Thursday, June 22, 2017

RAMBUT RAYA

Anak2 dara aku ni memang tak gemor ikat rambut tau
Baru ikat rambut tak sampai 10 minit dah bukak getah tu
Penat aku mekap diaorang lawa2

Sebabkan aku yang rimas tengok rambut tu tak ikat
so aku gunting rambut si Jasmin tu
Rambut Mira kerinting & tak lawa kalau pendek
so rambut dia selamat la dari digunting walaupun dia pun sama nak suruh aku gunting rambut dia

Ni kurang la serabainya... lama2 dia lagi serabai.. 
siap masuk mulut rambut dia tu๐Ÿ˜…


Luckily rambut si Jasmin  ni jenis lurus
So nak potong pun senang
Bukan nak buat pesen apa pun... nak kasi pendek je rambut dia

Hasilnya...... dah berjaya dicantas
Pasni takde la rambut tutup mata, masuk mulut bagai๐Ÿ˜Š




Aksi dapat rambut baru
Taknak duduk diam nak tangkap gambar dia ni..





P/s: Ada yang dah start cuti raya @ balik kampung ke hari ni???




Tuesday, June 20, 2017

HALAMAN ASMARA

Ha.. tajuk tak boleh blah gitu
Macam lagu raya ZIana Zain & Awie pulak...
Tapi takde kena mengena ye

Nak cerita pasal lama rumah aku sebenarnya
Punya la dah lama diabaikan
Penuh dengan daun2 kering dari pokok mangga 
Rumput pun dah memanjang


Hujung minggu lepas baru la sampai mood rajin
Pagi2 aku dah exercise menyapu laman
Sapu dedaun kering yang bersepah2 tu
Bab2 outdoor ni kan aku kurengggg sikit
Dolu2 kan ada arwah suami yang tolong maintain laman rumah

Sakit mata pulak aku tengok semak cenggini
Mak mertua aku suruh simen je kawasan berumput tu
Tapi aku cakap aku nak ada kawasan berumput
Nak tanam pokok [konon sangat]


Lepas sapu aku longgok2 kan... dapat la 2 longgok
Konon nak masukkan dalam plastik hitam
Tapi kalau aku buang, lambat lagi orang majlis daerah nak datang kutip
Rasanya sebulan sekali je dia datang kutip
Dah le takde jadual kutipan untuk sampah2 yang camni
Kalau lori sampah dia taknak kutip sampah2  daun, rumput & pokok2 ni
Kalau letak dalam plastik hitam, diaorang koyakkan sikit plastik hitam tu nak tengok apa sampah dalam tu
Bila dah terkoyak plastik tu, pepaham je le apa yang berlaku
Akan bertabur2 la dedaun2 tu keluar dari plastik
Maka makin kotor la tempat aku letak sampah tu tadi
So aku decide nak bako je....
Ya ampun... buat pembakaran terbuka pulak๐Ÿ˜…

Petang tu aku suruh Adib yang bako sampah
Daripada dia dok main game je dalam rumah tu
Suka la sangat kalau dapat main api tu
Tu pun aku pesan, jangan nak kena muka lagi

Bersungguh dia bako sampah tu
Aku tengok dari dalam rumah je ikut pintu sliding
Aku tutup pintu sebab asap masuk rumah
Gayanya sebijik dah macam arwah abah dia
Tak lama pastu hujan pulak
Tak habis la bakar sampah tu..
Tapi ok la sebab tinggal sikit2 je....
Yang sikit tu kaut je la masuk tong sampah..



Thursday, June 15, 2017

BAYAR FITRAH

Aku ni dari sehari ke sehari menunda nak bayar fitrah
Asyik tak sempat je...hahahaha
Tah apa yang tak sempat aku pun tak tahu๐Ÿ˜…

Semalam lepas balik kerja pergi singgah Econsave
Nak beli kurma asalnya pastu dah alang2 beli la lauk basah sikit
Senang nak masak2 untk sahur & berbuka 
Lepas settle shopping, masa nak keluar ternampak la pulak kaunter zakat kat tepi tu
Terus singgah la.... risau kot tangguh lagi kang lupa pulak
Nasib la masa tu takde orang pun
[entah2 amil tu pun bosan dok sorang2 kat situ]

