Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 5, 2019

ORIENTASI DARJAH 1

Kalau ikutkan namanya Majlis Temu Mesra Ibu Bapa & Anak Tahun 1 2020
Tapi kalau bahasa kampungnya orientasi la kan
[Nasib la sempat daftar haritu kan..hehehe]
Boleh baca kat SINI alkisahnya


Masa pi daftar kat pejabat haritu, kakak kerani tu kata kena pakai baju sekolah
Tapi masa aku buat pengesahan untuk penempatan Adib ke Tingkatan 1
[nanti aku buat entry lain pasal penempatan Tingkatan 1 ni]
udah ada notis suruh murid2 pakai baju sukan pulak
Maka terpaksa la aku pi kedai cari tracksuit & baju putih pulak kan
Nasib baik la jumpa yang ada saiz si Amira ni...


Pepagi tu ingatkan nak pi berdua je dengan Amira 
tapi sebab hari yang sama ada program Explorace kat Sekolah tu dan ada macam2 program yang terbuka untuk orang ramai
so aku decide bawa Jasmin sekali. 
Adib tak ikut sebab ada latihan bola
Aleeya pun pergi kemudian dengan kawan dia
[dah remaja ni bukannya nak ikut mama kemana2 dah... ๐Ÿ˜]

Siap sedia nak ke sekolah
Memang lenggang kangkung je la tak bawa beg @ alatulis
Lagipun sekarang kan dah takde ujian2 untuk bebudak darjah 1 ni kan
Hehehehe

Sampai2 sekolah memang dah ramai orang pun
Dengan peserta2 explorace
Dengan budak2 yang darjah 1, parents & orang2 yang nak meramaikan program kat situ


Memula kena daftar dulu
Pastu kena tengok list nama tengok nama anak kat kelas yang mana

Amira ditempatkan kat kelas 1 Zuhrah
Tapi takde pulak kawan2 tadika dia yang sama kelas dengan dia
Ramai jugak budak2 yang mendaftar 
Tahun 1 je ada 7 kelas.. purata 1 kelas ada dalam 35 orang
Ha kira la kepadatan sekolah tu


Lepas cek nama kena la beratur ikut kelas masing2



Alhamdulillah semua budak2 ok
Takde yang nangis2 pun
Amira pun memula cam mendung juga
Tapi lama2 ok 

Lepas budak2 beratur, parents kena duduk kat dewan untuk taklimat
Cikgu akan bawa murid2 masuk kelas
Lepas habis taklimat pi la bayar apa2 yang patut dulu
pastu baru le jenguk anak2 kat kelas 

Kelas Amira ni dah le hujung sekali.. 
Jauh nak menapak๐Ÿ˜…

Cari Amira kat mana rupanya dia duduk belakang sekali



Lepas kelas tanya dia kenapa dia duduk belakang?
Dia kata memula nak duduk depan tapi lepas tu ada budak dah duduk dulu
So dia cari la tempat duduk belakang
Aku cakap kalau tak nampak @ tak dengar cikgu cakap
Nanti cakap kat cikgu nak tukar tempat duduk tau
[Tapi tahun depan mesti cikgu arrange kedudukan budak2 ni kan]

Lepas habis session dalam kelas cikgu dah bagi balik
Tapi kita round2 dulu la tengok apa aktiviti yang ada kat sekolah tu 

Kolam & soopa doopa ni ada kan
patut la ramai budak2 datang
Nasib la Amira & Jasmin tak minta nak main sekali๐Ÿ˜…
[Bagusnya kolam tu depa buat asing untuk lelaki & perempuan]


Nampak tangga katun2 ni deme minta nak tangkap gambar kat situ
Mama layankan je lah

Ni pulak kat Wall of Fame sekolah
Baru buat kot area ni
sebab masa aku pergi sekolah sebelum2 tu tak siap pun lagi

Selfie la sikit


sebelum balik tangkap gambar kat sini dulu
Ni la sekolah Amira tahun depan
SKBBBK

Sebelum balik, mama belanja dulu aiskrim sorang satu
Lepas tu deme ajak pulak pegi kedai 2 ringgit
Nak beli mainan katanya
Moh le kita..... tapi mama cakap sorang beli 1 mainan je ye
[Bahaya sungguh kedai berantu ni kan.... tu yang kena pesan awal2]







Monday, November 25, 2019

MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 2019


Rasanya sepanjang minggu last (minggu terakhir sekolah)
macam2 program & majlis la kan
dengan majlis Apresiasi a.k.a Konvokesyen la, Hari anugerah cemerlang la, hari kanak2 la etc..

