Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 14, 2018

KALAU DAH TERINGIN TU KAN

Sapa lagi yang jadi tukang habiskan baki makanan kat rumah tu
kalau bukan para mak2 kan???
Sebabnya sayang kat makanan tu, ye dak???
[baik korang mengaku...]

Haritu beli roti canai as sarapan untuk anak2
Beli 4 keping tapi yang luak 2 keping je
Time aku balik keje, elok je roti canai tu terletak atas meja
Tanya budak2 kenapa tak habiskan roti canai
Diaorang kata dah kenyang
Tanya lagi, dah tak nak makan ke?
Semua kata taknak

Erm.... bila tengok roti canai tu tetiba je rasa teringinnya nak makan roti canai cicah susu pekat
Aku ni pun sebenarnya memang dah lama tak makan roti canai
[Lama tu.... ada la dalam sebulan kot...hahahahaha]

Makanya, aku panaskan pan & terus panaskan roti canai tu
Aku memang suka yang garing2... krup krap je bila makan
Tengok susu pekat pun ada balance lagi sikit dalam peti ais
So apa lagi.. jom kita sappedek... πŸ˜‹


Sap sap soi... langsai 2 keping roti canai rangup dalam sekelip mata
Alhamdulillah!!!!




Monday, November 12, 2018

RUMAH

Entry pemanas bulan November
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



Rumah yang sama
Dulu dan sekarang je 😊




** Rindu rumah hijo tu...






Monday, October 22, 2018

FIRST TIME AMIRA KE PERTANDINGAN MEWARNA

Tah cemana haritu cikgu sekolah Amira bagitau yang dia submit nama Amira untuk join satu pertandingan mewarna.. Hoish.... bior betul?? Budak tu kaler pun tak kemas lagi ate ke cemana join pertandingan pulak kan. Aku pun siap tanya amira ye ke dia nak join. Well, dia kata dia nak masuk.. Siap suruh aku beli kaler baru lagi...hahahaha.. ok la... mama beli la kasi semangat kan... (yang haru tu, yang tak join pertandingan pun dok sama menuntut kaler baru juga...sabo je la ye dengan si Jasmin ni)

Ekceli kat Econsave Batang Kali ada My Kids Festival. So ada la buat pertandingan mewarna tu. Tu yang cikgu sekolah Amira daftarkan nama dia & few of her friends also la...Kiranya wakil dari tadika diaorang tu la. 


Beberapa hari sebelum tu Amira ok je.. cam eksaited je.. Selalu tanya bila nak pergi mewarna tu. Tapi bila sampai harinya, dia buat hal tak nak pegi lak. Pujuk2 cakap cikgu & kawan dia ada kat situ, baru la dia nak pegi.

Sampai2 kat tapak pertandingan tu, si Amira dah cuak dah.. Dia taknak duduk bawah khemah tu pulak dah. Tangan dia asyik peluk aku je.. Adoi.. cemana la nak  buat ni. Agaknya dia takut sebab ramai sangat kot.. Kalau tak silap aku ada dalam 150++ penyertaan.  Lepas tu aku ternampak cikgu Amira, baru la cikgu pujuk &  dia nak folo cikgu  duduk bawah khemah.



Risau pulak aku budak ni menangis.. lagi haru..
Makanya mama terpaksa la duduk kat sebelah dia tu ha..

Yang budak ni pulak pun nak memerap sama. Time tu la dia nak berbaring2 kat aku.. Dah pesan jangan hisap jari depan orang.. ermph... ada dia kisah????

Pertandingan tu selama sejam so selama tu la aku duduk kat sebelah Amira.
walopun hari paneh terpaksa ku tahan juga.. Dah le tak bawa kipas πŸ˜…

Tu dia tengah khusyuk mewarna..


Tengok la kaler lembu dia tu.. kejap arah tegak.. kejap melintang.. lantak la ye Mira... janji kaler ye dak???


