Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Supplement. Show all posts
Showing posts with label Supplement. Show all posts

Monday, March 4, 2019

ANLENE CAFE LATTE

Bebaru ni masa pi beli barang dapur tetiba terjumpa la pulak susu Anlene Cafe  Latte ni
Sebelum ni pernah nampak perisa biasa & perisa coklat je
Disebabkan aku ni memang peminat kopi
So try la beli sepeket

Tengah offer la ni
Sepeket ni aku beli kat area rumah aku dapat la RM9.50
Tapi ada 7 sachet je la dalam tu


Ni la jadinya kalau nak minum susu tapi nak give up kopi kan
Lepas beli, malam tu aku pun bancuh la
tak sabar konon
Dan tenyata....... S.E.D.A.P !!!!😍😍😍😍
Tak rugi beli weh!



Kawan2 aku yang pernah try pun cakap sedap
Kalau jenis yang memang tak minum susu pun , bila try Anlene ni  boleh telan pulak
Ok la kan.. dapat juga kebaikan susu
Better la kot beli susu ni dari beli kopi 3-in-1 tu..hahahaha
Siap ada kolagen, tinggi protein & tinggi kalsium
Bila dah berumur ni, kena la rajin minum susu kan.. Tulang2 pun kian nak mereput.. huhuhu. Pastu kolagen pun makin merosot kan.. Kot2 la minum susu ni boleh la tampung kolagen dalam badan ni... Lambat le sikit kot nak berkedut 😝

Ha, ada sorang member aku pulak cakap, dia jadi susah nak tidor pulak lepas minum susu ni.. Maybe sebab ada unsur kopi dalam tu kot. Tapi aku pulak alhamdulillah elok je lena malam tu.... Badan kita kan lain-lain tindak balasnya.



P/s : Entry rumah belum buat sebab tak cukup komen lagi... Sapa silent reader tu sila2 la tinggalkan komen ye... Boleh le kita berkenalan sekali..









Thursday, September 25, 2014

PERANCANG KELUARGA

Tetiba pulak terkeluar topik perancang keluarga ye
Macam la aku ni merancang beno..hehehehe
Sebab takdan nak merancang le terkeluar si Jasmin ni ha...
[Gelakkan diri sendiri]

Macam2 cara la nak merancang keluarga kan
Aku rasa kome semua pun dah sedia maklum
Pil perancang, IUD, kondom, implanon tu semua dah familiar kan

Pengalaman aku yang sikit ni baru takat try pil perancang 
Pehtu merancang sendiri je
Yang lain2 tu ada gak try tapi tak serasi kot

Memula lepas bersalin Aleeya, aku ingat nak pakai IUD
Siap pegi jumpa pakar ko..
Tapi bila pi pasang, doktor tu kata kedudukan rahim aku tu senget sikit
So kalau pasang IUD pun, aku masih boleh mengandung
Kiranya macam tak efektif la pakai IUD tu
So kensel dan aku ambil pil perancang je

Setahun lebih aku makan pil pastu aku stop sebab nak dapatkan anak kedua
Lepas bersalin anak kedua aku makan pil juga
Ada la dalam setahun pastu aku stop so aku  dan suami decide merancang sendiri je
Alhamdulillah... gap juga sampai 5 tahun, baru aku mengandungkan si Amira

Lepas bersalin Amira, ingatkan nak plan sendiri je cam sebelum2 ni
Lagipun aku kan breastfeed 100%
Tah cemana.. ditakdirkan Allah aku termengandung pulak
Perancangan sendiri tak jadi, perancangan Allah jugak yang terbaik
Disamping suami aku yang terbabas tu..huhuhuh.. 
[tetap nak salahkan suami jugak...hahahaha]

So pas bersalin kali ni.. taknak kejadian yang sama berulang
So decide untuk teruskan dengan pil perancang
Nak try implan, aku seriau la nak toreh2 lengan tu
[walopun kena bius kan...]

