Monday, September 28, 2020
KOREAN GARLIC CHEESE BREAD
Monday, September 21, 2020
UNTUK BIRTHDAY BOY
Monday, August 24, 2020
NASI DAGANG ATAS TOL
Ni kalau orang biasa2 pi Terengganu mesti tau kedai Nasi Dagang Atas Tol ni kan. Aku selalu tengok orang update kalau pi kedai ni sentiasanya beratur.. sapa lambat memang takdan merasa la.. Itu yang aku baca la... sebab aku pun tak pernah sampai Terengganu..hehehe
Tapi haritu ada member aku yang duduk sana offer belikan rempah nasi dagang tu. Aku pun join sekali la order. Ekceli aku ni takde la kata suka sangat nasi dagang. Tapi pada aku kalau kuah gulai tu sedap , sedap la nasi dagang tu.. kalau kurang sedap idak juga aku suka. Asalnya aku terjebak beli nasi dagang sorang pakcik kat Selayang tu. Meniaga betul2 depan kubur kat Jalan Sg Tua tu.. memang sedap la.. Memang kalau aku menyinggah gerai dia, mesti aku beli nasi dagang @ nasi kerabu. Memang sedap.
Disebabkan rempah tu dah lama beli, riso kot2 bubuk pulak beras tu, so aku decide nak masak sendiri nasi dagang. Semangat lak aku pi beli ikan tongkol gara2 nak buat gulai ikan tongkol kan. Adoi... terbayang2 gulai kat gerai pakcik tu. Ok selamat dah beli ikan tongkol (beli seekor je pun). Sebab ni first time buat kan, risau pulak kalau tak jadi. So masak je le sikit dulu. Lagipun kat paket tu tulis portion cukup untuk 5-6 orang makan je.
Monday, June 29, 2020
GARA2 PKP.... INI SEMUA 1ST TIME
Udah payah nak membeli, kena la kita buat sendiri ye dak??
Dalam2 tak reti masak tu
menggigih2 juga masak makanan yang selama ni langsung aku tak pernah masak
Tak percaya dengan kemampuan diri sendiri..cewah!!
Ni lah antara juadah2 yang 1st time aku buat selama hayat aku ni
Banyaknya kuih muih la.. Tang lauk2 aku tak berapa gemor masak sebab selalu masak tak sedap 😆. Tang kuih ni senang sikit sebab ikut je resepi.. Petuanya jangan derhaka.. itu je..
![]() |
Cinnamon Roll |
![]() |
Kuih Kaswi |
![]() |
Kuih Puteri Ayu |
![]() |
Lepat liat |
![]() |
Cara berlauk... |
![]() |
Kuih Lopes |
![]() |
Bingka Ubi Kayu |
![]() |
Tepung Talam |
Tuesday, March 3, 2020
ODEN TOMYAM ASAM PEDAS
tapi masa tu takde rasa pulak nak cuba buat
ni pun tetiba je rasa nak buat
[sebabnya malas masak...hahahaha]
Tengok bahan2 pun senang
ajom le kita buat oden ni
tapi make sure la bahan2nya ada
[gigih pi beli bahan2 steamboat kat econsave tu tau]
Wednesday, February 26, 2020
TRY NAN CHEESE VIRAL
disebabkan kami ikut jalan lama
saja la singgah & try makan roti nan cheese yang viral kat Tapah
kat Capati Corner
Restoran ni tepi jalan je
Betul2 kat simpang nak ke Chenderiang
Senang je nak cari😄
Thursday, October 10, 2019
WANPAKU SANDWICH
WANPAKU ni tengah viral la ni
Kalau sapa tak tau Wanpaku ni apa
Wanpaku@ Wanpaku Sandwich @ Sando Sandwich ni ialah sejenis sandwich yang glamer dari Jepun. Sandwich yang dipadatkan dengan pelbagai isi seperti sayur, ayam, telur dan apa2 jelah yang korang nak taruk...
Ala.. basic sama je dengan sandwich yang korang biasa2 buat tu
Cuma bahannya2 tu berganda2 banyak la dari kebiasaan
Memang sampai kembung la sandwich tu jadinya
Lepas lapis2kan dengan pelbagai benda2 tu pastu korang kena bungkus la sandwich tu kasi padat2, lepas tu baru potong dua.. Tak kisah la nak bungkus dengan plastik ke, dengan kertas ke. Ha baru la tak sememeh masa makan tu..gitchu ye hanak2...
Ni first wanpaku yang aku buat
Wednesday, May 29, 2019
MUFFIN AIR FRYER
Sementara nak tunggu buka puasa (masa tu dah pukul 7 mlm), so aku pun membancuh le adunan nak buat muffin tu. Nanti kat bawah aku tepek resepi.
Bancuh pun pakai blender je.. Tak payah nak bermixer2 bagai. Aku kan suka resepi yang simple2 ni..
Lagipun bahan2 semua ada kat rumah, so laju je la membuatnya. Memandangkan aku takde muffin cup yang keras tu, so aku bantai la guna cup yang selalu orang buat cupcake tu. Memula aku guna yang beso sikit. So muat la dalam 7 biji sekali masuk AF tu. Tapikan, bila dah siap kejadian dia tak cantik sangat.. Herot perot... Lepas tu aku tukar guna cup yang kecik sikit.. Ha... muat la 14 cup dalam tu sekali jalan. Baru la hasilnya comel sikit.
