Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Gajet. Show all posts
Showing posts with label Gajet. Show all posts

Saturday, January 16, 2021

HANDPHONE LEBIH 2 TAHUN DAH KIRA OUTDATED RUPANYA😅

Sekarang ni aku pakai henfon Xiaomi Redmi 4A je. Sebelum ni pakai Mi4 tapi disebabkan kecuaian aku, henfon jatuh ke jalan tar.. Terus pecah skrin. Aku sayang tau Mi4 aku tu.. The first henfon yang buat aku jatuh cinta dengan Xiaomi. Setakat ni dah pernah pakai Samsung, Lenovo, Asus, Nokia tapi setakat ni Xiaomi paling best lah. Disebabkan Mi4 tu dah jahanam & kos nak repair skrin pecah tu pun agak mahal, ditambah dengan keperluan nak pakai phone dengan segera, so terpaksa la beli baru.. Tu yang beli je Redmi 4A tu.. (pilih Xiaomi juga sebab dah jatuh cinta kan 😍). 

Kiranya dah 3 tahun dah aku pakai Redmi ni.. Memang takde masalah.. Cuma slow je la sebab 2g RAM je.. Tapi tu tak jadi masalah la pada aku pun. Kualiti gambar & kamera pun so so je la sebab jenis yang mur2 kan..  Takde bajet nak beli mahal2 kan.  

Nak dijadikan cerita haritu aku buat internet banking kat Maybank2u. Pastu kan sekarang maybank pun dah buat ala2 e-wallet iaitu MAE.  So dia suh la install apps MAE tu. Klik punya klik tapi takleh pulak kat henfon aku.. Aku ingatkan sebab line internet aku tak stabil. Cari kat google play pun tak jumpa apps MAE tu. Last2 aku klik dari link kat website maybank tu. 

Rupanya keluar benda ni pulak:
Keciwanya... Tak compatible la pulak.. Aku tak puas hati aku tanya la customer service. (Guna messenger kat fb je😅). Rupanya dia kata apps ni boleh guna kat henfon yang guna android 8 ke atas je.. Redmi aku ni guna android 7 je.. Patut le tak boleh.. Takde harapan la nak install apps ni😭.

So sekarang kesimpulannya, henfon yang dah lebih 2 tahun kira dah outdated la sekarang ek.. Cepat sangat teknologi berubah. So takyah le beli henfon mahal2, nanti nak kena tuko juga walopun ko punya henfon masih cun & elok lagi. Lagi lama, lagi banyak apps yang tak boleh update sebab os version lama kan.

Apakah ini petanda aku kena beli henfon lain?? 😁😁😁

Tuesday, November 24, 2015

GO WIRELESS : GUNALAH SHAREit

Teknologi kan semakin canggih sekarang ni
Zaman2 old school punya dah ketinggalan zaman 
Say goodbye to usb cable 
say goodbye to bluetooth
sekarang zaman wireless kan

Dulu kalau nak memindahkan data [especially gambar & video]
mesti kita guna usb cable kan
pastu zaman canggih sikit up sikit la pakai bluetooth 
la ni nak transfer file dah tak payah semua tu
kita pakai wireless je..

Kat playstore berlambak apps yang bolehkan kita transfer file tanpa wayar ni
Tapi yang paling aku suka guna Shareit la..
Memang senang pakai apps ni tau..
Yang penting gajet2 yang nak kena transfer data tu, kena ada apps ni la



Bila dah instal apps ni kat tab, smartphone atau PC so korang dah boleh dah transfer file
Dan kadar perpindahan file tu aku rasa sangat laju berbanding bluetooth
Yang penting ada WIFI la ye...



Kalau nak install di android, cari je kat Playstore
Kalau nak install kat PC, korang google je la Shareit for PC
So far aku dah guna kat PC yang guna Windows XP, Windows 7 & Windows 8



Aku ni nak terang secara teknikal memang tak reti
So korang boleh google blog2 yang explain pasal Shareit ni

Ni aku tengah transfer file dari smartphone ke PC
Memang cepat & mudah.
Apps ni memang wajib ada dalam setiap gajet aku.


So, korang boleh try la apps ni. 
Sangat2 membantu especially untuk blogger cam aku
Gambar banyak kat dalam handphone, tapi untuk editing & blogging
aku tetap nak guna PC.. 
Lagi satu storage kat PC kan lagi besar, so transfer la semua gambar kat PC
Simpan semua dalam henfon memang henfon jadi "berat" & lagging je..