Ini la ubat yang klinik bagi
Disebabkan masih breastfeed so Noriday ni la yang sesuai
Sebelum2 ni aku makan Mercilon
Dah start makan semalam... walopun aku tak period lagi
[Disamping tu kena pastikan suami juga tidak terbabas lagi..muahahahah]

Korang pulak cemana cara merancang keluarga??
Ce citer... ce citer..

Wednesday, September 24, 2014

CCPP PENGGANTI NESCAFE

Aku adalah hantu Nescafe tau [bukan yang 3-in-1 punya tau]
Sehari at least sekali mesti nak minum Nescafe
Kat opis pun boleh kata ni minuman rutin aku hari2
Tapi masih takleh celen Nescafe yang dibancuh oleh tea lady opis lama aku..huhuhu
[Rindu Nescafe Kak Laila]

Dalam pantang ni aku tak berani minum Nescafe
Berani minum kopi, susu ngan milo je 
Sebabnya masa pantang Amira dulu, aku pi gatai minum Nescafe
Atenya seharian mata si Amira dok segar bugar
Aku le yang teruk kan.. sebab baby takmo tidur sedangkan aku mengantuk ya amat.
So pantang kali ni takmo ulang lagi
Kalau tak jenuh la aku wei...

Sebagai pelepas gian, aku beli la CCPP
CCPP = Cocoa Collagen Power Plus
So far aku minum ni idak le pulak Jasmin tu takleh tido
Ini dia stok sebulan aku..

CCPP ni aku pernah minum masa sebelum aku peknenkan Amira
Konon2 nak bagi tenaga la sebab aku masa tu selalu letih
Tetiba dapat bonus peknen lak.. Alhamdulillah

Baru minum sekotak, udah tau peknen pulak
So rezeki teman seopis la dapat lagi 2 kotak tu..hahahaha

Ni pun member2 aku dok usik dibuatnya karang terlekat lagi sorang bila dah minum CCPP ni
Hahahaha...
Woi pakai protection la woi!!!!
Udah2 le tu aku beranaknya... [buat masa ni la]
Letih oo anak rapat2 ni.. mujo bukan kembo.. kalau idak tumpo aku!!

Khasiat dan kebaikan CCPP ni kome google la sendiri
Malas aku nak bagi huraian..
Yang penting POMPUAN PREGNANT & LELAKI ---> TAK BOLEH MINUM!!!




** Hari ni last day pantang.. Esok aku MERDEKA!!!

Friday, September 12, 2014

SUPPLEMENT DAN PRODUK DALAM PANTANG

Lupa pulak haritu aku janji nak cerita aku guna supplement & set apa untuk lepas bersalin kan
Cewah.. macam la korang beria sangat nak tau ye dak
Tapi tak kira la... nak cerita juga
Walopun aku pantang rock2 je kali ni
Tapi supplement tetap makan ye...

Memandangkan aku dah makan supplement Shaklee sejak aku mengandungkan Amira
So aku teruskan je la makan Shaklee sampai le ke pantang kali ni
Ini set untuk dalaman la ye.. sebabnya aku dah rasa serasi makan Shaklee ni
Ini la set yang aku ambik [pinjam gambo google je]
Cuma Ostematrix je aku tak beli

Pastu aku teruskan makan VCO
Sangat2 membantu untuk elakkan sembelit
Hari ke4 aku dah berani memberakkan diri tanpa sembelit.. Alhamdulillah

Ok ini untuk yang dalaman..
Untuk yang luaran pulak kali ni aku try SET BERSALIN SPA & MA
Gatai nak try produk ni pulak
Memula nak guna brand ANUGERAH tapi adik aku kata tak best
So try je lah produk ala spa ni...
Packaging dia pun menarik kan...

VCO ni pun ada sekali
Boleh guna untuk sapu & minum
Jasmin kena ruam susu, terus aku sapu minyak ni.. 


