balik sebab nak hantar baju abang pulak.

Mesti ada yang kata manjakan anak & menyusahkan diri sendiri ulang alik ambik baju anak kan, tapi daripada aku stress sebab baju anak asyik hilang, baju terbako kena iron, baju tertukar dsb, bior la aku uruskan dulu... Tak sanggup nak kuar duit lagi beli baju baru. Baju deme bukan murah2 weiiiiiiii... T-shirt sekolah je dah dekat RM30.. Apatah lagi kalau baju batik yang hilang... meroyan mak kau nanti😂😂





Friday, January 31, 2020

ADIB DAH TINGKATAN 1

Tahun 2020 ni Adib dah tingkatan 1
Amira pulak dah darjah 1

Tapi cerita pasal Adib dulu la
Pasal Amira next entry pulak

1/1/2020 tarikh Adib kena daftar ke sekolah baru [dan asrama]
Nasib la buat hari cuti, tak payah le mama minta cuti lagi
Pagi2 lagi dah siap2 untuk ke SMK Kuala Kubu Bharu
Perjalanan dari rumah aku ada la dalam 20-30 minit
Amira & Jasmin aku tak bawa pun.. Suruh Aleeya yang jaga sebab takut urusan sekolah & asrama akan ambik masa yang lama
Pastu aku ajak sorang kawan aku & adik aku tolong temankan aku
[tolong angkut2 barang pun ye jugak😆]

Memula buat pendaftaran sekolah dulu
Kena ada disekolah pukul 8pg so seawal pukul 7.15 dah keluar rumah
Sampai kat sekolah kena daftar nama dulu, pastu duduk ikut kelas yang dah ditetapkan. Adib dapat kelas 1 Digital.

Pendaftaran dibuat di dewan besar
Lepas tu biasa la ada taklimat sikit2 dari Pengetua


SMK Kuala Kubu Bharu ni merupakan sekolah kawalan
So memang selektif sikit la pemilihan murid2nya
Tahun ni Tingkatan 1 ada 5 kelas dari pelbagai aliran - Murid KAA [Kelas Aliran Agama], murid dari PLD [Pusat Latihan Daerah - Adib kat sini lah!], murid2 tajaan Yayasan Selangor & murid2 yang memilih & terpilih untuk ke SMKKKB.

Lepas habis taklimat baru la kena pi bayar yuran la, beli kelengkapan sekolah, lepas tu ambil buku teks pulak. Kelas Adib ni pulak kelas yang last sekali ambik buku teks, so tak dapat semua buku teks masa tu. Adib pun dapat 3 buku je. Kemudian baru cikgu bagi kot yang selebihnya.
Lama juga la nak selesaikan urusan2 tu semua sebab ramai kan
Itupun kena cepat sebab pukul 11pg ada taklimat asrama pulak
Kena rushing ke asrama pulak
Nasib la asrama tu sebelah sekolah je.. tapi still la kena naik kereta kan
takkan nak jalan kaki pulak

Sementara Adib pi ambik buku teks sempat la tangkap gambar ni
Nun ha bangunan asrama yang kuning2 tu.
Seberang padang sekolah je


Settle di sekolah, terus ke asrama. Terus dapat parking depan bangunan asrama lelaki [aspura]. Harap2 Adib punya bilik kat bangunan tu la.. senang nak angkut barang nanti😆. Lepas tu kena pi dewan pulak untuk taklimat asrama.


Ni la asramanya...

Cikgu tengah bagi taklimat

Sempat pulak kawan aku candid gambar ni
Tah apa aku cakap kat Adib pun aku tak ingat dah😅😅


Lepas habis taklimat, baru la kena serah borang asrama kemudian baru dapat tahu dapat bilik mana, pastu kena pi beli la kelengkapan2 asrama pulak - cadar, baju batik, t-shirt bla..bla..bla...

Tu dia..... harga kemain kannn


Masa kat koop tu, aku nampak baju batik asrama tu ada yang dah ready made. Aku tanya la budak kaunter tu, baju batik tu ready made ke kena tempah sebab dalam list kata bagi kain je.
Budak tu kata ada yang ready made. Tapi masa tu saiz S & M dah habis. So kena la tempah sendiri... Alamak saiz Adib takde la pulak kan... Udah satu keje pulak nak kena pi tempah baju....[duit lagi kannn]


Lepastu kan aku tanya la bila nak kena pakai baju batik tu? 
Budak koop tu kata hari Khamis & kalau ada majlis rasmi
Aku cek balik dalam buku panduan.. Haah la hari Khamis
Pastu aku tanya pakai pegi sekolah ke?
Budak tu kata ye.

Jumaat pulak kena pakai sepasang baju melayu putih. Yang ni memang aku tak beli la sebab kan takde list.. Nampaknya kena pi beli la nanti.


Pastu aku cakap la kiranya budak2 ni pakai baju sekolah 2 hari je le seminggu ke?
Budak koop tu kata, kalau ada PJ, diaorang pakai T-shirt sekolah..
Ate??? Seminggu sekali je la pakai baju sekolah gamaknya ye
Beria aku spare 3 pasang tau..hahahahah

Aku assume gini la:
Isnin - Baju sekolah
Selasa - Baju PJ (budak tu kata selalu PJ hari Selasa & Khamis)
Rabu - Baju koko
Khamis- Baju Batik
Jumaat - Baju Melayu Putih


Lepas tu berangkut la kami ke asrama pulak
Adib dapat dorm kat Bangunan Tun Mahathir
Dia dapat bilik 1. Dalam tu muat dalam 12-16  orang gak le. Katil double decker.
Yang lagi best untuk si Adib, geng2 PLD dia semua satu dorm
Senang la deme kan...
Ingatkan masa pemilihan PLD hari tu semua 25 orang masuk SMKKKB rupanya 8 orang je yang daftar diri. Tah cemana deme nak main bola tah le... Ada next selection pulak kot nanti.

