Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Gadjet. Show all posts
Showing posts with label Gadjet. Show all posts

Tuesday, February 2, 2021

WELCOME VIVO Y20

Aku ni penguna setia Hotlink. Asalnya dulu pakai Hotlink prepaid je pastu upgrade le ke plan postpaid. Pastu kan sekarang promotion telefon seringgit untuk pengguna maxis tu kan. So dengan sengaja pi tanya kat kedai Maxis tu aku layak ke idak untuk telepon tu.

Asalnya nak tanya2 je... Last2 terjebak juga la kita ni.. Dah tu pulak telefon yang harga seringgit tu semua dah habis. Tinggal le yang RM99 tu je.. Itupun tinggal brand Vivo ni je.. Yang Huawei & Oppo dah habis. Dah kebetulan duit tengah ada dalam wallet, ha mula la kan.. on terus.. Hahaha.. Pantang le ada duit dalam wallet tu.



Tak tau la nak expect apa dari Vivo ni. First time guna brand ni.  Tapi memula pakai tu mula la ada yang tak berkenan itu, tak berkenan ini.. Tak sama dengan telefon yang aku pakai sebelum ni. Oh ye, telefon lama aku yang Redmi 4A tu aku bagi Adib pakai. Senang dia nak buat untuk sekolah nanti. Sekarang dia dok pakai Samsung J2 Prime yang tersangat slow & kecik spacenya. Kesian dia takleh nak install apps & letak banyak gambar/video. Kejenya asyik delete je la sebab storage tak cukup.

Dah dekat sebulan pakai Vivo ni, ermmmm ok la... Cemana pun terpaksa suka juga la kan..hahaha.. Yang penting storage & RAM beso.. Maklum le zaman sekarang ni segala makneka apps nak kena install. Camera pun nak kena cun juga.. kalau idak bila nak buat IC identification & scan qr code pun jenuh.. Tak detect2 sampai sudah. Bercakap dari pengalaman niiiiii ---> gara2 ni rugi aku takleh nak claim RM50 e-wallet yang PENJANA haritu.. Stuck masa buat identification muka tu.. Nyampah! Tu belum kisah scan mysejahtera yang lembab nak mamp tu... Sampai sudah takleh detect so aku pakat tulis buku je la.. takde maknanya nak scan2 bagai tu.

Eh.. tapi bila henpon dah canggih sekarang... aci scan je la aku kan.. Even nak beli barang pun guna qr pay... Dasar sangat kan...Ate sekarang, bior takde cash, janji telefon ada di tangan...Zaman cashless kan sekarang... Aku nunggu juga kot2 makcik goreng pisang tepi jalan tu pakai  cashless, idak le jenuh aku ngorek wallet cari cash..😅😅..

Tapi bahaya jugak cashless ni kan... tak nampak balance duit yang ada.. kang syok2 scan sana sini, swipe debit card sana sini, tau2 tetiba reject sebab insufficient fund pulak.. naya je..

Ha satu lagi kekurangan Vivo Y20 compared dengan Redmi 4A aku dulu tu ialah vivo ni takde IR Blaster.. Maknanya takleh le aku nak control remote tv & aircond macam dulu... Kat opis ni remote aircond asyik kongsi je.. Ha senang aku adjust aircond dari henfon aku je ..(mementang aircond atas kepala aku je). Pastu kat rumah pulak remote tv asyik ke mana2 la dicampak dek anak2, senang2 aku tekan je dari henfon aku (remote tv boleh, astro pun boleh).  La ni aku dah hilang upaya la buat tu semua... Tetiba rasa henfon kurang canggih lak! Takpe2... sabar..sabar...  Dia kurang tang tu, dia lebih tang ni... Terima seadanya ye dak???








Wednesday, August 9, 2017

TUKAR GETAH BLENDER

Aku ada satu blender ala2 magic bullet tu
Lama dah aku ada blender tu
Kecik & senang nak operate
Ala.. blender yang ala2 shimono core x  yang kat go shop tu


Ni la blendernya
Aku redeem point je untuk dapatkan benda ni
[Terpengaruh dengan iklan Magic Bullet sebenarnya]

Masa paling best aku guna ialah zaman2 aku nak buat puri anak2 aku
masa diaorang baby2 dulu
Memang senang je... tapi dah terjadi satu masalah
Getah dalam tu dah putus pulak
Bila getah tu dah rosak/putus, mesti la meleleh2 kan 
So tak sesuai dah untuk blender benda2 basah
Kalau blender2 kering pun tanpa getah tu nanti akan ada bunyi yang tak best
Risau je kot2 rosak pulak blender aku tu

Nampak tak getah yang putus tu??



