Saturday, July 24, 2010

Garam Oh Garam

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian manusia di muka bumi ini adalah untuk manfaat atau kegunaan manusia sejagat.



Hadis Nabi Muhammad SAW menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan & makanan manusia. Makanan yang paling simple pun seperti ubi rebus atau jagung rebus akan dibubuh garam dan bukan benda-benda lain sehinggakan makanan atau masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa dan selera. [Kalau tawar lesyor kata orang Perak, takde selera nak makan kan??]


Banyak kegunaan garam dalam kehidupan harian kita. Antaranya:
  • pengawet ikan supaya tidak busuk
  • menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak.
  • kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamkannya ke dalam air garam sebelum dimasak.
  • mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan dalam air garam.
  • menghilangkan kesan darah pada pakaian dengan masukkan beberapa sudu garam ke dalam air rendaman.
Garam yang berlebihan dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan didalam badan. Maka terjadilah darah tinggi... kenapa jadi begitu?? Kerana nafsu makan, balun apa sahaja.

Garam juga turut digunakan dalam perubatan Islam. Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan haruslah merawatnya dari laut juga- iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
  • Penyakit Gout - timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut (tepi pantai) 1-2 jam kemudian mandi air laut.
  • Kalau duduk kat tempat yang tak ada pantai, caranya goreng 1-2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yang bengkak atau sakit. [Garam tu korang punjut le dalam kain dulu yer..]
  • Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah, tuam di tapak kaki.
  • Elak mabuk semasa perjalanan dengan minum madu dan secubit garam atau air suam dengan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.
  • Untuk mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat spt bertani, bersukan dll - minum air suam dengan sedikit garam.
  • Untuk cuci perut, minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Rasulullah setiap kali mengembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imun badan kerana setiap bumi/ tempat mengandungi udara, magnetik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasulullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.
Selain dari tu, garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.
  • Anak yang sering mengigau- ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian letakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insya-Allah tidak mengigau lagi.
  •  Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.
Semoga dengan ilmu yang disampaikan oleh ustaz ini dapat menjadi panduan dan diamalkan. Insya-Allah semoga kita dirahmati oleh Allah. 


Sumber: Email kepam aku!

1 comment:

Delimasari said...

bnyk info = bagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...