Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, November 27, 2017

PENDAFTARAN / KEMASKINI BR1M 2018





PERHATIAN!!!!!


Untuk penerima2 BR1M yang layak, mulai 27/11/2017 dah boleh buat pengemaskinian maklumat & juga permohonan BR1M untuk tahun 2018. So sapa yang layak mohon boleh la memohon & yang masih layak terima BR1M sila kemaskini maklumat anda kalau nak dapat BR1M untuk tahun depan.

Permohonan & kemaskini boleh dilakukan secara manual [pergi ke mana2 cawangan LHDN @ UTC LHDN] dan juga secara online di laman web 





Tarikh Pendaftaran/Pengemaskinian Mulai 
27 November 2017 hingga 31 Disember 2017



Wednesday, May 27, 2015

WAKTU YANG AFDHAL UNTUK MAKAN UBAT

Bagus juga KKM keluarkan jadual makan ubat ni
Selama ni harammmmmm aku makan ikut jadual pun
ikut suka aku je...
Kalau ubat anak2 pun aku main kira jam selalunya
Kalau 3 dos, 24 jam tu aku bahagi 3 la [maksudnya 8 jam sekali]


Pasni mungkin boleh ikut jadual ni



Friday, March 27, 2015

MEPS PUN KENA GST OI...

Lagi cerita GST
Sampai naik mual la kome dok baca entry pasal GST
kof..kof..kof..
Apa nak buat aku takde idea nak buat entry
Just nak share la apa2 info pasal GST yang aku tau
[Maybe korang lagi terer dari aku]

Pagi tadi on the way pegi keje, dengar la berita kat radio
Sebelum ni dah kecoh dah kat fb ngan whatsapp  kata kalau withdraw duit kat ATM, kena caj GST
Rupa2nya hanya perkhidmatan MEPS sahaja yang dikenakan GST
Itupun atas transaksi ye... bukan atas jumlah duit yang dikeluarkan


Sebelum ni kalau korang cucuk duit guna perkhidmatan MEPS, kena caj RM1 kan
GST hanya dikenakan atak RM1 tu sahaja ye...
Lantak la kome kuarkan duit 10 ribu pun, GST hanya atas RM1 (caj MEPS) tu sahaja
[Eh boleh ke kuarkan 10 ribu sekaligus kat ATM??? hehehehe]

So pasni, cucuk la duit kat bank yang kuarkan kad ATM korang tu
Maksudnya, kalau korang pakai kad MAYBANK, pi la cucuk kat ATM Maybank
Jangan pi cucuk kat ATM CIMB/RHB/BANK ISLAM etc pulak

Tapi kalau dah takde pilihan, cucuk je la kat mesin ATM yang ada
Daripada takde duit kannnnn
Ala, kalau RM1 tu, korang baru kena GST 6 sen je... rilek la...
[Tapi kalau dah 100 kali cucuk duit guna MEPS, lagi banyak la GST kome kena]
So pepandai la ejas masa & jumlah yang nak kena cucuk kat ATM
Sebulan lebih 4 kali cucuk pun, kena caj 5 kupang pulak untuk setiap pengeluaran seterusnya

Macam aku, aku cuba limit withdrawal aku 2-3 kali je sebulan
Dan aku hanya akan cari mesin ATM Maybank [sebab aku guna akaun Maybank]
Sekali cucuk memang keluar banyak terus sebab pastu terus nak bayar hutang piutang bagai
Aku pulak memang bukan jenis rajin nak mengulang ke mesin ATM tu
So pandai2 la korang manage duit korang...hehehehe

Info boleh baca sini ----> Hanya perkhidmatan MEPS dikenakan GST







Monday, March 23, 2015

BIJAK GST : CONTOH RESIT BILA BELI BARANG DAPUR

Minggu depan dah start GST weh
So hari ni nak share pasal resit pulak
Saja letak tajuk resit bila beli barang dapur
Sebab itu yang paaaaaling penting untuk suritakrumah cam aku

Kalau satu item je, senang je nak tau kena GST ke idak
Resitnya pun sangat direct


Tapi bila bab barang dapur memang selalu beli sekali banyak kan
Kalau aku lak, sekali beli barang dapur memang cecah 3-4 ratus sekali beli
Seperti yang kita semua tahu, tak semua barang kena GST kan
So bila beli barang dapur, cemana nak tahu item mana kena GST, item mana yang tak kena GST??
Kalau takde tanda syok la peniaga semua barang dia charge GST atas pengguna kan
Kita la yang teruk... ye dak???

