Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Cherating. Show all posts
Showing posts with label Cherating. Show all posts

Monday, April 18, 2016

REZEKI ANAK² DI MUSIM PANAS

Aktiviti paling best di musim panas especially untuk anak2
ialah.... MANDI KOLAM
Ha.. ni nak cerita sambungan percutian ke Cherating la ni..
hehehehe
[woh! bercinta nak ngabihkan hal ehwal Cherating ni]

Ok sambung balik
Lepas lunch, anak2 pun dah ajak mandi kolam
So apa lagi, terus tuju ke kolam renang la
Kat Residence Inn ni ada 3 kolam
Kolam untuk kanak2, kolam untuk dewasa & kolam jakuzzi


Kawasan & kolam kat sini memang luas
Kira puas hati la kalau lepak kat sini
Petang2 cam ni cuaca agak redup & berangin2
Best je lepak2 kat area kolam tu

Anak2 aku tak berapa gemar mandi kat kolam budak2
Maybe  sebab tak dalam kot
Mentang2 la diaorang dah besar..

Diaorang lagi suka mandi kat kolam jakuzzi ni
Maybe sebab ada efek jakuzzi tu kot
Boleh la feeling2 massage


Time diaorang mandi ni tak ramai orang lagi
So kolam memang kami je konker
Masa ni hasben aku tengah salin baju kat bilik
Aku la yang kena teman budak2 ni mandi
Especially Amira & Jasmin
Riso juga diaorang jatuh dalam kolam tu
Nasib la ada Mak Long diaorang
Aku tak leh join sekali sebab tengah period
So aku jadi tukang tangkap gambo je la..
Dalam hati jeles gile tengok diaorang mandi kolam
Mencanak2 perasaan nak terjun sekali tapi apakan daya kan...huhuhuhu

Abah sudah datang so abah kena layan anak mandi kolam
Jasmin berkepit la dengan abah
Amira pulak Mak Long dia la yang layan

Eksaited masing2 mandi kolam
Tak kenal erti sejuk semua tu

Budak ni memula je cam takut
Bila dah lama2 dia yang tak nak naik


Tersengih duduk dalam air


Terover pulak aku edit gambar ni
Dah nampak cam hasben aku pakai mekap lak..hahahahaha






Dah habis mandi kat kolam jakuzzi
diaorang pi mandi kat kolam dewasa pulak
Pak Zem [hasben Cik Ana]  tengah ajar anak2 aku berenang
Tapi pakai pelampung la...jadi la nak...

Amira pulak dari kat Mak Long, terus ke ibu [Cik Ana]
Tapi mandi tepi2 je la..


Ibu, Amira & Syahir
Kenkonon model majalah mangga..haruuuuuu



Puas la diaorang mandi petang tu
Dari pukul 4 sampai ke senja
Malam tu masing2 tidur kepenatan..

Esok pagi, lepask breakfast, diaorang gi terjun kolam lagi
Amira & Jasmin je tak join sebab bangun lambat..hahaha
Aleeya, Adib & Syahir memang sakan la berkubang kat kolam tu
Ye la, tengah hari tu dah nak check out..






Thursday, April 14, 2016

PERCUTIAN SINGKAT KE CHERATING

Percutian yang tak dirancang oleh kami
tapi dirancang oleh abang ipar aku.. dia ajak kitaorang sekali
Ala2 percutian satu family Cik Besah le..hahahaha

Dah hasben aku ajak , aku folo je la
Semua di sponsor oleh abang ipar... kihkih..
Rezeki jangan ditolak gitu kan...

Percutian singkat je... pergi Sabtu balik Ahad
Kalau tak sebab kena sponsor, tak kuasa aku nak pegi
Jauhhhhh tu... dah le sekejap beno... banyak duduk dalam kereta je..heheheh
[Hei..ko ni tak reti syukur ke apa???]

Ok la... perjalanan dimulakan selepas Subuh hari Sabtu
Aku bangun awal sebab nak siapkan bekalan makanan
Maklumla anak2 nak makan kan
Kang makan lambat mula la deme mengaruk..
So sediakan makanan2 ringan je.. ---> aku buat sandwich sardin, goreng nugget & wedges je

Memulakan perjalanan di pagi yang dingin


Dari Batang Kali kami ikut laluan ke Genting Highland
Terus tembus Highway Karak
Pastu nanti akan masuk LPT
Sebelum tu kami exit kat Bentong
konon2 untuk sarapan
Kami berhenti makan kat Restoran Lemang To'ki
Rupanya biras aku dah buat kira dengan ex-babysitter aku dulu [Cik Ana]
Diaorang dah tunggu kat situ rupanya...

