Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, January 28, 2016

RESEPI SIZZLING MEE YANG SEDAP & MUDAH [DAN TANPA HOT PLATE]

Rajin beno aku masak sekarang
hahaahaha [puji diri sendiri]
Mana yang teringin tu, kena la masak sendiri kan
dalam dok gawat2 ni kan... selagi boleh masak sendiri, kita masak la
time malas, kita beli je kat kedai...sonangbaitu!

Haritu teringin nak makan sizzling mee
kebetulan pulak resepi dok lalu lalang kat fb
tengok bahannya & cara masaknya senang je
so jom kita cuba
sapa nak try dipersilakan sangat..

Bahan2nya [cukup untuk sepeket yee mee tu]:

  • 6 ketul ayam , potong kecil2
  • 8 ulas bawang putih [hiris nipis]
  • Halia - potong nipis dalam 5 keping & tumbuk sikit
  • 8 cili kering [potong 3]

  • 10 dry mushroom [aku takde so tak letak]
  • 1 peket yee mee [satu peket ada 5 keping]
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 6 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil minyak bijan [takde - so aku tak letak]
  • 4 sudu besar tepung jagung -larutkan dalam sedikit air
  • 2 kiub ayam
  • Sawi
  • Telur
  • Air [4 mug]
  • Cili api [optional]
  • Minyak masak [dalam 4 sudu besar]



Cara masak:

Masa tumis ni api jangan besar sangat
kang hangit lak bawang tu




Ayam tu biar goreng sampai kecut dulu tau


Bila dah masukkan air, besarkan api tau..


Kicap tu semua  termasuk sos tiram le tau
Kang ada lak yang tanya masa bila bubuh sos tiram tu..hehehehe




Korang boleh la ejas rasa kuah tu lepas tutup api
Kalau terkurang masin, tambah le garam
kalau kurang manis tambah le gula
Tapi kalau ikut tekak aku tak payah dah nak tambah garam gula tu.

Ok now dah setel bab kuah
Ehhhh belum complete lagi
Sebab step seterusnya takde gambar so kena la story secara bertulis

Memandangkan aku takde hot plate
so aku kena guna kuali nipis yang non stick tu
Andaikan je la kuali tu la hot plate korang
Dalam kuali tu, korang masukkan mee
pastu curahkan le kuah & isi2 ayam tu sekadarnya
kemudian pecahkan telur.... biar sampai gelegak &telur dah hampir masak
baru masukkan sawi 
dah ala2 layu sikit sawi tu boleh la bubuh dalam mangkuk
Nak salin dalam mangkuk ni korang kena ada skill tersendiri la
Kang telur tu terpecah @ terkebawah mee pulak
udah tak presentable sizzling mee korang tu...

Ni la rupa sizzling mee aku yang rupawan
Ha, nak kasi pedas sikit, boleh la tambah hirisan cili api kat atas tu
Perghhhhh.. memang mabelessss
Makan pulak time panas2 tau... dah sejuk tak sedap 


Ok dah siap dah
Senang je kan.....
pasni masak sendiri baru puas hati
nak kuah banyak ke, nak sayur banyak ke ko punya suka la no...

Jemput makan...


Thursday, January 29, 2015

FIRST TIME AKU BUAT APAM WEI....

Orang kalau fes time nak buat kuih mesti buat yang senang2 dulu kan
Pastu kalau nak buat apam pun, try dengan apam nasi @ apam susu dulu kan
Aku lak dua2 apam tu tak pernah buat lagi
Tup2 terus nak buat apam karamel ko....
Bahasa kampung aku apam gula hangus...kui..kui..kui

Tah cemana aku tengok resepi apam karamel ni
Pastu bahan2 lak semua ada kat rumah
Encik "R" pun ada singgah lak
So, apa lagi... kita bikin la

Punya semangat aku nak meng"apam"
Siap beli bekas kecik2 ko
Acuan kuih Puteri Ayu pun aku beli
Asalnya nak pi cari acuan kuih lompang yang kecik2 tu
Takde pulak kat kedai tu
Tu yang terbeli acuan lain

Ha... ini le rupa apam hangus eh apam gula hangus aku
Tak hangus tau sebab aku kukus
Lembut gebu je
Anak2 pun suka



Resepi??? 
Ni ha aku tepek.. 
kot2 hilang resepi ni aku search je dlm blog sendiri kekdahnya ye dak???


