Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Hamster. Show all posts
Showing posts with label Hamster. Show all posts

Monday, March 28, 2016

MEREKA PERGI JUA....

Petang semalam masa tenga belek2 Mici
Tertengok la hamster
[sangkar hamster tu atas sangkar Mici]

Aku tengok hamster senyap je
Dua2 cam tido
Aku try la tiup2 & goyangkan sangkar
Selalu tu mesti diaorang nguit2 kan
Tapi semalam langsung takde reaction

Aku sentuh badan diaorang pun cam takde reaction
Sah le dah mati kot
Tunggu sampai malam
langsung takde perubahan posisi
Konfem la tu dah tamat riwayat dua ekor hamster tu


Tak tahu apa punca diaorang mati
Makanan & minuman ada je dalam sangkar tu
Mungkin dah ajal diaorang..
Sedih gak...sebab dua2 sekali mati
Sekarang tinggal Mici sekor je la yang ada...



Monday, February 1, 2016

WALAUPUN HANYA SEEKOR KUCING HITAM

Ihsan bukan hanya pada manusia tapi pada haiwan
Kesian bila tengok ada haiwan yang ditinggalkan begitu sahaja
tah ke mana ibunya di kala saaat dirinya sendiri masih awal dilahirkan ke dunia
Dibiar sendirian, kesejukan, kelaparan
Allah!

Tu baru cerita anak kucing
Tengok anak kucing yang ditinggalkan pun kita kesian
Ini kan pulak anak manusia
yang ditinggalkan, dibuang, dibunuh...


Alkisahnya kucing ni aku jumpa di bawah kereta kami kat porch
Ingatkan ada mak dia sekali
rupanya dia sorang je... 2 hari dia kat situ 
Patut la dia mengiau tak berenti.. lapar agaknya

Semalam masa hasben alih kereta
Mintak tolong hasben tengokkan anak kucing tu
entah ada nyawa lagi ke idak
Maklum la aku ni penggeli sikit dengan binatang2 berbulu & berkuku ni
Takut pun ye... 
Alhamdulillah hasben ambik & tengok dia hidup lagi
Hasben ambik pastu bubuh dalam kotak
pastu hasben bagi susu kat anak kucing tu [guna syringe]

Kesian tengok dia
Nak jalan/berdiri pun terketar2 lagi.. belum cukup kuat
Semoga panjang umur la kucing tu...
Dan mungkin ada sebab Allah hantar anak kucing tu ke rumah kami

Kami belum decide nak bela @ tidak kucing ni
Buat masa ni jaga sekadar supaya dia kuat sikit
Mungkin bila dah kuat & mampu berdikari kami akan lepaskan dia
Aku belum mampu nak mengadap taik & kencing kucing tu nanti..hahahahaha
Nak beli segala makneka perkakas kucing, makanan kucing, kena fikir "duit" lagi
[makanan MICI pun kadang2 mis...huhuhuhu]

Ha tu dia... bertingkek2 binatang peliharaan
arnab-hamster-kucing




Thursday, November 26, 2015

MISTER BUSYUK

Semalam masa tengah sibuk nak kemas2 dapur
Amira dok lalu lalang 
kejap ke dapur, kejap ke depan
Pastu dia cakap
"Mama, busuk la mister ni"

Aku ingatkan dia dok ajuk cerita tv
Aku pun ha ah kan je la
Pastu asal dia pegi dapur je  dia mesti cakap
"Bucuk la mister ni"

Aku buat dono lagi
Last2 aku ajak Amira pegi depan sebab aku dah siap kemas dapur
Lalu je kat tepi sangkar rabbit
Baru la dia tunjuk sambil tutup hidung
"BUCUK LA MISTER NI"


Lorrrrrr hamster rupanya
Dari hamster terus jadi mister...
Konpius mak!

Tuesday, November 17, 2015

RUMAH BARU

Weekend lepas hasben dah belikan sangkar baru
untuk si hamster la
selama ni dok dalam balang je...

Sangkar yang lebih besar
Sangkar yang lebih cantik


Siap ada gelongsor
dengan roda berputar untuk si hamster exercise



Tu dia encik2 hamster bergumbira dengan rumah baru


Pasni hasben kata nak tukarkan sangkar si Mici pulak
Sian Mici dah sempit duduk dalam sangkar lama..


** Hasmter2 ni belum ada nama lagi...



Monday, November 9, 2015

NEW PET

Hasben aku ni kan memang la pencinta binatang
Suka sangat bab bela membela ni
Aku je tak minat benda2 gini...
Aku kesian nengok binatang2 ni terkurung je..hahaha
Tapi as long as encik hasben rajin nak mengisahkan kencing berak binatang peliharaan dia tu
aku ok jerrrrrr

Semalam bertambah haiwan peliharaan
Lepas arnab, beli hamster la pulak
Tu dia tergolek dok dua ekoq hasmter


Semalam kan hujan, sejuk je, syok la diaorang tido


Comel je tidoq camni..


Buat sementara duduk la dalam rumah botol ni
Belum beli sangkar lagi..