Berbaloi aku rasa beli produk ni.. sebabnya BESTTTTTT sangat
Semua aku suka pakai kecuali Tungku Herba tu
Sedap lagi pakai tungku batu sebab panasnya lama

Produk2 ni boleh juga kalau nak beli loose
Memula aku ingat nak beli loose juga tapi bila kira2 balik, beli set lagi murah
Apalagi.. beli je la setnya terus...

Benda yang paling aku suka ialah LULUR FRANGIPANI tu & GAMAT EMULSION
Lepas lulur memang kulit rasa lembut & bersih je... wangi lak tu
Gamat Emulsion tu pulak sangat sedap tau... takde rasa hanyir pun cam Gamat Healin tu
Malas nak cerita banyak.... sapa pernah pakai set ni tau le kelebihannya..
Tapi aku rekemen korang try produk ni...

Selain set bersalin SPA & MA ni aku guna jugak Minyak Herbanika Nona Roguy
Ni pun balance masa bersalin Amira tahun lepas
Aku sapu lepas mandi kat perut & pelipat2 semua
Pastu titis atas pad untuk cepat sembuhkan jahitan dan elakkan bau busuk darah nifas tu

Ok itu je la produk2 yang aku gunakan sepanjang berpantang ni
Saja la aku try lain2 produk setiap kali bersalin
Ala.. bukan selalu bersalin pun kan.. entah2 yang ni pun yang terakhir untuk aku
Hahahaa... alasannnnnnnn






Friday, June 13, 2014

PERSEDIAAN BERPUASA DENGAN MEALSHAKE

Hari ni Nisfu Syaaban kan
Maknanya ada lagi 15 hari sebelum menjelangnya Ramadhan
Kejap je masa berlalu kan..

Sebagai persediaan menghadapi Ramadhan
Especially untuk anak2 aku - Aleeya, Adib & Amira
Aku standby la beli Mealshake ni dua botol
Harap2 Aleeya & Adib dapat puasa dengan lebih baik dari tahun2 lepas
Dan sebagai persediaan juga untuk mak buyung yang sarat tak larat ni...
Harap2 Allah mudahkan semuanya untuk kami
AMIN....


# First time aku try mealshake ni.. Wangi je bau vanilla tu
Sedap rupanya bila campur dengan susu + ESP.

Tuesday, June 3, 2014

SUPPLEMENT TAMBAHAN : TREENEA VCOA

Sepanjang mengandung ni aku amalkan supplement Shaklee je
Sejak dari mengandung Kakcik lagi
Tapi bila dah masuk 7 bulan aku tambahkan dengan makan VCO pulak
[Ekceli lagi awal ambik VCO lagi bagus]

Masa peknen Amira dulu pun aku ada makan VCO
Tapi masa tu aku makan brand Catalyst
[masa tu kan tengah top brand ni..]
Kali ni aku nak try VCO jenama Treenea pulak

Kenapa Treenea??? 
Saja la nak cuba... baru la tau kesannya
Lagipun aku ni suka trial n error...hehehehe
Lagi satu Treenea ni sekali dengan antioxida
Tu sebab namanya jadi VCOA

Kenapa tak makan Catalyst?
Takde reason yang spesifik sebenarnya 
Sebabnya pada aku VCO sama je semua 
Lagipun harga Treenea & Catalyst sama je
[RM40 sebotol]

Kalau korang nak tau juga difference between Catalyst & Treenea silalah google sendiri
Banyak dah blogger yang review pasa perbezaan antara dua ni
Aku malas nak review lagi sebab aku baru je nak try
Parcel pun baru dapat semalam

Asalnya aku terbaca blog YUN gara2 entry NI
Tetiba je terdetik nak try VCO ni
Terus je aku Whatsapp si Yun ni...
Takde hesitation, terus aku order 2 botol
Stok sampai beranak kekdahnya...hehehehehe
[Kalau ok boleh continue lagi]


Ni antara produk keluaran Treenea
Jenis liquid & jenis softgel
Aku beli yang softgel je.. Senang nak telan...


