Sesungguhnya aku dah terjebak dengan drama Red Velvet ni Kiut je si Alif Satar dengan Neelofa tu Drama dah terjebak, makanya dengan soundtracknya sekali dah tersuka pula Soothing pula suara si Alif Satar ni..
Salam 1 Zulhijjah untuk semua Alhamdulillah sampai dah kita ke bulan terakhir dalam bulan Islam tahun ni Kalau bulan Zulhijjah ni mesti sinonim dengan ibadat Haji & Korban kan?
Ada yang buat korban ke tahun ni?
Ce tengok video ni..
Semoga ibadah kita diterima Allah
Aaamin...
** Paling ingat setiap raya haji ialah birthday anak aku si Aleeya [ikut bulan Islam la]... Dia lahir petang raya haji 12 tahun lepas 😁
Cemana tah hari tu ada la lalu video orang buat tabata kat fb aku
Nampak cam sonang je...
Boleh le buat dengan anak2 kononnya
So akunya pun beria la download kan
Past kat rumah try la buat
Mak aiiii.. nampak sonang tapi baru 2 step mokcik udah somput la...
Ate.... cemana nak kuruh ni???
Amboi..amboi... tak padan dengan kecik deme ni
Nengok abam sado tak pakai baju🙈🙈
Bebudak ni kalau nak buat tabata
deme suruh la aku bukak video abang sado Tu la ngelejat deme eksersais Amende tu TABATA? Tabata tu satu bentuk senaman high intensity yang setiap rutin dibuat selama 20 saat pastu diikuti rehat 10 saat. Selalunya satu set ada 8 rutin [jenis senaman].. Satu set tu selalunya ambik masa dalam 4 minit je..nampak singkat kan tapi bila aku yang low stamina ni buat memang seperti dalam neraka azabnya...hahahahaha... Letih gile!!! Tapi senaman ni memang elok untuk jantung a.k.a kardio kita. Sapa pernah try??? Sapa nak kurus boleh la try Aku tak kurus lagi sebab sehari buat pastu tinggal 30 hari..hahahaha
Ni cerita pagi tadi.. Awal pulak si Amira ni bangun.. waktu orang tengah azan Subuh dia dah bangun Nasib la Jasmin tak join sekali Kalau tak.. Subuh2 tu dah hiruk pikuk dengan suara bebudak Sementara aku siap2 tu Sempat pulak dia main henfon aku [Aku bagi dia main telefon aku yang dah nazak tu je] Telefon aku & especially telefon arwah abahnya memang aku tak kasi main Udah le telefon abahnya mahal & itu le antara harta arwah yang ada untuk aku kenangkan Kalau hilang @ rosak sah2 le akan menung la aku untuk seketika...huhuhuhu Bila udah henfon di tangan ni le kerjanya Selain tengok youtube, dia S.E.L.F.I.E la Agaknya pagi tadi tak bukak WiFi so memang takleh nak nengok youtube Tu yang galak selfie tu Aku pun tak perasan... sampai la masa kat opis tadi aku tengok henfon Penuh dengan gambar selfie dia...
Ni la sebahagian selfie yang jadi
Yang lain2 nampak mata je, dahi je, rambut je
Dia tak reti angle betul2 lagi...
Disebabkan masa ada lagi sebelum hantar ke rumah babysitter
Aku pun pujuk dia sikat rambut
[Dia ni ada moodnya.. ada masa tak bagi orang main rambut dia]
Tapi tah cemana pagi ni mood ada baik
Sempat le aku ambik video taruk kat IG sana
Ni rupa selepas disikat rambut
Teringat arwah abahnya suka panggil dia "ating-ting"
Addicted lak aku dengar lagu ni sekarang Bukan gara2 penangan drama Suri Hati Mr Pilot tau sebab aku tak folo pun drama tu Tah sebab dah banyak kali dengar kat radio cam best pulak Pastu baru cari kat youtube.. baru la tau lagu ni OST drama tu Kalau ikutkan aku tak minat Shila Amzah tapi sebab ada Alif Satar Kita layan je la..hahahahahaha [gittew] Kalau suami aku ada lagi sah2 aku send lagu ni kat dia.. Last lagu aku send kat dia lagu SETIA [Faizal Tahir & Elizabeth Tan tu] Dah tu je nak bagi tau.. aku suka lagu ni.. Sekian dari Suri Hati Mr Supervisor..😊😊
Semenjak dua menjak menaja Gegar Vaganza ni Makin glamer DSV ni kan... Aku ni pun tak terkecuali la Siap folo IG DSV lagi...hahahahaha Sebab suka nengok dia dok blebe (membebel) Dalam2 tu terpengaruh juga aku dengan cara DSV pakai tudung Walopun keromot je dia pakai Tapi sempoi gila... Hari ni gigih menerai style tudung DSV tau..hahahaha Jangan kecam ahkak naaaaa
Jadi tak tudung ahkak???
