Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, October 6, 2020

JEJAK WARISAN @ KUALA KUBU BHARU

Semenjak anak sekolah kat Kuala Kubu Bharu (KKB) ni, selalu la kami dok berulang ke sana. Walaupun dekat je dengan Batang Kali, kalau takde sebab musabab memang jarang le ke KKB tu. Tapi sejak asyik menjenguk Adib di hostel, KKB tu dah jadi kampung halaman gitu...hahaha

Rupanya banyak lagi tempat menarik tak discover kat KKB tu. Sekali pergi kita ronda2 la apa yang ada kat sana. Bebaru ni lepas jenguk Adib, kami jalan2 ke pekan KKB. Sebenarnya anak2 nak main kat taman permainan. Lepas puas main aku ajak anak2 jalan2 kat kawasan sekitar. Aku parking kat kawasan taman permainan pastu kami jalan kaki je kat area2 situ..

Sejuk & redup je jalan kat sini
Kat sini hanya ada pejabat2 kerajaan. Disebabkan kami pergi tu hari Ahad, memang lengang je le jalan tu. Nak jalan tengah2 jalan pun apa ada hal... Jalan kat sini cam membukit sikit, so feeling2 hiking pun ada..😅

Kat penghujung jalan ni ada la Menara Jam King George ni

Rupanya menara ni salah satu Tapak Warisan kat KKB ni
Selain tu ada lagi tempat2 lain yang jadi tapak warisan ni


Posing2 jap kat menara jam



Dari atas bukit ni boleh le nampak pekan KKB tu.
Hari Ahad pekan pun tak sesak.. Kalau hari bekerja tu memang agak ramai le orang kat pekan tu.


Next time kita jelajah lagi tempat2 menarik kat KKB ni.




Wednesday, August 12, 2020

HAPPY BIRTHDAY, ANNUR JASMIN!

 12-08-2020


Anak dara paling bongsu dah genap 6 tahun dah hari ni.. Kejap je dah 6 tahun. Pengalaman mama bersalinkan dia pun takleh nak lupa lagi.. Budak ni la yang paling berat masa lahir compared dgn abang & kakak2nya. Masa bersalinkan budak ni la sampai buat mama serik bersalin sebab rahim mama koyak.. Huish... Pengalaman ngeri tumpah darah kat labour room.. Huhuhu

Pastu dia la yang paling manja, dia la yang paling kuat tantrum & mengaruk. Dari budak ni la mama belajar sabar tahap tertinggi😅😅.

Apapun mama bersyukur dikurniakan seorang Jasmin sebagai penyeri dalam hidup mama. Semoga Jasmin terus cemerlang, bahagia, sihat & sejahtera di dunia & akhirat. Semoga hidupmu sentiasa diberkati Allah. 

Happy birthday ANNUR JASMIN. 🎂🎂😘


Jasmin now & then😊




Monday, July 27, 2020

TERJEBAK BELI FILEM DI ASTRO FIRST

Tak pernah sepanjang hayat aku beli movie kat channel 480 tu
tapi gara2 filem Keluarga Iskandar The Movie aku terrrrrrrbeli jugak la movie ni
Walaupun aku pakai Njoi je, tapi sebab gedik nak nengok jugak movie ni, ku korbankan jugak RM15.90..Hahahaha..
Selalu tu aku tengok online je tapi sebab  kebosanan melanda masa weekend lepas, tu yang gigih beli movie ni kat Astro First .


Aku memang folo drama Keluarga Iskandar tu dari season pertama lagi
Pastu sambung season 2
So bila keluar yang movie ni terus rasa tak sabar nak tengok
sebabnya nak tahu apa lagi kekecohan yang berlalu dalam Keluarga Iskandar.
Cuma dalam movie tu Kay a.k.a Kak Ngah takde la pulak.. kalau ada mesti lagi best.


Sekali beli movie, boleh tonton for 48 jam.. Makanya tah berapa banyak kali la dok ulang2 tengok movie ni.. Channel lain memang tak layan la... Tak jemu2 sungguh la anak2 aku ni.

Yang kelakar tu adik aku yang duduk Shah Alam, boleh datang rumah aku semata2 nak nengok movie ni... Sanggup datang Ahad petang, Isnin pagi terus pergi keje kat Shah Alam nun all the way from Batang Kali.. Gigih you sis!

Sapa yang tak pernah layan Keluarga Iskandar ni mesti tak tau hujung pangkal gak cerita ni. Pelik pulak deme tengok drama ala2 Keeping Up With The Kardashians ni. Cumanya yang Kardashian tu memang betul la family Kardashian, tapi dalam keluarga Iskandar ni  semua tu pelakon tapi diaorang bawa watak as satu family yang memang sangat2 typical Malaysian... Takde satu watak pun yang rasa tak kena.. semua kena je & semua anak2 Mak Jah memang ada la perangai yang lebih kurang cam family member kita sendiri kan.. Memang ketawa sendiri kalau layan Keluarga Iskandar ni.

