Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label masak masak. Show all posts
Showing posts with label masak masak. Show all posts

Monday, September 28, 2020

KOREAN GARLIC CHEESE BREAD

Sekarang tetiba lak viral roti cheese korea ni
Nak2 pulak ada cara yang lagi senang pakai roti burger je
Resepinya pun takde la complicated sangat 

Kebetulan kat rumah memang ada stok roti burger
Cream cheese pun ada stok lagi
Beli cream cheese tu pun asalnya konon nak buat kek batik indulgence
tapi sampai sudah tak buat😆 
So kita guna je la cream cheese tu untuk buat makanan viral ni

Aku ni tak pernah makan pun roti ni
Tah cemana rasanya pun tak tahu
Harap2 menepati la citarasa tekak anak beranak
Kalau tak membazir cream cheese aku

Ni la hasilnya roti viral tu
Ok la kot sebab kali pertama
Cream cheese aku tu agak cair jadinya tu sebab tak cantik kejadian cheese tu kat roti
Bila letak lebih2 dia meleleh pulak ke tepi
Ditambah lagi dengan skil aku nak piping cheese tu memang kelaut


Budak ni memang tak sabar2 la nak makan
Amira & Jasmin bukan lagi kagum dengan mama diaorang
Hebatnya mama.... pandainya mama..
Korang ingat mama korang rajin nak buat roti tu???? Hahahaha
Nasib la roti beger berlambak jual kat kedai

Adik aku pulak kata kurang rasa garlic 
Ermmm.. nanti akan diimprove lagi
Tah bila la nak rajin buat lagi tu

So far Alhamdulilah rasanya boleh diterima tekak
Tapi takleh gak makan banyak2... muak juga sebab cheese2 tu kan
dalam muak2 tu 3 ketui jugak aku makan...hahahaha







Monday, June 29, 2020

GARA2 PKP.... INI SEMUA 1ST TIME

Sepanjang PKP aktiviti masak2 la yang utama kan
Udah payah nak membeli, kena la kita buat sendiri ye dak??
Dalam2 tak reti masak tu
menggigih2 juga masak makanan yang selama ni langsung aku  tak pernah masak
Tak percaya dengan kemampuan diri sendiri..cewah!!

Ni lah antara juadah2 yang 1st time aku buat selama hayat aku ni
Banyaknya kuih muih la.. Tang lauk2 aku tak berapa gemor masak sebab selalu masak tak sedap 😆. Tang kuih ni senang sikit sebab ikut je resepi.. Petuanya jangan derhaka.. itu je..

Cinnamon Roll


Kuih Kaswi

Abok-abok (patutnya bungkus dengan daun pisang tapi nan hado, so aku guna je la acuan kuih puteri ayu ni.. Asal ko jadi udah le.. Ni pun tak jadi sangat sebenonya sebab ada lagi butir2 sagu yang tak kembang😅

Kuih Puteri Ayu

Lepat liat 

Cara berlauk... 

Kuih Lopes

Bingka Ubi Kayu

Tepung Talam

Yang last ni mesti korang tak sangka aku 1st time buat kan... Ye betul.... Selama ni aku tak pernah buat laksa... Selalu tu tolong2 mak aku je... Kali ni 100% masak sendiri... Alhamdulillah le menjadi juga..




Tuesday, March 3, 2020

ODEN TOMYAM ASAM PEDAS

Dulu kan viral jap oden yang simple2 ni
tapi masa tu takde rasa pulak nak cuba buat
ni pun tetiba je rasa nak buat
[sebabnya malas masak...hahahaha]

Tengok bahan2 pun senang
ajom le kita buat oden ni
tapi make sure la bahan2nya ada
[gigih pi beli bahan2 steamboat kat econsave tu tau]

Bahan2 yang aku guna:

1 peket pes tomyam Adabi
1 peket pes asam pedas Adabi
Tauhu goreng
Maggi kering cap Econsave tu (sebab murah)
Fishball,Crabstick -beli yang campur2 je
Cendawan enoki
Gula sikit (dalam 1 sudu makan)
Air untuk merebus - agak2 le... kalau suka kuah pekat buh sikit je le air😊



Cara masak yakmat senang
Rebus je guna periuk nasi ni
Masuk air + pes tomyam+ pes asam pedas + gula
Masak sampai air mendidih pastu masukkan je segala makneka yang ko dah beli tadi


Tu dia.... dah siap
Kejap beno buatnya pun
Sambil2 basuh pingan dah siap

Bon appetite uolssss!
Sekian lunch korea kitaorang😆








Saturday, February 29, 2020

BURNT CHESE CAKE SIMPLE GUNA AIR FRYER JE!

