Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Taiping. Show all posts
Showing posts with label Taiping. Show all posts

Friday, August 7, 2015

BERAYA DI KAMUNTING

Raya kedua dari Pantai Remis ke Taiping
Dah alang2 sampai Taiping, aku ajak la hasben gi beraya rumah kawan aku
Memang dah lama tak jumpa member sorang ni
Dah lebih 21 tahun kot
Lepas sekolah memang lost contact
[dia pun sampai Form 3 je kat sekolah aku dulu]
Terjumpa balik dalam fb

Kebetulan pulak dia balik Taiping
makanya dapat singgah le rumah dia
Jenuh jugak nak cari rumahnya sebab tak pernah sampai kan
Nasib la tau jugak le jalan2 arah ke rumahnya tu
Pastu main ikut direction yang dia bagi je la
Nasib tak sesat [sebab drive malam]

Tu dia... lepas 21 tahun tak bersua muka
Aku makin kembang, dia tetap maintain... jeles!
Siap bersua dengan anak2 masing2 le ye

Budak dua worang ni sebaya tau
Lahir tahun yang sama, tapi bulan lain2 la

Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak beraya & berjumpa kengkawan lama

Esoknya pula, sebelum balik Ipoh 
singgah beraya ke rumah bapa saudara hasben pulak
[Adik kepada bapa mertua aku]
Rumahnya pun berhampiran dengan rumah kawan aku tu jugak

Sebelum check out chalet
Kita selfie dulu ye Jasmin
[eeee... bulatnya muka mama]


Sementara tunggu abah singgah kedai beli apa tah
Snap gambo budak kememeh ni..

Sampai di rumah pak sedara tu, dah siap masak tengahari
Langkah kanan.... memang tengah lapo pun
Pagi tadi breakfast makan roti jer...

Fotogediks Cik Besah bersama Aleeya
[hehehehe]


Porch rumah pak sedara ni luas...
Pakat bentang tikar, makan kat luar ni je
Jasmin suka la bila ada orang yang nak melayan dukung timang dia..
Selalu tu dia bukannya nak dekat orang
Hanya insan2 terpilih je yang dia nak


Kakcik cam biasa la...
Buat kelaku dia
Tu sebab abahnya ada belikan mainan 
elok la berkepit dengan abahnya...hahahah
[boleh mama makan nasik dengan tenang...fuh!]



Dalam kul 3 petang, kami gerak balik Ipoh
Cik Besah & the geng nak balik Batang Kali
Ingatkan nak masuk highway, tapi jem tak hengat dari Changkat Jering..
Last2 kami ikut jalan dalam jer
Fuh... 3 jam baru sampai Ipoh tau! Dah macam perjalanan Ipoh-Kolumpo je..
Raya dan jem... memang takleh nak dipisahkan...


Next: Pasni sambung raya kat Ipoh pulak.









Wednesday, August 5, 2015

BERAYA SAMBIL BERCUTI DI KAMALODGE RESORT TAIPING

Hari Raya kedua, mak aku ajak balik kampung di Pantai Remis
Saja la balik jumpa tokwan & sepupu sepapat kaum kerabat yang ada
Pegi pun balik hari je... tak tidur sana pun

Hari tu juga, Cik Besah and the gang, balik ke Parit
Balik pun sebab pak mentua aku nak singgah kubur arwah mak & abah dia
Dah alang2 diaorang balik Perak, tu yang abang ipar aku ajak hasben aku ke Taiping
Memandangkan Taiping dengan kampung aku tak le jauh sangat
so on je la...

Petang tu, lepas beraya di kampung, semua balik Ipoh
kami terus ke Taiping
Sampai sana Cik Besah dah sampai resort dah
Kami la yang last check in
Lewat sebabnya jem dari Terong ke Changkat Jering.. fuh..

Rupanya abang ipar aku book kat KAMALODGE RESORT
Suka la anak2 aku sebab ada kolam...
boleh berendam sampai kecut
Aku pun suka juga sebab dapat tido dalam ekon
[kat rumah mak aku, panas berbahang usah cerita...]

