Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, May 26, 2016

AIR YANG MENGALIR JANGAN DIBAZIRKAN

Entry peram dah lama ni
baru nak publish hari ni ...hahahahaha
Maap la mak2 sibuk jiwa kacau ni
macam2 benda jadi lupa..

Masa pasang penapis air Coway haritu
aku baru perasan dia ada buat saluran air mengalir keluar kat sinki
Budak yang pasang tu kata, air tu takleh minum tapi boleh la guna buat benda lain
cam siram pokok ke, basuh pinggan ke kan
Air tu maybe air yang lepas melalui proses tapisan
Maksudnya air tu maybe dah takde zat untuk di minum kot.
Tapi udah dia buat kat sinki cemana pulak nak tadah air tu
Kalau sikit2 keluar cam air aircond tu boleh la tadah pakai bekas
Ini setiap kali ada air masuk untuk ditapis, banyak jugak air yang keluar.



Memula dulu, aku biar je air tu mengalir
tapi mak aku tegur, dia kata macam membazir pulak air tu
Bayangkan tadah guna bekas aiskrim yang 1 liter  tu pun cepat je penuh
Sehari tah berapa banyak liter la air yang mengalir keluar tu kan



So aku decide cari alternatif nak jimatkan air tu
Finally, ini je cara termudah & terjimat yang aku boleh buat
Tadah kat dalam mesin basuh...
Mesti korang tengah imejin cemana nak tadah kat mesin basuh tu kan...
Aku pun jenuh juga fikir masa nak buat tu dulu

Pastu baru aku teringat masa orng tu install dulu, ada balance getah paip tu
[yang kaler kelabu tu]
Nasib la aku tak buang.. aku simpan je dalam stor
rupanya ada jugak kegunaannya
Aku potong ikut panjang dari mesin basuh ke sinki aku
Pastu aku just sambungkan  dengan paip yang keluar air tu.


Nak menyambungkan tu pun jenuh pikir nak pakai apa
Last2 pakai je straw [kebetulan ada kat rumah]
Nampak tak kat sambungan antara saluran biru & oren tu?

Kiranya lepas ni, air yang keluar tu akan terus menuju ke dalam mesin basuh aku...
Bijak tak acik???

Nampak tak getah yang terjuntai kat mesin basuh tu?
Air tu mengalir kot situ la
Cuma bila buat camni setiap kali nak guna mesin basuh kena cabut la sambungan staw kat sinki tu
pastu keluarkan getah yang kat mesin tu
Sebabnya mesin aku tu kalau pintu mesin tak rapat, dia tak boleh pusing..
Pastu kalau tak cabut sambungan straw tu air sure la melimpah ke lantai pulak..
So sementara tengah guna mesin, tadah je cam biasa kat sinki tu


Air yang tertadah selama sehari setengah.
Banyak juga kan... hampir separuh mesin
Kalau dibuang kan sayang..
So kita guna la buat basuh baju...






Wednesday, May 25, 2016

DI AMBANG 40-AN

Ekceli lambat lagi nak cecah 40 tu
3 tahun lagi kot
tapi sekarang ni pejam celik pejam celik 
sedar2 dah umur 40 tahun dah...hahahaha



Cukup2 la kejar dunia tu 
Bukan harta yang patut dikejar
tapi redha Allah yang perlu dicari

Bak kata Prof Muhaya, kalau kita kejar akhirat
Insya-allah dunia akan datang pada kita

Dalam ceramah agama petang2 di radio tu
ada ustaz tu kata
kita ni tak disuruhkan banyakkan harta
tapi kita disuruh banyakkan amal
**insap kejap

Walopun belum 40 tapi elok amalkan doa ni dari sekarang



** Aku dah feeling mood orang2 tua lak ni...huhuhuhu

Wednesday, May 18, 2016

BILA KITA JAGA DIA, DIA AKAN JAGA KITA

Tak tahu la patut ke tak patut aku tulis ni
sebabnya takut2 orang salah anggap sebagai riak pulak
Harap2 korang yang baca ni idak le melabel aku sebegitu