Sampai kat kaunter aku cakap nak bayar untuk 5 orang
Sambil dia dok koyak resit fitrah tu dia tanya la aku
"Janda ke???".. aku jawab je la haah
Pastu mula la dia nak nyembang
siap cakap "kalau ada jodoh yang baik, kahwin je lah"
Adeh.. malas pulak aku nak layan... aku cakap je "Insya-Allah...Saya tak fikir lagi pun. Lagipun biar la saya besarkan anak2 saya dulu"
Boleh pulak dia cakap "Bukan apa... sekurang2nya ada la yang boleh tolong jaga"
Aku diam je la...



Pastu aku bayo & dia kena bagi balance kat aku
Sementara tu sempat lagi dia tanya anak aku berapa orang, keje mana, gaji cukup ke
Dia kata kalau ada masalah pergi la mohon bantuan zakat
Aku cakap boleh ke??? Karang tak layak pulak..Penat saya gi pejabat zakat..hehehe
Dia cakap puan datang je pejabat... ermmm nanti2 free la aku pergi kot

Lepas dia bagi balance, tetiba dia bagi beras sekampit kat aku
Haha.. rezeki ibu tunggal gittew...
Alhamdulillah... jimat belanja beras sebulan..


Apapun, Alhamdulillah... selesai menunaikan kewajipan yang utama..

Wednesday, June 14, 2017

MELAWAT BABY

Balik Ipoh hari baru la sempat nak jenguk anak buah baru
Adik Ipar aku balik berpantang kat rumah mak dia kat Lahat
Tak jauh pun dari rumah mak aku
so aku ajak la adik2 aku pi jenguk dia

Adik ipar aku tu dah lama dah bersalin
bulan 3 hari tu
Tapi tu la... asal balik Ipoh je takdan nak jengah
Lagipun malas nak kacau orang dalam pantang
Later2 la kan..

So kebetulan balik Ipoh haritu
Singgah la jenguk dia kejap
Lagipun adik ipar pun dah habis pantang
Selalu tengok gambar baby dia kat grup whatsapp & fb je
Nak jenguk juga live dia cemana..

Ha ni la budaknya... Bambam sangat budak ni
Geram pulak Mak Long tengok dia
Baru nak masuk 3 bulan... tapi badannya hantap kemain
Syok dukung dia..
Ni anak ke-3 adik aku yang tengah [Acik]
Buh nama Heliza... adik aku pulak namanya Halmy
Elok sangat la jadi Heliza Halmy tu...hahahaha


Bab2 tengok2 baby ni anak2 pompuan je la yang lebih
Anak lelaki [Adib] memang idak suka nak ikut
So dia tinggal rumah dengan opahnya
Opahnya malas nak ikut sebab nak jahit baju yang orang tempah

Heliza ni cucu mak  aku yang ke-12... 
Yang paling kecik la setakat ni..
Tapi tahun depan bakal tambah lagi sorang Insya-Allah
Adik aku yang bawah Acik tu pulak udah mabuk2 ๐Ÿ˜
Aku pulak dah out of league.... pencen la jawabnya bab2 beranak ni
Pas Ateh boleh la Angah pulak sambut baton kot...lol!

Amira memang suka sangat la main dengan baby ni
Jasmin pun sama naik
Riso pulak aku kalau si Amira mengganas cam masa Jasmin kecik2 dulu๐Ÿ˜…
Tak pasal2 menangis pulak anak orang nanti




Sebab baby tengah menyusu dengan mummy dia
Bebudak ni layan la youtube kat laptop
Layan la upin ipin ke boboiboy ka
Asal korang senyap

Dah lepas  nengok youtube, deme memunggah pulak mainan2 yang ada
Aku yang naik pening...
Nasib la reti kemas balik mainan2 tu sebelum balik


Dah sejam lebih dah lepak kat rumah adik ipar aku tu
Kami pun beransur la dulu sebab dah nak Zohor
Lagipun puasa2 ni mata asyik ngantuk je kan...

Balik rumah nak tidur je rasanya...