Satu botol ada 60 biji
Sehari makan 2 biji je.. so tahan la untuk sebulan
Nak2 bulan pose dah nak dekat ni kan... 
so jadi sebagai persediaan menghadapi Ramadhan la...
Aku kan tengah sarat menunggu waktu je masa tu
Harap2 dapat la puasa penuh tahun ni... Insya-allah

Antara kebaikan² VCO ni:


Memang sesuai untuk satu keluarga kan??

Memandangkan aku amalkan Shaklee juga
supplement Shaklee aku amalkan di sebelah pagi
Treenea ni aku makan 2 biji pada waktu malam



Kalau korang berminat nak dapatkan VCOA Treenea ni
Sila wasap/pm/call laju2 si Yun ni ye
019-3535052

Monday, May 5, 2014

CIK PENGAWAS AWET MUDA

Aku kan minum ESP since aku mengandungkan Amira dulu
Kali ni pun still continue consume ESP
Masa memula aku beli ESP tu ada juga aku bagi pada anak2 
[campur dalam susu]
tapi diaorang reject... tak sedap katanya

Aleeya ni kulit dia tersangat la sensitif
Kena gigit semut/nyamuk sikit, cepat beno nampak bekas
Parut pun lambat nak hilang
Dulu aku suh dia sapu2 losyen tapi dia makin lama makin malas
So dalam seminggu lepas, aku paksa dia minum ESP yang aku bancuh
Mana la tau kot2 ada kesan positif kan...

Aleeya ni kalau aku paksa dia ikut je
Tapi kena pandai cakap la...
Kena pancing la konon kalau nak cantik ke, nak putih ke
baru la ada motivasi dia nak minum kan...
Selalunya aku akan bancuh untuk aku minum malam2 & share dengan Aleeya


Ada satu malam tu aku lupa nak bancuh susu + ESP tu
Gara2 termengantuk awal & terlelap
Esok paginya berlakulah dialog ni:

Aleeya : Mama, malam tadi mama tak bancuh susu ye
Mama : Haah la.. mama lupa, mama dah mengantuk. Malam ni je la mama bancuh.
Aleeya : Apa la mama ni... tak kekal la awet muda Ya!
 [Mama terus mengketawa...]

Adeh anak dara aku ni... kenit2 dah pandai nak berawet muda bagai
Hai la anak...
Aleeya yang "awet muda" 

** Kenapa Adib takde dalam paksaan ni?  Hari pertama je aku paksa.. Habis la segelas dia minum. Esoknya terus cakap taknak... Susu ubat mama tak sedap!



Tuesday, January 21, 2014

FENOMENA DOUBLE STEMCELL

Sana sini orang dok cerita pasal Double Stemcell ni
Sebelum2 ni pun memang banyak je orang promot benda ni kat fb
Tapi aku ni kalau benda mahal2 cenggini malas aku nak ambik pot
Ye la kan... main ratus2 tu.... kalau nak maintain tiap2 bulan harus lari bajet dibuatnya

Tah cemana nak dijadikan rezeki [rezeki ke?]
Masa balik Ipoh masa cuti Thaipusam haritu
Abah aku bawa balik pulak Double Stemcell ni
Oooo baru ku tahu dutanya si Umie Aida..
[Nyampah pulak tengaok wataknya dalam citer Ammara Batrisya tu]
Tah cemana abah aku boleh terjebak dengan benda ni tak tahu la aku
Maybe sebab jenuh kena promote dengan member opis kot

Dah abah ada banyak kan, harus la aku rembat stok sebulan
Ngeh..ngeh... nak promot kena la test kat diri sendiri kan
[Nak promot la sangat kan.... bangsa culas macam aku ada hati nak promot??]
Ah.. pedulik la.. janji aku dapat benda ni FOC

Ni la pek  yang dah dikeluarkan dari kotak

Satu kotak ni ada 14 sachet.
Kalau biasa satu kotak ni harganya RM250 kot..
Stok sebulan kena guna 2 kotak =RM500.. ko mampu???