Ini adalah contoh resit yang sepatutnya

1] Make sure kat resit ada NO CBP @ GST ID peniaga -hanya untuk peniaga yang caj GST sahaja ye
[maknanya kalau dia takde NO CBP @ GST ID tu, dia takleh caj GST pada kita tau]

2] Mesti ada simbol yang membezakan barang yang kena GST & yang tak kena GST


Ini lagi satu contoh resit barang yang kena GST 

Ok, sama2 kita dapat elakkan diri dari ditipu
Bab2  menaikkan harga ni memang peniaga suka sangat
So kita yang pengguna ni kena la sentiasa alert ok...



Friday, July 5, 2013

PANDUAN PEMILIHAN UBAT GIGI

Baru tadi terbaca dalam fb
tu yang nak share dengan readers semua

Selama ni aku tak pernah heran pun dengan kod2 warna kat ubat gigi ni
Sebenarnya tak perasan pun ada kod warna tu
[tetiba hari ni baru tau]


So apa rahsia kod2 warna tu??? Jom kita tengok


Sekarang ni aku pakai brand Colgate.. aiseymen...
Nampak gayanya kena la cari brand lain lak under kod hijau @ biru pasni
Korang pakai ubat gigi apa??

Masalahnya kalau gi kedai, ubat gigi tu dalam kotak kan
Cemana la gayanya kita nak tengok kod warnanya tu kan
Kena beli dulu la baru tahu, ye dak??

** Balik rumah karang cek ubat gigi masing2 yer.. Pastu komen kat bawah ye..

Tuesday, September 25, 2012

HUKUM SOLAT KETIKA AZAN



Hukumnya HARUS ye uols...

Selalu buat time waktu Subuh sebab nak kejar waktu keluar rumah. Kalau lambat, tersangkut dalam jem la jawapannya..

BUKA

-share dari fb-

Tuesday, August 28, 2012

MOTIVASI PAGI

Baru nak warm up pepagi ni
Dah le tadi hujan lebat gile kat sini
[tempat kome hujan lebat tak???]

-share dari fb-

Thursday, July 12, 2012

CARA SENANG HAFAL SIFIR 9

Baru terjumpa teknik ni... Aku main hafal je dulu
Senang bangat rupanya..
Sifir lain aku tak jumpa lagi teknik nak mudah ingat

** Ada tenik mudah senang la nak ajar anak nanti..hehehehe


Wednesday, July 11, 2012

STATUS INSURANS KONVENSIONAL

Zaman sekarang ni dah ramai dah yang celik tentang insurans dan takaful
Mesti masing2 ramai yang ada coverage untuk diri sendiri, anak & family kan??
Tau je lah zaman sekarang ni... macam2 boleh berlaku
Kalau tak mampu pun rasanya at least breadwinner kena ada coverage la kan. 
Idak le nanti sengsara anak bini kalau jadi apa2 ...

Just come across pada artikel ni semalam so aku rasa better untuk aku share dengan korang semua
Maybe ramai yang dah tau insurans konventional tu HARAM sebab ianya tak patuh syariah
So kalau yang dah ada ambil tu better tukar la pada takaful
Aku nak eleborate panjang2 pun, aku bukannya pakar dalam bidang ni
Tapi aku cuma nak menyampaikan apa yang aku tahu sahaja

Aku pun lepas tahu pasal ni [2-3 tahun lepas] terus surrender polisi lama [konvensional] & sign up for takaful. Ada banyak syarikat takaful kat pasaran tapi nak cari yang terbaik, korang la yang kena tentukan sendiri. Takaful ni tak boleh dengar cakap orang saja sebab all agent akan cakap produk diaorang la yang terbaik. Tapi sebagai customer korang sendiri kena pilih apa yang korang nak contohnya berapa coverage, berapa premium dan juga pilih la agent yang korang boleh rely on [maksudnya ejen yang berkualiti]. Selain tu ada beberapa kriteria lain yang korang kena tengok before ambil mana2 polisi. Untuk better understanding, pergi la blog2 pakar takaful yang korang boleh google.