Ok raya nanti baru jumpa Heliza lagi..
Tak sabaq nak cubit pipi dia yang macam kuih pau tu

Tuesday, June 13, 2017

12 HARI TAK JUMPA ANAK

Balik Ipoh hujung mingu lepas 
sebabnya nak ambil Aleeya 
Dah dekat 2 minggu tinggal dia dengan opahnya
Dia la yang teman opahnya sepanjang Ramadhan ni
Tapi sebab dah nak sekolah tu yang kena ambil dia juga


Tu anak dara aku tu
dah nak tinggi sama dengan mama dia
[mama dia pun bukannya tinggi mana pun ๐Ÿ˜]

Balik Ipoh haritu cuma family anak2 perempuan mak aku je yang ada
Minggu lepas family adik aku yang kat Kedah tu ada la balik jenguk mak
Nanti tunggu raya Insya-allah semua kumpul rumah mak
Semua giliran balik Ipoh dulu tahun ni..
Tak dapat bayang cemana la riuhnya rumah mak aku tu nanti

Tak cukup korum pun dah tunggang langgang rumah opah diaorang ni
Kalau semua cucu2 dia ada... habis la...hahahaha




Thursday, June 8, 2017

IFTAR : MASAK VS BELI

Alhamdulillah, masuk hari ni dah 13 hari kita berpuasa
Kejap je dah pertengahan Ramadhan kan?
Kebetulan awal puasa ni jatuh dalam cuti sekolah
So idak le kelam kabut sangat kan


Anak2 pulak bila time puasa mula la nak berbuka makan macam2 kan
Kalau gi bazar Ramadhan, memang rambang mata
Memang koyak poket mak ayah membeli makanan yang anak2 hendak
Aku pun sama gak le...

Cuma tahun ni berbeza sikit la
Tahun ni Aleeya aku tinggalkan kat Ipoh dengan opahnya
Sementara cuti ni biarlah dia duduk sana temankan opahnya
Takde la opahnya berbuka sorang2
Adib pulak taknak tinggal sana sebab boring katanya
Maklum la budak lelaki.. takde geng main pulak
Lagi la boring kan.

So masa bersahur & berbuka cuma aku & Adib
Sahur kami simple je... Aku ni takat makan roti, oat, susu & kurma je
Adib pulak ikut dia la nak makan apa
Sebelum tidur aku tanya siap2 dia nak makan apa untuk sahur
So far dia mintak takat sandwich telur, cococrunch & susu, milo & roti.. gitu2 je la.
Anak2 aku pun bukan jenis suka makan nasi pagi2


Berbuka pun sama...
First day pegi bazar Ramadhan , pi survey2 dulu la apa yang ada
Pastu dah tau dah nak beli apa, terus tuju je gerai tu
Selalunya berbuka aku beli je kat bazar
Pegi bazar pun beli apa yang Adib nak makan je
Tapi aku cakap kat dia beli satu jenis makanan sahaja 
Mee goreng/nasi ayam/murtabak/nasi goreng/ kebab [antara feveret Adib]
Kalau nak air pun aku belikan yang dalam cup je... baru seringgit je.
Kalau beli yang dalam plastik tu dah 2-3 hengget pastu tak habis pun.. bazir je
Kalau bawa Amira ngan Jasmin pun aku tanya dulu diaorang nak makan apa
Terus tuju situ je.. takde nak tambah itu la, ini la.. memang takkan habis punya
Itupun diaorang punya aku beli 1 bungkus, share la 2 orang
Kuih pun aku jarang beli.. 

Aku pulak, ikut mood, nak makan apa
Kadang2 takde selera pun nak beli apa2 makanan kat bazar tu
Pegi bazar semata2 nak beli makanan Adib
Pastu aku balik rumah masak nasi, goreng ikan.. dah..
Korang bayangkan aku masak nasi pun guna microwave je
sebabnya aku sorang je nak makan, satu bekas taufufa je le aku masak
Nak guna rice cooker tak berbaloi langsung, nak masak atas api pun sama
Tu yang guna microwave tu,....hahahahaha
Adib pulak takde mananya dia  nak makan lauk2 bodoh camtu...
Karang aku masak beria2, tetap ada benda kat bazar tu yang dia nak beli
Takpun tak habis pun lauk yang aku masak tu...ermmm.. baziaq je

So far pada aku, lagi berbaloi kot aku beli je dari aku masak
Sebab makan berdua je dengan Adib
Lagipun kalau makanan aku tu, lepas maghrib pun sempat lagi masak
Nasi masak guna microwave, ikan/ayam masuk je dalam air fryer
Tak sampai 20 minit pun dua2 tu
Lepas isyak baru makan
Berbuka aku just berbuka dengan soya ngan kurma je
Senang idup mak!