Memula camni dia kata dah siap.. Mira penat..hahahaha
Aku suruh la dia kaler lagi kat kawasan yang belum warna
Terpaksa rela je la dia kaler tu (cincai je)

Bila dia kata dah siap, aku panggil la cikgu dia untuk kutip kertas dia.. So sementara nak tunggu keputusan pertandingan tu kami pun jalan2 la sekitar kawasan.. Banyak jual makanan je.. Nasib la tengah diet so abaikan je la semua makanan2 tu...

Walopun tak beli makanan, udah terbeli benda ni pulak.. Tapi tak pe la sebab Amira brave join pertandingan, mama belikan hadiah.

Tapi cam biasa la.. kena la beli 2
Nasib la 2 ni RM15 je
(dah le aku bawa duit RM20 je masa tu πŸ˜…πŸ˜…)


Sementara menunggu keputusan

Dalam 45 minit lepas tu baru la keputusan diumumkan
Tapi sebelum nama pemenang diumumkan, semua peserta diberi hadiah penyertaan
Meleret la senyum si Amira bila dapat hadiah


Nasib la si Jasmin tak merengek nak juga
Mana la nak cari ye dak??
Aku bagitau dia tu hadiah orang yang masuk pertandingan.. kalau Jasmin nak hadiah, tahun depan Jasmin masuk pertandingan warna macam Amira. Nasib la dia ok je.

Bila keputusan diumumkan, aku tengok hasil warna budak yang kedudukan no 10 pun 10x ganda lawa dari Amira, so aku rasa memang takde harapan la Amira menang.. Terus aku ajak bebudak balik je.. Lagipun hari pun dah start hujan renyai2 dah.. Hahahaha.. malas dah mak korang nak tunggu. Diaorang pun ok je...hahahaha..

Takpe la Mira, walopun tak menang tapi dah ada pengalaman kan. Ok la tu.. Pasni boleh join lagi pertandingan kaler ni.. tapi kena praktis la mewarna cantik2 kat rumah πŸ˜†






Thursday, October 18, 2018

RAGAMAN

Assalamualaikum

Gila lama bersawang dah blog aku ni
Adeh... kenapa la dah makin malas nak hadap blog ni ye??
Makin tenat penyakit malas aku ni.

Ok ni cerita trobek je... kejadian masa awal bulan hari tu
Dah le hari tu hari Isnin
Cam biasa mak2 ni kelam kabut gak le kalau hari Isnin kan
Mana nak siap gi keje, pastu nak siapkan anak ke sekolah, nak hantar anak rumah pengasuh, nak prepare breakfast lagi.. huish.. tak menang tangan la pepagi tu kononnya. 
Ok , bila dah setel semuanya & nak gerak gi keje, start2 enjin kereta dah bunyi tet..tet..tet..
Aik??? pehal takleh start pulak kereta aku ni
Start sekali lagi pun keluar bunyi camtu juga
Adoyai.. ni mesti bateri kereta dah kong ni
dah le Amira aku tak hantar lagi.. last2 bawa Amira pi rumah pengasuh (jalan kaki je) & terpaksa minta pengasuh tolong hantarkan Amira ke sekolah.
Lepas tu aku gi rumah Cik Besah pulak sebab nak mintak tolong anak abang ipor aku jumperkan kereta. Kebetulan dia pun tengah cuti semester, so ada je la dia kat rumah.



Tak lama pastu anak abang ipor aku pun datang rumah. Jumperkan kereta pun takleh juga.. Dia kata ni bateri dah kering sangat2 ni.. Dah tak boleh ni. Makanya terpaksa la aku mintak tolong dia tukarkan bateri baru. Kedai bateri tu pulak buka pukul 10 pagi. So terpaksa la aku inform office cakap aku masuk lewat.

Dia tanya aku, ada tambah air bateri tak? Aku cakap tak pernah.. selalu kalau servis, orang servis tu yang top up air bateri..Mana la aku tau bab2 bateri kereta ni.. Lagipun dah lama bateri tu.. Last tukar pun sebulan sebelum arwah suami aku meninggal.. (Kiranya dah 2 tahun setengah dah). Lama gile kan.. Dah tahap wajib tuko la kot kan.

Dalam pukul 10 tu, dia pun pi la kedai beli bateri baru.. Dalam kul 11 camtu gak le baru kereta aku dah boleh  gerak dah..hahahaha.. bateri baru la katakan.. Alhamdulillah... selesai dah satu masalah.


