Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 1, 2010

Aku masak tiub basikal minggu lepas

Takde idea nak tulis entry hari ni tapi belek2 gambo yang ade dalam henpon ni terjumpa la gambar aktiviti masak memasak aku minggu lepas. La ni dah hujung bulan so harus la cek stok2 barang dapur yang dah habis. Buka2 kabinet ternampak la beberapa item yang tengah tunggu masa nak expired je. 

Ditambah dengan tahap kemalasan untuk memasak yang berada di tahap super saiya, aku pun masak benda yang paling sonang je le.. Tak payah nak siang2, kopek2, kupas2 dan yang sewaktu dengannya. Cuma bukak penutup, koyak plastik curah dalam periuk...

Masa beli barang dapur 2 bulan sudah tetiba aku beli la pasta yang tak pernah diterai masak lagi. Aku beli yang ini. Tah ape namanya... tapi bila aku tanya makcik google dia kata namanya CANNELLONI.. [Italian gitu!!!]
-sape yang tak tau, ni la rupe cannelloni ni-

Sebabkan dah lama dalam kabinet, takut la expired takpun ade kutu pasta (bukan beras je ade kutu tau), aku masak je la benda alah ni.. Memula aku buat macam spaghetti bolognese tu (makan asing2 pasta dengan kuah) tapi tak laku la pulak. Malam tu, kuah & pasta masuk peti ais, esoknya aku carry forward buat lunch..[Bekfes dah makan nasik lemak buat sendiri..]  Hehehe.. Senang citer GORENG je la... pasta campak sekali dengan kuahnya... ejas2 sikit kasi pedas... SIAP!!


En somi bukak tudung saji siap tanya..."apa benda ni?? Macam tiub beskal jer..." Malas nak jawab panjang2..."Makan je la bang, usah banyak citer.." Satu kuali tu bahagi dua - bagi Cik Besah separuh. Tak sampai setengah jam dah licin  mangkuk yang dihantar kat Cik Besah [anak2 buah aku yang bedal... sian cik Besah tak dapat rasa].  Bengang jer orang tua tu.. Next time la pulak aku masakkan untuk dia [janji manis je nih..] Tak pun mak suruh la menantu mak yang lagi sorang tu masakkan...

1 comment:

Eliss said...

mcm abah aku jugak bila first time tengok mender ni..hehehe