Sekarang ni kan tengah viral & trending orang dok buat kek cheese rentung ni
Mudah sangat kata diaorang
so aku pun cuba juga lah buat
itupun cari resepi yang paling senang

Memula cari bahan2 dulu
Yang lain2 semua dah ada kat rumah, cuma cream cheese & whipping cream je takde, so kena pi beli jap kat Econsave
So inilah bahan2nya:
6 bahan saja ye..


Cuma nak buat kek ni bahan yang mahal 
cuma cream cheese & whipping cream tu je..hahahaha
Kos bahan mentah je dah dekat 20 hengget😆
Patut le orang jual mahal kek ni kan walopun cinonit je saiznya

Cara nak masaknya pun senang je.. 
Campak je semua tu dalam blender
Sebab aku malas nak keluarkan mixer
Blender sampai kembang & sebati ye


Pastu terus masuk loyang & bako je dalam air fryer korang tu
Senang kan???

Tada.... dah siap
kalau nak rentungkan lagi lapisan atas tu, tambah le masa bako

Untuk adunan kat atas tu aku dapat buat 3 loyang - 2 loyang saiz 4inci & 1 loyang saiz 6 inci
Aku tak buat tinggi2 untuk satu loyang.. buat separuh loyang je.. Kang tebal2 tak terhabis pulak nak makan



Yang ni la yang Amira makan
Ni guna piring cawan je



Ni keratan rentas kek tu
Nampak sedap kan
Makan panas2
Sejuk2 pun sedap gak
Rasanya lemak2 cheese pastu ada rasa ala2 custard gittu


Amira tengah menikmati kek
Sedap katanya
Sebiji kecik tu habis kat dia sorang


Kek ni lagi rentung lagi sedap kan
Tapi jangan le rentung sangat kang pahit pulak😅


Oh ye resepinya ye
kot2 korang nak buat kan:

Bahan2:
♣ 250g cream cheese
♣200 ml whipping cream (1 kotak kecil tu)
♣3 biji telur
♣3 sudu makan tepung gandum
♣½ cawan gula
♣1 sudu teh esen vanilla

Blender je semua bahan di atas sampai kembang & sebati
Bakar dalam AF suhu 160 selama 20-30 minit
Nak rentung lagi tambah le masa tu 5-10 minit lagi.
SIAPPPPP





Wednesday, May 29, 2019

MUFFIN AIR FRYER

Haritu ada lalu lalang kat fb resepi untuk buat muffin pisang guna air fryer (AF). 10 minit je katanya. Macam senang je kan... Lagipun teringat pulak Cik Besah ada bagi pisang hari sebelum tu.

Sementara nak tunggu buka puasa (masa tu dah pukul 7 mlm), so aku pun membancuh le adunan nak buat muffin tu. Nanti kat bawah aku tepek resepi.
Bancuh pun pakai blender je.. Tak payah nak bermixer2 bagai. Aku kan suka resepi yang simple2 ni.. 

Lagipun bahan2 semua ada kat rumah, so laju je la membuatnya. Memandangkan aku takde muffin cup yang keras tu, so aku bantai la guna cup yang selalu orang buat cupcake tu. Memula aku guna yang beso sikit. So muat la dalam 7 biji sekali masuk AF tu. Tapikan, bila dah siap kejadian dia tak cantik sangat.. Herot perot... Lepas tu aku tukar guna cup yang kecik sikit.. Ha... muat la 14 cup dalam tu sekali jalan. Baru la hasilnya comel sikit.