-pic gugel je-


Camtu la kitaorang selama 13 hari puasa ni
Maklum la dah takde nak melayan tekak toklaki...hahahaa
Selalunya dia yang kuat makan & rajin makan ๐Ÿ˜…
Tapi tu la aku ni.. sampai la ni dok teringat2 karenah dia tu
Even kalau pi bazar ramadhan pun, nampak le couple pi bazar ramadhan bawa anak2
Mula la aku teringat arwah ni...haish...kadang dalam hati tu dok sebut je.. kalau la abang masih ada..


Tapi sejak arwah takde ni memang selera makan aku pun dah menurun 
[tapi berat aku je takmo turun2]
Takde ''teman'' nak makan la katakan
Sekarang just makan untuk lapik perut
Bukan untuk puaskan nafsu tekak
[tanda2 penuaan kah aku ni???]





Wednesday, June 7, 2017

TERLEBIH IDEAL

Dah lama tak cek BMI sendiri
Pagi tadi dengar IKIM ada bab2 pemakanan
Pastu doktor tu ada la suruh cek BMI
baru la teringat nak cek BMI sendiri

Selama ni cek BMI masih lagi dalam kategori normal
Walopun dah hujung2 normal ๐Ÿ˜…
Pastu cek la BMI sendiri pagi tadi
[berat aku ada timbang beberapa hari lepas]
Inilah hasilnya


Apakah?????? Dah masuk kategori overweight ๐Ÿ˜ž


Adoi... dah tak ideal lagi unggul la berat aku ni 
Nampaknya kena kurangkan berat badan la sempena Ramadhan ni

Masalahnya aku ni... makan banyak ke, makan sikit, tak makan ke, berat aku statik le kat 60kg beberapa bulan ni..
Kalau tak makan pun tak turun berat, baik aku makan je la... hahahahaha
Ke penimbang aku tu yang rosak sebenarnya????? [alasannnnn sangat!!!]


**Harap2 boleh masuk kategori normal semula pasni...๐Ÿ˜Š.







Wednesday, May 31, 2017

TRAGEDI RAMADHAN

Baru je pose 4 hari
udah macam2 hal dibuat dek anak aku ni tau
Semalam balik keje nampak si Adib duduk kat luar rumah
[dia takleh masuk sebab aku bawa kunci rumah]
sepanjang aku keje aku suruh dia duduk rumah opahnya
Tunggu la sampai aku balik baru la dia balik rumah

Lepas aku bukak pintu, aku suruh dia masuk
Tapi dia taknak masuk.. duduk stone je kat kerusi luar
Sambil muka telangkup kat lutut
Aku panggil2 dia baru dia angkat muka
Aku ingat dia letih puasa @ demam
Masa aku nak pegang dahi dia baru perasan muka dia merah2
Aku tanya dia muka dia tu kenapa
Agaknya dia takut aku marah, dia diam je
Aku main teka je la... kena pukul ke? bergaduh ke? jatuh ke?
Dia geleng kepala..
Last2 aku tanya ko main mercun ye??? Baru la dia angguk..

Adoi budak ni.... berderau darah aku..
Aku tengok muka dia takde la luka2 apa...darah pun takde.. 
Cuma muka dia macam melecur
Cepat2 aku suruh dia pegi mandi & letak muka dia kat bawah air shower
Mandi lama2 aku cakap
Sambil2 tu aku prepare la mende nak buka puasa

Lepas dia mandi aku tengok muka dia 
So far just merah je...
So aku suruh dia pegi rehat sementara nak pegi klinik lepas maghrib
Time2 nak berbuka ni, semua klinik pun tutup
Lepas maghrib, terus bawa gi klinik
Nasib la orang belum ramai masa tu
Sementara tunggu turn jumpa doktor aku nak tangkap gambar dia
Dia tak bagi... dia kata biar dia selfie sendiri guna tepon mama

Tu nampak tak habis kening & rambut depan dia terbakar sikit
Bulu mata pun kena sikit
Syukur tak kena mata dia kan
Hilang hensem dah...


