Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 27, 2019

BIRTHDAY AMIRA & BIRTHDAY WAN

Bulan 3 ni ramai juga family member aku yang sambut birthday

17/3 - Birthday adik aku si Acik
18/3 - Birthday Wan (datuk aku)
22/3 - Birthday Amira & Heliza (anak Acik๐Ÿ‘†)




Ni lah Wan aku
Gambar ni sepupu aku yang send kat group whatsapp
Diaorang celebrate simple2 je kat kampung
Kalau ramai2 sure lagi best kan
Dah 86 tahun dah umur Wan kita
Semoga terus diberikan kesihatan yang baik pada Wan


Ni pulak Amira
Genap dah 6 tahun  minggu lepas
Kebetulan pulak masa birthday dia tu kat sekolahnya buat sambutan harijadi untuk murid2 yang birthday bulan Mac
Tahun ni kiranya dia celebrate kat sekolah la

Semangat pi beli kek kat kedai kek
Beli yang mur2 je sudah
Malas nak tempah2 lah... lagipun mesti ramai yang celebrate kat sekolah tu
Banyak2 kek karang tak termakan pulak..


Sebab beli kek kecik, aku oder la brownies ni dengan jiran aku 2 bekas
Buat hantar ke sekolah jugak


Ni gambar yang cikgu Amira send kat aku
Ramainya March babies... 10 orang....
Tengok kek2 diaorang tu... bersusun atas meja ๐Ÿ˜…



Birthday Girl!


Amira & kawan2..


Happy la Amira dapat celebrate birthday dengan cikgu & kawan2
Kat rumah celebrate simple2 je
Dia pun ok je

Apapun, mama doakan Amira sentiasa bahagia di dunia akhirat
Semoga menjadi anak yang solehah, penyejuk hati keluarga, anak yang cemerlang & berjaya di dunia & akhirat.






Tuesday, March 26, 2019

BUMBUNG & ATAP


Lepas naik dinding baru la boleh naik bumbung pulak
Progress bab bumbung ni banyaknya Haji le yang update kat aku
Siap ambil gambar view dari atas bumbung lagi

Layan je la gambar2 ni ye
Disebabkan ketinggian siling umah aku cuma 8 kaki je so Haji suggest naikkan bumbung tu dari kedudukan asal. Ha tengok la betapa tinggi beza bumbung rumah aku dengan bumbung rumah sebelah. Tapi dia kata bumbung tinggi rumah tak panas.. Ada beno juga ye.





Aku pulak yang gayat tengok pekerja kat atas tu๐Ÿ˜…



View rumah aku dari rumah Cik Besah



Dah hampir siap pasang atap







Wednesday, March 20, 2019

NAIK DINDING DAH ☺


Lepas slab siap & kering, sekarang dah boleh la naik dinding pulak
Cepat deme buat kerja
Aku ni boleh kata hari2 kalau balik kerja memang akan lalu kat rumah aku ni
Lagipun nak ambil & hantar anak ke rumah pengasuh memang akan lalu juga
Dalam sehari tu tah berapa kali aku lalu… seronok tengok progress rumah
Kalau Haji @ pekerja dia ada kat situ, memang aku berhenti turun la
Nak tengok apa yang jadi kat dalam rumah.

So far masa ni hanya bahagian yang extend je deme buat
Belum ada pecah2 dinding rumah pun
Sliding & tingkap asal pun tak buka lagi kecuali tingkap kat dapur
Kalau lepas diaorang habis kerja memang diaorang akan kunci rumah
Tu sebab aku jarang dapat tengok apa jadi di bahagian dalam rumah melainkan bila Haji @ pekerja dia ada kat situ
Lagipun barang aku dalam rumah (cabinet, kipas, aircond, lampu) semua tak cabut lagi
So memang diaorang kunci la rumah.. Takut hilang apa2 kan.