Even yang version movie ni pada aku tak la best macam versi drama, tapi ok la untuk tontonan santai. Watak utama tentulah Mak Jah kan.... Very mak2 sangat.. Nasib la mak aku tak macam tu..hahahaha. Anyways, memang aku bagi 4 bintang la untuk filem ni. Sebab Kak Ngah takde, kalau ada Kak Ngah rasanya mau 5 bintang aku kasi..

Kalau korang jenis layan Keluarga Iskandar ni mesti dah selalu dengar ayat2 & perkataan ni kan??

* Allah kan dah set from the top
* cow girl
* dinosour
* constipation
* twisted blade
😆😆😆😆


Sapa yang belum tengok pi la tengok... 
Dalam tu ada Ude tau... 2 season depe sorok sapa Ude tu, dalam movie baru reveal... 






Thursday, December 12, 2019

TAMAN TASIK MILLENIUM KUALA KUBU BHARU

Dok Hulu Selangor dah berbelas tahun
tapi ini la kali pertama pergi Taman Tasik Millenium [TTM] ni
Selalu juga dengar orang pergi beriadah ke sana
tapi aku idak sampai2 juga...hahahaha
Dasar malas berjalan kan..

Haritu masa lepas buat IC Adib, saja la jalan2 kat area Kuala Kubu [KKB]
Ronda2 apa yang ada kat area sana
Baru la "tersampai" kat Taman Millenium tu 
Takde la jauh sangat dari rumah sebenarnya
Landmark kalau nak pegi sana, cari je Darul Quran 
Insya-Allah sampai 😁

So satu petang weekend, terasa nak ajak anak2 jogging [read: brisk walk] ke TTM tu
Lepas Asar terus gerak ke sana
Taknak pi lambat2 sebab nanti dapat duk sana kejap je
Perjalanan je dah 15 minit kan
Sampai sana dalam pukul 5 ptg.. Orang masih tak ramai.. so best la.. Lagipun haripun tak berapa panas.. Berangin pulak tu.

Luas tau TTM ni... ada taman permainan, ada stadium mini, ada tasik, ada kawasan camping... Menghijau je pemandangan... Rasa tenang je..
Parking pun banyak 
Memula sampai anak2 aku dah nak ajak main dulu
So pujuk2 la dulu, kita gi jalan2 @ joging keliling tasik dulu pastu baru kita gi main
Ok la dia orang setuju.. Sebab memasing eksaited.
Itupun sebenarnya nak joging pun tak tahu nak start kat mana dulu.. nak ke kiri ke kanan..So aku ajak pusing tasik dulu

Wajib posing sini dulu..hehehehe


2 budak kecik tu dah kedepan dulu
Laju je berlari...
Mama korang dah tercungap kat belakang...hahahaha


asyik2 jerit "cepat la mama ni"
Tau la korang nak cepat2 round sebab nak gi main kan...


Sepanjang laluan joging tu ada je tempat2 untuk exercise ni
Tempat duduk2 pun banyak gak
So bila penat joging boleh berenti jap
Budak2 ni layan le palang2 ni sementara mama ambik napas


Dah sampai seberang tasik
Penat wei nak pusing tasik ni.. luasnya....



Nun jauh sana tempat kami parking kereta
[start joging pun dari sana]


Kalau dapat bergayut ni memang feveret Amira



Ada menara tinjau jugak tapi pintunya kunci
so tak dapat la naik ke atas nak tengok pemandangan dari atas
Menara tu selalunya untuk buat acara flying fox
Tak tahu pulak bila masa diaorang akan buka


Posing kat sebelah menara jadi la
Belakang tu pun tasik juga


Another pit stop..
Just kami 4 beranak je
Adib tak join sebab dia ada latihan bola


Jom teruskan perjalanan....
Jauh lagi nak sampai starting point
[tak larat joging dah... jalan je la]


dah hampir sampai starting point


Dalam pukul 6 camtu orang dah start ramai
Ada yang jogging, ada yang bawa anak2 ke taman permainan
Dan seperti dijanjikan, lepas round tasik Amira & Jasmin nak main kan
ha pi la main puas2



Lepas puas main kat sini, diaorang ajak main kat kawasan lain pulak

Ni kawasan2 untuk toddlers la
Banyak juga mainannnya.. 

