Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Landskap. Show all posts
Showing posts with label Landskap. Show all posts

Monday, December 31, 2012

FIRST TIME TENGOK BUNGA LIDAH JIN

Kat rumah aku memang banyak pokok lidah jin ni
Senang sebab tak payah siram selalu
Lagipun pokok ni katanya boleh membersihkan udara dalam rumah
So aku letak kat dapur & dalam toilet...hehehe

Sabtu lepas baru terperasan yang salah satu pokok ni tetiba berbunga
Sebelum ni pernah dengar pokok lidah jin ni memang ada berbunga
Tapi aku sendiri tak pernah tengok cemana rupanya
Tapi kali ni dapat tengok depan mata...
Ni rupanya bunga pokok lidah jin ni
Tapi aku punya ni belum kembang lagi
Kalau dah kembang nanti, aku tepek gambar ye...

Thursday, July 19, 2012

INGATKAN DAH MAMPUS...

Subhanallah... kuasa Allah memang besar
Aku baru je cantas pokok kari aku 2 minggu sudah
Aku cantas sampai tinggal batang je
Ni sebab gara2 pokok kari aku tu cam dah kering & melayu

Sib baik aku tak cabut terus pokok tu, aku biarkan je la batang  tu dalam pasu
Lagipun dua tiga menjak ni asyik hujan je.. tu agaknya pokok ni tumbuh balik
Kalau harapkan aku nak menyiram..asyik lupa la memanjang
Semalam masa tengah belek2 pokok bunga, tengok2 pokok kari aku dah ada tunas baru


Panjang lagi umur pokok kari aku ni rupanya..


Tuesday, May 22, 2012

AMBIK FEELING JER

Best sangat ke pakai DSLR tu???
Mungkin pada orang macam aku tak tahu apa perasaan yang syok sangat kalau pakai kamera tu
Orang buta fotografi cam aku ni mana la tau kan...

Tapi kalau aku idak le kot nak beli menatang tu
Sebabnya pada aku  takde value for my money... itu pada aku la [ewah..]
Pada orang lain mungkin amat berbaloi2 untuk beli..
Kalau setakat nak tangkap gambar anak beranak aku tu pakai je la kamera henfon yang ada
Lagipun aku idak le kuaser nak mengusung kamera mulut moncong tu ke sana ke mari
Buat lenguh bahu & tengkuk aku jer...

Hujung minggu lepas, aku tengok bunga raya aku banyak benor berbunga
Padahal aku dah lama tak buh baja pun
Sementelah henfon ada di tangan aku masa tu, terus aku ambik gambar tanpa motif
Tapi lepas belek2 gambar yang aku ambik, boleh tahan jugak kualiti gambar henfon aku ni

Galak sungguh pokok ni berbunga!



Kalau aku camni dah puas hati dah.. takyah le pakai DSLR tu..

Friday, May 18, 2012

KREATIFNYA BERCUCUK TANAM

Bagi orang yang tak kreatif cam aku, benda2 yang sempoi camni memang boleh buat aku kagum
Tabik spring pada orang2 yang mempunyai daya kekreatifan yang tinggi

Ni salah satu cara orang yang kreatif bercucuk tanam
 Pakai botol air gas je ko!!!!
Pasni botol2 camni jangan dibuang...  boleh buat tanam sayur.


 Ni pulak guna gutter. Tau ke gutter tu apa??
Aku pun tak reti nak translate dalam BM gutter tu apa
Yang aku tau saluran untuk takung air yang kat bumbung tu
[kalau tak tahu juga sila tanya pakcik google la yer]


Yang ni pulak guna tin susu je.. pastu decorate la cantik2


Kadang2 datang jugak motivasi nak bercucuk tanam cenggini
Tapi bila ditambah dengan penyakit "M", kirim salam je la
Tapi yang paling membencikan ---> Asal aku tanam pokok je semua mampus. Menyampah!

Friday, February 17, 2012

ADA REZEKI KOT TAHUN NI

Semalam masa on the way pergi kerja aku terperasankan sesuatu
Sesuatu yang ditunggu bertahun-tahun
Sejak aku pindah ke rumah sekarang

Akhirnya, selepas 4 tahun....
POKOK MANGGA AKU DAH BERBUNGA...

Pokok mangga ni jiran depan rumah aku yang bagi anaknya
Pastu aku suruh hasben aku tanam kat luar pagar
[sebabnya kalau tanam dalam pagar, berkemungkinan tinggi cepat mampus sebab tanah kawasan rumah aku tu tanah berbatu & tak berapa subur]

Tu dia bunga mangga.... Gambar ni aku snap dari dalam kereta je
Malas nak turun semata2 nak tangkap gambar

Tak sabar nak tunggu pokok mangga ni berbuah. Tak tahu mangga apa ni. Tapi kalau pokok diluar pagar ni pepaham je la risikonya sebab ntah sempat ke tidak merasa buahnya sebab berpotensi nak kena curi.. Kalau ada rezeki tahun ni, merasa la aku nak makan mangga pokok sendiri...

Monday, June 27, 2011

LAPORAN BERGAMBAR UNTUK ANNA ZULKEFLY

Tahun lepas opismate aku ada bagi anak pokok keladi ni
Masa ambil dari dia tu  aku cuma semai dalam pasu kecik jer
sebulan lepas je aku transfer ke pasu yang lebih besar
ini la hasilnya...

Selepas beberapa edisi kering sampai nak mampus pun ada
sekarang telah membiak dengan jayanya...

Kak Anna, dengar citer baru balik dari Hong Kong
takde ole2 ker????

Monday, May 30, 2011

JOM MEMBERSIH LAMAN!

Wiken lepas, memandangkan cuaca pun agak baik
dah tak hujan macam selalu
dan memandangkan laman rumah aku yang tak sedap langsung mata memandang
dengan rumput rampai yang semakin memanjang
so hasben aku pun koling-koling la Awe si pemotong rumput

Awe ni dah memang sign kontrak tak rasmi dengan kitaorang
jadi gardener tak rasmi sebulan sekali
sebabnya dia je yang ade mesin potong rumput tu
sonang la cenggitu sebab kalau laman dah semak
tepon je dia.. sure dia datang...

Ahad lepas, laman dah dibersihkan
pokok2 pun dah trim kasi lawo
mana dahan2 yang dah tak berapa bermaya tu, dah dicantas
bersungguh si Awe nak memangkas dahan pokok geti yang hidup segan mati tak mahu tu.

lepas buat keje kami bagi upah
so far sangat puas hati dengan keje si Awe ni
kemas je dia potong rumput
lepas Awe selesai mesin, tuan rumah le kena bersihkan rumput tu
nak harapkan aku... sori la... so sape kena buat?
Cik Abe aku le.....

Monday, November 29, 2010

Mintak tolong, ini pokok apa??

Nak tumpang tanya
ade sesapa yang tau tak ini pokok apa?
[pokok yang dalam pasu no 15 tu yer...]


Aku sangat berkenan dengan pokok ni
sebab daunnya lebat & bila besar dia cam bushy je
cantik untuk letak dalam rumah
[aku ade nampak kat satu kedai kitchen cabinet kat Wangsa Maju]
kalau sape tau sila maklumkan tuan blog ini yer..
thanks!