Tuesday, February 28, 2012

CUTI TAMBAHAN TAHUN 2012

Amboi...amboi... kalau cuti memang alert sangat la kan..
Ni bukan tambahan cuti  tahunan yang kompeni bagi tu tau , tapi cuti kerajaan yang bagi. Senang citer cuti umum la kiranya...satu Malaysia dapat cuti kekdahnya 
[sape keje dapat la gaji triple..heheheh]

Buat yang tak tahu lagi... ni nak habaq 11 APRIL 2012 ni cuti umum tau
Cuti sempena pertabalan Agong yang baru
Dah masuk sotkabor hari Sabtu lepas kalau tak silap
Tak caya cuba cekidaut kat  sini --->  11 APRIL 2012 CUTI UMUM PERTABALAN AGONG






Suka tak??? Aku kalau dapat cuti memang la sukeeeeeeeeeeeeeee sangat.

DAFTAR ONLINE DARJAH SATU TAHUN 2014

Semalam lepas baca blog ILLA pasal dia register darjah satu tahun 2014, cepat2 aku pun daftar anak aku. 

Kali ni nak daftarkan Adib pulak. Walaupun Adib baru 5 tahun, tapi better la buat cepat2. Tak macam masa daftar si Yaya haritu, sampai aku email kat jabatan pendidikan  tu tau apasal website online registration tu tak boleh nak bukak. Citer tu boleh refer kat SINI dan SINI





Online registration ni hanya untuk sesapa yang nak daftar anak sekolah di area Selangor sahaja yer... Negeri lain tak terlibat okeh...[Refer la PPD masing2]
Sebelum daftar kat sekolah, sila register online dulu, pastu baru bawak print out & dokumen yang diperlukan ke sekolah yang korang nak daftar tu...


Kalau belum register lagi, boleh klik kat sini
[untuk sesi kemasukan tahun 2013 & 2014 sahaja]

Tuesday, February 14, 2012

SOOOOOOOOO SWEET!

Kata orang semut mati kerana gula
Manusia mati kerana......... kerana apa?
Kerana DIABETES la....hehehehehe

Baru dapat fakta yang dishare kat fb aku... Sangat2 memeranjatkan... [ok, takde la terperanjat sangat sebab ada yang dah tahu]. Tapi sebabkan sayangkan kome, aku share le jugak kat sini. 

Malas nak citer panjang, tengok je le gambarajah kat bawah ni..
Banyaknya kandungan gula dalam makanan feveret korang
Ni baru gule ye kengkawan, belum masuk garam lagi
[nanti aku cari chart pasal garam pulak tepek kat blog ni..hehehehehe]


** Most of the item tu adalah barang wajib beli masa shopping barang dapur...huhuhuhu


Thursday, January 12, 2012

BARU PERASAN

Baru terperasan masa tengah cari info pasal warna pelangi
Perasan tak turutan warna kat text color / text background color dalam blog 
mengikut turutan warna pelangi 
[walaupun ada 8 warna instead of  7 macam yang kita sedia tahu]


Friday, December 16, 2011

DOA SETIAP HARI YANG PALING LENGKAP & PALING SENANG

Assalamualaikum:)))

Mood setazah pepagi Jumaat dah mai dah...

Hari ni nak tepek doa yang paling simple & paling lengkap
Tak payah nak hafal pun sebab satu hari memang paling minimum korang akan baca 17 kali

Doa apa tu??
Ha... ini la doa yang kita baca ketika duduk antara 2 sujud
Ada 8 perkara yang kita akan minta dari Allah
Mungkin ramai yang tahu apa makna bacaan masa duduk antara 2 sujud tu
[Dulu masa belajo sembahyang, kan semua bacaan tu kita main hafal je tanpa hafal maknanya sekali]
La ni dah tau kan?? Masa korang korang baca ni bersungguh2 la berdoa ye...khusyuk & tawaduk

Wednesday, December 14, 2011

AMARAN PUSAT RACUN NEGARA : JANGAN GUNA MINYAK MASAK LEBIH DARI SEKALI

Pernah dengar pasal isu ni tapi takde kesahihan waktu tu
Sekarang dah sahih.... kenalah  ambil perhatian
[aku selalu beli brand ini]


PETALING JAYA (13 Disember 2011) : Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang  digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar Runding Pusat Racun Negara, Dr T. Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati."

"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak masak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang, " katanya ketika dihubungi The Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd, yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati  apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram. 

"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat", kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.

Sumber : Mstar Online



** Takut pulak bila dengar berita cenggini. Minyak masak dah le mahal pulak tu. Pasni kena kurangkan penggunaan minyak dalam masakan & jimat cermat dengan minyak masak yang digunakan..