Bila jumpa doktor, doktor pun terkejut..
Dia tak berani nak bagi ubat sebab takut ada effect apa2 kat lecur tu
Dia suruh aku pergi hospital terus

Nak tak nak kena la aku tuju Hospital Kuala Kubu
Itu yang terdekat dengan rumah aku
Dari rumah aku ke Hospital pun dah dekat 20 minit
Sampai kat emergency, orang pun ramai
Alamatnya berjanggut la nak tunggu๐Ÿ˜…

Time2 camni mula la aku rindu kat arwah suami aku
Kalau la dia ada... huhuhuhu

Tunggu dalam sejam baru la nama kena panggil
Terus dia suruh masuk bilik & nak cuci katanya
Tapi cuci tu pun idak le guna ubat apa pun
Cuci dengan cecair apatah.. takut ada infection apa2 kot

Sementara tunggu doktor datang


Alhamdulillah nothing serious
Bukan kena letupan mercun tapi percikan api
Sebab dia main mercun mancis katanya
Takdan baling, api dah sambar muka

Doktor just bagi ubat tahan sakit & ubat sapu
Adoi..haru sungguh la budak ni
Memacam hal anak jantanku sorang ni

Pasni tanya dia nak main mercun lagi tak?
Dia kata tak nak... baru tahu serik kot...

** Eh bulu kening tu nanti tumbuh balik tak???
[maknya cuak pulak๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…]



Tuesday, May 30, 2017

BERANGAN : BERANDA

Orang lain dok tayang menu sahur la 
Menu buka puasa la
Aku takde la nak tayang semua tu sebab menu sahur & berbuka aku sempoi sesangat
Takdenya rendang gulai bagai...hahahaha
Makan sorang2 tak best pun...hahahaha

Pepetang time mengantuk ni
jom cuci mata je lah tengok mende2 yang menarik kat google
Takde kerja sangat kan....

Best camni... ada kerusi buai gantung lagi
Macam kat marrybrown tu ๐Ÿ˜





Kalau yang camni aku berangan kalau orang datang beraya
Kita lepak kat beranda je... takyah masuk rumah...hahahaha



Lawa2 kan tengok beranda rumah omputih ni
Pastu kalau rumah kat kampung2 pun selalu ada beranda
Aku berkenan sangat kalau rumah ada beranda ni
Boleh duduk2 kat luar rumah
Ambik angin petang, angin malam
Maklum la kadang2 dalam rumah tu berkuap kan

Nak masuk wishlist la ni....
Tengah cari yang agak2 sesuai nak buat kat rumah sendiri..
Cewah.....
Petang2 boleh duduk kat beranda sambil tengok anak2 main kat laman
Berangan ko ye syani!! Takpe la... free je kan???
Masalahnya kalau dibiar jenis open, abis la kucing dok berak kencing kat situ
Pastu kalau hujan dah tentu2 tempias kan?
Kalau bubuh cermin pulak, dah serupa duduk dalam rumah
[tak dapat angin fresh]
Ate cemana ke gayanya tu???

Thursday, May 25, 2017

PENAKUT

Cerita hujung minggu lepas sebenarnya ni
Memandangkan seminggu je lagi nak pose masa tu
so aku nak settlekan apa2 yang patut
nak servis kereta, nak beli stok barang dapur,
nak cuci kereta yang dah beberapa bulan tak basuh ๐Ÿ˜…
[tak suka nak gi basuh kereta sebab malas nak tunggu2, tapi nak basuh sendiri lagilah malas]