Ni kalau dari pintu masuk TTM dah boleh nampak 'Buaya' beso ni



Muka cuak naik alat exercise tu
Apatah namanya... yang untuk gerakkan kaki tu
Dia sibuk bila nampak mama dia naik benda tu
Dia nak main juga... tapi bila dah naik, jerit2 dia nak turun pulak
Gayat le tu


Gayut jangan tak gayut😁




Overall memang best la pi TTM ni
Sekali sekala bawa anak2 ke sini berbaloi la
Next time kita boleh pegi lagi ye











Tuesday, September 24, 2019

JALAN² TONTON BOBOIBOY MOVIE 2

Ni cerita awal bulan haritu, masa cuti hari merdeka. 
Kan next day tu pun cuti, so maksu budak2 ni ajak la kami pegi tengok wayang. Dia nak belanja katanya tengok BOBOIBOY MOVIE 2.
Budak2 ni bila cakap nak tengok Boboiboy, meloncat la happy
Alhamdulillah rezeki budak2 ni le.. sebab dah lama deme ajak tapi mamanya delay2 je..Hahahaha..

Adik aku dah beli tiket online dah siap2.. Senang kan
Kami pegi kat TGV kat Aeon Rawang je.. Itu je panggung wayang terdekat dengan Batang Kali kan. Wayang start kul 10.45pg, so kami bertolak dari rumah dalam pukul 9pg. Siap2 lepas sarapan terus la gerak ke Rawang.

Kali ni dah pesan siap2 kat Jasmin & Amira suh bawa sweater
Karang asyik nak mengulang ke toilet 4-5 kali sebab nak terkencing
Macam pengalaman tengok wayang sebelum ni.. adoi.. tak kusyuk nak menonton dibuatnya. Itupun aku spare juga bawa pashmina kot2 la kesejukan melampau kat dalam tu nanti.

Tq Maksu... sebab belanja tengok wayang


Adib pun ada sekali ni ha....
Aleeya pun ada tapi bangsa tak suka nak bergambar kan.. memang takde la gambar dengan dia..hehehehe


Sebelum wayang start sempat la posing2 dengan gambar2 Boboiboy ni dulu
Ni pun kena cepat2 sementara tengah clear
Elok lepas tu ramai pulak orang nak bergambar kat situ


Bajet comel la buat muka camtu ye Jasmin..


Mira & Mama😇


Sementara maksu & abang Adib pi beli popcorn, kita tangkap gambar lagi 

Tangkap gambar dengan shark pulak
Muka Jasmin tak pueh hati tu..hahaha


2 jam duduk dalam wayang tu sangat behave la budak2 ni
Cuma Jasmin ada la nak terkencing sekali masa tengah tengok movie
Terpaksa la bawa dia ke toilet (terlepas beberapa minit scene Tok Kasa..hehehe)

Overall, cerita Boboiboy ni best la juga... Walopun aku ni tak minat sangat Boboiboy ni tapi kira terpaku la juga tengok movie tu.. Boleh bagi 5 bintang la. Hebat animasi tempatan ni.. Yang penting anak2 enjoy, mama pun lega....







Monday, June 10, 2019

SALAM AIDILFITRI 2019




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

DARI KAMI SEKELUARGA







Wednesday, March 27, 2019

BIRTHDAY AMIRA & BIRTHDAY WAN

Bulan 3 ni ramai juga family member aku yang sambut birthday

17/3 - Birthday adik aku si Acik
18/3 - Birthday Wan (datuk aku)
22/3 - Birthday Amira & Heliza (anak Acik👆)




Ni lah Wan aku
Gambar ni sepupu aku yang send kat group whatsapp
Diaorang celebrate simple2 je kat kampung
Kalau ramai2 sure lagi best kan
Dah 86 tahun dah umur Wan kita
Semoga terus diberikan kesihatan yang baik pada Wan


Ni pulak Amira
Genap dah 6 tahun  minggu lepas
Kebetulan pulak masa birthday dia tu kat sekolahnya buat sambutan harijadi untuk murid2 yang birthday bulan Mac
Tahun ni kiranya dia celebrate kat sekolah la

Semangat pi beli kek kat kedai kek
Beli yang mur2 je sudah
Malas nak tempah2 lah... lagipun mesti ramai yang celebrate kat sekolah tu
Banyak2 kek karang tak termakan pulak..


Sebab beli kek kecik, aku oder la brownies ni dengan jiran aku 2 bekas
Buat hantar ke sekolah jugak


Ni gambar yang cikgu Amira send kat aku
Ramainya March babies... 10 orang....
Tengok kek2 diaorang tu... bersusun atas meja 😅



Birthday Girl!


Amira & kawan2..


Happy la Amira dapat celebrate birthday dengan cikgu & kawan2
Kat rumah celebrate simple2 je
Dia pun ok je

Apapun, mama doakan Amira sentiasa bahagia di dunia akhirat
Semoga menjadi anak yang solehah, penyejuk hati keluarga, anak yang cemerlang & berjaya di dunia & akhirat.