Ni rupanya bila dah dikeluarkan



Nak mencari getah ganti ni memang la sangat sangat sangat susah
Bayangkan dah dekat 2 tahun aku cari getah ni kat kedai2
even econsave, aeon, giant, tesco ku redah
Tapi tak jumpa juga
So terperam je la blender tu
Cari2 kat online pun takde juga


Tetiba hujung bulan lepas tergerak pulak nak search lagi kat Lazada
Ada jumpa tapi sparepart untuk magic bullet je
So aku gamble je la beli.... nak try je
Kalau muat memamg syukur sangat2 la kan


Tengok harga pun ok sangat kan
Kalau tak boleh guna pun idak le ralat sangat ye dak??



Ni oder dari overseas tau
Katanya dalam  14 hari dari tarikh order baru dapat
Tup2 semalam dah sampai
Kalau ikutkan minggu depan baru dapat

Baru kuar plastik... ada 6 ring dalam tu


Balik dari kerja semalam, terus pi cuba kat blender tu
Memula nampak cam tak muat
Macam getah tu besar je dari getah asal
Tapi aku sumbat2 juga bagi masuk celah longkang dia



Alhamdulillah!
Berjaya juga... tukar untuk dua2 blade
[sebab dua2 punya getah dah putus]



Lepas tukar terus try blender susu + oat untuk dinner
Kena try juga kot2 masa blender dia terkeluar dari landasan dia
tu yang buat getah tu putus kan
Nampaknya berfungsi dengan baik je
Lepas ni dah boleh guna balik la blender comel ni
Senang nak buat jus 😜





Friday, November 25, 2016

DAH TUKAR MESIN BASUH

Tension tul kalau mesin basuh buat hal kan
Nak2 time hujan2 ni la pulak ko buat hal
udah bertimbun baju tak terbasuh

Kali ni dia buat sakit takleh spin pulak dah
Dulu pun takleh spin juga tapi tah cemana digodak2 elok pulak
Kali ni dah memacam dipomen, tak jadi apa
Geram punya pasal [sebab malam tu kena memerah kain secara manual]
Terus nekad esok nak beli mesin baru..


Ok pahammmmm... awak dah sebaya Aleeya
Tapi saat2 camni la awak nak buat perangai
Waktu arwah ni ada lagi idak ko buat perangai camni
Tak sempat la nak pau duit dia beli mesin baru
Konon2 nak guna duit bonus dia tahun ni
Tapi udah tak merasa dah le bonus2 tu semua.

Takpe la... rezeki nak guna khidmat dia sampai di sini
Esoknya lepas balik keje
zasssss terus gi kedai letrik, beli mesin baru
Nego2 dapat la diskaun... hahahaha
Beli yang ikut bajet yang ada je.. takleh le beli memahal
Aku nak yang besar & murah..

Ikut hati nak je beli yang 14kg tapi takut ruang pulak tak muat
Last2 decide ambik yang 10kg punya je le
Rumah aku kan ramai ahlinya, tentulah bajunya pun banyak
So ini la keputusannya
Nasib baik le ruangnya ngam2... 
Aku riso tak celuih je


Ada satu lagi 10kg  jugak tapi brand Samsung
Lawa jugak... tapi sebab sebelum ni dah pakai Samsung
Nak try brand lain pulak la.. tu yang ambik brand Panasonic ni
Harap2nya dia pun mampu bertahan lama ye...
[dah siap2 tulis tarikh beli kat mesin tu...hahahaha]




Wednesday, November 2, 2016

AKHIRNYA XIAOMI PILIHANKU

Hari tu dah kabo kan tepon Lenovo aku tu dah start buat hal
Sakit di sana sini..
Akhirnya aku terus buat factory reset
Still ada few sakit yang tak boleh diubati
Ermph... abaikan je lah... cari je la tepon baru

Aku ni bukan setia jenama punya orang
Aku tak kisah sangat brand asalkan menepati ciri yang aku nak
Macam la tinggi sangat spec ko nak ye
As long as ok pada aku & dalam range harga dalam bajet aku

Akhirnya selepas ditimbang tara, aku pilih la XIAOMI
First time nak pakai brand ni
Tapi aku beli yang model lama la... murah sikit
Aku beli model Mi4 je... nak beli Redmi Note 3 tak cukup bajet lak
Tengok2 spec pun ok & kat lazada pun ada offer so aku beli la
Beli online kooooo... tak rajin nak gi servey kat kedai telefon kekdahnya.