Dia kata dia beli jenis bateri sel kering je... Haaha.. tak pernah aku tau ada bateri basah bateri kering... nampak beno bengapnya... Persyaitonkan je le semua tu, janji kereta dah boleh gerak udah le tu.. (pastu baru gigih pi google apa beza bateri basah bateri kering tu...huhuhuhu)


Gitu la ragam kalau kereta dah 10 tahun ni.. Memacam  la nak mintak tukar @ ganti.. Jangan dibuat sampai kena tuko kereta lain udah le... Bajet takde lagi ni weiii.. Pakai la kereta yang mana ada dulu (ada satu ni je la pun πŸ˜…). Asalkan boleh pi balik kerja & balik kampung & gi mana2 dengan selamat sudah le ye dak??






Monday, September 24, 2018

JOM SIHAT DENGAN SUSU BADAM DALUCIA

Kalau badam ni mesti sinonim dengan kuih raya Almond London kan?
Walaupun banyak lagi kuih raya yang letak badam tapi Almond London la yang paling orang ingat sekali. 

Tapi korang tahu tak khasiat badam ni?Pernah tak dengar pasal susu badam? Selama ni tahu pasal susu lembu je.. takpun susu soya kan. Kalau sebut susu je orang asyik ingat susu lembu je. Tapi korang tahu tak badam pun boleh buat susu. Walopun fitrahnya susu tu terhasil dari badan haiwan & manusia, tapi tumbuhan2 pun boleh jadi susu tau. Konsepnya macam susu soya la. Bukan datang dari lembu pun tapi dari kacang soya. So sama la konsepnya dengan susu badam ni. Datangnya dari kacang badam.

Badam ni banyak sangat khasiatnya tau. Kalau korang tengah diet memang la sesuai sangat badam ni dijadikan untuk snacking. Antara kebaikan2 badam ni ialah ia dapat menurunkan berat badan, menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan kesihatan jantung, memperbaiki sistem imun,  menggalakkan penghasilan sel2 badan yang sihat, mencantikkan kulit dan elok untuk sistem penghadaman kita. Selain tu banyak lagi la kebaikan badam ni.. ha boleh la google sendiri.

Bebaru ni berkesempatan la cuba susu badam dari Dalucia. Memang dah lama tau pasal susu badam tapi nak jumpa yang dijual2 ni payahnya la hai.. Nak buat sendiri memang pemalas ya amat aku ni ha. Hahahaha.. Tengok harga badam jual kat supermarket pun pikio 2-3 kali nak beli... Sekali sekala boleh la kan... 



Ha ni la dia susu badam yang aku cakap tu. Dah senang dah sekarang.. Siap dibotol lagi. Tak payah susah2  nak perah2 sendiri...buat sendiri pun belum tentu sedap...hahahahaha.. Tapi yang ni konfem sedap. Ada 3 perisa lak tu - asli, coklat & kurma. SEMUA SEDAPPPPP!

Susu badam Dalucia ni diperbuat dari 97% susu badam (air & kacang almond yang dipanggang) dan kurang 3% adalah tepung susu & krimer bukan tenusu. Produk ni juga ada kelulusan Halal, GMP, HACCP dan FDA.

Ni rupa air susu tu.. Kalau yang biasa kalernya putih la..(dah namanya susu kan). Yang coklat tu tentulah coklat & perisa kurma tu kalernya coklat2 macam nescafe. Rasanya semua sedap, terasa lemak2 kacang tu & tak manis sangat.  Kalau susu lembu pun kadang2 yang berperisa ni ada yang terlalu manis di tekak aku. Tapi yang ni memang just nice. Tapi yang menarik tu bab nutty taste kacang badam tu.. Memang sedap. (Banyak kali dah aku sebut sedap ni sebabnya memang sedap... PERCAYALAH!!!!)