Tapi la ni katanya tengah promotion
Sampai hujung bulan Mac 2014 ni rasanya
Offer 4 kotak = RM330 + free membership [sekotak jatuh RM82+++]
Jimat banyak tu.....
Tu yang abah aku beli kot...hahahaha
Kalau nak boleh beli kat aku, aku boleh suh abah aku oderkan..hahahaha
Kalau nak beli kat orang lain pun boleh.... Aiman tak kisah..

Ni la sachetnya..
Ku ingatkan beso cam kopi pracampur tu
Rupanya cinonit je... beso sikit dari pek gula2 Lot 100 tu je
Tapi harus la kecik sebab kena kemam bawah lidah je
Kalau banyak cam kopi 3-in-1 tu tak ko tersedak siap muntah monggek dibuatnya??



Rasanya???? Sedap je weh... Rasa anggur gitu
Aku baru je makan 2 sachet
Makan 1 sachet je sehari

Apa aku rasa??? 
Cik B aku rasa sakit la... cam tegang2 gitu
[Aku dah tak menyusu dah sekarang]
Yang lain2 belum ada apa2 perubahan pun...
Tunggu aku habiskan lagi 26 sachet baru boleh citer ha...

Cam biasa la... makan2 supplement ni
Yang penting ayor [air] memang kena minum bebanyak ye...
Huh... asek nak terkencing je...


Sunday, May 29, 2011

JAMU MENJAMU SYURGA WANITA

Dah lama meninggalkan jamu menjamu ni
dah dapat gaji ni harus la maintain balik jamu ni
sebelum ni dah bermacam jamu aku cuba
tapi takde yang betui2 kasi effect baik punya  pada aku
tah2 body aku ni yang dah ter"imun" dengan jamu2 ni semua

Hari tu menyinggah ke Carrefour Wangsa Maju
lalu la kat kiosk2 yang jual jamu kat sana
aku cari jamu lain, jamu lain pulak yang dia promote
aku ni kan insan yang lemah.. 
memang mudah terpedaya dengan pujukan manja salesgirl
lagipun murah je.. so masih dalam kemampuan aku
dah tu kakak tu pun kata jamu tu tengah femes sekarang [ntah betul ntah tak]

Orang kata don't judge the jamu by the bottle
selagi tak cuba mana nak tau elok ke tak kan
so tak hagak2 aku pun konfem la beli
ada sesapa pernah try tak??

Nama dahsyat tu.. SYURGA WANITA
nampak tak tu ---> KEMBALI GADIS.. hehehehe
--->eh "SANAMEKI" tu ape benda yer??
kat kotak tu tulis RM18 tapi aku tawar dapat le RM15
ada 60 bijik dalam tu, cukup la stok sebulan

Ni khasiat & cara nak makan jamu ni
sama je dengan jamu2 yang biasa aku telan dulu...

Dah alang2 membeli jamu, laki aku punya tak dilupakan.
Ye la kan, takkan aku je nak jaga "barang" aku kan
laki aku punya "barang" pun kena kasi power gak
nak pakai lama la katakan....
kalau aku punya OK takkan dia punya KO kot
ish..ish.. tak seswai okeh....
so biarlah sherashi bersama.. ops!!!

Jamu ni aku belikan untuk suami aku
member opis aku kata suami dia pun makan jamu ni
so aku try la belikan untuk suami aku... bagi tambah ++++ stamina..heheheh
jamu ni RM45, ada 60 biji gak

Barang2 orang laki ni semuanya mahal2 kan.. Kenapa ek???
Baik baju, seluar, kasut, mahupun jamu ni... Spender pun mahal weh!!!!