Sudah tiba di tangan beberapa hari lepas order
Tak beli yang AP set tapi beli yang ori Malaysia Set


Ni dia.... 
Sesedap tangan memegang sebab beso 5inci je
Malas nak beli yang beso2 sangat
Susah nak buh dalam poket



Kebetulan namanya MI kan.. sama dengan nama panggilan arwah suami aku tu
Masa memula berkenalan dulu aku panggil dia Abang Mi
Bila dah kahwin panggil abang je.. Mi tu dah hilang
Sekarang abang dah takde, tinggal le MI ni je


So far guna tepon ni, memang sangat2 puas hati
Software update pun memang  banyak features yang best
Sapa pakai MIUI ni mesti tau kan kelebihannya

Yang paling best tepon ni, ada fungsi dual apps
Maksudnya boleh instal 2 akaun fb, wasap, IG dll serentak
Semuanya dalam satu phone..
Udah macam aku buat review smartphone pulak
Tapi yang boleh aku kata memang aku tak menyesal beli lah!



Wednesday, October 26, 2016

NAZAK DAH

Telefon ni kalau dah masuk umur 2 tahun ke atas
mula la performance dah tak tip top
Banyak nau le sakitnya
Macam2 ragammnya...

Tepon aku ni pun dah 3 tahun lebih dah
Ini la smartphone pertama aku ...cewah!
Beli lepas aku beranakkan si Amira
Amira pun dah 3 tahun lebih dah umurnya.

Haritu port chargernya rosak... udah repair kena la RM90
La ni camera belakang takleh guna
Pastu suka shut off sendiri
Pastukan gambar2 dalam SD card pun boleh terdelete sendiri
Macam2 la.. 

-Lenovo S930-


Nampak gayanya memang dimintak2 tukar yang baru ye
Yang lama ni kasi Amira ngan Jasmin 
Buat tengok youtube je la
Diaorang memang suka tengok youtube kat tepon aku ni 
sebabnya skrin beso (6 inci) & speakernya kuat

Nak cari brand lain pulak selain SAMSUNG, LENOVO & ASUS
Teringin nak try Apple tapi lari bajet lorrrr

Monday, August 1, 2016

WIKO LENNY 3 UNTUK ADIB

Adib ni dah mengaruk nak telefon baru sebelum arwah abahnya meninggal lagi
Lagipun memang arwah ada bercakap dengan dia 
abahnya nak belikan telefon baru untuk Adib, Aleeya & Mama
[ada hajat juga arwah nak belikan henfon baru untuk aku...hahahaha]
Tapi nampaknya kita hanya merancang, Allah yang menentukan
Hajat arwah ni tak kesampaian la jadinya.. 
Perancangan Allah mendahului perancangan makhlukNya.. ye dak??

Memandangkan Adib dapat banyak duit raya
So dia pun cakap nak beli henfon
Aku tanya la dia, ada duit ke idak?
Dia kata nak pakai duit raya dia...hahahaha...
gigih dia kumpul duit raya + duit belanja harian dia
Adib ni kalau dah berjanji memang selagi dia tak dapat, memang dia akan tuntut... sampai rimas aku hari2 dia dok tanya bila nak beli?
So satu hari tu, aku tinggalkan Amira & Jasmin kat rumah babysitter
pastu aku bawa la Adib & Aleeya pi Econsave... nak beli tepon baru

Sebelum ni Adib ada henfon cap Lenovo
Sebab nak murah punya pasal, abahnya dapat beli yang ROM kecik je
Takat 4GB tu, install 2-3 game je dah penuh... pastu kalau nak update apps pun tak boleh kalau storage tak cukup.. mula la dia membebel2 itu tak boleh ini tak boleh
Adib ni kalau beli henfon, memang tujuan utama dia main game je la
Kebetulan henfon lama dia tu skrinnya dah crack
[habis tu dah letak merata2 kan.. dapat kat Jasmin/Amira memang kena baling/hempas la..]