Sapa ke tanya pasal gambar henfon Xiaomi ni..
Ni la gambo tanpa filter2... otomatik beautify jer...
Nampak flawless kulit ai... walopun idak sebenarnya..
😜😉😉😉😉😉
** Baru perasan blog dah boleh insert symbol & emoticon..
Ekceli baru belajo buat video guna viva video Cleaner kat opis ni la yang mengajarnya Aku kira taknak kalah dengan minah indon la kan hahahahahaha... Makanya terhasillah video ni... Sepenuh jiwa aku buat tau... Walopun ada gambo tunggang langgang tak reti nak edit..
Pagi tadi cleaner tu tanya video aku dah siap ke Aku cakap dah.. tapi simple2 je Pastu dia kata nak tengok Bila aku tunjuk, udah dia pulak yang menangis Dia kata sedih tengoknya.. Ye, memang aku sedih tapi benda dah berlaku kan Buat video ni sebagai tanda aku sayangkan suami aku Walaupun dia tak dapat tengok video ni Tapi aku harap suatu hari anak2 aku akan tengok video ni Dah hampir 4 bulan suami aku pergi, bukan tak boleh move on tapi kadang2 teringat itu teringat ini.. Kadang2 aku up status sedih sendu aku kat fb.. bukan nak raih like ratus riban juta pun.. sekadar nak meluahkan perasaan..
Itu pun ada juga yang kata aku mengada2.. Haish.. lantak korang la... Orang yang tak pernah kena memang takkan faham.. tunggu la turn deme pulak kena cam aku.. baru ko paham apa yang aku rasa..
dan2 dalam kereta meleleh air mata.. [nasib aku tak pakai mekap]
PERMAISURI - DATA Aku rela hidup denganmu Demi bahagia Hanya Tuhan bisa memisahkan kita Dijaga dan lena kukuntum kerinduanku Untuk mempersembah sayang padamu Keharuman bunga tak seharumnya cintaku Istimewa untuk sunting jiwamu Bermula pandang pertama Kau utuskan senyum mesra Aku ingin seribu tahun lagi bersamamu Kubinakan mu istana Aku rendakan bahagia dengan niat suci Kaulah permaisuri Sambutlah cinta abadi Genggam dan semat di hati Manisnya asmara Kekal selamanya
Mood sedih la Nak2 pulak kalau dengar lagu2 rock kapak sebab lagu2 tu banyak arwah suka nyanyi Kalau dengar kat radio mula la aku tacing Tadi baru dengar cakap Dr Fadilah Kamsah kat radio Hanya masa yang akan mengubati kesedihan ini Aku pun tak tau berapa lama masa akan aku ambil untuk membiasakan diri dengan situasi ni..
