Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 8, 2010

Bila masa paling bagus untuk minum air??

Baru dapat this artikel melalui email.
Just nak share dengan korang semua info yang berguna ni

Semua orang tahu minum air adalah sangat penting dan sangat baik untuk kesihatan. Tapi adakah anda tahu bilakah masa yang PALING BAIK untuk anda minum air?

** Air disini bukanlah bermaksud air kopi, air teh, air paip atau air yang berperisa. Tetapi air yang dimaksudkan disini adalah AIR MASAK. Jangan salah faham pulak ye!

Baiklah berbalik kepada persoalan tadi, bilakah masa paling bagus untuk minum air?


Percaya atau tidak, pengambilan air pada masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang disyorkan oleh pakar-pakar perubatan.

  • Minum 2 gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR.  Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman

  • Minum 1 gelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang  untuk kemasukan makanan.
  • Minum 1 gelas air masak -  SEBELUM MANDI. Ia membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
  • Minum 1 gelas air masak - SEBELUM TIDUR.  Ianya dapat mengelakkan  terkena strok dan serangan jantung ketika tidur. 
Kesimpulannya, kita amat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya  untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan diatas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air.

Persoalannya sekarang, berapa gelaskan anda minum air masak dalam sehari? Bila anda minum air masak? Selepas makan? Adakah masa minum itu sesuai?


**Aku selalu minum air lepas makan.. [patut le perut muncit!!!]

3 comments:

fikaryna said...

aku pun sama! haha..

Queen said...

kalau sambil makan sambil minum air lagi buncit...agagaga

Sitisifir10 said...

uwaahhh.....dah la tak rajin minum air masak