Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Monday, April 29, 2013

LAWAK SI PEROKOK

Perokok tegar suka sangat la kan



**Nasib la kami laki bini tak pernah berjanji nak sehidup semati..hehehehe

Tuesday, July 10, 2012

BENTUK BADAN IDAMAN WANITA


Mengantuknya aku.....

Friday, June 22, 2012

SUAMI-ISTERI

Layan lawak2 sikit pagi Jumaat ni..



Monday, June 18, 2012

ABUDEN????

First time dengar perkataan ABUDEN ni masa tengok citer PHUA CHU KANG
Dulu aku tak pernah misss sitcom tu kat tv. Cuma season yang akhir2 tu (yang ada Afdlin Shauki) aku dah tak berkesempatan nak tengok.

Selalu tak korang tanya soalan yang dah terang lagi nyata? Bak kata orang sudah terang lagi bersuluh, tapi masih nak tanya juga. Kadang2 naik rimas & menjengkelkan pun ada. Korang tau tak makna ABUDEN tu??? Tengok video ni yer...



Pasni kalau ada tanya soalan yang macam ni, terus je jawab, ABUDEN???

Tuesday, July 19, 2011

SENGALNYA... SETH TAN eh SANTAN TAN TERSELIT

Sape la "bijak pandai" buat terjemahan untuk VC ni
memang terbaek..... [pronouns ala2 BoboiBoy]

Kelakar tahap gaban
cerah sikit bijik mata aku pepetang ni



** Lepas digoda... dia kena petir...hahahahahaha

Wednesday, June 29, 2011

HAFIZ CELUP NANONANO

Sape tengok Maharaja Lawak sure dah pernah tengok Jozan punya lawak kan
Aku yang sentiasa ketinggalan keretapi, bas, lori, feri & kapalterbang ni
[al-maklum le awok takde asteruk]
baru la nak meratib depan youtube time bosan2 & ngantuk2
berderai ketawa nengok aksi semua peserta

Yang paling aku ketawa tang Jozan & Jambu punya lawak
sape yang ngantuk & boring pepetang ni
jom sesama join aku bergelak ketawa

JOZAN





JAMBU




** Jozan ---> lawak hafiz nyanyi  lagu awan nano memang lucu gile
    Jambu ---> renang berirama tu memang tak leh blah betul la...


Tuesday, June 28, 2011

SENYUM PETANG



Cerita 1
Suami : Kenapa sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.
Suami : Buku apa?
Isteri :  Buku bank abanglah..


Cerita 2
Ada seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma apa bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa untuk didermakan?
Budak: Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????


Cerita 3
Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan pertunanangna mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan dengan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah  yang mana satu gambar awak. Nanti awak pilih la sendiri. Yang selebihnya kembalikan pada saya.
Siti : Erkkkk... Benci....



Cerita 4
3 orang menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, "Tak muat dah Tok, kami dah bertiga!!!"


Cerita 5
Seorang Tok Batin baru membeli motosikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu.

Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya menggunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja?
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ??????????????


Cerita 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat

Posmen : Assalamualaikum
En Sameon : Waalaikumussalam
Posmen : Ni rumah Encik Sameon ye?
En Sameon : Ya, saya
Posmen : Poning kepala saya mencari alamat rumah encik  ni.
En Sameon : Buat susah aje encik  ni. Apasal tak pos aje??
Posmen : Betul jugak yer...


Cerita 7

Orang Asli dan polis

Orang Asli : Selamat pagi tuan.
Polis : Selamat pagi. Apa ha?
Orang Asli : Saya nak buat report tuan.
Polis: Pasal apa tu?
Orang Asli : Kawan saya dibaham harimau
Polis : Pukul berapa?
Orang Asli : Dia tak pukul, terkam
Polis : Habis?....
Orang Asli : Tak habis, tinggal kepala...


Cerita 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:

Lelaki : Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?
Doktor : Dah tentu.
Lelaki : Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca.
Doktor : Ha????


Cerita 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan :Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

Mendengar penjelasan Amin, Shan pula menangis

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing....


Cerita 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?"