Lepas Adib balik tuisyen, aku ajak dia teman aku servis kereta
Udah dia kata penat.... nak gi main la tu dengan kawan dia
Ate, aku bawa je la peneman2 setia aku si Amira & Jasmin
[Aleeya tak balik lagi dari kelas tambahan]
Pegi awal2 cepat la siap hendaknya kan
Alhamdulillah masa aku pi tempat servis tu baru bukak
So dapat la giliran awal
Takde la servis major pun.. servis biasa2 je

Lepas servis kereta, pi top up gas ekon pulak
dah tak sejuk.....
again aku ni tak suka nak kena tunggu2 so aku cari kedai yang belum ada customer
Kedai yang aku pegi sebelum ni ada pulak kereta 
so kita usha kedai lain... nasib la ada gak yang belum ada customer...

Next singgah kedai beli barang2 dapur yang dah habis
Beli apa yang patut je untuk kegunaan bulan pose nanti kekdahnya
Lepas habis shopping bebudak ni nak main pulak mainan gerak2 ni
Kebetulan ada kat sebelah kedai tu
Berebut2 nak naik yang mana satu
Nasib la diaorang taknak benda tu gerak2
Sebab bila bergoyang2 deme menjerit2 pastu menangis2 suruh dukung
Ok la tu kan.... jimat duit mama korang


Dengan kenderaan masing2



Minah ni peminat pink.. dah tentu2 pilih yang kaler pinky2



Muka happy lettew... cuba kalau benda tu bergoyang2
Menjerit menangis tak ingat dunia
nak2 si Jasmin tu... 


Ok sebelum balik, last destination ialah carwash
Pun.... cari yang tak ramai orang ๐Ÿ˜


Kasi mandi buih sama dia
Pasni baru la hensem awak...hahahaha
Hilang le segala taik burung, lumpur , daki kat badan awak tu.

Monday, May 22, 2017

22 SYAABAN - DAH GENAP SETAHUN

Jumaat lepas kan dah 22 Syaaban 1438
Genap setahun dah pemergian suami tercinta
[ikut kalendar Islam le]
Pejam celik..pejam celik je kan
Kalau ikut kalendar Masihi 29/05 nanti baru genap setahun.

Petang hari Jumaat tu kebetulan balik opis awal
So sempat la singgah ziarah kubur dia
Rindu sangat rasanya
Aku sampai kubur dalam 6.45 petang camtu
Tapi dah niat nak pergi kan.. pergi jugak le walaupun dah nak senja

Tahle kenapa, sejak arwah pergi aku suka juga pergi kubur
Rasa tenang je.. sunyi
Takde pulak rasa takut pergi kubur tu walaupun sorang2
Maybe sebab aku pun dah tua
takpun dah sedar diri tak lama lagi tempat aku pun akan disitu juga
Tambahan pulak lokasi kawasan perkuburan arwah ni idak le terpencil sangat
Ada je orang lalu lalang kat situ petang2
Lagipun kiri kanan tu kawasan perumahan
Idak le seram punnn....hahahaha
Kalau lokasi dok ceruk2 hutan tu takut jugak nak pegi kan..huhuhuhu


Well setahun dah berlalu, tapi semuanya rasa macam baru
Aku bersyukur atas ketabahan & kesabaran yang Allah telah beri pada aku & keluarga sepenjang setahun yang lalu
Aku harap Allah masih berikan kami kekuatan & kesabaran untuk hari2 mendatang
1 tahun lagi, 10 tahun lagi, 20 tahun lagi... tah... sampai mati la senang cerita


Aku ni tak kuat sebenarnya.... hari2 masih menangis
Aku masih tak boleh lupakan arwah sebab dia yang paling rapat dengan aku
Kadang2 aku nak percaya yang dia masih hidup
Bukan aku tak redha tapi tu la bak lagu Sufian Suhaimi


Al-Fatihah untuk suamiku ๐Ÿ˜ข




Thursday, May 18, 2017

CYCLING

Petang2 kalau tak hujan
boring jugak duduk dalam rumah
So aku  suruh la kekanaks kayuh basikal
Suka la sangat Amir atu kalau dapat main basikal
Si Jasmin pulak sampai la ni tak reti kayuh sendiri
Asyik nak suruh aku tolak je..
Jenuh nak ajor dia...