Oh ha.. lupa nak cerita apa dia tambahan kat rumah asal yang aku buat ye
Rumah asal aku hanya ada 1 bilik air (di tingkat bawah) & 3 bilik tidur (di tingkat atas)
Selama ni kami semua tidur kat bawah (kat ruang tamu) sebab malas nak turun naik pi toilet. Lagipun kan ada anak kecik, so selalu la nak kena bancuh susu malam2 kan.. tu sebab malas tidur kat atas. Bilik atas tu hanya jadi tempat salin pakaian je la kiranya. Tapi kadang2 tidur jugak kat atas tu.. Ikut mood la.

Memandangkan anak2 pun makin besar, nak kena la ada bilik sendiri kan. Sampai bila nak tidur belonggok kat ruang tamu je kan.. Tu belum kira time sedara mara datang tidur di rumah.. Rasa limited sungguh spacenya. Deme pun malas nak tidur atas sebab malam2 panas walopun pasang kipas.

So masa design rumah tu, antara kriteria yang aku nak:
1 bilik tidur di tingkat bawah
1 bilik air di tingkat atas
4 bilik tidur di tingkat atas

Bilik bawah tu aku nak buat sebab nanti kalau ada orang tua2 datang, senang la tak payah nak turun naik tangga. Takpun esok2 aku dah tua sakit lutut, situ la jadi bilik aku…Hahahahaha.. Fikir jangka masa panjang kekdahnya. Lagi satu bilik tu kalau tetamu datang boleh la nak tumpang2 sembahyang ke, salin baju ke apa ke kan. Tak payah le numpang2 bilik family member… Ganggu privacy nanti..kononnnn. Dari dulu lagi memang hajat nak buat bilik kat bawah tu.. Alasan masa tu senang kalau dalam pantang..Kononnnn..Tapi la ni tak relevan dah alasan tu.. Eh tapi mana tau nanti anak2 aku pulak dalam pantang kan.. Hahaha...  Rezeki korang le tak payah dah pantang kat ruang tamu cam mama dulu ๐Ÿ˜…

Bilik air atas tu wajib la ada kan kalau dah bilik tidur ada kat atas. Memula design Haji tu buat, dia buat sharing bathroom untuk setiap bilik. Maksudnya ada 2 bilik air kat atas. Tapi aku cakap buat 1 je bilik air dah cukup.. Senang nak monitor. Lagipun dapat budak2 jenis memerap dalam bilik nanti, silap2 haribulan sehari suntuk tak nampak batang hidung kan. Kalau bilik air tu satu je, nak tak nak kena la keluar bilik juga kan. Lagi satu senang nak beli perkakas2 bilik air- syampu sabun semua tu. Beli 2 set je untuk tingkat atas & bawah. Kalau ada 3 bilik air, tak ke kena beli sampai 3 set.. Kopak le aku.. Tu belum masuk kena cuci bilik air kan.. Memasing ngelat nanti.. Ni bila bilik air satu tu je.. kena ikut turn la sapa kena cuci  ye dak?

Bilik sampai 4 tu untuk kami anak beranak le. Anak 4 orang le katakan. Esok anak2 dah beso & dah berkeluarga jangan kome berebut2 nak bilik. Masuk je bilik masing2. Anak beranak kome 1 bilik senang. Nak sepah ke, nak bising ke, nak tunggang terbalik ke semua dalam bilik masing2. Tapi buat masa ni Jasmin & Amira kena share le bilik kan. Tu pun sekarang setiap malam Mama kena temankan tidur dulu.. Depa dah lena baru la aku lari masuk bilik sendiri.

Dulu kan, cita2 aku dengan arwah suami nanti dah tua nak duduk rumah setingkat je. Nak beli tanah lot, buat banglo setingkat & ada bilik banyak untuk anak menantu cucu datang.. Kalau boleh nak balik balik duduk Ipoh bila dah pencen nanti. Cewah.. Tapi tak kesampaian la angan2 kami tu. So dengan tanah sekangkang kera yang ada ni, aku cuba juga realisasikan impian kami tu seboleh yang mungkin sementara ada peluang ni. Itu je pun yang ada kan….