Sekolah anak2 aku pun sama la juga
Adib punya majlis konvo pun minggu lepas juga
Sehari lepas tu hari anugerah cemerlang pulak 
(Adib tak dapat apa2 anugerah pun)

Ni nak cerita pasal Majlis Apresiasi Tahun 6 sekolah Adib
Selalu majlis2 camni tak buat kat dewan sekolah
Buat kat Dewan Dato' Abdul Hamid (ala2 dewan serbaguna la)
Tapi bila buat kat dewan ni kapasitinya terhad
So hanya seorang sahaja wakil ibubapa yang boleh datang
Maka terpaksa la aku apply AL sebab nak attend Majlis tu

Pagi tu Adib dah pergi dulu dengan kawannya
Sebab diaorang kena ada kat dewan by 7.30 pagi
Tapi aku kan kena hantar Amira & Jasmin ke sekolah dulu
Lepas tu baru la aku boleh pergi dewan (dalam 8pagi)

Sampai2 dewan, dah agak ramai dah.. Seat depan2  pun dah penuh
Beberapa row depan dah penuh dengan cikgu & budak2 kan
(budak2 aje pun dah lebih kurang 250 orang - darjah 6 ada 7 kelas)
Then only baru row untuk parents
Maka dapat le seat dekat row 2 yang terakhir
Punya la jauh dari pentas.. ni gambar semua kena zoom


Majlis start agak lambat jugak sebenarnya
Start dalam pukul 9 pagi
Sejam duduk dalam dewan tu sebelum majlis
Nasib la masa pendaftaran ada dibagi roti & air kotak
Jadi la tu buat alas perut

Anak2 kelas 6 Utarid
(tengah bersedia untuk perarakan masuk)

Di awal2 majlis 
Gambar dari group whatsapp kelas Adib



Disebabkan jauh, tak dapat la nak ambik elok2 gambar anak pakai jubah 
Zoom je la mama mampu
Dah le Adib orang kedua yang naik pentas
Aku tengok takde pun parents yang berkerumun depan pentas nak ambik gambar anak.. protokolnya begitu gamaknya
Lagipun aku ni kan orang yang beradab & hormat dalam majlis (cewah)
so aku pun lekat je la kat seat

The best picture yang mama boleh snap
Itu pun masa tengah rakam video
Rupanya cikgu pun takdan ambik gambar2 budak yang 3-4 orang awal masa ambil sijil
Budak2 lepas2 tu ada gambar elok2 cikgu sempat snap
Sedih aku.. nak buat cemana.. takde rezeki la Adib oi...


Tapi kan, elok lepas kelas Adib, mak bapak budak2 kelas2 seterusnya selamba je pi berdiri depan pentas semata2 nak tangkap gambar. Budak2 kelas hujung lagi la.. penuh mak ayah kat depan pentas.. Dah macam majlis konvo tadika aku tengok. Masa tu VVIP pun dah takde kot. dah jadi huru hara majlis. Budak2 yang dah lepas ambik sijil pun dah bebas keluar masuk dewan. Bising usah cerita la... Mana2 budak yang dah ambik sijil, mak ayah dah ada yang balik... Seat banyak lopong. Orang dah tak bagi attention apa yang berlaku atas pentas.. Kesian pulak budak2 yang tengah terima sijil tu.. macam syok2 sendiri jalan atas pentas.. Takde orang heran. Sorry tu say la, bukan hanya budak2, tapi parents sendiri pun tak menghormati majlis.. sampai cikgu2 pun dah tak dapat nak kawal keadaan. Ni masalah sikap & mentaliti la ni.. "Dah lepas anak sendiri, sudah le"... 