Tu dia kolam dari view bilik aku..


KAMALODGE ni dalam kawasan Lake Garden tu je
Korang cari SERATAS, sure jumpa tempat ni..hehehe
Suka suasana sini... sejuk je
Untung sapa dok Taiping ni..

Ni chalet yang kami duduk
Bilik aku yang bawah sekali belah kanan tu

View chalet kami dari seberang kolam
[gambo google je]

Sorry la takde gambo dalam bilik
Aku lupa nak tangkap gambo.. dah sibuk dengan anak2 kan
Bila free, bilik pun dah berkecah baikkkkk punya
So lupakan je la..

Korang google je la ye...
Kami duduk satu malam je kat sini..
Ok la... nanti boleh datang sini relax2 dengan family lagi.






Thursday, January 31, 2013

FURAMA HOTEL TAIPING

Masa pi Taiping bebaru ni, masih lagi menginap di hotel yang sama dengan sebelum ni
FURAMA HOTEL
Bukan aku yang booking, tapi abang ipar aku
Maybe sebab dia dah biasa kot dengan tokey tu..hehehe


Review pasal HOTEL FURAMA ni aku pernah buat kat SINI
So korang boleh cekidaut kat situ yer..

Kali ni masih dapat bilik tingkat bawah
[lega... tak payah nak mendaki banyak anak tangga dengan perut yang semakin memboyot ni]
Cuma kali ni dapat bilik lain pulak
Bilik yang dulu memang aku tak berapa selesa sebab bila buka pintu je terus nampak tilam
Cam takde privacy
Tapi kali ni ter.......sangat lain dari yang aku imejin... agak eksklusif sikit la
Tak caya??? Meh tengok ni..
[sila abaikan sepah2 tu..]
Sebabnya.. ada grill ni kan.. cam jadi partition sikit
Lagipun grill ni senang buat nak sangkut baju
[Aku basuh tudung, pas tos air terus gantung kat sini.. cepat kering sebab direct kena ekon]


Ni la tempat pembaringan kami..
Luckily aku bawak bantal bulat tu... senang nak tidur dalam kereta
dan juga menjamin keselesaan tidur malam2... buat sendal perut..

Kali ni pegi banyak sikit channel Astro yang ada.. jadi la nak layan movie kalau boring2

Pintu ke bilik air.. Cantik kan??

Toilet sama je konsep dengan bilik lain
Just nice la walopun kecik
Yang paling best shower dia la... air laju gile.. dapat mandi lama2 

Tuesday, January 29, 2013

TAIPING... MACAM LA JAUH SANGAT

Sempena cuti hujung minggu + Thaipusam bebaru ni
Kami satu keluarga Cik Besah pi ke Taiping & Kulim
Nak melawat la adik FIL aku yang tak sihat tu
Aku pun baru nak tayang muka kat makcik tu
[kiranya fes time la menjejak kaki ke rumah Mak Yang Ma tu]

Perjalanan bermula dari Batang Kali pukul 8.30pg
Itupun aku yang lambat sebab nak siapkan anak2 lagi
Nak kemas barang2 lagi... [tak sempat nak siapkan malam sebelumnya]
Kami tak masuk highway pun memula tu, ikut jalan lama sebab senang nak berenti kencing
Kalau ikut highway, jenuh la nak tunggu dari satu R&R kan
Ikut jalan lama ni tepi hutan pun boleh kencing..hehehehe
Ini budak dah nak terkencing sangat.. terpaksa la berenti tepi jalan
Walhal sebelum tu dah berenti kat stesen minyak tapi masa tu dia kata taknak kencing

Sampai di Tapah, baru masuk highway
Baru je masuk highway dah start jem... tak tau la pasal apa
Bengang betul.. kalau tahu nak jem, tak kuasa la nak masuk highway
Sampai kat Gopeng, terus exit highway
ikut jalan lama pulak ke Taiping ikut Parit-Manong-Kuala Kangsar
Itu pun jem sikit2 kat KK.. pehtu masuk balik highway
Again... jem balik kat Bukit Gantang & Bukit Berapit
Huh.. tension aku!!! Walaupun aku tak drive, duduk saje pun lenguh dah pinggang
Nasib la aku tergerak nak mengusung nurturing pillow aku.. selesa la sikit
Yaya pulak dah berapa kali terlelap dalam kereta
Akhirnya sampai jugak ke Taiping pukul 4.00 ptg... 
Gile lama kan ada kat atas jalan.. walhal tengahari dah patut boleh sampai kan
[itu sebab aku tak berapa suka konvoi2 ni...]