Mesti ada yang kata awalnya fikir pasal anak cucu semua tu.. Welllll….. I am not getting any younger okeh!!! Dah masuk 4 series dah ni. Apa lagi nak kejar????? Semua dah ada walaupun mungkin tak semewah orang lain. Kereta ada, rumah ada,motor ada,  kerja ada, anak2 ada, mak ada, mentua ada, suami & abah je dah takde…huhuhu… Lokasi rumah aku ni pun dah baik dah bagi aku – dekat dengan masjid/surau, dekat dengan kedai, dekat dengan sekolah, klinik pun banyak,  dekat dengan pasaraya (walopun yang besar hanya Econsave), dekat dengan rumah mentua, dekat dengan kubur, dekat dengan stesen minyak, dekat dengan KFC, Pizza semua tua.. Apa lagi nak????  Harta yang ada ni sudah cukup membahagian. Aku cuma nak kehidupan yang tenang tenteram bersama anak2….menghabiskan saki baki hidup kat dunia ni.

Apa ke hal la pulak melalut ni kan.. Tadi elok cerita bab dinding rumah..Hahahaha..

View di tingkat atas

Ni ruang laundry & toilet


Tu bilik Adib

Dapur

Tingkap di bahagian dapur
Sebab nak dapur cerah tu dia saiz tingkap yang aku nak


Pintu dapur


Dah habis naik dinding dah kat atas


View dari belakang rumah 





Ok la,  next entry pulak sambung pasal progress seterusnya. Ada apa2 nak tanya sila la tanya di komen.




Monday, March 18, 2019

BUAT SLAB PULAK


Lepas pacak tiang bagai, sekarang giliran buat slab pulak
Bahasa melayu untuk slab apa ye???
Bantai pi la.. sapa yang tak tahu slab tu apa
Baca entry ni kome tau la slab tu apa…hahahaha
Kalau bahasa mudah paham, lantai konkrit untuk tingkat atas rumah tu le

Aku rasa dalam banyak2 kos pembinaan rumah aku ni
Nak buat slab ni le yang paling menelan belanja kot
Sebabnya banyak simen nak pakai kan
Pastu siap kena upah kren & lori simen lak tu
Nak2 pulak kawasan yang nak kena slab tu memang beso
Fuh…. Mau tak banyak belanja

Boleh kata sekeliling rumah aku tu nak kena buat slab
Atas dapur lama naik slab sebab nak buat bilik tidur atas tu
Lepas tu kat area tepi yang aku extent tu pun buat slab sebab nak buat bilik atas tu jugak
Lepas tu kat atas porch kereta pun naik slab juga sebab nak buat balcony

Gambar2 orang tengah buat slab ni, kontraktor aku la yang whatsapp kat aku

Aku kerja masa ni…


Camni rupanya orang buat slab ye


Tengah buat slab untuk bahagian tepi 





 Ekceli dalam gambar kome nampak kan yang kat porch tak buat slab lagi
Sebabnya masa ni kontraktor aku lupa kat situ nak buat balcony
Udahnya.. kena 2x la buat slab.. patutnya sekali harung je la buat masa tu kan
Patut le aku dok heran kenapa la bumbung porch tu tak buka2 lagi



Pandangan dari tepi
Gambar ni lepas beberapa hari buat slab.. Nak kena tggu slab betul2 kering 
Tiang2 untuk naik tingkat atas pun dah buat dah.
Pokok mangga tepi rumah dah kena tebang dah...
Tinggal le pokok mangga yang kat luar pagar ni je.


Slab kat atas dapur asal.. Nak naik bilik atas tu







Thursday, March 14, 2019

KONSEP RUMAH YANG AKU NAK

Bila cerita bab rumah ni  kalau boleh mesti nak rumah yang macam idaman kita
Tapi biasa la.. selalunya pasal kekangan bajet takleh la kita nak hire interior designer kan
Sapalah taknak panggil ID untuk decorate rumah kan???
Aku pun teringin juga tapi itulah....bajet takde lagi
Bajet yang ada ni pun lebih kepada exterior je dulu... interior slow2 la kita buat kan.