Aku ni sebarang perubahan2 aku jarang aku bagitau orang
Apa aku nak buat, aku buat dendiam je
So siapa yang biasa nampak aku,boleh perasan aku berubah sikit2
Tapi korang yang tak pernah tengok aku, memang takkan tahu kan..hahaha

Asal bermula sesuatu tu kadang datang dari asbab2 yang dah diakdirkan Allah
aku sendiri pun tak tahu kenapa & mengapa
tetiba je rasa
Dulu  aku tak bersarung kaki [stokin la senang cerita]
Tapi nak dijadikan asbab, aku selalu krem waktu pagi
sampai nak gi keje pun betis keras je.. so aku decide untuk pakai stokin gi keje
[kat opis memang sejuk pun.. aircond kuat]
So bila dah lama2 aku rasa baik aku teruskan je le berstokin tu
Lagipun kita semua dah tahu kaki tu pun aurat kan
Alhamdulillah sampai sekarang aku berstokin
[cuma kat rumah je masih celam celum...]

Dari stokin kaki, terus ke stokin tangan pulak
Ni  kesedaran diri sendiri je... tah cemana aku boleh terbeli stokin tangan
sebab masa tu aku terfikir, semua aku dah tutup cuma aurat tang tangan dok terdedah lagi
Maksudnya 95% aku dah cover tapi 5% still terbuka
so itu still consider tak sempurna tutup aurat lagi la kan..
So slowly aku belajo pakai stongan... 
Aku cuma harap Allah kurniakan istiqomah untuk aku buat semua2 ni.
[tapi masih ada kelalaian  di beberapa bahagian...slowly aku nak betulkan]

-gambo google je-


Balik dari seminar keluarga sunnah hari tu
ada beberapa sunnah nabi aku try amalkan
aku tak drastik nak buat semua @ paksa suami & anak2 buat
Apa2 pun aku mulakan dengan diri aku dulu
Buat yang senang2 & mampu dulu la
Sebab diri sendiri yang nak berubah kan...

Ok main point nak ceritanya ialah kisah pagi tadi
Aku dok kelam kabut nak pegi keje
nak kejut & siapkan anak2 ke rumah pengasuh
nak kejut Adib pegi sekolah lagi...huish... 
Nak2 pulak kalau dah lambat kan.. lari timing bagai.. memang kelam kabut la

Nak dijadikan cerita, stokin kaki dah pakai
Stokin tangan tak sempat sarung masa hantar anak ke rumah pengasuh
[sebab sebelum tu aku basuh berak si Jasmin]
Konon sebelum keluar rumah nak ke opis nanti nak pakai
Memang lalai la... tak teringat langsung... sampai la aku dah dalam perjalanan ke opis
Dah agak jauh dah dari rumah sebenarnya
Baru perasan tak pakai sarung tangan
dalam dilema nak patah balik ke idak... last2 tawakal je la sebab aku pun sebenarnya dah lewat ke tempat kerja..
Lepas tu aku nak ambik telefon dalam beg
gagau punya gagau terasa pulak ada kain lembut2
Tarik keluar rupanya sarung tangan aku dalam beg....
Ingatkan ada sebelah je... gagau lagi ada lagi sebelah
Ya-Allah... syukur sangat & terasa Allah "jaga"aku
Tah cemana sarung tangan tu boleh termasuk dalam beg tu masa aku kelam kabut pagi tu
[Kebetulan aku letak beg tu bawah tempat aku gantung sarung tangan tu]
Dah jumpa sarung tangan terus cepat2 pakai dalam kereta..
Pasni meman aku kena standby satu set sarung tangan & kaki dalam beg la
In case jadi lagi hal2 kelalaian cam ni.

Itu baru satu kes lagi... ada lagi beberapa kisah lagi yang membuatkan kita terasa2 Allah sangat jaga kita bilamana kita sendiri menjaga hak2 Allah.
Aku rasa korang sendiri pun mesti pernah mengalami situasi2 camni kan.













Friday, April 22, 2016

PETUA SUAMI PANJANG UMUR


Rajin2 praktikkan ye..hehehehe
Bukan lama pun 10 saat tu...hahahaha

Friday, April 8, 2016

BERAT SANGAT KE NAK BAGI SALAM?