Mulanya Adib kata dia nak brand Samsung @ Oppo
Tapi kalau cam yang dia nak tu agak mahal la kan
Aku pulak jenis kalau budak2 pakai tak payah la beli mahal2
[mamanya jenis kedekssss kan..]
Last2 tu aku cakap je kat budak jual smartphone tu
Nak yang murah & storage besar.. 
Last2 budak tu promote la satu brand henfon ni.. jenama WIKO
Katanya dari FRANCE... memang belum well known sebab baru je masuk market Malaysia katanya
Aku pun test2 la tepon tu.. aku tanya Adib dia nak ke idak?
Dia kata ok

Menarik gak specs tepon ni
Android Marshmallow 6.0 lagi tau
dan penting under bajet
[ekceli duit Adib tak cukup, so aku kena la top up sikit..]


Untuk golongan sederhana sesuai la tepon ni
So far Adib kata OK & takde lagging
Gambar pun cantik..


WIKO ni ada keluar banyak model telefon
Aku pun udah macam terbekenan
Tapi sabo dulu la.... aku punya tepon elok lagi
Pakai dulu sampai jahanam...huahuahua... 
in future sure keluar lagi canggih kan
[nak canggih aje aku ni..huhuhuhuhu]

Lepas beli aku pesan pada Adib
Tadi tak cukup duit dia, mama top up guna duit arwah abah
Jadi gunalah dengan elok, jangan tengok & buat benda yang bukan2 dengan telefon tu
Apa kebaikan Adib buat dengan telefon tu, Insya-Allah abah pun dapat pahala tu.
Adib angguk je....tah dia paham ke idak..

Aleeya??? Mesti korang tanya dia tak jeles ke Adib ada telefon baru
Aleeya tak jeles pun sebab dia dah ada handphone
Cuma dia nak tablet je... ok.. nanti kita beli..


Tuesday, March 29, 2016

KAMI PILIH PETIT COWAY

Dah lama dah teringin nak pasang penapis air kat rumah
Dok tunda2, survey2.. sampai sudah
Akhirnya lepas mengemukakan cadangan kepada tok laki
Gara2 dah tak larat nak masak air di musim2 panas ni
Makanya permohonan sang isteri dipersetujui si suami..hahahaha

Akhirnya sebulat suara memilih COWAY sebagai penapis air kami
Itupun pilih model yang dalam kemampuan suami la kan
Ate.... dia le yang kena bayor bulan2  kan.
Kata nak bagi hadiah anniversary...

So kami decide & pilih model PETIT
yang sangat comel,moden, kacak, bergaya untuk rumah kami
Wallawey....tak hagak2 kan...
Kena la pilih model yang sesuai dengan kapasiti ahli keluarga
pastu kena consider juga ruang2 yang ada kat dapur tu
Beli yang besar2 sangat ruang pulak takde nanti

Jumaat lepas, technician COWAY dah datang pasang 
Disebabkan ruang table top aku agak terhad
so terpaksa la pasang kat sebelah sinki dapur
Dulu aku spare ruang tu untuk aku sental baju2 sekolah anak aku 
sebelum dihumban dalam mesin basuh
Takpun aku guna ruang tu letak besen mandi baby masa aku mandikan baby
So ruang tu la ku korbankan untuk letak si PETIT

Comel je PETIT ni... 
saya suka...saya suka

Aku pilih kaedah sewa beli je, bayo bulan2
Nak beli cash bukan tak boleh
tapi aku lagi prefer ada instalment & servis berkala 
Dari pengalaman2 mak aku & jiran2 yang guna water filter yang macam2 jenis
dan diaorang bayar secara cash
bila sampai bab2 nak servis, mula la problem
orang yang servis tak muncul2.. kalau datang pun lambat2
Tak pun bila time barang rosak, mula la takde sparepart la bagai
[maybe COWAY tak macam tu]
So water filter tu nak tak nak kena buang je le kan..

COWAY ni yang bestnya setiap 2 bulan, diaorang akan datang servis
Kalau nak komplen apa2 pun senang je la
Free service ye selama 5 tahun gitu
[ekceli nak kata free pun idak le kan, sebab dah termasuk la kan dalam harga instalment aku bulan2 tu]

So sekarang dengan gembiranya menikmati air sejuk-panas-suhu bilik
Sejuknya mengalahkan air dalam peti ais uolssss
Anak2 aku gemar sangat la... nak2 musim panas2 ni
Nikmat tekak gitu!
Nak bancuh susu anak2 pun main tekan je
idak le aku stress asal nak bancuh susu je sekali air takde dalam tumbler
Yang ada cuma air panas dalam pemanas air tu je
hangin satu badan aku tau!