Renovate rumah ni bukannya selalu kita buat kan
Kalau boleh nak buat sekali tu je, pastu taknak buat apa2 dah
Aku bukannya orang kaya macam Alif Syukri tu.. tak suka ubah, tak suka buang
So alang2 buat, kalau boleh selit, buat le sekaligus
Tak tahan rumah berkecah berdebu berhabuk acapkali nak renovate kan.

Masa mula2 decide nak renovate, mesti dah terfikir nak buat design cemana
even kontraktor pun akan tanya kita suka konsep macam mana
Siap kena bagi contoh la design yang kita suka kan
Macam aku, aku takde spesifik design yang aku suka.. ada juga suka modern sikit2, ada suka scandinavian sikit2, ada suka retro sikit2, ada suka english style sikit2, ada juga suka farmhouse juga..
Pening nak decsribe sebab tak tahu..
Yang aku nak hanyalah rumah yang "terang". Maknanya kena cukup pencahayaan. Kiranya kalau siang2 tu tak payah buka lampu dalam rumah. Itu yang utama la untuk aku.Aku memang tak suka rumah gelap2 ni.. Rimas..
Lepas tu aku nak rumah aku tu angin masuk...supaya sentiasa sejuk.. Tak tahan duduk dalam panas walopun pasang aircond.

Masa mencari design & konsep disukai, memang asyik terjah Pinterest je la
Macam2  boleh jumpa.. 



Bilik tidur yang terang cerah camni memang aku suka sangat




Living room pun nak cerah2


Kitchen pun

Laundry area


Toilet


Ni sebahagian contoh2 la.. Kalau ikutkan banyak lagi... Kang jenuh pulak korang tengok... Tapi nak terang camni kena banyak kaler putih kan??? 

Aku kan, kalau boleh setiap ruang rumah aku memang kena ada tingkap
Nak jenis tingkap yang besar2 kalau boleh
Kat toilet je la takleh besar2.. kang senang pulak orang skodeng kan.
Bilik tidur la especially WAJIB ada tingkap
Pada aku pencahayaan & pengudaraan sangat2 penting
Tak suka rumah gelap & berkedup... Rimas sangat2 tau๐Ÿ˜…
Korang ada tak macam aku???










Monday, March 11, 2019

DISEMBER 2017 - START RENOVATION RUMAH

Lepas bincang2 dengan kontraktor (banyak kali bincang) especially bab harga, design & mode of payment akhirnya setuju la buat dengan Kontraktor tu. Sampai sanggup dia datang kat area office aku nak discuss tau. Discuss kat kedai mamak je pulak tu ๐Ÿ˜. Nampaknya dia pun interested la tu nak buat rumah aku tu...hahahah. Aku cakap la apa kriteria yang aku nak & apa yang aku boleh dapat dengan bajet yang aku ada. Banyak tambah tolak la kat situ. Pastu baru la dia bagi quotation mengikut apa yang dibincangkan. Cumanya kontraktor ni takde la buat gambar rumah 3D macam kontraktor2 sebelum ni.. So aku imejin2 sendiri la rupa parasnya nanti๐Ÿ˜…

Well, nak kata murah tu idak le jugak sebab dia kata rumah aku tu luas dah macam banglo..Hahaha.. Dia pun siap design rumah aku tu macam spec yang aku nak. Ok la aku puas hati... Dah tu lagi banyak benda yang aku dapat dengan harga serupa tapi kontraktor2 sebelum ni tak dapat include sekali (macam pagar & grill).  Tambah lagi puas hati bab bayaran yang boleh ansur2 tu...Baik sangat Haji ni..huhuhuhu.. 