Assalamualaikum semua....
Salam Jumaat untuk pembaca yang dikasihi

Hari ni nak membebel pasal salam
bukan salam tangan tu tapi lafaz salam ASSALAMUALAIKUM
pastu adab2 bila nak datang rumah orang




Ni asalnya bila orang datang rumah aku
Rumah aku ni memang selalu berkunci pintu pagarnya 
sebabnya aktiviti keluar masuk rumah aku ni adalah melalui pintu belakang
Pintu pagar depan memang doplohpatjam berkunci bermangga
Unless bila nak keluarkan kereta je baru buka
Hanya pintu pagar belakang je yang terbuka

Selalunya orang yang jarang2 datang rumah aku memang akan guna pintu pagar depan tu
Dan of course bila nak masuk rumah otomatik diaorang bagi salam la kan
Nak tekan loceng pun dah tak berfungsi
Malas nak repair sebab asyik kena main tekan2 dek budak2
[Deme jakun kot sebab rumah deme takde loceng...hahahahaha]

Ni masalah bila orang tu selalu datang rumah aku
Dah tau dah akan masuk ikut pintu belakang punya
Yang selalu datang pun keluarga mertua aku,ipar duai, jiran2 situ je

Nak dijadikan cerita, kalau malam2 memang aku akan tutup pintu papan
First sebab nyamuk, 2nd sebab tak nak orang nampak dalam rumah aku
Siang2 aku kunci pintu gril je, pintu papan tu biar terbuka

Pastu puak2 yang rajin datang ni
kalau datang rumah aku tak reti nak bagi salam
Kalau pintu papan tu bertutup, aci main ketuk2 je
Adoi... susah sangat ke nak bagi salam tu kan?
At least aku dengar le suara siapa yang ada kat luar tu
Ni main ketuk2 pintu je, aku pun naik seram
Terpengaruh dengan cerita hantu jugak aku ni kadang2
Ye lah kot ketuk2, bila buka takde orang..
seram oiiii

Nak2 pulak bila diaorang datang tu time hasben aku takde kat rumah
Mau tak cuak.. dah le rumah aku tu ramai pompuan
Kot2 la yang ketuk tu perompak ke, perogol ke, peragut ke
Dah le macam2 kes jenayah kat kawasan perumahan sekarang ni kan

Sekarang ni kalau orang takat ketuk2 takde salam
aku memang buat nohen je
Kalau anak buah hasben aku yang ketuk, selamba je la aku sound
"dah tak reti bagi salam ke bila datang rumah orang??"

Tapi kalau biras aku yang datang pun camtu juga
Takkan aku nak sound pulak
tapi diri sendiri tu kena tahu la adab datang rumah orang kan
Datang rumah orang lain reti pulak nak bagi salam
Datang rumah "adik beradik"  takkan main langgah je kan

Kalau Cik Besah lagi best ---> takde ketuk, takde salam
dia terus je buka selak pintu, pastu masuk rumah
kadang2 terkejut je tetiba dia terpacul kat muka pintu
Pasghah je le nokssss
Nak tegur, orang dah tua.. tapi tu kira cam menceroboh la juga kan?
Tapi aku tak kisah sangat la pasal tu... sebab mak kan
Lain le kalau pak mentua yang buat camtu... mesti la segan, ye dak??

Aku selalu pesan kat anak2, kalau pi rumah orang
jangan tak bagi salam
pastu jangan terus nak buka pintu rumah orang
pastu jangan terus nak terjah masuk rumah orang walopun pintu rumahnya terbuka
Jangan nak pi mengintai dalam rumah orang bila tuan rumah tak buka pintu
pastu bila di rumah orang jangan nak bukak peti ais, almari & kabinet orang
sebab kita yang datang ada adab2nya kan
Kena la hormat dengan tuan rumah, ye dak?

Tapi bila yang tua bangka pun dah tak reti nak beradab,
camne tu???


Jangan ada yang datang rumah hantu kum kum sudah
Assalamualaikum...kum..kum... [hantu pun reti bagi salam ye..]
Serammmmmm...



Thursday, March 10, 2016

DILEMA WANITA : KENAPA TAKDE BAJU NAK PAKAI?