Aku tak tahu la sekolah anak2 korang cemana, tapi ini la yang berlaku di sekolah anak aku. Takde kawalan & protokol yang ketat. Patutnya announce tak boleh meninggalkan dewan selagi majlis tak selesai. Baru la semua budak2 rasa diraikan..  Pastu pintu keluar masuk kena kunci la.. biarkan 1 je pintu yang orang boleh keluar masuk.. Ni majlis sedang berjalan, parents keluar ikut pintu belakang (dewan tu ada 4 pintu).  Tu belum lagi parents yang bawa kanak2 & baby.. Menangis menjerit dalam tu masa cikgu tengah speech.. Aduhai... Macam2 peel manusia.. Cuba kome compare konvo universiti dengan konvo sekolah.. memang jauh beza kan??? Patutnya sekolah dah boleh overcome masalah2 camni.. lagipun ini bukannya pertama kali buat majlis2 macam ni.  Aku rasa majlis Anugerah Cemerlang pun mengalami benda2 macam ni. Tapi maybe hanya di peringkat sekolah kebangsaan kot. Di sekolah menengah maybe parents pun dah segan buat perangai camtu... Anak2 pun dah reti malu๐Ÿ˜…  Ini cuma pandangan aku la.. Pandangan orang lain aku tak tahu.. 




Ni video Adib tengah naik pentas untuk ambil Sijil
Siap bertepuk tangan kawan2nya... macam femes beno si Adib ni
Masa orang lain atas tu takde pulak yang deme bertepuk tangan.๐Ÿ˜…


Lagi satu yang sedihnya.. 
Penat mama dress up kot2 boleh bergambar dengan "graduan" pakai baju konvo
Sekali tak sempat daaaaaaaa
Jubah konvo tu kena share2 kan
Maka tak berkesempatan la kami nak bergambar berdua๐Ÿ˜…











Thursday, November 14, 2019

TRIM RAMBUT

Anak aku yang bongsu ni memang la tak suka ikat rambut
Kalau ikat pun kejap je lepas tu dia bukak balik
Nasib la rambutnya tu lurus elok
Idak kembang cam Amira

Tapi rambut lurus licin ni ada gak kelemahan dia
Asyik nak turun tutup mata je
Udah le si Jasmin ni tak suka pakai sepit mahupun cekak
Jenuh bising2 ikat rambut lagi la dia taknak
Ada yang suruh potong pendek rambut dia
Tapi bila rambut pendek ni, bila pakai tudung serkup dia asyik melorot sampai tutup dahi๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†



Daripada rambut tu diikat dia sanggup lagi bior rambut tu tutup mata dia tau
Tapi mamanya yang tak sanggup nak tengok camtu.. Mama pulak naik rimas



So ambik keputusan trim je la rambut depan tu
Walaupun muka dia nanti nampak lucu
Trim pun kata rumah je.. takde maknanya nak ke kedai
Sikit je pun kan..hehehehe

Kena sakat la dek abang kakak kata dia rambut mangkuk
Nasib la dia ok je..



Comel tak???








Tuesday, November 5, 2019

LUPA BUAT PENGESAHAN DARJAH SATU

Ini betul2 la disebabkan faktor usia
Agaknya sebab dah lama buat pendaftaran online untuk Amira kot
[sebab buat tahun lepas kan]
Masa pi submit dokumen tahun lepas kat sekolah memang la kerani tu ada cakap nanti dalam bulan Oktober tahun depan tengok la kat pagar sekolah akan ada banner pasal suruh buat pengesahan.. Baekkkkk lah... Sebab mende tu adalah setahun lagi so memang terus lupa la.

Sampai la ada satu petang tu sembang2 dengan jiran depan rumah Cik Besah
Kebetulan dia pun baru balik dari kerja
Dia la tanya dah daftar darjah satu ke untuk Amira?
Terus aku pun teringat.. haah la... Dah boleh buat pengesahan ke aku tanya
Dia kata eh, dah lama dah buat.. last 30/9/2019 haritu..
Nanti 16/11/2019 ada orientasi katanya..
[Anak dia pun darjah 1 gak tahun depan]

Alamakkkkkkkkk... aku tak buat lagi.. memang tak teringat langsung ko
Malam tu terus bukak web nak semak
Alhamdulillah penempatan dapat di sekolah yang dikehendaki
Cuma pengesahan di sekolah perlu buat dari 1/8/2019-30/9/2019
Adoi la.... aku tahu pasal ni masa 1/11/2019. Boleh ke buat pengesahan lagi?
Aku tanya member2 yang tahu.. ada pulak yang kata maybe kene pegi PPD la pulak
Cuak mak .. tapi apa2 pun better la aku pegi tanya kat sekolah tu dulu kan