** Betul ke minyak masak yang dalam peket tu, minyak masak 2nd hand yang telah digunakan dari hotel2 & restoran2 mewah? 
[Ni jiran aku yang keje chef kat hotel Genting Highland yang cakap]

Boleh jugak refer DISINI

[sumber: informasikini.com]

** Ate, kalau kita beli goreng pisang tu dah berapa kali deme recycle minyak masak  tu gamaknye yer??? 

Monday, December 12, 2011

URUSAN TABUNG HAJI KINI DI MAYBANK

Korang ada akaun Tabung Haji tak?? Kalau ada sure korang tau kan yang mencari cawangan Tabung Haji adalah sangat hazab sebab terlalu sikit. Bagi yang duduk kawasan ceruk2 cam aku ni pun adalah menjadi satu masalah kalau nak pi Tabung Haji sebab lokasinya yang jauh tu. Paling dekat dengan rumah aku pun nun kat Kuala Kubu Bharu.

Duit raya anak2 aku semuanya aku sumbat dalam akaun Tabung Haji depa. Dari anak2 aku lahir lagi aku dah bukakan akaun TH ni untuk depa. Disebabkan cawangan TH ni jauh sikit dari rumah, aku tak le kerap ke TH. Kalau duit anak2, aku kumpul banyak2 pastu bank-in sekali rap kalau aku pi Kuala Kubu @ Selayang.

Tapi sekarang tak yah susah hati yer sebab selain Bank Rakyat & Bank Islam, Maybank pun dah buat usaha sama dengan pihak TH. Tak lama lagi urusan TH semuanya boleh dilakukan di Maybank. Maybank ni yang senangnya ialah kat segala ceruk ada cawangannya.Kiranya kalau nak cucuk duit kat ATM memang bersepah2 le kat Mesia ni.

Berbalik pada citer TH & Maybank ni, kalau korang nak buat segala transaksi kewangan melibatkan urusan TH sama ada masuk duit, cucuk duit, buka akaun ke, semua dah boleh kat Maybank. Yang paling best, NAK DAFTAR HAJI pun boleh!!! Tak yah susah payah nak pegi ke Tabung Haji tu. 

Tak caya baca ni... aku sedut dari BERITA HARIAN ONLINE



TRANSAKSI TABUNG HAJI KINI DI MAYBANK
Oleh Ahmad Farizal Hajat

ahmadfarizal@bharian.com.my
2011/12/09

 KAMARUDIN  (kiri) dan Muzaffar   melancarkan Kerjasama Strategik Lembaga Tabung Haji dan Maybank Islamic, semalam.
KAMARUDIN (kiri) dan Muzaffar melancarkan Kerjasama Strategik Lembaga Tabung Haji dan Maybank Islamic, semalam.

Daftar ke Tanah Suci boleh dibuat di ATM 



LEMBAGA Tabung Haji menjalinkan pakatan dengan Maybank Islamic Bhd yang yang membolehkan pendeposit Tabung Haji melaksanakan transaksi menerusi rangkaian mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) kumpulan Maybank.




Selain transaksi kewangan, pendeposit Tabung Haji juga boleh membuat pendaftaran haji di rangkaian ATM Maybank, sekali gus menjadikannya yang pertama menawarkan perkhidmatan pendaftaran haji secara elektronik.


Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali berkata, kerjasama strategik itu akan meningkatkan akses perkhid-matan Tabung Haji kepada lebih 6,000 rangkaian perkhidmatan berbanding 1,800 rangkaian ketika ini. 



“Tabung Haji melihat perkembangan perkhidmatan terbaru ini sebagai langkah proaktif untuk menambah nilai kepada pendepositnya, selain memudahkan lagi urusan mereka, khususnya selepas waktu kerja. 

“Ia (transaksi di kalangan pendeposit Tabung Haji) makin meningkat dan ini dapat dilihat menerusi kerjasama Tabung Haji dengan Bank Islam dan Bank Rakyat ketika ini, yang mana 2.47 juta transaksi dicatatkan tahun lalu dan sehingga 15 November lalu, ia meningkat kepada 2.72 juta. 

“Semua ini menunjukkan minat melakukan transaksi menggunakan ATM dan CDM di kalangan pendeposit Tabung Haji makin meningkat dan saya yakin lebih ramai pendeposit akan beralih kepada perkhidmatan ATM dan CDM ini kerana ia lebih mudah dan menepati keperluan,” katanya selepas majlis pelancaran perkhidmatan itu di Kuala Lumpur semalam. 
Hadir sama Ketua Eksekutif Maybank Islamic dan Ketua Perbankan Islam Kumpulan Maybank, Muzaffar Hisham. 