Jumpa tentang ni kat fb
Rasa nak share untuk rakan2 blogger pulak
Credit to fb: Puan Mary Guru Imej







Rasanya ramai je ada ciri2 kat atas tu
Termasuk la aku...hahahaha

Sekarang aku try susun  baju ikut kaler
So aku boleh tau baju aku banyak kaler apa
Kalau nak beli baju pun, cari warna yang belum ada lagi je...
[walaupun warna kegemaran aku tu tempting sangat!!!]

Baju2 yang aku dah tak muat pun
tengah dalam usaha untuk di letgo kan
Walopun ada cita2 nak kuruskan badan & nak muatkan balik dalam baju lama
tapi rasanya dah tak perlu kot
beli je la baju baru bila dah kurus nanti...hahahahah 
[alasan sangat nak beli baju baru kan]
Tah tahun bila aku nak kurus tu gamaknya..

Baju yang ada kenangan pun ada few yang masih simpan
Tapi semua letak kat rumah mak
Salah satunya baju nikah  aku la kan... 
Masih tergantung elok dalam lemari...

Korang lak cemana?

Tuesday, February 16, 2016

TIPS MEMAKAI LIP GLOSS

Selain gincu dan lip balm, lip gloss adalah satu lagi aksesori make up untuk wanita
Pada aku lip gloss ni la yang paling senang nak apply tau
Tujuan pemakaian lip gloss adalah untuk memberikan kelembapan pada permukaan bibir serta pada masa yang sama berfungsi untuk menyerlahkan lagi solekan bibir seseorang wanita itu.



Biasanya, pemakaian lip gloss adalah sentuhan solekan terakhir selepas pemakaian lipstick. Kalau ikut step selalunya orang pakai camni:

 lip balm ---> lipstick ---> lip gloss 

Baru la bibir korang nampak "glossy" gitu sebabnya lip gloss ni menjadikan permukaan bibir kelihatan lebih bersinar atau juga disebut sebagai ‘juicy lips’.



Ni aku nak kasi tips yang sempoi supaya bibir korang jadi mungil & bersinar2:

  • Pertama sekali anda harus memilih warna lip gloss yang sepadan dengan tona kulit korang. Tapi kalau terbeli lip gloss yang tidak bersesuaian dengan warna kulit, korang boleh campurkan lip gloss tersebut bersama pemakaian petroleum jelly (Vaseline) untuk mendapatkan warna yang lebih lembut. 
  • Seterusnya, jangan takut untuk memakai lip gloss dengan tebal, kerana ia membantu membuatkan bibir anda kelihatan lebih menonjol. Ni kalau korang jenis konfiden la...hahahaha.. Ekceli aku pun pakai sederhana je... wasotiyah gitu.. Kang cepat pulak habis lip gloss tu.. [jimat kekdahnya..]

  • Selain itu, anda haruslah memilih jenama lip gloss yang benar-benar dipercayai & sesuai dengan bibir kerana pemakaian lip gloss juga turut membantu melindungi permukaan bibir anda daripada sinar UV matahari. Ini penting tau.. kadang2 kalau beli yang tak serasi, habis ngelupas bibir sampai pedih2.. Eeee seksa benar rasanya kalau kena camtu.. 
  • Dan yang terakhir, pastikan warna lip gloss tu tidak terlalu berbeza dengan warna lipstick yang korang pakai. Oleh itu, penting untuk  memilih warna lip gloss dan warna lipstick yang sekata. Atau paling mudah, gunakan lip gloss yang berwarna neutral.



Senang je kan tips2 kat atas tu... Semoga berjaya mendapat bibir yang mungil... baru la boleh muah2 cam Dato' Seri Vida tu...



Friday, February 5, 2016

WIRID SELEPAS SOLAT

Tepek sini kasi tak hilang
Nak membersihkan pic yang ada dalam pc ni ha...