Sebelum dia pi umrah, dia dah settlekan beberapa perkara. Antaranya dia submit pelan rumah aku kat Majlis Daerah. Nak submit pelan tu pun aku kena dapatkan cop pesuruhjaya sumpah bagai... Huhuhu.. Alhamdulillah bab2 bayaran pelan, tong RORO & permit semua dah include under dia. Dah tu pulak aku siap kena denda la sebab ubahsuai rumah dulu tak ikut spek.. Pun Haji tu tolong settlekan & buatkan surat rayuan pengurangan bayaran denda.. Aku ni kiranya tinggal sign je. Huhuhu... Bab denda tu bukan sebab pelan yang kontraktor tu submit tak ikut spek yang ditetapkan  tau.. Kontraktor memang submit pelan yang ikut spek punya tapi ni denda sebab yang renovate mula2 dulu.. Jangan ingat Majlis tak datang cek oooo.... Dulu pun memang apply pelan yang Majlis sediakan.. tapi bila dah lulus mula la nak ubah sana sini kan... Sekarang kan dah kena denda..huhuhuhu...

Seperti dijanjikan bulan Disember, projek renovation rumah aku pun bermula. Asalnya nak start awal lagi tapi sebab beberapa perkara, so pospon la sampai Disember. Salah satunya pasal kontraktor tu (aku panggil "Haji") pun dia pergi umrah juga pada hujung bulan November tu. 2 hari lepas dia balik dari umrah, turn aku pulak pergi umrah. So bertindan2 jadual kami ni ha..

Memula nak start lepas aku balik umrah. Tapi aku rasa macam dah lambat sangat (penghujung Disember). Lagipun Haji tu kata, awal2 ni takde apa sangat nak buat.. Just nak naik tiang konkrit je.. Dia dah kabo la apa nak buat within 2 minggu masa aku buat umrah tu. Kiranya aku tak payah risau apa2 la.. Tapi memang pun, sepanjang aku buat umrah aku takde fikir pun pasal rumah... Haji pun tak kacau aku atau update aku apa2 pasal rumah.

Cuma pagi hari aku nak bertolak ke airport tu sempat la aku jengah rumah tu kejap. Haji tu brief la aku sikit2 apa yang akan dibuat kat rumah aku tu. Kiranya awal2 ni belum ada apa2 demolition la. Nak naik tiang konkrit je.  Masa aku sampai tu tukang yang buat rumah tu pun dah pacak2 benang la kat kawasan mana yang akan dikorek. Sempat lagi la aku merenung pokok mangga kat tepi rumah tu.. Dah nak kena tebang le nanti..



Lepas balik umrah baru la dapat tengok progress rumah.. dah nampak dah pasir2 dah terlonggok kat depan pago rumah. Tiang2 pun dah naik. Dapur pun dah extend.. Eksaited tengok rumah. Masa ni cuma boleh tengok dari luar je la.


  
Nampak tak dari asalnya taknak extend tepi, terus ter"extend" jadinya... Lari la bajet sikit tapi  berbaloi la dengan harganya compared dengan kontraktor sebelum2 ni.  Eh..eh.. pokok mangga tak tebang lagi lah!

Cuma masa ni aku bengang sebab dia pakai tiang bulat... Aku tak berapa berkenan tiang bulat tu. Aku nak tiang 4 segi. Tapi tu la.. udah dia tanam & pacak tiang (dah letak konkrit lak tu) takkan nak suruh dia cabut semula.. (kang dia caj harga lain kat aku pulak kan)... Aku bengang la sebab dia tak tanya aku dulu nak tiang macam mana.. Tau2 dah ada.. Hrmmmm terpaksa la aku redhakan je la.. Tapi dalam hati dah kata mesti rumah aku buruk ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….


Ni la permit/kelulusan untuk renovate
Takde stiker ni kena denda la jawabnya.





Ni sambungan bahagian belakang.. extend juga... Nanti pindah dapur kat sini. Dapur lama tu dijadikan bilik. Stor lama dah dipecahkan. 


Aku tanya pasal kabinet dapur aku yang asal tu, dia kata dia dah buka elok2 & simpan dalam rumah (kat area ruang tamu). Nanti boleh pakai balik katanya..  Selagi boleh jimat, kenalah kita jimat kan ye dak???