3 minggu tanpa suami Terasa sangat2 kesepian tanpa teman bicara, tanpa teman bermanja, tanpa teman bersenda. Allah je yang tahu perasaannya dan hanya yang pernah mengalami tahu bagaimana rasanya kehilangan ini Luaran orang nampak aku kuat Hakikatnya hati aku sangat2 fragile Aku tak sekuat yang korang nampak sebenarnya.... Hilang ayah lain rasanya Hilang ibu pun lain rasanya Hilang anak pun lain rasanya Inikan pulak hilang suami.. di mana ko curahkan segala2nya Yang ko kongsi suka duka bersama Rahsia yang tersimpan tanpa boleh dikongsi dengan sesiapa pun
INCOMPLETE
Empty spaces fill me up with holes Distant faces with no place left to go Without you within me I can't find no rest Where I’m going is anybody’s guess
I tried to go on like I never knew you I’m awake but my world is half asleep I pray for this heart to be unbroken But without you all I’m going to be is incomplete
Voices tell me I should carry on But I am swimming in an ocean all alone Baby, my baby It’s written on your face You still wonder if we made a big mistake
I'd try to go on like I never knew you I’m awake but my world is half asleep I pray for this heart to be unbroken But without you all I’m going to be is incomplete
I don’t mean to drag it on, but I can’t seem to let you go I don’t wanna make you face this world alone I wanna let you go (alone)
I'd try to go on like I never knew you I’m awake but my world is half asleep I pray for this heart to be unbroken But without you all I’m going to be is incomplete
Semalam masa tengah sidai kain Perasan ada bunyi bising ingatkan ada kapalterbang lalu beria la aku mendongak2 kepala rupa2nya ada orang main benda ni..
Aku tak tahu apa namanya [tadi baru google] tu yang tau namanya paragliding Sukan baru kat Batang Kali gamaknya..hahahaha Sebelum2 ni tak pernah nampak pun Semalam tengok ada 3 orang dok berada di udara Ralit tengoknya.. pastu ada sorang tu terbang rendah je sempat la tangkap gambonya...
Amira pulak penakut siap nangis2 sebab dia ingat orang tu nak ambik dia..hehehehe Beria suruh aku masuk dalam rumah
Hari ni ada lalu kuliah singkat kat fb Ada beberapa ilmu baru yang aku dapat hari ni So nak share dengan korang Kadang2, benda yang kita biasa buat sebenarnya boleh jadi dosa kita je tak sedar sebab kita tak belajar & dah terbiasa aduhai... nampak sangat tak mendalami agama.. Jamban dan bilik air selalu kita boleh bezakan sebab rumah orang dulu2 jamban & bilik air dibina secara berasingan Tapi rumah zaman sekarang jamban & bilik air dibuat sekali dalam satu ruang so ia tetap dikategorikan sebagai tandas Dalam jamban @ tandas kita dilarang berdoa & berzikir Menyebut nama Allah & selawat pun sebenarnya dikira berzikir Abih tu camne nak ambil wuduk & mandi wajib??? Dengar kuliah ustaz ni:
Jawapan ustaz :
Doa/zikir/ selawat = baca di luar tandas (sebelum masuk @ bila dah keluar tandas)
Wuduk & mandi wajib = niat sahaja di dalam hati
Patut la rumah2 kampung dulu dibina jambannya di luar rumah Lebih berkat sebab tempat syaitan diasingkan dari rumah kita yang diharapkan dipenuhi dengan malaikat rahmat... Betapa manusia semakin jahil sekarang...huhuhuhu
♪ ♫ Tamatlah zaman persekolahan ku masih dihantui memori.. Waktu kecil waktu yang gemilang Oh tuhan ku tak mahu pergi ♪♫ Tetiba pulak teringat lirik lagu hujan ni... Saja tadi google menggoogle terjumpa satu gambar ni fuhhhhh... memang memori sungguh
Gambar ni la...
Sapa pernah buat camni??? Ngaku cepat!!!
Zaman2 sekolah aku dulu, ini la cara2 makan nasi lemak, mee, bihun, laksa, mi hailam, mi sup dan yang sewaktu dengannya.
Nasi lemak kat kantin aku dulu, mana ada bungkus2
Semua dalam plastik ni
Pastu gaul2 kasi rata segala sambal, timun, ikan bilis ngan telur
ikat ketat2 pastu gigit satu side kasi berlubang
pastu ngapppp... tak comot, tak kotor tangan, tak payah pakai sudu
Sambil baca buku boleh makan...hahahaha
cikgu ngajar kat depan pun boleh sorok2 makan lagi...hahahaha
Kalau yang berkuah2 lak, mesti ambik straw sebab nak sedut kuah
Marveles... tak payah nak mangkuk2 bagai
Cukup ada satu sudu je...
Adoi... kenangan sungguh.. rindu lak zaman kecik2 dulu
Kalau tanya budak2 sekarang mesti diaorang pelik tengok aku makan camtu
Dulu2 main plastik teh tarik ngan plastik ada telinga ni je