So sekarang sudah ada PETIT
Water dispenser & cerek dah boleh masuk gobok
Pakai bila perlu sahaja

Ni la water dispenser yang banyak berjasa
membantu meringankan kerja2 rumah..ewah!

After 12 years kahwin baru merasa penapis2 air ni
Sebelum2 dah berapa banyak keladak,kerak, karat dah aku telan ye dak
Ni tengok dasar water dispenser aku yang dah naik kuning
sebab air yang tak bertapis
segala keladak pun dah melekat dengan degilnya kat situ
Walopun aku selalu gak cuci water dispenser ni, tapi tak maunya jadi bersih seperti baru kan..








Wednesday, December 30, 2015

TIPS CARA NAK JIMATKAN DATA INTERNET

Kalau pegi tempat takde WiFi, memang kena sokmo la guna data internet kan
Itupun bersekat2 sebab takut data internet habis cepat
Maklum la aku ni pakai data ciput je.. 
Malas nak beli data banyak sebab kat rumah ngan opis dah guna WiFi

Cuma masa aku balik kampung seminggu hari tu
rumah mak memang takde WiFi
So memang kejap2 je le aku online
itupun takat layan Whatsapp ngan FB je
IG memang tak buka sangat... bahaya..hahahaha
Laju je dataku tu nanti..

Ok la hari ni nak share tips jimatkan mobile data korang tu
Aku pun baru tahu, so sama2 la apply kan
-sharing from fb-


Harap2 sesama la dapat manfaat
tak dapat jimat banyak, jimat sikit pun jadi le kan


Kalau korang ada lagi tips2 nak jimat data internet ni
meh la share kat sini..


Monday, November 2, 2015

BYE-BYE 3G, HELLO 4G

Dasar nak menjakun jap
Orang lain dah lama dah berhijrah ke 4G esah oi..
Ko baru terkedek2 nak berhijrah..hahahaha
Whatever la noks... janji hijrah kan...

Ni gara2 dapat sms ni la ni
Saja gatal nak pi tuko kat Maxis Center


Senang & cepat je prosesnya
Isi borang, pastu kasi IC
Pastu terus dapat simkad baru.. 
2jam pastu dah boleh guna..

Tu dia 4G dah keluar yo!
Patut la selama ni asyik keluar 3G je walopun henfon aku support 4G 
Ingatkan tepon aku ni cap ayam ke apa
rupanya kena pakai simkad 4G baru la keluar 4G..hehehehe
nampak beno bengap selama ni..[tutup muka]


** Aku pengguna tegar HOTLINK je..

Wednesday, October 21, 2015

BILA TAB KENA HIJACK DENGAN ANAK

Sejak dah pandai bergajet ni
Tab aku selalu la kena kidnap dengan Amira
Pantang aku balik keje dah minta tab
Adoi la anak... tak kasi memekak pulak
[nak tengok tv takleh kan....]

Pagi tadi tengok2 lockscreen & wallpaper aku dah berubah wajah
udah bertema k-pop wei
Takkan le Amira pandai dah ber "K-POP" ni kan
Takde orang lain, ni mesti keje si Aleeya..
Ingatkan Amira je yang hijack, Aleeya pun sama..

Ni wallpaper tab aku..


Godek2 dalam gallery, satu album penuh gambo retis k-pop



Pastu baru la terjumpa gambar ni
sejuk sikit hati..hehehehe
Masa ni Aleeya tengah layan Jasmin sebab aku nak masak


My lovely daughters...
Amira takde masa ni.. dia tido rasanya


Mama pasrah tab dikerjakan dek anak2
Jangan ada gambo ngarut2 sudah la ye...