Sesampai Taiping, singgah dulu rumah Pakcu Bahar
Makan dulu & tunggu dia siap2 sebab dia pun folo nak ke Kulim
[rumah Mak Yang tu dia je yang tahu jalannya]

Bergerak dalam pukul 5.30ptg... badan aku dah letih giler dah
Aku dah suggest kat Makcu pegi la esoknya pagi2 tapi org lain nak pegi jugak petang tu
Sapalah aku yang picisan ni nak bagi pendapat.. ye dak???
Suka tak suka, folo je la....
Sampai rumah Mak Yang pun dah pukul 7.30mlm
Rumah Mak Yang ni luas.. suka la budak2 tu main
Sampai berpeluh2 mengalahkan orang main bolasepak kat padang

Sebahagian dari rumah Mak Yang

Duk kejap, deme ajak makan nasi terus kat situ...
Pas makan sure la borak2 la... aku ni dah lenguh dah pinggang
Badan pulak dah berlengas2... seriously aku memang tak selesa sangat2...
Dan aku rasa aku adalah sangat busuk hari tu 
[peluh basah & kering sepanjang hari]
Sabar je la... dah pukul 10.30mlm baru bertolak balik ke Taiping
Sebabnya abang ipar aku dah booking hotel kat Taiping
Lagipun ada sorang member dia pun nak datang malam tu jugak..

Dekat pukul 1 pg baru sampai hotel..
Letak barang, terus suruh anak2 pegi mandi
Lepas deme siap, turn aku pulak nak memandikan diri
Baru la lega... dah le tu shower kat hotel tu best sangat tau...

Dok hotel mana??? Mana lagi kalau bukan FURAMA HOTEL
Kali ni  dapat bilik best sikit dari sebelum ni.. nanti aku story dalam next entry.


Wednesday, June 6, 2012

NIGHT SAFARI @ ZOO TAIPING

Sebelah malam, dalam kul 9 tu kami ke Zoo Taiping pulak
Nak merasa Night Safari la kononnya... selalu pegi zoo siang2 kan
Tapi yang tak bestnya, tak berapa nampak binatang... gelap kan..
Lagipun malam sejuk sikit dari siang yang panas membahang
[Lama gile aku tak gi Zoo Taiping ni.. last aku pegi pun masa aku belum kawen pun]




Aku & Cik Besah dah pakat dah nak naik train je sebab malas nak jalan
Sekali bila sampai tengok2 barisan sikit punya panjang le
Kensel niat suci murni kitaorang tu... nampaknya kena menapak le
Sementara nak masuk tu shopping la sikit2 souvenir kat luar tu
Cik Besah ngan Kak Ti shopping le...
Ingat nak cari FM tapi takde yang lawa so aku tak beli la


Anak singa sesat..


Sementara deme shopping, aku posing je la lebih kurang

 Dengan Maksu Bitah..



 Abaikan gambar 4 jejaka reject ni.. Aku nak tunjuk berapa panjang barisan yang nak masuk zoo tu..

 Sempat bergossip lagi..