Esoknya pagi2 terus gi office sekolah
Siap usung la segala dokumen & surat beranak si Amira
Tanya akak tu boleh ke lagi nak buat pengesahan sebab memang betul2 terlupa
Akak kerani yang baik tu pun cakap boleh je...
Ha.... LEGA hati aku...
Alhamdulillah, tak sampai 5 minit settle
[Akak tu kata ramai je lagi yang belum buat pengesahan ๐Ÿ˜…]

Akak tu bagi surat & buku profil murid ni
Pastu dia kata datang sekolah 16/11 nanti
Pakai baju sekolah ye...
Baiklah kak......



Ni ha banner dah gantung
Tapi sebab aku jarang lalu kat area sekolah ni memang tak perasan la
Tanya si Adib, asyik jawabnya tak tahu je
Buat penat tanya je kat dia๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


Ok dah nak kena cari baju sekolah la untuk Amira pakai nanti
Rasa cepat la pulak dia nak darjah 1 dah.







Wednesday, October 16, 2019

UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2020 (UKSBP 2020)

Semalam aku cuti sebab nak bawa Adib pergi ambik UKSBP
untuk kemasukan ke Tingkatan 1 tahun 2020 nanti
UKSBP ni diadakan dari 14/10 sampai 17/10/2019
Setiap hari tu akan ada 3 sesi di setiap tempat ujian
So semalam giliran si Adib la pulak.


Tempat ujian untuk daerah Hulu Selangor ada 3 tempat
Tapi aku pilih kat tempat yang paling dekat dengan rumah le
Senang nak pergi kan... lebih kurang 5 minit je dari rumah๐Ÿ˜†

Disebabkan Adib dapat sesi ke-2, so lambat sikit la gerak dari rumah
So dalam 10.30pg baru gerak dari rumah
tu pun bawa kereta slow2 je.. rilek2 kan

Muka rileks je budak tu tapi mesti dalam hati tu debar2 kan
Anak aku ni memang takde expression wajah๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


Dah sampai tempat ujian
Masa kami sampai ni pun dah ramai gak calon2 yang datang

Sebelum pegi makmal komputer (ujian adalah secara online ye)
Kena la daftar dulu
Pastu dalam 11.15pg cikgu akan bawa ke lab untuk bagi taklimat cara2 nak jawab soalan
Ingatkan ramai calonnya untuk setiap sesi
Rupanya calon yang sama sesi  dengan Adib ni cuma 17 orang je
Kalau tengok kat tempat lain ramai sampai puluh2 orang sekali ujian.


Sementara menunggu diaorang habis ujian
Parents tunggu kat kantin je
Kantin ni best je sbb sebelah padang
Menghijau je pandangan mata


Ujian patutnya sampai pukul 1. tapi cikgu kata sapa dah siap awal boleh keluar & balik
Aku tengok dalam setengah jam dah ada budak yang keluar
Adib pulak 45 minit lepas ujian mula baru keluar
Aku tanya senang ke susah? Dia kata ok je
Pastu dia kata dia dah lama dah siap tapi dok lama dalam lab sebab sejuk..hahaha
Apa la punya alasan๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Harap2 ada la rezeki Adib ke sekolah berasrama
Lepas ni tunggu result UPSR je la..
Huish... mama pulak yang berdebar2 ni










Monday, October 14, 2019

SAMPAI NAIK CENDAWAN

Musim2 hujan ni kan, kalau bumbung bocor mula la stress 
Panggil tukang tak datang2
Kata nak datang, bila tunggu tak muncul2
Bengang je dibuatnya.