Ni la version guna cup yang besar tu.. 
Hodoh beno rupanya ye...
Lantak le janji sodappppp



Yang ni version guna cup kecik
Baru la comel & tak segan nak bagi kat mak mertua kan...huhuhu


So batch pertama (yang beso2 tu aku buat 2 batch)- 1 batch sebelum masuk waktu berbuka, 2nd batch tu siap masa berbuka. So dapat la 14 biji.  Syok la kami berbuka makan muffin panas2. Batch 3 & 4 (guna cup kecik2 tu) aku sambung buat lepas solat maghrib. Berebut2 anak2 aku makan. Yang kecik2 tu dapat la 25 biji kot.  So banyak juga la kan muffin untuk 1 adunan yang aku bancuh tu.


Ni ha resepi kalau korang pulak nak cuba buat:



p/s: Berbaloi2 ada air fryer ni tau...




Monday, August 21, 2017

BILA MAMA TERLEBIH RAJIN

Mood rajin ni tetiba menyinggah pulak hari Sabtu hari tu
Tah kenapa tetiba teringin nak makan kek
Menggigih la google kek2 yang simple
Google punya google, teringin la pulak nak makan kek lumut
Tengok bahan2 pun ada kat rumah

Sambil google pasal kek, jumpa pulak cara buat aiskrim oreo
Again bahan2nya mudah & ada je kat rumah
Kebetulan hari tu nak pergi Econsave
So beli la bahan2 yang tak cukup lagi 

[Butter & biskut oreo je tak de..hahahaha]

Maka terhasillah juga dua benda yang plan nak  buat tu

Kek Lumut

Kek lumut terlebih sweet
Sebabnya aku derhaka resepi
Ada bahan aku terbubuh lebih...tu yang terlebih manis jadinya
Pada aku agak manis la... tapi anak aku kata ok
Lenkali folo je resepi tu... jangan nak derhaka sangat

Kek tu kukus tau.. 2 jam aku kukus
Kalau ikut resepi dekat 3 jam
Risau pulak aku dapur aku pecah sebab dapur aku tu yang jenis kaca tu
Kang pecah tak memasal kena beli baru😅



Aiskrim Oreo


Aiskrim ni guna 4 bahan je.. 
Senang ya amat
Abaikan yang lubang2 tu sebab anak2 aku tangan tak reti duduk diam
Dicucuk2nya eskrem tu nak tengok dah keras ke idak

Ni bila mood rajin singgah tu yang jadi cenggini
Cuba kalau malas... memang krik..krik je la dapur aku tu.





Thursday, January 28, 2016

RESEPI SIZZLING MEE YANG SEDAP & MUDAH [DAN TANPA HOT PLATE]

Rajin beno aku masak sekarang
hahaahaha [puji diri sendiri]
Mana yang teringin tu, kena la masak sendiri kan
dalam dok gawat2 ni kan... selagi boleh masak sendiri, kita masak la
time malas, kita beli je kat kedai...sonangbaitu!

Haritu teringin nak makan sizzling mee
kebetulan pulak resepi dok lalu lalang kat fb
tengok bahannya & cara masaknya senang je
so jom kita cuba
sapa nak try dipersilakan sangat..

Bahan2nya [cukup untuk sepeket yee mee tu]:

  • 6 ketul ayam , potong kecil2
  • 8 ulas bawang putih [hiris nipis]
  • Halia - potong nipis dalam 5 keping & tumbuk sikit
  • 8 cili kering [potong 3]

  • 10 dry mushroom [aku takde so tak letak]
  • 1 peket yee mee [satu peket ada 5 keping]
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 6 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil minyak bijan [takde - so aku tak letak]
  • 4 sudu besar tepung jagung -larutkan dalam sedikit air
  • 2 kiub ayam
  • Sawi
  • Telur
  • Air [4 mug]
  • Cili api [optional]
  • Minyak masak [dalam 4 sudu besar]



Cara masak:

Masa tumis ni api jangan besar sangat
kang hangit lak bawang tu




Ayam tu biar goreng sampai kecut dulu tau


Bila dah masukkan air, besarkan api tau..


Kicap tu semua  termasuk sos tiram le tau
Kang ada lak yang tanya masa bila bubuh sos tiram tu..hehehehe




Korang boleh la ejas rasa kuah tu lepas tutup api
Kalau terkurang masin, tambah le garam
kalau kurang manis tambah le gula
Tapi kalau ikut tekak aku tak payah dah nak tambah garam gula tu.