Kalorinya pun rendah je untuk per serving. Kalau tengah diet2 ni memang sesuai sangat la. Tapi yang bahayanya sebab sedap sangat takut2 terbabas kalori dibuatnya. Kalorinya antara 50-70 je per serving.. Yang lagi penting produk ni takde lemak trans. Sesuai la kalau korang nak buat sarapan  atau snek.. Bancuh dengan kopi pun sodapppppppp. Anak2 makan dengan cereal pun sedap.. Eh banyak lagi la resepi korang boleh try guna susu ni... Mana2 resepi yang guna susu, korang boleh ganti dengan susu badam ni.. Berganda2 kesedapannya nanti..


Tengok la si Jasmin ni.. suka beno dia sampai habis sebotol ni dia minum...Dia suka yang perasa kurma ni. 


Cik gebu ni pulak suka yang asli. Makin gebu la kamu lepas ni ye Amira...

Mamanya pulak suka yang coklat.. πŸ˜‹πŸ˜‹


Mana nak beli??? Oiii dah merata2 orang jual la ni.. Nak beli online pun boleh juga. Nak beli dari dealer2 diaorang pun boleh je.  Kalau korang kaki merayap ke supermarket, boleh la beli kat MYDIN HYPERMARKET (yang terpilih) dan LULU HYPERMARKET.

Kalau jenis malas nak keluar rumah, boleh juga beli online di website
WWW.THEDALUCIA.COM  atau korang boleh beli dari ejen2 Dalucia yang berhampiran dengan korang. List2 ejen setiap negeri korang boleh tengok kat website DALUCIA jugak. Kalau korang yang nak jadi ejen pun boleh je daftar sebagai ejen kat website tu.





Jom kurus, langsing & cantik dengan susu badam Dalucia!





Wednesday, August 29, 2018

GIAN CEMPEDAK

HOLA....
lamanya tak update blog sebab malas & bizi
Ni je tetiba rajin ak update blog hari ni
Sementara tengah rajin ye dak

Orang lain gian makan durian, aku pulak gian makan cempedak
Bulan ni je aku rasa dah 4-5 kali membeli cempedak
[beli tau.. yang orang bagi tak masuk list]
Pergh.. dahsyat penangan cempedak kat aku ni
Nak2 pulak tengah musim cempedak kan

Ni cempedak yang dibeli kali ke-4 kot
Dan yang paling mahal aku pernah beli setakat ni
Sampai RM32 sebiji tu.. cempedak kahwin katanya
Sekilo tu RM12.. so sebiji tu beratnya ada la dekat 3kg
Sebab nak makan sangat kan, beli jugak le

Aku ni pula pesen kalau beli kat tempat yang aku puas hati kualiti buahnya
aku akan beli  kat situ je
sebabnya ada sekali dua beli kat tempat lain tapi hasilnya mengecewakan
[sebab murah kot..hahahaha - cempedak kampung & cempedak madu]
So ni kali ke-3 aku beli kat cina tu
sampai deme pun dah cam aku..hahahahaha
Menggigih aku drive sampai ke Ulu Yam tau!


Beli cempedak kat gerai tu memang aku puas hati
Walopun mahal tapi sangat2 pueh hati
Pertama kali beli kat situ, sebiji cempedak boleh dapat 70 ulas tau
Memang 3-4 kali goreng la 

Pandangan pertama lepas belah... masya-allah... gebu gebas isinya
oren lak tu... makan saja pun sedap dah manisnya
bau cempedak tu pun usah cerita la dia punya menusuk kan.



Lepas habis dikorek2 buah tu
maka dapat le dalam 64 ulas buah yang gebu2.. satu pun takde yang buruk
sangat puas hati weiiii



Close up sikit..


Lepas tu cepat2 bancuh tepung untuk goreng cempedak pulak
Ni pun pakai resepi jumpa kat internet je
Dah 3 kali guna resepi ni
yang paling sedap la di tekak aku la.. siap crunchy2 gitu..

Ni batch ke-3 yang aku goreng
Batch pertama & kedua tak dan nak tangkap gambar
rakus nak mengadap cempedak...hahahaha


Ok dah pueh dah makan cempedak
Alhamdulillah!