Nampak ke ni??? sebab nak rangkum semua dalam satu pic..hahaha



Kalau tak nampak ni kat bawah aku bagi sekeping2





Rajin2 kan berwirid selepas solat fardhu
Jangan lepas salam terus bangun lipat sejadah & telekung
Tahu tak waktu lepas solat tu antara waktu yang mustajab untuk berdoa kepada Allah
Rugi oooo kalau tak mintak doa setiap kali lepas solat


** Dulu mak memang suruh hafal wirid ni & amalkan setiap kali lepas solat.

Friday, January 15, 2016

EKSPERIMEN BASUH BAJU SEKOLAH TANPA PERLU MENYENTAL

Ibu2 yang ada anak2 bersekolah mesti mengalami masalah 
bab2 nak kena sental baju sekolah anak2 kan
nak2 pulak kalau baju tu kaler putih... jenuh la nak sental kesan daki, kesan kotor kat baju kan
Aku pun tak terkecuali juga

Bebaru ni kat fb ada la femes kejap pasal cara nak sental baju sekolah anak2
Ada yang  cakap, rendam baju dengan air panas + sabun mandi, pastu baru sental baju sekolah dengan sabun mandi tu
Cara ni memang aku apply la [cuma aku tak guna air panas la]
pastu aku tak le rendam baju tu dengan sabun mandi
sebab sifat sabun mandi kan cepat mengembang bila kena air
so guna sabun mandi untuk lumur kat kotor tu sebelum berus je

Pastu ada sorang ni pulak kata, kalau tak nak sental
just parut je sabun mandi tu, pastu guna masa nak basuh baju  dengan washing machine
[wah.. ini sudah senang... tak payah sental2.. memang WAJIB try la ni]
So semangat la aku nak try kaedah ni....

Maka ku korbankan le sabun Lux ungu aku ni...
[dah le tinggal satu ni jer...hahahah.. nasib la kat rumah pakai shower cream]
gigih memarut tau...
Tapi aku parut separuh je... sebab nak eksperimen je kan..hahaha
Pastu simpan le dalam bekas dadih 


Peserta2 eksperimen:
baju kerja hasben aku
[berdaki di kolar baju]

kemeja sekolah Adib
Kotoran degil di kolar & lengan baju

Aku try 2  helai baju ni je
sebab riso kalau eksperimen tak berjaya
idak le banyak baju yang aku kena basuh semula kan...hahahaha

Campuran bahan2nya untuk sukatan muatan penuh mesin basuh aku yang 6.5kg ialah:
  • Sabun mandi yang diparut - 2 sudu teh
  • Garam - 1 sudu teh 
  • Dynamo - 1 penutup penuh


Disebabkan aku basuh dengan baju lain sekali tu sebab aku bubuh garam
garam tu dapat memelihara warna pakaian katanya..

Ok, terus terang aku cakap, aku tak rendam baju lama pun
ada la dalam 15-30 minit je...
so lepas rendam baju2 dengan campuran bahan2 di atas, terus on je machine basuh je macam biasa
dalam sejam dah siap  kan..

ok.. debar2 nak tunggu result...jeng..jeng..jeng..
bersih ke idak baju berkotoran tadi kan....

Baju hasben aku
see.... tidak hilang sepenuhnya daki tu


Baju Adib pun kotor hanya hilang 80% je

So, memang kena sental juga la kolar & lengan baju tu....huhuhuhu
Kiranya bedeah je le kalau kotoran camni tak payah nak sental
Sikit sebanyak kena juga disental
Cuma tahap sentalan tu la dikira - sental kuat @ sental manja

Tak tahu la kot2 sebab eksperimen aku tak jadi tu sebab aku tak rendam baju2 tu lama2 ke atau aku guna sikit sangat serbuk sabun mandi tu... next trip basuh baju aku try lagi eksperimen ni...


TUNGGU hasil eksperimen seterusnya...




Friday, December 4, 2015

DAH LAMA TAK DATING

Terjumpa ni kat fb
memang terasa dah laaaaaamaaaaa kami tak dating berdua
bercuti berdua laaaaagi la tak pernah [melainkan hanimun dulu]


Sejak lepas beranak pinak ni memang jarang masa berdua
Memula je berdua, pastu bertiga sampai la dah berenam sekarang
[produktif tak?? hehehehehe]



Nampak tak apa Brother Love tulis tu?
Jap aku zoom [untuk yang rabun]

Patut le dah suam2 kuku sekarang...
Nak kena jerang kasi hangat balik le ni..