Wednesday, June 24, 2015

INGATKAN CALAR RUPANYA RETAK

Ganas..ganas..ganas.
Tak tahu sapa punya kerja...
Aku @ Amira

Sebabnya ada sekali tu aku tengah pegang tab
tetiba tah cemana tab aku terlucut dari tangan
jatuh tersembam atas jalan tar
Nasib la ada skrin protector
So ada la calar sikit2

Pastu ada satu hari tu si Amira pegang tab aku
Pastu dia mengamuk apatah
terus dia baling tab aku atas lantai
Elok terperosok bawah kabinet tv...huhuhuhu

Satu hari aku try la cuci skrin tab aku
konon2 nak hilangkan calar2
tapi bila tonyoh2 tak hilang2 pun calar tu..
Aku pun agak skrin protector aku la yang dah calar
so takpe la kan.. tuko skrin protector lain la nanti cadangnya

Nak dijadikan cerita, masa aku tengah guna tab aku perasan cam lain macam je calar2 kat skrin aku tu. Kalau calar dia mesti cam selapis je kan.. Ini aku nampak dah ala2 3D kat garis2 calar tu.
Tak puas hati, aku kopek sikit skrin protector tu
Makanya terserlah la yang sebenarnya
SAH! Bukan calar tapi skrin tab aku RETAK!!!

Nampak cam calar je kan..



Lepas kopek sikit skrin protector , pastu pasang balik
udah jadi gelembung2..
tak reti aku nak betulkan... lantak le kat situ


Setakat ni tab masih "hidup" dengan baik
Sayang ooo sebab ini la smart gajet aku yang pertama
[sebelum beli sendiri bantai tab anak punya je..hahahaha]

Harap2 panjang la umur dia ni walopun dah cacat
Stay with me baby...


Monday, June 22, 2015

MACAM CANTIK JE.. MACAM MINAT JE

Haritu bukak fb, cam biasa la banyak iklan lalu lalang
Tah aku pun tak ingat apa page yang aku like 
apa group yang aku join..hahahahaha
Tetiba je kuar iklan henfon

Ini la dia Samsung Galaxy S6
Terus jadi berkenan sebab kaler hijo tu
[dasar hantu hijau sangat kan



Hai... tengok je boleh le... nak beli belum boleh lagi buat masa ni...
Masuk wishlist dulu la....

Friday, June 12, 2015

AIR FRYER --> BOLEH MASUK WISHLIST

Mak aku sekarang dah jadi dealer Amway kome
Pasni takyah dah susah2 aku nak beli barang
pastu takyah nak emo2 cam masa buat entry
[Hit entry blog ni tu...]

Sekarang boleh kata mak aku ni dah addicted dengan AMWAY
Segala makneka pakai brand AMWAY
Baik dari bedak, sabun, losyen, vitamin
sehinggalah periuk NOXXA,  steam Iron Philips, dan terkini AIR FRYER Philips

Masa kami balik haritu serius la pakat menjakun pakai Air Fryer
Tengok demo kat Go Shop pun udah teruja
Ni pulak nak test sendiri...


Ni dia Air Fryer XL
Harga kat Amway dalam RM2K++ kot

Senang rupanya nak guna Air Fryer ni
Susun je benda yang nak goreng tu dalam tempat nak goreng tu
Set time & suhu, tekan ON
pastu tunggu la bunyi menandakan dah siap
[Ala2 kaedah bila guna oven gitu]

Memandangkan baru nak cuba, kami mulakan dengan yang simple2 je dulu
Goreng Nuggets, Wedges & Fries
Dan hasilnya.... 
Memang tak mengecewakan
Rasanya lebih sedap dari digoreng dengan minyak
Nugget tu lebih lama crispynya
[nugget takde dalam gambo ye]
Tak cepat soggy la boleh dikatakan
Wedges tu memang marveles ai tell u
Fries pun tak cepat lembik





Lepas kali pertama try, asal nak goreng nugget, fries & sewaktu dengannya asyik guna Air Fryer je
oooo dah tak main pakai kuali & minyak masak yang banyak

Pastu mak aku ada try buat ikan cencaru sumbat dengan Air Fryer ni
Pergh...... memang mantap... sedap
[sorry takde gambar nak share]

Ayam je belum try lagi 
Ada member kata ayam masak dengan moist sekali
Nanti balik Ipoh boleh try lagi

Air Fryer ni betul2 menambat hati aku
Kalau tak kerana harganya yang mahei tu, awal2 aku dah oder kat mak aku
Walopun mak aku bagi bayo ansur2 aku ni tak berapa suka sangat berhutang2 benda2 camni. Lagipun aku ni tak berapa gemo komitmen bulanan 
[melainkan rumah & kereta je]
Ada duit baru beli
Takpe.. slow2 kumpul duit
Kita masuk Wishlist dulu ye
[beli kat Go Shop je la murah sikit..wakakakaka]