Tuesday, August 14, 2018

BIRTHDAY SI BONGSU YANG KE-4

Hari Ahad lepas genap le si Jasmin 4 tahun
Cepatnya masa berlalu
Kat wall fb aku lak dok lalu lalang gambo dia masa baru lepas keluar dari perut
Tengok2 dia dah seketul besor depan aku ni ha..
Alhamdulillah...

Memula takde plan pun nak buat makan apa2 special
Just takat nak beli kek pastu buat minum2 petang je
Kami je anak beranak.. takde la pulak nak ajak sapa2 pun
Tetiba pagi tu Cik Besah (MIL aku) pulak datang rumah
Udah tanya aku nak masak apa sempena birthday Jasmin
Ermmmm... terus laju je meluncur cakap Mee Kari kot
udah dia kata boleh la opah datang makan
Makanya lepas dia balik kena pi beli barang la masak mee kari pulak

Lepas beli barang2 terus siap2 masak
Plan nak makan pukul 3 petang, so sempat la kot
Masa tu baru pukul 12 tengahari
Dengan Mira pulak aku dah janji nak buat makaroni
so kena juga le buat makaroni tu
Udah 2 menu berat... belasah je la... janji sempat masak

Siap2 masak semua aku gi solat Zohor
lepas tu turun dapur gi goreng cempedak pulak
Nasib la dah siap2 kopek  pagi tu
Tinggal  nak bancuh tepung je.. itupun nak cepat masuk dalam blender je
Kalau idak lagi lambat la kan
Tu dia.. dalam tak sempat2 tu, terus jadi 3 menu aku 

Disebabkan masing2 dah kebuluran, kul 3 tu terus je kitaorang start majlis
Malas nak tunggu2 opah & mak long deme datang
So kita terus nyanyi hepi beday tu yu je lah
Suka la dak kecik tu

Ni la kek birthday si Jasmin
Dia yang pilih sendiri
Aku konon nak beli kat secret recipe tapi udah takde deco2  menjerit la dia takmo.. siap melalak2 dalam SR tu..
Last2 ke kedai kek biasa je le
Disebabkan deco yang meriah tu dia pilih la kek yang tu
Ha.. bagus juga.. jimat duit mama kamu😝



Birthday girl..
Topi tu pun beli kat kedai kek je



Eksaited nak sambut birthday ye Amin..


Aku buat makan2 kat porch luar rumah je
Senang dok bersila
Bentang tiko je pastu duduk berkelah.. ala2 piknik gitu
Angin pulak elok bertiup2
Feeling santai sangat...πŸ˜…




Ni gambo spontan..
Konon2 nak sorok muka udah sampai si Adib macam nak masuk dalam pinggan tu
Ntah le kenapa bebudak ni makin beso makin takmo tangkap gambo
Nanti2 kome nyesal tau takde gambo banyak2
Kenangan semua ni tau!!!!



Alhamdulillah majlis simple kami berjalan lancar
Opah & Maklong datang pun dah pukul 5 petang
Kalau nunggu deme maunya masuk angin perut memasing
So deme makan je le apa yang ada..






Monday, August 6, 2018

IKEA - RAK MULIG

Ini la pertama kali beli barang2 dari IKEA tau
Selama ni dapat barang IKEA pun sebab orang bagi

IKEA pernah la pergi sekali dulu dengan suami & anak2.. lama..... dah
Tapi tau je le pergi dengan toklaki kan.. asyik nak cepat je
dia tak berapa berkenan la sangat bab deko2 ni.. boring katanya
itu baru nak cuci mata, belum nak shopping lagi tu..hahahaha

Sekarang ni kan dah banyak personal shopper
so kalau nak beli barang2 IKEA ni dah tak susah
kalau nak pergi IKEA memang jangan harap la kan
jauh dari rumah lak tu.. pastu nak kena angkut2 barang kena la juga ada kenderaan yang sesuai gitu..hehehe

Bebaru ni saja usha2 barang IKEA kat Shopee
terus berkenan nak beli rak MULIG ni.. 
konon2 nak organize la sikit barang2 dalam bilik ni
tengok harga pun sesuai dengan bajet, so kita try beli satu lah!

Dalam 3 hari lepas oder, barang pun sampai
Eksaited nak pasang ko!!!!