P/s: Waktu dating korang cakap pasal apa ha??? Takkan nak cerita pasal anak2, mak pak, mentua, jiran, kawan??? Punya la lama tak dating heart to heart, tak tahu topik apa nak sembang... [nampak beno dah kertu]





Thursday, November 19, 2015

BELAJAR DENGAN YOUTUBE PUN BOLEH

Tahniah untuk adik ni
berjaya dapat 5A dalam UPSR bebaru ni

Lain orang lain cara
maybe cara ni memang membantu adik ni dalam pelajarannya
Adik ni tak pegi tuisyen tapi dia belajar melalui youtube



Teknologi ni tak salah
Kalau benda elok yang kita cari
benda eloklah yang kita dapat
betul tak??


*** Kalau anak aku, alamatnya tengok K-pop je la kat youtube tu...huhuhuhu


** Hari ni aku cuti sebab nak hadiri HAC (Hari Anugerah Cemerlang) anak2 kat sekolah diaorang.

Monday, November 16, 2015

AYAT SYIFA DI MUSIM² SAKIT NI

Cuaca tak menentu ni kan
Ramai yang sakit
Kat rumah aku Adib pun demam, Amira & Jasmin pun batuk selsema

Haritu dengar radio, ada ceramah dari Ustaz Sharhan
Dia ada la ijazahkan ayat sebagai penawar
Elok untuk diamalkan doa Nabi Ayub ni..
Semoga kita dapat manfaatnya



-elok diamalkan setiap kali selepas solat fardhu-



Tapi kalau ditimpa sakit pun kita patut bersyukur juga
Sebab Allah nak menghapuskan dosa2 kecil  kita 
Sentiasa bersangka baik dengan Allah.





Wednesday, November 4, 2015

TUTORIAL CARA YANG BETUL MEMBASUH PAKAIAN MENGGUNAKAN MESIN BASUH FULLY AUTO

Hahahahaa
Agak2 kome nak tengok ke cara2 aku basuh baju??
Sanggup ke nak buat tutorial tu...hahahahaha

Idak le sampai aku nak buat video tunjuk cara aku basuh baju
Tapi just nak share step by step aku basuh baju
Pasni jangan nak cakap aku cerewet bab basuh baju tau
sebab pada aku, apa guna basuh baju kalau tak bersih kan????

Bab basuh baju ni aku nak tekankan 2 perkara - BERSIH & SUCI
Dua2 penting tapi yang paling penting ialah SUCI
SUCI dalam konteks aku di sini ialah, suci untuk dibuat bersolat/beribadat

UNTUK SUAMIKU, PLEASE TAKE NOTE YE.. INILAH SEBAB KENAPA ISTERIMU NI CEREWET BAB BASUH BAJU..HAHAHAHAHA

Kat rumah aku memang ada 3 bekas - 2 baldi & 1 bakul
ini untuk memudahkan proses  membasuh baju



Langkah2nya [berserta huraian]

1. Asingkan pakaian & rendam

    Baldi 1 - untuk pakaian yang nak disental 
    con: baju sekolah anak2 & kemeje kerja suami aku

    [selalu sangat berdaki di kolar baju & di lengan]


    Baldi 2 - untuk pakaian yang bernajis  
    con: spender & baju anak yang terkena air kencing atau muntah

    Najis2 kena di bersihkan terlebih dahulu ye. Tak boleh rendam dalam baldi
    yang sama dengan baju yang tak bernajis tau. Tu sebab aku asingkan baldi. 
    Najis2 ni adalah najis mutawassitah jadi kena betul cara menyucikannya.
    Kena hilangkan "ain" najis sampai hilang bau, warna & rasa, pastu kena 
    dibasuh dengan air yang mengalir. Jangan nak celup2 je dalam air baldi tu
    pulak. Kena pakai air mutlak tau.Karang tak SUCI pulak pakaian korang tu. 