Jenuh melayan budak ni.. tak mau terletak
Asyik nak dukung takpun duduk atas riba je..


Baru nak posing lakibini
Tapi hasben pulak buat spoil tak pandang kamera
Ni pun Adib yang tolong tangkap gambar



Opah & Aleeya
Belakang tu kat buluh2 tu signboard restoran Lemang To'ki la


Di hadapan restoran
Muka kekenyangan... eh kenyang ke??? hehehehe


Lepas isi perut, sembang2 kejap sebelum meneruskan perjalanan
Tetiba biras aku mengajak Cik Ana join sekali trip kami
Lepas fikir2 akhirnya dia dengan hasbennya setuju nak folo kami
Tapi kena tunggu la diaorang balik rumah untuk bersiap
Hahahaha..... kalau ajak jalan, laju aje Cik Ana ni..

Sementara tunggu Cik Ana bersiap kita wefie la dalam kereta
Adib takde sebab dia naik kereta abang ipar aku


Pakai monopod tapi asyik bergegar je gambarnya..
Sebab Amira suka goyang2kan monopod tu
Lantak la labuuuuu


Lepas Cik Ana siap, kitaorang pun bertolak meneruskan perjalanan
Perjalanan masih jauh dong!
Sepanjang tu banyak kali juga berhenti kat RnR sebab pak mentua aku nak kencing je
Asal  berhenti je bersembang borak bagai
Mana la tak lama kan...hahahah.. sabo je la dok duduk dalam kereta ni
Dah le panas.. bukak ekon pun tak sejuk mana

Akhirnya kami sampai kat Cherating dalam pukul 2 lebih
Fuh 7 jam perjalanan......kebas bontot dibuatnya
Kami stay kat Hotel Residence Inn
Abang ipar aku book situ sebab situ ada kolam renang
Senang nak bagi budak2 berendam kan...

Sementara tunggu biras aku uruskan hal ehwal check in
Kitaorang lepak2 kat area lobi ni
Sedap sikit berangin2
Jasmin baru la suka dok berlari2 kat situ


View parking area dari area lobby hotel


Dekat pukul 3 baru la dapat kunci bilik
So jom pegi bilik... tak sabar nak sejukkan badan dalam ekon...
Kami semua duduk tingkat satu sebab dah booking awal
Cuma Cik Ana je duduk tingkat 3 sebab last minute booking kan

Inilah view dari balconi bilik aku
Cantik kan??? Tak keluar bilik pun takpe...
Untung juga dapat tingkat bawah ni..


Lepas check in, biras aku ajak pegi makan
Makan kat restoran hotel je... malas nak keluar dah
Nak makan nasi oiiii.. lapo gile

Menu lunch kami..
Lunch pun dah pukul 4 masa ni..hahahah
Ha.. makan kenyang2... memang puas hati la


Lepas makan lepak2 jap kat lobby
Ambik angin petang
Nampak tak Cik Besah, sempoi je dia pakai kain batik..hehehehe


Pas rehat2, agenda yang ditunggu dek budak2
Terjun kolam la.....
Sambung entry lain pulak... tunggu na...











Wednesday, April 13, 2016

SEDIH & GEMBIRA

Assalamualaikum semua...
Dah 4 hari blog terbiar
Sebabnya tuan blog pegi bercuti
berjalannya 2 hari je.. pastu 2 hari lagi cuti melepak kat rumah je...

Perkhabaran sedih ialah
telefon kita rosak..
Sehari sebelum kita pegi cuti
jenuh digodak2... pun tak boleh
dia stuck kat bootloop kat logo tu
Sapa terer bab repair2 tepon ni??? Help me please...

Habis la semua gambar2aku dalam tu..huhuhuhu
Nasib ada yang dah sempat transfer dalam PC
and nasib ada tepon lagi satu..


Yang gembiranya kita baru balik dari cuti2
tak lama pun 2 hari 1 malam je
pergi nun sampai ke Cherating..hehehehe
Nanti la kita buat entry....
Tengah ambik mood blogging

Tempat kitaorang stay kat Cherating..


** Nak settlekan kerja dulu.. nanti kita buat entry pasal Cherating..stay tune ye..