Malam tu juga aku minta tolong Adib yang pasangkan
Walopun nak pasang tu tak le susah mana... aku pun boleh buat sebenarnya
Tapi kasi la Adib yang buat.. baru dia rasa nak tolong mamanya ni kan...

Ini la rupa raknya...


Memula asing2kan dulu skru2 & besi2 ikut jenisnya
Karang nak pasang senang la kan


Adib in action... semangat dia nak pasangkan rak tu πŸ’ͺπŸ’ͺ



Yey.. dah siap.. kejap je pasangnya punπŸ˜…πŸ˜…
Sila glap.... eh clap ye... APPLAUSE bak kata Sajat..hahahaha




Rak ni tak le besar sangat
Just nice untuk ruang2 yang terhad
Memula aku plan nak letak kat dinding antara tingkap kat bilik tidur aku
Tapi rasa payah pulak nak mekap pagi2 sebab jauh dari cermin
Last2 aku alih letak tepi almari yang ada cermin tu
Senang la nak bersiap pagi2 nak gi keje

Ada model lak.πŸ˜†πŸ˜†



Ni dia hasil deko2 rak tu
Senang nak bubuh segala peralatan berhias & aksesori😊
Tepi tu ada hook senang la nak gantung tudung/seluar/baju




Rak ni ada 2 warna - hitam & putih
Rasa lawa pulak rak ni
Nanti nak beli lagi la letak kat bilik anak2 pulak










Thursday, August 2, 2018

CEMPEDAK GORENG

La ni musim buah2an tempatan kan
Durian la.. manggis la.. duku langsat la... pulasan la
sakan la hangpa dok makan durian nooooo...

Aku pun layan gak makan durian, manggis bagai tu
tapi idak la beria pun
kalau ada makan.. kalau takde senyap je

ada satu hari tu tetiba rasa teringin nak makan cempedak
punya la payah nak jumpa kan
kalau ada pun mahal beno harganya
dalam dok teringin2 tu tetiba ex staff  opis datang
ada pulak dia bawa cempedak
alhamdulillah rezeki weh.... dapat la sebijik

balik rumah terus nak goreng
tak sempat2 kononnya
siap sanggup beli tepung beras lak tu semata2 nak goreng cempedak tu
selama ni memang tak pernah wujud tepung beras kat rumah aku 
hahahahaha.. beria nak folo resepi kasi crunchy konon
kalau ikut malas, aku pakai je tepung gandum tu..hahahaha

Harapkan buah beso juga le 
tapi ulasnya kecik2.. dapat le dalam 12-13 biji dalam tu

Ni le hasil dah digoreng


Jadilah buat lepas teringin anak tekak kan
Anak2 pun macam jerung makannya
Sapa lambat memang tak sempat merasa la [Amira & Jasmin la]
Kesian pulak kat deme bila balik rumah tinggal biji cempedak je dalam bekas tu
Habis dimakan dek kakak...
kakaknya pun... langsung tak tinggal kat adik2
Aku pun satu, tak pesan kat dia suruh tinggalkan sikit 






Nampaknya kena la mama pi cari lagi cempedak ye
Masalahnya mana nak cari ni???








Thursday, July 26, 2018

SESEKALI BERJUMPA

Ni trobek masa balik cuti raya hari tu
Kebetulan masa raya ke-3 sepupu aku nak bertunang
Ada la buat kenduri kecil2 di rumah datuk aku tu
So petang raya kedua tu dah ada orang datang pasang pelamin

Malam tu apa lagi.. sakan la bergambar kat pelamin
Tapi budak2 la...
yang tua2 malas nak bergambar dengan baju tidur..
esok2 la kita bergambar pulak







Ahsan tu anak sepupu aku
Darwisy tu anak adik aku
Diaorang kalau dah jumpa, main aje la kerjanya
Yang si Ahsan tu pun tak padan dengan kecik.. [baru 2 tahun umurnya]
join jugak le diaorang main2 kat pelamin tu
Jangan ditarik2 bunga & kain belakang tu udah le...
Kang tak memasal pelamin anganku musnah pulak😝😝