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"

"Apa la bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu??"





Thursday, March 31, 2011

KALAU MENGANTUK BACALAH INI

1. Dalam banyak2 air, air apa yang paling berani?
    Jawapannya : AIR TERJUN... sebab dia berani terjun...heheheeheh

2. Dalam banyak2 binatang, binatang apa keluar haid?
    Jawapannya : KURA-KURA [itu pun tak tau ke.. keluar HEAD maaa]

3. Dalam satu pertunjukan, seorang ahli silap mata telah memijak kaca dengan tapak kakinya, tetapi dia tidak mengalami kelukaan, lalu dia memijak paku yang bertaburan, dan tak luka juga. Apabila selesai persembahan dia jalan terhencut2 kerana terpijak TAHI AYAM....


4. Dalam banyak2 binatang, binatang apa yang bertelur dan beranak? Kiranya dua alam la ni.. cuba teka.
   Jawapannya : SIPUT BABI la... siput bertelur, babi beranak... tak gitu???

5. Dalam banyak2 sungai, sungai apa yang paling berat?
    Jawapannya : SUNGAI BESI....

6. Kereta dengan motor, mana lebih tua?
    Jawapannya : Tentulah MOTOR .... sebab motor pakai tongkat...

7. Dalam banyak2 pokok, pokok apa yang baik hati?
   Jawapannya : POKOK PISANG... sebab dia keluarkan jantung dia..

8. Dalam huruf jawi, huruf apa yang ada angin??
    Jawapannya : Huruf FA..... salah!
                       Huruf HA .... salah!
                       Huruf TA & huruf YA la jawapannya sebab bila digabung kan jadi TAYAR.

9. Dalam banyak2 kasut, kasut apa yang paling keras?
    Jawapannya : Kasut BATA le...

10. Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar seekor katak. Apakah yang akan turun dahulu selepas bas itu berhenti?
Jawapannya : Meter bas tu la...

11. Antara huruf A hingga Z, mana huruf yang boleh kahwin?
      Jawapannya ialah huruf I dengan U la... [lovey dovey kan suka guna ]

12. Kalau korang pandai matematik, 5 orang cina tolak 3 orang India, jadi apa?
      Jawapannya : India tu jatuh la...keh..keh..keh..

13. Ada 3 biji limau kemudian dibahagi kepada 3 bahagian. Lepas itu di bagi pulak pada 3 orang. Berapa seorang dapat? [Kalau korang tak dapat ni mesti lemah IQ ni]
Jawapannya : Sorang dapat sebiji limau le...

14. Ada seekor gajah dan seekor kancil berjalan2 di dalam hutan. Suatu ketika, mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh. Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah apa agaknya ye??
Jawapannya :  Gajah PATAH BALIK kot!

15. Dalam banyak2 lembu, lembu apa yang orang akan cari?
      Jawapannya : Lembu yang hilang la...

16. Andaikata terjumapa mayat manusia dan bangkai haiwan, yang mana akan ditutup dulu?
      Jawapannya : Tutup hidung ler...

17. Apakah benda yang jika dipotong pendek mana pun ia akan tetap panjang?
Jawapannya : Mestilah kacang panjang kan?? Takkan dah dipotong terus jadi kacang pendek pulak!




Dah hilang dah mengantuk korang??? Dah..dah.. pi buat keje!

Friday, March 25, 2011

KENAPA KITA TAK BOLEH MINUM AIR LAUT

Kenapa air laut tidak boleh diminum??
Sape tahu sila jawap sekarang...

Sebab air laut masin
sebab air laut kotor [mana ada kotor, kan boleh buat bersuci tu...]
sebab air laut boleh buat sakit tekak
sebab air laut ........ [sila fikir sendiri da.....]


Tapi selalunya orang akan bagi jawapan yang utama ---> MASIN
tapi korang tau ke sebab apa air laut tu masin??

Sapa nak tau, klik sampai bawah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
bawah kagi
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Sudah tau ka sekarang????

Tetiba teringat saat2 tertelan air laut masa mandi manda di pantai... uwek!