Ok now dah setel bab kuah
Ehhhh belum complete lagi
Sebab step seterusnya takde gambar so kena la story secara bertulis

Memandangkan aku takde hot plate
so aku kena guna kuali nipis yang non stick tu
Andaikan je la kuali tu la hot plate korang
Dalam kuali tu, korang masukkan mee
pastu curahkan le kuah & isi2 ayam tu sekadarnya
kemudian pecahkan telur.... biar sampai gelegak &telur dah hampir masak
baru masukkan sawi 
dah ala2 layu sikit sawi tu boleh la bubuh dalam mangkuk
Nak salin dalam mangkuk ni korang kena ada skill tersendiri la
Kang telur tu terpecah @ terkebawah mee pulak
udah tak presentable sizzling mee korang tu...

Ni la rupa sizzling mee aku yang rupawan
Ha, nak kasi pedas sikit, boleh la tambah hirisan cili api kat atas tu
Perghhhhh.. memang mabelessss
Makan pulak time panas2 tau... dah sejuk tak sedap 


Ok dah siap dah
Senang je kan.....
pasni masak sendiri baru puas hati
nak kuah banyak ke, nak sayur banyak ke ko punya suka la no...

Jemput makan...


Wednesday, January 27, 2016

MASAK IKUT RESEPI VS CAMPAK²

Korangkan kalau masak selalu folo resepi @ main campak2 je
Aku ni kalau first time masak sesuatu masakan tu
aku akan folo resepi dulu [walaupun tak 100%]
konon2 nak kurangkan kebarangkalian tak menjadi 

Bila dah terer sikit, mula la nak ejas ikut suka tekak aku je
pastu sesuka hati je skip2 bahan yang tak nak guna
takpun main campak2 je guna bahan apa yang ada je kat rumah tu
contohnya kalau takat nak guna serai sebatang, kat rumah lak takde serai
aku skip je le serai tu....hahahaha.. asal boleh je la kannnn

[pic kredit tu fb Cik 3zzah]


Selalu gak jadi cam dalam kartun tu
bila ikut resepi cam tah apa2 rasa dia
bila main campak2 tu elok lak rasanya
tapi masalah bila main campak2 tu, memang tak ingat le sukatannnya
tu yang masak kali pertama rasa lain
masak kali kedua rasa lain
masak kali ketiga lagilah lain
tak konsisten sungguh!
Tapi asalkan boleh telan ok la tu kan...

Monday, January 18, 2016

BERANIKAN DIRI MASAK NASI BRIYANI

Tak pernah hayat aku masak Nasi Briyani tau
Suka makan je, masak tak reti..hahahah
Sekali beli pun sure tak lari RM8-RM10 sepinggan kan
So hasben  suruh aku masak...hahahaha
Gigih aku mengoogle resepi [nak cari yang paling simple & sedap gitu]
Ate, kalau yang pelik2 tu banyak benar bahannya2...
Tak kuasa la....

Hasilnya setelah berhempas pulak 2 jam di dapur...
Jeng..jeng,...jeng..
Idak le malampau pun lauk2  pauk aku tu
Takat ayam masak merah,  dalca, jelatah & papadom je
[Abaikan kuah ayam tu macam nak melimpah sebab aku malas dah nak salin mangkuk lain..]

Aku pakai rempah briyani Adabi je
Resepi pun aku folo yang kat paket tu je
Mana bahan takde aku skip je...
Ada bahan aku ganti dengan benda lain
Cam dalam resepi guna minyak sapi, aku pakai butter je
Pastu rempah 4 -5 sekawan tu, aku pakai yang dalam peket bunjut sup tulang Adabi tu je
Gajus tak bubuh, aku bubuh kismis je
Daun pudina takde, aku letak daun ketumbar je..
Ada yang suruh letak susu cair, takat nak pakai satu cawan, malas la aku nak tebuk tin...so tak bubuh la... boleh gitu???hahahaha
ha.. gitu la kekdahnya...

Dalca pun first time buat, resepi ikut syok sendiri je
Guna kacang dhal, kentang ngan carrot je
Cara masak pulak, aku buat cam nak masak kari
Cuma aku kurangkan rempah kari, kang dalca jadi kari lak...