Aku derhaka sikit resepi sebab aku ganti marjerin dengan mentega
[sebab nak habiskan stok mentega]

Pastu kalau ikut resepi ni, apam ni agak manis sikit
So next time buat kena kurangkan gula kot..


Tuesday, January 13, 2015

OH MY RAINBOW CAKE

Rainbow sangat.....
Sebab kalerful bebeno warnanya
Padahal kek minyak jerrrrrrrrrrrr

Fes time nak buat kononnya
Tengok bahan2 semua ada kat rumah kan
So marilah kita mengekek bersama anak2

Sebelum ni pernah buat kek coklat
Tapi tak berapa jadi sebab hangit.. huhuhuhu
So kali ni try kek minyak pulak
Sebelum ni kek coklat tu aku bako guna oven
Kek minyak ni aku try kukus pulak

Sebab aku ni tak terer buat kek
So aku folo resepi sebijik2 tau
So kalau tak jadi kek aku, boleh le aku salahkan resepi tu
Hahahaha
Setelah membancuh bahan2, masukkan dalam bekas pastu kukus
Ini la rupanya kek renbo aku tuh
Kalerful tak????
Abaikan rupa corak yang tah hapa2 tu
Aku ni memang tangan tak berseni sikit
Gambo kecik tu keratan rentas kek bila dah dipotong
Anak2 aku pulak ta dan tunggu sejuk dah nak makan kek tu

Walopun rupa kek ni cam tak mengghairahkan
Tapi seriously kek ni SEDAPPPPPPP 
Gebu je tau.... & tak berapa manis
Sesuai dengan tekak aku ni
Pehni time raya boleh la aku tayang kek ni [angan2 dah]

Resepi???
Aku ambik resepi paling sempoi je
Sebab aku ni suka yang senang2 je
Nak2 pulak orang yang kurang tahap kesabaran cam aku
[Benci nak tunggu lama2 & banyak prosesnya]

Aku folo resepi ni jer...

Ok uolsss mana tak try resepi ni, boleh try nanti
Senang beno...
[Takde mixer pun takpe.... guna je blender]

SELAMAT MENCUBA...

Tuesday, December 16, 2014

DESSERT OF THE DAY : TIRAMISU MILO

Tetiba je terminat kat Tiramisu
[Lepas termakan kek Tiramisu Secret Recipe]

Semalam masa buka fb ada pulak yang tepek resepi tiramisu ni
Tapi ni version yang paling senang
Dan paling murah kot aku rasa
sebab semua bahan2nya murah2 je & memang ada kat rumah

Ni first time aku nak buat Tiramisu ni
Senang yang amat...
Campak2 dalam blender, pastu masak atas api, pastu layer2kan, pastu sumbat dalam peti ais
Dah sejuk boleh makan...
[Tapi takleh challenge la original tiramisu tu kan]


Ni la rupe bahan2 & hasil kejadian tiramisu milo aku
Sorry ye, memang kat blog ni takde cara masak step by step
Sebab aku takde masa nak snap gambo waktu tengah masak
Lagipun nanti mengganggu konsentrasi aku masak je..


Nah ambik resepi
Aku pun kopipes resepi ni je

Jimat kan sebab takyah nak pakai cream cheese, whipping cream bagai
Pakai tepung kastad je udah...hehehehe

Pasni boleh olah lagi supaya menepati citarasa tekak aku



Tuesday, November 11, 2014

CUCUR UDANG KEMBONG GEBU

Hujan2 ni kalau layan cucor cicah sos pun sedap kan
Sejuk2 ni asyik lapo je...

Ahad lepas aku buat cucur udang kembong
Kan cucur kembong tengah viral jugak kat fb tu
[selain jeruk mangga asam boi tu]
Tapi versi asal cucur kembong ni ialah cucur kembong manis
Kali ni aku buat cucur derhaka la
Instant derhaka lagi ko...

Cucur yang baru lepas goreng
Sekali pandang cam fishball pun ada..