Siling kat bilik Aleeya memang dah lama perasan ada bocor
Memula ingatkan bocor bila hujan kuat je
kot2 la tempias kan
Tapi lama2 perasan kadang2 sampai menitik2 air kat bilik dia (kalau hujan lebat melampau)
Dah le tu pulak, terkena la kabinet
Lama2 tengok sampai kembang dah atas kabinet tu kena air

Now pulak musim2 hujan kan, memang nampak la siling bilik dia asyik basah je
Sah2 la bumbung/atap tu ada ada bocor kan
Maklum la sekarang hari2 kan hujan
Call tukang, dia datang tengok je.. pastu tak datang2 dah untuk repair
Katanya nak kena tunggu  hujan baru tau air masuk kot mana sebab dia kata bumbung takde bocor/lubang pun
Adoi la... apa la punya tukang ni
Siling bilik Aleeya tu dah ada lubang dah pun sebab leaking tu
Dah le tu, nak datang time orang bekerja
Memang takde la orang kat rumah... cemana la nak repair kan.
Vongoks je..

Pastu kelmarin, si Aleeya dengan cemasnya panggil aku pi bilik dia
Ingatkan dah bocor teruk bilik dia tu
Aku pun kelam kabut la pi bilik dia
Pastu dia tunjuk sesuatu kat aku

Nampak tak dah ada cendawan tumbuh kat kabinet yang kembang tu???
Ni baru betul namanya cendawan selepas hujan๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


Aku ni nak gelak pun ada
Tension pun ada.. ye lah  baru setahun kot buat kabinet tu.. dah kembang kena air pulak๐Ÿ˜ค
Hai la Aleeya, macam2 la nak tumbuh kat bilik ko ni
Pastu dia beria2 suruh aku buang cendawan tu
Katanya nanti cendawan tu membesar
Aku siap kata " ko ingat ni macam SMURF ke??""
Last2 semua orang ketawa... 
lawak pulak cemana cendawan pun boleh tumbuh ye dak
Sampai Aleeya dapat gelaran "kakak cendawan" la...hahahaha

Semalam cendawan dah kecut aku pi vacuum je cendawan tu
Buat masa ni takde la tumbuh lagi tak tau la kot esok lupa dia naik lagi
Tukang ni pun satu hal gak... 
Time aku panggil takmo datang, time orang takde kat rumah sibuk pulak nak datang.. Ate???? Cemana????








Thursday, October 10, 2019

WANPAKU SANDWICH

Kalau di group2 diet sekarang
WANPAKU ni tengah viral la ni
Kalau sapa tak tau Wanpaku ni apa
Wanpaku@ Wanpaku Sandwich @ Sando Sandwich ni ialah sejenis sandwich yang glamer dari Jepun. Sandwich yang dipadatkan dengan pelbagai isi seperti sayur, ayam, telur dan apa2 jelah yang korang nak taruk...

Ala.. basic sama je dengan sandwich yang korang biasa2 buat tu
Cuma bahannya2 tu berganda2 banyak la dari kebiasaan
Memang sampai kembung la sandwich tu jadinya
Lepas lapis2kan dengan pelbagai benda2 tu pastu korang kena bungkus la sandwich tu kasi padat2, lepas tu baru potong dua.. Tak kisah la nak bungkus dengan plastik ke, dengan kertas ke. Ha baru la tak sememeh masa makan tu..gitchu ye hanak2...


Ni first wanpaku yang aku buat

Isi tu aku pakai je apa je bahan yang ada kat dapur
Yang ni aku letak telur rebus lenyek2 dengan mayonis
Pastu susun la sayur2 tu layer by layer



Yang ni pulak yang aku buat semalam
Kali ni taruk telur mata sebijik
Pastu letak kepingan ayam yang digril
Pastu sayur2 yang ada dalam peti ais je lah

Alhamdulillah, buat ni memang kenyang
Makan sebelah pun kenyang dah
Kiranya kalau buat boleh makan untuk 2x la
sebelah buat breakfast, sebelah lagi  buat lunch @ dinner
Nak buat pun senang gak... tak payah susah2 nak masak2 bagai

Kalau korang cari kat pinterest
Lagi macam2 rupa wanpaku deme
Meriah & kalerful lak tu... 
Kalau time malas2 nak masak tu boleh la try buat wanpaku ni
Tak payah gi Subway dah... buat sendiri pun bolehhhhh
Kenyang pun kenyang.