Mama tolong le kemas2 apa yang patut
Haish.. cemana gaya le anak aku duduk asrama ni kan


Nasib dapat loker beso....
Banyak space lagi boleh bubuh barang
Nampak tak bakul2 tu sedang elok je duduk dalam tu

Sampai pukul 2 petang mengisahkan Adib di asrama.
Lepas tu kata cikgu, boleh la keluar pi makan ke apa 
cuma budak2 kena ada di asrama pukul 6 petang.

Bawa Adib pi makan, dah alang2 dekat dah nak balik aku ajak balik rumah dulu
Sempat la singgah kedai pi beli Baju Melayu putih tu
Tapi aku tertinggal pulak kain baju batik si Adib kat dorm, kalau idak boleh pi tempah baju batik sekali

Lepas Asar, aku hantar Adib balik hostel
Feeling tah cemana rasa tah nak melepaskan anak jauh dari mata
Tapi sebab dekat je, kira tabahkan hati je la
Tetiap minggu boleh pi jenguk kan
Lagipun 2 minggu sekali boleh balik bermalam di rumah.

Ada improvement sikit kat loker Adib
Aku bawa "observator" dr IKEA tu 
Boleh la dia letak tuala/cadar dalam tu



View dari dorm Adib
Perasan tak ada pelangi di situ????



Belakang tu la bangunan hostel Adib
Semua budak baru ditempatkan di sini 
Tapi ada gak yang ditempatkan dengan senior2
Semoga Adib baik2 saja duduk di asrama
Semoga lebih fokus & berjati diri duduk dengan kawan2
Jaga diri, jangan sampai kena buli @ membuli org lain😆😆😆





Thursday, January 30, 2020

PERSEDIAAN KE ASRAMA

Ni merupakan pengalaman pertama hantar anak masuk asrama
walaupun bukan asrama penuh, just asrama harian je
Tapi dia punya preparation tu tak kalah dengan orang yang masuk asrama penuh..
Tapi disebabkan aku sendiri ada pengalaman duduk asrama so boleh la atur & imejin cemana life kat asrama tu kan.

Yang jadi cabaran ialah bila takde listing barang2 keperluan yang perlu dibawa
Masa dapat offer letter takde pun disertakan list2 tu semua
Berapa baju nak bawa, baju apa perlu bawa
Pastu loker pun tak tahu besor mana, kalau kecik cemana nak adjust..huhuhu
Aku ni main agak2 je la.. 
Takpe la, mujur dekat je dengan rumah, kalau tertinggal pun sempat la nak hantar kan..

Memandangkan Adib ni lelaki, so rasanya barang2 tak banyak sangat kot cam orang pompuan
aku dah siap2 susun dalam bakul & gantung kat hanger baju2 dia
Nanti sampai sana je sumbat je dalam loker
Takpe bawa yang penting2 dulu... tak cukup nanti beli kemudian


Pakaian2 asas....
Tilam takde la beli dengan harapan tilam disediakan..hehehe
Masa aku asrama dulu, tilam kena beli sendiri tau
Beli je kat koop masa tu
Bantal tu just bawa kot2 la bantal hostel tak best😆


Baju2 t-shirt & baju2 sekolah dah gantung kat hanger siap2
Takdenya sumbat dalam beg lawa2
Aku angkut gitu je.. malas aku nak lipat2 aihhhh
[harap2 ada la ruangan untuk hanger baju dalam loker tu😅]

Beg paling lawa pun beg IKEA biru tu je 😅
Bawah baju2 tu ada baldi & perkakas2 mandi dia
Stok makanan & minuman utk kudap2 pun ada bawah tu jugak.
Pastu bakul2 extra utk isi  & susun brg2 dia dalam loker nanti
[Bakul beli kat kedai 2 rengget je pun...]
Ha... sempoi tak anak aku masuk asrama???hahahahaha

Next entry baru aku tunjuk loker dia cemana..







Wednesday, January 29, 2020

EMPANGAN KUALA KUBU

Sebelum Adib daftar sekolah hari tu sempat la pi settle dulu apa yang patut 
Kebetulan minggu tu bos aku bagi cuti tu yang boleh buat urusan rasmi
[cewah... rasmi la sangat.. urusan bank je pun😆]

Lepas settle semua, saja la lajak2 berjalan sampai ke empangan Kuala Kubu
Empangan ni mesti korang akan lalu kalau nak ke Bukit Fraser
Saja la pegi situ sebab orang kata tempat ni lawa
Kebetulan hari pun elok je panas kan... cuaca terang gitu
Sampai2 sana, takde orang pun.. cuma pekerja situ je kot
Aku pun park kereta pastu jalan2 kat kawasan sekitar je
Kami pegi 3 beranak je.. Adib & aleeya tak folo pun.

Ni kat entrance


Ekceli takde la apa yang best pun kat sini
Cuma pemandangannya lawa je
Ada je wakaf kat sini tapi just untuk duduk2
takleh le nak piknik2 kat situ [ada tampal kat wakaf tu]
Maybe sebab taknak kawasan situ kotor kot

Cantikkan pemandangan kat situ?







Yang bestnya lagi kat sini, angin kuat
Cam duduk tepi laut
Cuma teduh sebab ada pokok2

Budak2 ni suka la main2 kat situ sebab redup

Syok juga dok sini sekali sekala 
Tapi kalau hujung minggu tak sure la ramai orang ke idak