Cucur aku ni pakai 2 bahan je tau
Jangan tak caya..... aku kan suka yang mudah2 je
Inilah watak utama cucur aku
Sepeket cucur instant ADABI
dan 2 cawan air panas..
PENTING!!!!!
Air panas yang baru lepas masak tu tau
Air suam tak jadi gebu nanti [gamaknya la]
So ingat ye PAKAI AIR PANAS tau

Kalau dah pakai air panas tu gaul le guna sudu
Gile ko nak gaul pakai tangan
Kalau tangan korang kalis panas takpe la
Pehtu make sure adunan korang tu tak cair cam adunan cucur yang biasa2 tu
Adunannya cam melekit2 sikit  
Bila dah sejuk boleh la korang bulat2kan cam bebola 
[ni sementara tunggu minyak panas boleh le buat]
Nak kasi senang gentel.. sila basahkan tangan terlebih dahulu ye
Pehtu terus goreng ... goreng sampai golden brown pastu angkat le

Kaedah ni korang boleh pakai untuk segala macam cucur
Ikut kreativiti korang le
Cam aku yang malas ni.. pakai yang instant je [kof.kof..kof..]

Jemput makan cucur kembung
cicah ngan sos cili
Sekejap je dah habis sepinggan...


## Hal ehwal cucur pun nak citer ke??? Nampak beno takde idea..

Monday, October 27, 2014

MENCUBA JERUK MANGGA ASAMBOI YANG VIRAL

Semenjak dua menjak ni kan dah jadi kegilaan pulak jeruk pelam ni
Tah sapa la yang start memviralkan jeruk ni
Glamer sungguh ko jeruk!

Mentang2 la sekarang memang musim mempelam
Habis semua orang addicted nak buat jeruk ni
Dah nak buatnya senang bebeno kan...
Nah aku kasi resepi [ambik dari fb je pun]
Tengok resepi pun dah terliur kan?? Kan??

So aku pun taknak ketinggalan nak buat  jeruk ni
Kebetulan buah mangga kat rumah aku ni pun tengah meriah
So apa lagi... jom kita petik pelam
[laki aku la tukang petik mangga]

Maka jadilah ia sebagai projek hujung minggu kami
Tada!!!!!
Buat 2 balang
Konon sebalang nak bawa opis

Lepas 2-3 jam dalam peti ais
Jom kita try test apa ke rasanya
Buka balang camni la rupanya
Menggiurkan sungguh!
Dan rasanya memang SEDAP!!!
Tak boleh berenti makannya wei

Dari 2 balang ini je yang tinggal
Ate, camne nak bawa opis???

Tunggu la aku petik mangga lain hujung minggu ni
[kalau rajin le]

** Mangga ngan asam boi memamg laris le sekarang ni.. 

Wednesday, June 25, 2014

DINNER DENGAN CHICKEN CHOP

Lama dah nak buat
Tapi tak terbuat2...

Semalam balik dari spital terus tuju Giant Batu Caves
Itu je tempat yang dekat...
Kalau ikut hati nak je pi AEON RAWANG @ AU2
Tapi tak larat la pulak nak gi jauh2...

Saja la jenjalan le Giant tu sebab dah lama tak pegi
Kat sana beli la sikit barang2 baby
[walopun gaji tak masuk lagi]

Sambil2 tu beli la juga barang2 nak masak
Laki aku nak makan chicken chop 
Nak buat dari raw aku is tak reti + malas
Ye la kan... nak siang, nak debone bagai... tak kuasa la
Last2 beli je yang sejuk beku... senang  balik rumah terus prenggggg  je dalam kuali

Ini le ayam yang aku beli
Harga sepeket tu dalam RM5-6 je...
Tapi memang besar la ayamnya...
Puas hati...

Sambil tu beli jugak le bahan2 nak buat coleslaw..
Alang2 buat bior la lengkap kan...ewah!

Sampai rumah terus gugel resepi kuah chicken chop tu
Tanya hasben nak brown sauce @ black pepper sauce
Katanya nak black pepper sauce
Terus google resepi yang paling senang..
Last2 aku pakai resepi dari blogger ANA SUZANA
Resepinya kome boleh KLIK SINI
Memang senang sangat2 resepinya tu
Kebetulan semua bahan2 ada kat rumah
5 minit dah siap masak kuah...hahahaha

Lepas tu buat coleslaw lak..
Resepi aku paling senang punya.. takde sukatan pun
Hiris & cincang halus2 kobis + carrot + bawang besar
Pastu terus gaul dengan mayonis
Rasanya ejas la pastu nak tambah garam @ gula
Ikut citarasa masing2...