Tuesday, September 24, 2019

JALAN² TONTON BOBOIBOY MOVIE 2

Ni cerita awal bulan haritu, masa cuti hari merdeka. 
Kan next day tu pun cuti, so maksu budak2 ni ajak la kami pegi tengok wayang. Dia nak belanja katanya tengok BOBOIBOY MOVIE 2.
Budak2 ni bila cakap nak tengok Boboiboy, meloncat la happy
Alhamdulillah rezeki budak2 ni le.. sebab dah lama deme ajak tapi mamanya delay2 je..Hahahaha..

Adik aku dah beli tiket online dah siap2.. Senang kan
Kami pegi kat TGV kat Aeon Rawang je.. Itu je panggung wayang terdekat dengan Batang Kali kan. Wayang start kul 10.45pg, so kami bertolak dari rumah dalam pukul 9pg. Siap2 lepas sarapan terus la gerak ke Rawang.

Kali ni dah pesan siap2 kat Jasmin & Amira suh bawa sweater
Karang asyik nak mengulang ke toilet 4-5 kali sebab nak terkencing
Macam pengalaman tengok wayang sebelum ni.. adoi.. tak kusyuk nak menonton dibuatnya. Itupun aku spare juga bawa pashmina kot2 la kesejukan melampau kat dalam tu nanti.

Tq Maksu... sebab belanja tengok wayang


Adib pun ada sekali ni ha....
Aleeya pun ada tapi bangsa tak suka nak bergambar kan.. memang takde la gambar dengan dia..hehehehe


Sebelum wayang start sempat la posing2 dengan gambar2 Boboiboy ni dulu
Ni pun kena cepat2 sementara tengah clear
Elok lepas tu ramai pulak orang nak bergambar kat situ


Bajet comel la buat muka camtu ye Jasmin..


Mira & Mama๐Ÿ˜‡


Sementara maksu & abang Adib pi beli popcorn, kita tangkap gambar lagi 

Tangkap gambar dengan shark pulak
Muka Jasmin tak pueh hati tu..hahaha


2 jam duduk dalam wayang tu sangat behave la budak2 ni
Cuma Jasmin ada la nak terkencing sekali masa tengah tengok movie
Terpaksa la bawa dia ke toilet (terlepas beberapa minit scene Tok Kasa..hehehe)

Overall, cerita Boboiboy ni best la juga... Walopun aku ni tak minat sangat Boboiboy ni tapi kira terpaku la juga tengok movie tu.. Boleh bagi 5 bintang la. Hebat animasi tempatan ni.. Yang penting anak2 enjoy, mama pun lega....







Wednesday, September 4, 2019

GOOD LUCK UPSR 2019

Hari ni UPSR start kan
Maka penuh la segala FB, IG, Whatsapp dengan semua ucapan2 good luck untuk calon2 UPSR
Hahahaha... Tengok semua tu aku skroll laju2 je
Malas nak baca.. stress la pulak jadinya
Sebabnya......... Anak aku pun ambik UPSR la tahun ni ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

2 tahun lepas Aleeya yang ambik UPSR
Mamanya pun nervous juga
Tahun ni giliran Adib pulak
Pun.... mamanya tetap nervous..
Macam la aku yang ambik UPSR kan...hahahaha
Padahal mamanya dah ambik UPSR 28 tahun lepas ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Ok lah... Good Luck untuk semua anak2 tahun 6


Tahun ni exam tak straight untuk semua paper. Ada gap beberapa hari untuk paper seterusnya. Tak le stress sangat kot. Tapi stress la jugak kan sebab lambat pulak nak "MERDEKA" kan. Mak ayah pun lama le kena tahan debar sementara anak2 nak habis periksa. Lepas tu kita debar lain pulak, masa nak tunggu result keluar nanti.



By the time aku menulis entry ni
Adib tengah bertarung untuk BM Penulisan pulak
Harap2 Adib dapat jawab dengan elok & idea mencurah2 datang kat dia .


Good Luck, Adib.
[Dah nak sama tinggi dengan mama budak ni]


P/S : Mama tak up status kat fb pun sebab Adib takde fb. Mama up kat Whatsapp & IG je sebab mesti Adib baca..hahahah.. Kat blog ni pun saja buat entry sebagai kenangan. Buat masa sekarang maybe Adib belum discover blog mama lagi, tapi when the time comes, he definitely will read this entry. Mama always pray for your success in whatever you do.๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š