Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Cukai. Show all posts
Showing posts with label Cukai. Show all posts

Tuesday, April 11, 2017

E-FILING 2016

Tah apa ke halnya tahun ni borang EA tak dapat lagi sampai sekarang
Selalu tu lepas dapat borang EA memang terus buat e-filing
Selalunya hujung Januari @ awal Februari HR department dah bagi EA form
Tahun ni dah masuk bulan April still tak dapat2 lagi

Bukannya tak tanya
tapi katanya ada kena buat amendment
Apa yang nak kena amend aku pun  tak tahu
Mentang2 bos belum 'berbunyi"so senyap gitu je
Cuba kalau bos bunyi pagi ni
immediately terus semua dapat EA form... haishhh!

Abaikan la bab EA form tu... janji e-filing kita submit sebelum tamat tempoh
Inipun nasib baik teringat... 
Memandangkan  tahun lepas [dan tahun2 sebelumnya]
takde peningkatan gaji waima sekupang
so kita base ajelah dari jumlah pendapatan tahun lepas
cuma status aku je la sudah tukar.... 😔



Alhamdulillah.... line internet semua ok
semuanya berjalan lancar
Telah selamat submit e-filingku...


Thursday, January 28, 2016

PELEPASAN CUKAI 2015 YANG WAJIB TAHU

Tak lama lagi dah nak masuk tax season kan
Bulan Mac-April nanti mula la sibuk semua nak submit borang cukai
Sapa yang tak dapat borang EA/EC dari majikan silalah berbuat demikian sebelum bulan 3 nanti

Setakat ni opis aku pun belum keluarkan lagi borang EA
Selalunya tengah bulan 2 @ awal bulan 3 nanti baru HR department kasi

Sebagai pembayar cukai, kenalah WAJIB tahu la kan apa pelepasan2 yang korang layak dapat
Sini aku share pelepasan2 cukai untuk  tahun taksiran 2015 yang bakal kita isi nanti







-Sumber dari fb : Nasihat Kewangan-



Harap2 dapat membantu uols masa nak isi borang BE nanti...

Wednesday, April 15, 2015

E-FILING 2014

Aku totally terlupa pasal E-Filing ni
Walopun aku tak bayar cukai
[sebab semua amaun cukai tu aku tolak bayar ke Zakat]
Tapi kena la declare juga kan

Nak2 pulak borang EA dapat lambat pulak tahun ni
Orang lain awal2 dah isi, aku takleh nak isi lagi sebab takde borang EA
Siap ada kengkawan aku dah dapat pun refund cukai diaorang

Nasib baik pagi2 ni dah bukak blog
Terus2 nampak iklan pasal E-Filing
Tu dia....iklan dah keluar



Bagus juga tampal iklan Nuffnang ni kat blog
Selain nak advertise, sebagai reminder untuk diri sendiri juga
Ok... dan2 terus  isi e-filing.... dah settle dah pun



Korang dah buat e-filing ke?
Kalau belum klik je kat link ni ---> ezHASiL

Thursday, March 6, 2014

E-FILING 2013 - DONE!

Bulan Mac sampai April tiap2 tahun adalah tax season ye kengkawan
Income tax kome jangan lupa declare ye...hahahah

Start 1 Mac hari tu e-filing untuk tahun taksiran 2013 sudah dibuka
Ate kome dah submit ke belum???
Aku baru je submit hari ni sebab semalam baru dapat EA form

Bila dah dapat EA form ni baru la boleh isi maklumat dalam e-filing tu
Aku buat awal2 sebab senang
Line internet pun clear, smooth & laju je...


Alhamdulillah. dah selamat hantar pun...

Korang dah buat e-filing ke belum??

Tuesday, April 2, 2013

YEY DAH DAPAT... THANK YOU LHDN!

Masa awal Mac hari tu kan aku ada citer aku dah submit e-filing
Tak sangka pulak dah dapat balik bayaran cukai terlebih bayar tu secepat ini
[tak sampai 3 minggu pun]
Masa aku balik dari hospital lepas bersalin haritu
Tetiba aku dapat surat makluman yang duit tu dah dikreditkan ke akaun aku

Aku pun cek la akaun kan...
Ha'ah la.. dah dapat dah duit tu.... yahu...
[lepas la nak buat bayo road tax & insurans kereta aku..]
Syabas LHDN.. memang cekap & pantas! Ai like!!!!

Korang dah dapat ke??

Friday, March 1, 2013

TAX SEASON KEMBALI LAGI

Musim cukai kembali lagi.....
dalam dok sebok2 nak menghadapi PRU-13 jangan lupa pulak pasak cukai pendapatan @ income tax
Dulu waktu aku tak kena cukai, tak heran pun pasal benda2 ni
Tapi sebab la ni dah kena cukai, kena la buat awal2 sebelum terlambat
Lagipun nak settlekan semua sebelum beranak....
Sementara boleh gunakan UNIFI yang laju kat opis ni, better la selesaikan cepat
Kalau harap line internet kat rumah asyik hazabedah je...dok ulu la katakan

La ni kan ke zaman teknologi... makanya kena la guna e-filing
E-filing ni aku dah daftar dari tahun lepas lagi
Cek kat website LHDN haritu katanya sistem e-filing untuk tahun ni akan dibuka mulai hari ini [1/3/2013]


Lagipun sure korang semua dah dapat borang EC/EA kan...
Orang Swasta dapat la borang EA, orang gomen dapat borang EC
Aku punya pun baru dapat minggu lepas...
Just nice la untuk fill up dalam sistem e-filing nanti

Tadi try bukak, alhamdulilllah sistem laju je.. takde hang pun
Terus isi & submit...


Mintak2 cepat la dapat bayaran balik lebihan cukai tu...
Lepas la aku nak buat bayo renew roadtax & insuran Wira aku tu..


Korang yang tak buat lagi, cepat2 la bayo income tax tau
Tarikh akhir ialah 30/04/2013...