Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Lumut. Show all posts
Showing posts with label Lumut. Show all posts

Tuesday, October 17, 2017

TAMAN PAYA BAKAU

Sebelum bertolak balik ke Ipoh dari Lumut
Singgah kejap kat Taman Paya Bakau ni
Tak jauh pun dari simpang Lumut tu... 

Tempat ni pun dah lama gile aku tak pegi
Last datang sini masa dating2 dengan boifren dulu
[Lama dah tu... dah 13 tahun 😅😅]

Rupanya selain dari boleh tengok flora & fauna di kawasan paya bakau
Boleh tengok beruk sekali
Last time aku pergi takde lagi beruk2 ni
Tapi masa kami pergi bebaru ni memang banyak beruk
Takut juga kot2 dia melompat atas aku
Amira & Jasmin nasib baik la OK
Takde la menangis @ mintak dukung masa kat situ

Kat main entrance Taman Paya Bakau


Salah seekor beruk yang ada...
Yang lagi besar pun ada... takut tengoknya..


Yang ni pulak kat tepi2 laluan tu
Yang ni yang aku takut kalau melompat atas aku...


Taman Paya Bakau ni nampak dah agak uzur
Banyak laluan dah reput & berlubang
Bahaya juga la kalau bawa budak2
Takut diaorang terjatuh dalam paya tu


Kat dalam area ni ada juga menara tinjau & jambatan gantung
Aku tak naik pun sebab anak tangga banyak dah takde
Lagipun takut Amira & Jasmin gayat naik jambatan gantung tu
Dibuatnya diaorang memekik2 atas tu tak ke haru dibuatnya


Aleeya atas titi gantung


Mak dengan anak buah aku tengah meniti atas jambatan
Aku tangkap gambar dari bawah je


Memandangkan kami bertiga je tak naik jambatan gantung
kami selfie je la kat bawah ni sambil lambai2 diaorang kat jambatan tu


Tetiba budak ni suruh ambik gambar dia pulak
[Peace masih tak lepas 😅]


Besar kawasan dalam ni... banyak  laluan
Kalau jalan sampai hujung boleh nampak laut
Tapi kami tak jalan pun sampai situ sebab nampak cam jauh ke dalam hutan sangat
Takut pulak😅😅

Last picca before balik...


Alhamdulillah... seronok jalan2 bersama keluarga ni
Walaupun jalan dekat2 je
Diam2 masa tu aku rindu sangat kat suami aku
Kalau la dia ada.............









Monday, October 16, 2017

JALAN² KE LUMUT

Banyaknya cerita tergendala aku ni
Tunggu mood sampai baru la boleh mengarang
Hahahaha...

Cerita ni pun masa aku  balik Ipoh haritu
Saja ajak mak jalan2 ke Lumut
Takde tujuan apa pun saja nak bawa mak pegi jalan2 je
Lagipun adik aku pun ada kan
Reramai best la sikit

Lumut dengan Ipoh tak jauh mana pun
dalam sejam lebih sampai la
Kami bertolak dalam pukul 10.30 pagi, sebelum pukul 12 tengahari dah sampai dah.
Lama dah aku tak pi Lumut rasanya
Last aku pergi pun masa tu Amira pun takde lagi

Aku kononnya nak pegi Muzium TLDM tu
Tup2 rupanya dah tutup
Under construction katanya sebab kapal tu bocor
Kesudahnya kami cuma jalan2 di Jeti Lumut tu je

panas terik oiiii... nak celik mata pun payah☺


Hari pulak panas terik... Nasib la berangin duduk tepi laut tu
Jasmin pulak agaknya perut tak sihat
Baru beberapa langkah udah muntah
Dah le aku dukung dia masa tu.. nasib tak kena baju aku & dia


Lepas dia muntah tu baru ok sikit... 
Opah belanja makan aiskrim sambil kami lepak2 tepi laut tu


Amira & sepupu dia Humairah





Lepas semua habis makan aiskrim kami pi la jalan2
konon nak cari benda2 hasil laut la
Sebabkan panas, mak ajak lunch dulu
Makan pun dekat2 situ je


ini yang sedap di kala panas2 ni


Lepas makan, perut kenyang baru la best nak shopping
Tapi ekcelinya takde nak shopping sangat
Tapi kalau ke Lumut ni macam wajib juga la beli benda cam keropok sotong, ketam, udang, satay ikan, ikan bilis dlll
dalam kata taknak beli sangat tu, melayang juga la rm40-rm50 kan....

Sebelum balik kami singgah solat zohor dulu kat masjid kat pekan Lumut tu
Ya rabbi bahangnya usah cerita walaupun kipas dah buka
Lemas duduk dalam masjid
Cepat2 sembahyang lepas tu masuk kereta sebab nak aircond😅

Ada cerita pahit selepas kami balik dari Lumut ni tau
Malam tu boleh kata majoriti kena keracunan makanan
Yang tak kena cuma Amira, Jasmin, Mak & adik aku suami isteri
Yang lain semua kena muntah & cirit birit
Suspeknya makan asam merah yang macam baldu tu
sebabnya bila muntah memang keluar merah pink2 tu
Aku makan 2 biji je kot
Nasib la Amira ngan Jasmin tak makan
Tapi anak2 adik aku memang kena la... muntah non stop
sampai kena admitted hospital la malam tu
Kesian diaorang...
Tapi deme memang makan asam tu sungguh2...
Adoi... kenangan sungguh pi Lumut kali ni

Tengok kat plastik asam tu, expiry date lambat lagi
Maybe ada bahannya tu la tak tahan dengan perut kami
Pasni banned la asam tu..takmo beli dah!