Ayam masak merah pun, buat yang biasa2 buat tu je.. takde spesel pun
Jelatah pun main campak2 nenas, timun, bawang & cili pastu tabur garam+gula...
Papadom tu goreng je la cam biasa..


Tayang lagi sekali, hasil usaha aku yang berani...
Walopun idak le sesedap yang kat kedai,tapi agak berpuas hati la dengan hasilnya
First time le katakan....
Yang penting suami kata PASSSSSS


Tuesday, April 14, 2015

STOK AYAM HOMEMADE

First time nak buat stok ayam sendiri
Alah... terrrrrajin ni pun sebab nak prepare makanan untuk Jasmin
Kalau idak, aku main campak kiub ayam Knorr tu je

Kenkonon nak prepare healthy food untuk baby
Cewah.. selama ni aku tak rajin pun buat mende ni
Dah anak ke-4 baru roh rajin datang...acaner???

Tengok resepi macam2 kekdah nak buat stok ayam
Aku buat yang paling simple & menggunakan apa2 yang ada dalam esbok aku je
Lagipun aku nak menghabiskan balance2 ayam dalam peti ais tu
Simpan lama2 pun bukannya sedap nanti kan

Ok, ada satu tapawe aiskrim ayam dalam freezer
Pastu ada balance2 sayur yang tah bila2 nak makan lagi
So kita campak masuk periuk
Aku buat ala2 masak sup ayam je
Kupas sebiji2 bawang merah, bawang putih, halia [masuk seketul2 tau]
Pastu masukkan sayur2 yang ada - carrot, kentang, celery, daun bawang
Rebus semua, bila dah mendidih, masukkan ayam
Pastu reneh la lelama kasi jus2 ayam semua kuar
Takyah letak garam ye... biar je rasa tawor habior tu
SIAP!!!


Stok ayam tengah direnehkan..

Pastu sejukkan kejap
Bila dah sejuk, tapiskan & simpan dalam bekas kecik2 camni
Pastu simpan dalam freezer
Nanti nak guna senang...


Ayam tu pulak, lepas rebus, aku keluarkan & perap dengan sos tiram & kicap
Buat ala2 cam nak buat ayam untuk nasi ayam tu
Pastu goreng... hidang buat untuk makan tengahhari...


Tuesday, January 13, 2015

OH MY RAINBOW CAKE

Rainbow sangat.....
Sebab kalerful bebeno warnanya
Padahal kek minyak jerrrrrrrrrrrr

Fes time nak buat kononnya
Tengok bahan2 semua ada kat rumah kan
So marilah kita mengekek bersama anak2

Sebelum ni pernah buat kek coklat
Tapi tak berapa jadi sebab hangit.. huhuhuhu
So kali ni try kek minyak pulak
Sebelum ni kek coklat tu aku bako guna oven
Kek minyak ni aku try kukus pulak

Sebab aku ni tak terer buat kek
So aku folo resepi sebijik2 tau
So kalau tak jadi kek aku, boleh le aku salahkan resepi tu
Hahahaha
Setelah membancuh bahan2, masukkan dalam bekas pastu kukus
Ini la rupanya kek renbo aku tuh
Kalerful tak????
Abaikan rupa corak yang tah hapa2 tu
Aku ni memang tangan tak berseni sikit
Gambo kecik tu keratan rentas kek bila dah dipotong
Anak2 aku pulak ta dan tunggu sejuk dah nak makan kek tu

Walopun rupa kek ni cam tak mengghairahkan
Tapi seriously kek ni SEDAPPPPPPP 
Gebu je tau.... & tak berapa manis
Sesuai dengan tekak aku ni
Pehni time raya boleh la aku tayang kek ni [angan2 dah]

Resepi???
Aku ambik resepi paling sempoi je
Sebab aku ni suka yang senang2 je
Nak2 pulak orang yang kurang tahap kesabaran cam aku
[Benci nak tunggu lama2 & banyak prosesnya]

Aku folo resepi ni jer...

Ok uolsss mana tak try resepi ni, boleh try nanti
Senang beno...
[Takde mixer pun takpe.... guna je blender]

SELAMAT MENCUBA...