Beratur la dulu... Ni baru kat luar, yang kat dalam pun masih panjang lagi. Tapi ni barisan yang naik train. Last2 abang ipar aku cakap nak jalan kaki je terus guard tu bagi potong queue. Maka kami masing2 pakat menapak le. Cuma Cik Besah & Cik Zul je tak larat jalan banyak. Sampai tempat rehat pertama terus deme lepak situ. Yang kami pulak jalan je la ikut suka hati... sampai berpecah2 kumpulan. Itu pun kononnya jalan separuh jalan, pastu patah balik ke pintu utama untuk naik train. Bila patah balik.... HAMPEH! barisan panjang berjela lagi walopun jam dah dekat pukul 11 mlm [dah le perut lapar sebab tak makan lagi]

Kepala aku dah pening sebab perut dah masuk angin. Last2 bila semua dah ada, aku cakap pada abang ipar aku, jom pi makan je la. Tak payah tunggu train tu sebab buang masa je. Pukul 12 belum tentu dapat naik agaknya. So kami pun beredar je la dari zoo tu. Gambar2 dalam zoo malas nak tepek sebab banyak gambo gelap. Standard la zoo punya binatang kan. Tapi kami tak habis tawaf pun zoo tu.. Letih lor..

Sebelum keluar, posing lagi...
 Abg ipar aku & wife

 3 mak dara... 
Last time kami bergambar bertiga masa aku mengandungkan Yaya dulu. Masing2 berperut besar masa tu..heheheh


We are family... gambo gegar... 
Janji ada dari takde...

WW 2012 #23


Tuesday, June 5, 2012

TAMAN TASIK TAIPING

Tadi baru je Kak Dee buat entry pasal Taman Tasik Taiping
Yup.. kami pegi Taiping pada tarikh yang sama rupanya
tapi langsung tak bersua kat sana [ye la kan.. mana nak cam dalam ramai2 orang tu]

Cerita versi Kak Dee boleh le tengok kat sini
Tapi aku nak cerita versi aku pulak

Lepas jenjalan le Muzium tu, kami cuma jenjalan ke Taman Tasik Taiping je
Malas nak gi jauh2 sebab malam tu kami nak ke Night Safari kononnya
Tapi jem nak mamp kat situ tau... nak pusing2 dalam tu pun mengambil masa yang lama
Aku pulak beria2 kempen kat laki aku nak pi kayuh paddle kat tasik tu
[seumur hidup tak pernah naik pun tau]

Banyak aktiviti boleh buat kat taman tasik ni
Nak naik bot boleh, nak joging boleh, nak bersampan pun boleh, nak main kat taman permainan boleh, nak cuci mata pun boleh... 
TAPI paling banyak aktiviti yang aku nampak kat situ ---> WEDDING PHOTOSHOOT... Macam2 warna baju pengantin..


Lepas pusing2 lebih kurang, akhirnya kami pun parking la kereta
pastu nak jalan2 kaki je la kat area berhampiran
Nak bawak anak2 aku main taman, jauh la pulak
Nak pi kayuh paddle tu ramai la pulak umat kat jeti tu..
HAMPA aku....
Nampak tak berapa amai orang tengah tunggu giliran tu???
[Kat belakang tu ialah Bukit Larut @ Bukit Maxwell]

Dah takde aktiviti nak buat, kami tangkap gambar je... Layan je la gambar2 yang ada. Pemandangan kat sini cantik2 tau.. 






Pokok2 yang besar & rendang di kiri kanan jalan. Gambar ni aku tangkap masa kat tempat parking. 


Sambil2 menangkap gambar tu tetiba hasben aku cakap ada anak burung jatuh dari pokok. Dan2 tu jugak anak buah aku tangkap gambar anak burung tu. Ada 2 ekor kot tapi dah mati dah.

 Yang sekor ni dah kena pijak kot.. berkecai badannya.. 

 Pasangan warga emas tengah dating....

Sambil2 menikmati keindahan alam sekitar dengan perut yang berkeroncong, sampai jugak bantuan makanan dari Pakcu Bahar & family. Alhamdulillah.... habis licin semua bekal yang dia bawa.. Masing2 pakat lapar kan...
 Makcu bawak nugget, puding, roti , apam balik, air teh ---> semua LICIN!!!!

 Keluarga Cik Besah tengah bersidai kat tepi tasik..hehehehe

Mader & doter [oh my jerawat 2 bijik kat bawah bibir tu..]

 Dah senja... jom balik hotel dulu.. Malam karang nak gi Zoo pulak...