Ni aku bawa ronda2 pusing block rumah aku
dapat 2 kali round pastu si Amira ajak balik
Mira dah tak larat la mama...hahahahaha
Ingatkan dia tak reti letih...

Si Jasmin pulak kalau aku tak alihkan dia dari situ
Dia memekak la suruh aku betulkan basikal dia
Dia nak kayuh tapi kakinya kayuh pusing ke belakang 
Ate... sampai bila pun idak le bergerak ke depan basikal tu nak oiiii...

Tuesday, May 16, 2017

GAJET BARU : AIR FRYER

Dah lama memendam nak beli mende ni
Tangguh punya tangguh akhirnya dapat juga beli
Kebetulan pulak beli hari rabu
LAZADA kan ada diskaun 10% pulak untuk pemegang card Maybank
Makin jimat le..

Aku tak berani usha brand Philips tu
Tak mampu la wei
So kita usha dalam range bajet marhaen je la..
Akhirnya pilih punya pilih
Ambik sahajalah cap FUJICOM ni



Hari Rabu oder, Jumaat dah dapat
Thumbs up Lazada!



Kotak dibungkus dengan bubble wrap cenggini


Siap ada resepi kat luar kotak
Tapi satu pun aku tak try lagi...hahahaha
Aku takat goreng nugget & fries je
Dan hasilnya memang ok sangat.. tak payah pakai minyak
Yang lagi best, anak2 tak payah suruh aku goreng
Diaorang boleh buat sendiri....yahuuuuuu!!!


Penunjuk kat atas tu  je
Senang nak refer berapa minit & darjah kepanasan



Ni spec air fryer tu
Besar weh dia punya kapasiti... 3.2L


Dah banyak kali guna dah air fryer ni
dan memang ok sangat
Nugget/fries tak keras, tak rentung
So far memang puas hati
walaupun harga tak sampai 3 ratus...๐Ÿ‘๐Ÿ‘



Monday, May 15, 2017

BUSY WEEKENDSSS

Dari awal tahun sampai la dah nak tengah tahun
Asal hujung minggu je memang busy
Bukan la aku yang busy 
Tapi anak2 aku la..
Busy dengan kelas tambahan & tuisyen
Maklum la tahun ni Aleeya nak UPSR & PSRA
memang jadual diaorang ni full je
So kalau nak ke mana2 tu memang kena tunggu waktu diaorang free

Tu la sebabnya aku pun jarang2 dapat balik kampung
Mahupun ke mana2
Jadual anak2 aku ni walopun hujung minggu 
Dari pagi sampai malam tau...hahahaha

Hari Sabtu, budak2 darjah 6  [Aleeya] ada kelas tambahan di sekolah
dari pukul 8 sampai 12 tengahari
Sebelah petang pulak kelas tambahan sekolah agama pulak
Dari pukul 2.30 sampai 4.30 petang

Adib pun sama juga walaupun baru darjah 4
Hari Sabtu ada kelas tambahan sekolah agama
dari pukul 8 pagi sampai 10 pagi
Tapi kelas tambahan tu dah habis dah bulan lepas
Pastu ada pulak cikgu BM diaorang buat kelas tuisyen
Adib join tuisyen tu ... tuisyen tu buat kat sekolah je

Cikgu tuisyen tolong tangkap gambar



Hari Ahad pulak, siang Adib free
Tapi malam ada tuisyen dari pukul 8 - 10 malam

Aleeya pulak setiap hari Ahad ada study group
Cikgunya panggil program Elit
Tetiap minggu cikgu akan bagi bahan & diaorang kena siapkan la masa studygroup tu
Lokasi studygroup terpulang nak buat kat mana
Tapi kena ada orang dewasa la pantau
Takut depa ni tak study.. kot2 main je kan
Nanti semua akan update la dalam group kelas anak aku tu
[terpaksa la aku join grup2 wasap camni kan]


Ni masa awal2 start studygroup dulu




Semoga anak2 ni berjaya dalam pelajaran diaorang
Ibu bapa hanya mampu sediakan yang terbaik, menyokong &  mendoakan mereka sahaja.


** Nebes pulak bila ada anak nak periksa beso ni kan??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...