Menerusi kerjasama terbaru Tabung Haji itu, pendepositnya boleh melaksanakan transaksi seperti pengeluaran wang tunai, penyim-panan wang, pemindahan wang dari akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji yang lain, pemindahan wang dari akaun Tabung Haji ke akaun Maybank dan sebaliknya, serta perkhidmatan pertanyaan baki simpanan. 

Bagi menikmati faedah kemudahan itu, pendeposit Tabung Haji perlu melawat mana-mana pejabat Tabung Haji bagi menghubungkan akaun mereka dengan Maybank. 

Tuesday, December 6, 2011

DIVIDEN ASB & ASN TAHUN 2011

Kalau sebut dividen semua nak tahu kan???
Banyak ke sikit ke... semua yang ada ASB eager nak tahu

Well sebenarnya aku bukan nak bagitau berapa dividen ASB tahun ni
Tapi just nak bagi tau pasal ni jer..

Sapa yang nak buat segala aktiviti melibatkan ASB & ASN
Silalah berbuat demikian sebelum  tarikh penangguhan tersebut


** Agak²nya banyak ke dividen tahun 2011 ni???

Wednesday, November 23, 2011

WW #47

Baru tahu masa singgah Wildlife Park & Bird Paradise kat Langkawi..

Thursday, November 10, 2011

KISAH BIRAS AKU & POLYPS

Semalam biras aku sms aku, katanya dia kena masuk wad di PUSRAWI
Al-kisahnya, sepatutnya semalam dia pegi check-up kat sana sebab dia tumpah darah yang banyak. [biras aku ni tak mengandung pun]
Bila lepas doktor cek, memang kena tahan sebab kena buat D&C

Al-kisahnya, biras aku ni sejak setahun dua ni dia mengalami period yang tak teratur
Dah tu, bila sekali period, mesti darah keluar banyak macam orang keguguran tu
Kiranya boleh kata everytime dia period, dia memang boleh pitam sampai nak pengsan.

Pertama kali kena tumpah darah tu dia ingat biasa je.. buat cek up kat klinik doktor just bagi ubat.Bila dia mengadu kat laki dia kata dia pitam la, tak larat la, laki pulak kata mengada². Tapi bila dah berlarutan, pi cek kat PUSRAWI 
Risau la jugak kan kot² la kanser ke, fibroid ke... tahu je la pompuan ni banyak beno penyakit dalamannya.. pastu baru la dapat tahu dia ada POLYPS
After diagnos ada polyps memang doktor suruh buat D&C  pastu buat operation untuk buang polyps tu. So every month memang kena pegi check up & bergantung pada bekalan ubat yang doktor bagi. Makan pun memang la kena pantang kan..

Aku ni sebenonya idak le tahu apa jadahnya polyps tu
Gigih pulak aku men'google' pasal menda ni
Menurut hasil gugel'an aku dari pelbagai website dapat disimpulkan cenggini:
Polyps ialah ketumbuhan bukan kanser yang bertangkai di dalam ruang rahim ataupun di bahagian pangkal rahim. Polyps boleh jadi satu sahaja atau tumbuh dengan banyak... yang kecil tidak akan memberikan sebarang masalah tetapi polyps boleh menyebabkan gangguan haid seperti banyak berdarah, haid tidak teratur, haid berpanjangan, cramp pada bahagian tundun, gangguan kencing jika polyps terlalu besar dan menolak pundi kencing dan juga kegagalan untuk mengandung. 


Ada banyak cara rawatan tapi yang paling berkesan adalah melalui pembedahan kecil untuk membuang polyps tersebut. Macam kes biras aku ni, polyps yang dulu dah buang sekarang tumbuh pulak polyps yang lain..

** Banyak info lagi pasal polyps ni korang leh cari sendiri la kat google. Aku pun just ambil tahu sikit² sebagai panduan. Ye la kan, menda ni pun kita tak tahu bila dia jadi.. Seeloknya lengkapi diri dengan pelbagai ilmu berkaitan kesihatan wanita.


** Yang hasben dia pulak kata, kalau susah² sangat buang je rahim tu sedangkan doktor pun tak advice camtu. Ada ke patut???