So batch pertama (yang beso2 tu aku buat 2 batch)- 1 batch sebelum masuk waktu berbuka, 2nd batch tu siap masa berbuka. So dapat la 14 biji. Syok la kami berbuka makan muffin panas2. Batch 3 & 4 (guna cup kecik2 tu) aku sambung buat lepas solat maghrib. Berebut2 anak2 aku makan. Yang kecik2 tu dapat la 25 biji kot. So banyak juga la kan muffin untuk 1 adunan yang aku bancuh tu.
Friday, April 26, 2019
SESEKALI TERINGIN
Nak story mory pasal progress rumah pun takde mood
Bertabah le menanti pada sesapa yang nak tahu tu kan..😅
Sementara tu meh layan megi dulu
Sekali sekala tu memang teringin juga kan
Memang lama gila aku tak makan megi ni
Lagipun megi kat rumah memang tak beli dah buat stok bulan2
Nak elakkan anak2 asyik makan megi je...
Tapi sekali sekala boleh la
Lebih kurang seminggu lebih lagi kita dah nak puasa kan
Rasa kejap sangat masa berlalu tup2 dah nak puasa, pastu dah nak raya
Allahu... terasa banyak sangat masa disia2kan.
Selamat menyambut Ramadhan untuk semua..
Wednesday, November 14, 2018
KALAU DAH TERINGIN TU KAN
kalau bukan para mak2 kan???
Sebabnya sayang kat makanan tu, ye dak???
[baik korang mengaku...]
Haritu beli roti canai as sarapan untuk anak2
Beli 4 keping tapi yang luak 2 keping je
Time aku balik keje, elok je roti canai tu terletak atas meja
Tanya budak2 kenapa tak habiskan roti canai
Diaorang kata dah kenyang
Tanya lagi, dah tak nak makan ke?
Semua kata taknak
Erm.... bila tengok roti canai tu tetiba je rasa teringinnya nak makan roti canai cicah susu pekat
Aku ni pun sebenarnya memang dah lama tak makan roti canai
[Lama tu.... ada la dalam sebulan kot...hahahahaha]
Makanya, aku panaskan pan & terus panaskan roti canai tu
Aku memang suka yang garing2... krup krap je bila makan
Tengok susu pekat pun ada balance lagi sikit dalam peti ais
So apa lagi.. jom kita sappedek... 😋
Sap sap soi... langsai 2 keping roti canai rangup dalam sekelip mata
Alhamdulillah!!!!
Wednesday, August 29, 2018
GIAN CEMPEDAK
lamanya tak update blog sebab malas & bizi
Ni je tetiba rajin ak update blog hari ni
Sementara tengah rajin ye dak
Orang lain gian makan durian, aku pulak gian makan cempedak
Bulan ni je aku rasa dah 4-5 kali membeli cempedak
[beli tau.. yang orang bagi tak masuk list]
Pergh.. dahsyat penangan cempedak kat aku ni
Nak2 pulak tengah musim cempedak kan
Ni cempedak yang dibeli kali ke-4 kot
Dan yang paling mahal aku pernah beli setakat ni
Sampai RM32 sebiji tu.. cempedak kahwin katanya
Sekilo tu RM12.. so sebiji tu beratnya ada la dekat 3kg
Sebab nak makan sangat kan, beli jugak le
Aku ni pula pesen kalau beli kat tempat yang aku puas hati kualiti buahnya
aku akan beli kat situ je
sebabnya ada sekali dua beli kat tempat lain tapi hasilnya mengecewakan
[sebab murah kot..hahahaha - cempedak kampung & cempedak madu]
So ni kali ke-3 aku beli kat cina tu
sampai deme pun dah cam aku..hahahahaha
Menggigih aku drive sampai ke Ulu Yam tau!
Thursday, August 2, 2018
CEMPEDAK GORENG
Durian la.. manggis la.. duku langsat la... pulasan la
sakan la hangpa dok makan durian nooooo...
Aku pun layan gak makan durian, manggis bagai tu
tapi idak la beria pun
kalau ada makan.. kalau takde senyap je
ada satu hari tu tetiba rasa teringin nak makan cempedak
punya la payah nak jumpa kan
kalau ada pun mahal beno harganya
dalam dok teringin2 tu tetiba ex staff opis datang
ada pulak dia bawa cempedak
alhamdulillah rezeki weh.... dapat la sebijik
balik rumah terus nak goreng
tak sempat2 kononnya
siap sanggup beli tepung beras lak tu semata2 nak goreng cempedak tu
selama ni memang tak pernah wujud tepung beras kat rumah aku
hahahahaha.. beria nak folo resepi kasi crunchy konon
kalau ikut malas, aku pakai je tepung gandum tu..hahahaha
Harapkan buah beso juga le
tapi ulasnya kecik2.. dapat le dalam 12-13 biji dalam tu
Thursday, May 3, 2018
KEK BUNGA RAMPAI
Ekceli memang teringin sangat nak makan kek bunga rampai
Ala... kek ni glamer masa aku kecik2 dulu
Mak aku memang suka buat kek ni.. wangi & cantik sebab warna warni dalamnya
Resepi memang dah lama mintak kat mak .. tapi sampai sudah tak juga aku buat
Tetiba lalu lalang pulak resepi tu kat fb.. laju2 terjah dapur nak buat kek
Bahan2 semua ada kecuali tepung gandum & pewarna kuning
Cepat2 pi kedai aceh seberang jalan nak beli barang yang takde tu
Kali ni nekad taknak derhaka resepi
Sejibik sejibon aku folo resepi kat fb tu
Semangat ku membancuh adunan tau..
Dalam sejam pastu siap la kek aku...harum oo satu rumah