Lepas maghrib, baru aku goreng ayam chicken chop tu dengan fries
Maka lengkap la Chicken Chop instant aku..hahahaha
Ni portion untuk orang dewasa
Untuk budak2 lak, ayam tu aku potong 2
Itu pun Adib tak habis... Kenyang katanya
Tapi ayam tu memang beso pun

Jemput makan ye kengkawan...


Hasben aku kata sedap
Pasni boleh buat lagi...hehehehehe



Monday, June 2, 2014

TWISTIES LAKSA

Fenomena juga twisties laksa semenjak dua menjak ni
Aku pun tak nak ketinggalan sama
Bahan² pun senang nak dapat, cara nak buat pun senang juga

Belek2 pantry aku, bahan² semua ada kecuali laksa
So masa beli barang dapur, terus beli laksa kering

Ini resepi yang aku guna
Tapi sukatannya korang pandai2 la ejas ikut tekak memasing

Kalau ikut sukatan aku semalam [untuk setengah peket laksa EKA tu]:
3 sudu nestum
2 sudu serbuk kari
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
1/4 sudu garam


Tapi rasa rempah kari tu kuat sangat la pulak untuk first batch
Patut kurangkan sikit rempah kari tu 
Guna 1 1/2 sudu dah cukup kot...hehehehe
Aku buat sikit2 je... takut buat banyak2 kang tak jadi pulak
[sebab ini percubaan pertama]
Untuk setengah peket laksa tu, dapat la 2 balang sederhana ni..


Cara2 nak buat tu:
Bahan2 yang kat atas tadi korang blend kering je semua
Pastu letak dalam tupperware bulat 
Senang nanti korang nak shake2 dalam tu

Ikut turutan nombor tu ye
1. Laksa yang dah digoreng... toskan minyak
2. Masukkan laksa yang dah goreng tu dalam tupperware yang dah ada rempah2 tadi. Pastu korang goncang2 la tupperware tu supaya rempah2 tu sekata menyalut laksa tadi
3. Dah boleh simpan dalam balang untuk kudap2...

Sedap..... 

Selamat mencuba ye...

Friday, August 12, 2011

CUCUR JAWA : GELORA ESOFAGUSKU

Time-time bulan pose la kita teringin nak makan kuih yang jarang2 jumpa
dah namanya jarang jumpa, of kos le makannya pun jarang2 kan
hari tu aku jenjalan kat PARAM tetiba ternampak satu kuih tu
tapi sampai kesudah aku tak tahu kuih tu nama apa.

Jenuh la aku gugel nak cari nama kuih tu
last2 jumpa jugak ---> CUCUR JAWA [orang Jawa punya kueh ke ha???]
2 hari lepas masa menyinggah PARAM, aku dah nampak dah kuih ni
tapi kat gerai yang hujung sekali
tetiba tekak aku bergelora teringin nak makan kuih tu
tapi memandangkan pelastik dah melendut kat tangan kanan kiri
so aku pun pospon la hajat aku tu
kununnya aku nak beli keesokan harinya lah

So semalam dengan gambaran Cucur Jawa berlegar2 di otak
menjelajah satu PARAM, sampai kesudah tak umpa kuih tu
nak kata dah habis, awal lagi [baru kul 6ptg]
agaknya orang yang buat kuih tu tak buat kuih tu kot semalam
frustnya...... sebab napsu aku tak dapat dipenuhi
takpe... aku try lak cari hari ni!

Sepagi ni aku duk gugel resepi CUCUR JAWA ni
[idak le susah mana pun buatnya ---> antara malas & rajin je]
Ni nak kopipes resepi kuih ni
bukan apa, nanti senang le nak korek resepi
takyah dah nak gugel beria kat blog orang lain
baik kelebek blog sendiri jer..


Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sedikit garam
Air [lebih kurang 2 cawan]

Cara2:
Campurkan gula pasir & gula merah bersama dengan 2 cawan air.  Masak hingga mendidih. Biarkan sejuk/suam. Campur tepung gandum & tepung beras. Kemudian campurkan air gula yang dimasak tadi.Tambahkan garam. Gaul ikut likat dan ditimbuk2 hingga berbuih. Perapkan adunan semalaman. Kemudian gorengkan dengan minyak yang secukupnya.


** Moral of the story, kalau teringin/berkenan sesuatu benda tu, terus je beli. Esok lusa belum tentu ada lagi...