    Bab2 orang pompuan pulak [harap jangan ada yang sensitif lak] spenda 
    korang tu walopun korang tak period, walopun korang pakai pantyliner, 
    korang yakin ke spenda korang tu bersih? Korang sedar ke bila keluar air 
    wadi, air mazi, keputihan semua tu? Korang yakin ke secalit pun tak kena 
    spender korang tu?kot2 la pantyliner korang tu senget ke, salah kedudukan
    ke, terkeromot ke.. So better basuh bersih2 spenda tu.
    [ni belum masuk bab masa solat tak tukar seluar dalam]

    Kalau yang lelaki pulak, kot2 la terkincit/terkucil dalam seluar ke [anak aku
    la sebab suka sangat menahan kencing]. Bapak anak pun mungkin berlaku 
    jugak kan...hehehehehe. Takpun kengkadang deme ni ada masa teransang2
    kan... tah apa yang keluar kita pun tak tahu [larikkkkkk]

   Bakul 3 - untuk pakaian selain yang di atas - yang takde najis & tak
                   perlu disental

Untuk lebih pemahaman boleh tengok video ni:


2. Masukkan dalam washing machine
    Lepas dah sental baju, dah sucikan najis barulah masukkan dalam mesin
    basuh.Barulah boleh campur semua dalam mesin. Pastu letak le dynamo ke,
    daia ke, breeze ke, ikut suka korang le. Pastu macam biasa la sampai habis
    spin...

3. JEMUR LA KAIN YANG DAH DIBASUH TU...




Kenapa dari awal tak humban je semua dalam mesin? Nanti mesin cuci semua pun bersih juga kan?

Ha... ni nak habaq.... tak semudah tu hukumnya ye kengkawan
Kalau buat camtu, bila baju ada najis bercampur dengan yang tak bernajis, semua tu akan jadi bernajis. Dah tu pulak air mesin basuh tu kan tak sampai 2 kolah kan.. So kalau tak betul cara penyucian najis tu walopun pada zahirnya najis dah hilang, pakaian tu tetap bernajis sampai bila2.. [ikut hukum feqah]. Maksudnya pakaian2 tu semua tak suci & tak boleh dibawa solat. Kena cuci dengan cara betul, barulah boleh dibawa ibadat. Kotor dengan najis berbeza ye kawan2.

Jadi bayangkan le, kita dok basuh telekung, kain baju, seluar, pakaian dalam, sejadah, tuala dan segala2nya, kalau tak suci betul, sah ke tidak sembahyang kita tu??? Fikir2kan la...

Memang la kalau ikutkan cara camni mungkin nampak leceh, remeh, tapi benda2 ni semua melibatkan ibadat kita selama ni. Takkan nak sia2kan ibadat kita yang secebis ni.. Jom sama2 berhijrah biasakan yang betul.

Kalau ada lagi kemusykilan, aku bukan le tempatnya kome nak mengaju soalan, sila la cari ustaz/ustazah yang boleh huraikan kemusykilan korang tu. Aku hanya menyampaikan apa yang aku tahu.

For husband, saya tahu abang nak membantu buat kerja rumah, kesian tengok baju bertimbun dalam bakul, pastu tolong sumbat dalam mesin basuh. Tapi please la sort dulu ikut ciri2 yang disebut di atas.. 

Sekian dari isterimu yang cerewet nak mampus...hahahahaha.


Ni nak share sedikit ilmu dari youtube:




** Kalau aku ada salah mana2, sila betulkan ye..

Thursday, July 30, 2015

AKU SUKA SUAMI YANG MANIS2 NI

Sharing dari fb lagi
[dasar roh blogging belum mari]


Abang, sudi tak nak jadi suami kita yang sweet2 camni???
Kita suka sangat tau!



Friday, May 22, 2015

SUNNAH JUMAAT

Salam Jumaat semua


Jom buat sama2..

Saturday, April 25, 2015

HATI2 SEBELUM SARUNG KASUT

Peringatan untuk diri sendiri
dan rakan2 yang lain
Hati2 ye semua...




Ketuk2 dulu kasut tu sebelum pakai 
Manalah tahu ada "benda2" dalam tu
Lagipun ketuk2 kasut ni sebelum dipakai kan salah satu sunnah Rasulullah
Niatkan untuk ikut sunnah nabi, insya-Allah ada pahalanya...