Tuesday, February 14, 2012
SOOOOOOOOO SWEET!
Friday, November 4, 2011
LOVE HER
- LOVE HER ... when she sips on your coffe or tea... She only wants to make sure it tastes just right for you
- LOVE HER ... when she "pushes" you to pray... She wants to be with you in heaven.
- LOVE HER ...when she asks you to play with the kids... She did not "make" them on her own.
- LOVE HER... when she is jealous... Out of all the men she can have, she chose you.
- LOVE HER ... when she has annoying little habits that drives you nuts... You have them too.
- LOVE HER ... when her cooking is bad... She tries.
- LOVE HER ... when she looks dishevelled in the moning. .. She always groom herself up again.
- LOVE HER ... when she asks to help with the kids homework... She only wants you to be part of the home.
- LOVE HER ... when she asks if she looks fat... Your opinion counts, so tell her she's beautiful.
- LOVE HER ... when she looks beautiful... She's yours so appreciate her.
- LOVE HER... when she spends hours to get ready... She only wants to look her best for you.
- LOVE HER...when she buys you gifts you don't like...Smile and tell her it's what you've always wanted.
- LOVE HER...when she developes a bad habit. .. You have many more and wih wisdom and politeness you have all the time to help her change.
- LOVE HER... when she cries for absolutely nothing... Don't ask, tell her its going to be okay.
- LOVE HER... when she suffers from PMS... Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her [trust me this works]
- LOVE HER...when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass.
- LOVE HER ... when she tells you how to drive... She only wants you to be safe.
- LOVE HER...when she argues...She only wants to make things right for both.
- LOVE HER...she is yours... You don't need any other special reason!!!!
Wednesday, November 2, 2011
Thursday, October 6, 2011
PATUT LA NEGARA DEPA KOTOR & BANYAK PENYAKIT
Thursday, September 15, 2011
MEROKOK... APA YANG TERSIRAT..
Wednesday, July 20, 2011
PUNCA STRESS WANITA
Friday, July 15, 2011
RENTETAN MALAM JEMAAT
Secara klinikal ramai lelaki Malaysia tidak mengetahui teknik sebenar semasa bersama pasangan masing-masing. Mereka mengabaikan aspek kemesraan sewaktu memulakan hubungan seks menyebabkan pasangannya bosan lantas mengakibatkan masalah kedinginan hubungan seksual.
Teknik lama kalau kena dengan cara dan keadaan masih mampu mengerangkan isteri. Malam ini melentang, malam esok meniarap, lusa cuba menonggeng. Cuba angkat kaki, angkat tangan atau tukar posisi. Benda lama terasa seperti baru. Tetapi jangan sampai terkeluar tabii. Berdosa, kata ustaz.
Masalah seksual masalah sejagat. Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Yang Berhormat dan yang tidak berhormat mempunyai masalah yang sama. Oleh itu, tidak usah segan silu pergi mencari pakar berkaitan agar masalah tersebut tidak berlanjutan sehingga membunuh selera pasangan masing-masing.
Wednesday, May 25, 2011
TRAGIK!!! JANGAN SESEKALI TINGGAL ANAK DALAM KERETA
Forgotten girl dies in car
Tumpat : In a rush to attend a counsin's funeral, a man forgot about his three-year-old daughter who was sleeping in the car uder the blazing sun about 500m away from the cemetery at Kampung Morak near here. By the time he remembered about her more than an hour later, the girl had already suffered serious heatstroke.
Thursday, May 19, 2011
80% TIDAK MENGERJAKAN SOLAT 5 WAKTU
(Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah)
SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama.Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.
"Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika. "Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama.Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau.
Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam. "Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak. Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak. Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah.
Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya. Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang.
Tuesday, May 17, 2011
SELAMAT HARI JURURAWAT
Wednesday, May 11, 2011
SEMALAM GULA, HARI NI BLR LA PULAK...
Maybank, RHB umum kenaikan kadar faedah
11/05/2011
DUA kumpulan perbankan tempatan semalam mengumumkan kenaikan kadar faedah masing-masing susulan langkah Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus kepada 3.0 peratus daripada 2.75 peratus minggu lalu.
Kumpulan perbankan itu ialah Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Banking Group.
Maybank dalam kenyataannya semalam berkata, ia menaikkan kadar faedah deposit serta pinjamannya sebanyak 0.3 peratus berkuat kuasa hari ini.
Ia berkata, Kadar Pinjaman Asas (BLR) bagi pinjaman konvensional bank itu dinaikkan daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus setahun.
Kumpulan perbankan terbesar tempatan itu juga berkata, untuk Kadar Pembiayaan Asas (BFR) bagi Maybank Islamic Bhd, ia dinaikkan kepada 6.60 peratus daripada 6.30 peratus.
RHB Banking Group pula mengumumkan kenaikan BLR RHB Bank Bhd dan BFR RHB Islamic Bank masing-masing daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus setahun, juga berkuat kuasa hari ini.
Ia juga mengumumkan kadar faedah deposit tetap barunya, iaitu 3.05 peratus untuk tempoh deposit satu hingga dua bulan; 3.10 peratus (tiga hingga lima bulan), 3.20 peratus (6 hingga 11 bulan); dan 3.30 peratus (12 bulan).Pegawai Prinsipal RHB Bank Bhd, Renzo Viegas berkata, semakan itu adalah sejajar dengan langkah Bank Negara menaikkan OPR.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz ketika mengulas mengenai keputusan bank pusat itu menaikkan OPR itu minggu lalu berkata, ia adalah langkah wajar selepas mengambil kira kedudukan ekonomi semasa.
Beliau turut menegaskan bahawa langkah itu tidak mengehadkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kerana pada kadar semasa, ia masih mampu menyokong kerancakan ekonomi.
Sementara itu penganalisis berkata, susulan pengumuman menaikkan kadar faedah oleh Maybank serta RHB itu, kumpulan perbankan lain juga dijangka membuat pengumuman yang sama dalam tempoh terdekat ini.
Maybank, RHB umum kenaikan kadar faedah
11/05/2011
DUA kumpulan perbankan tempatan semalam mengumumkan kenaikan kadar faedah masing-masing susulan langkah Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus kepada 3.0 peratus daripada 2.75 peratus minggu lalu. Kumpulan perbankan itu ialah Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Banking Group.
Maybank dalam kenyataannya semalam berkata, ia menaikkan kadar faedah deposit serta pinjamannya sebanyak 0.3 peratus berkuat kuasa hari ini.
Ia berkata, Kadar Pinjaman Asas (BLR) bagi pinjaman konvensional bank itu dinaikkan daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus setahun.
Kumpulan perbankan terbesar tempatan itu juga berkata, untuk Kadar Pembiayaan Asas (BFR) bagi Maybank Islamic Bhd, ia dinaikkan kepada 6.60 peratus daripada 6.30 peratus.
RHB Banking Group pula mengumumkan kenaikan BLR RHB Bank Bhd dan BFR RHB Islamic Bank masing-masing daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus setahun, juga berkuat kuasa hari ini.
Ia juga mengumumkan kadar faedah deposit tetap barunya, iaitu 3.05 peratus untuk tempoh deposit satu hingga dua bulan; 3.10 peratus (tiga hingga lima bulan), 3.20 peratus (6 hingga 11 bulan); dan 3.30 peratus (12 bulan).Pegawai Prinsipal RHB Bank Bhd, Renzo Viegas berkata, semakan itu adalah sejajar dengan langkah Bank Negara menaikkan OPR.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz ketika mengulas mengenai keputusan bank pusat itu menaikkan OPR itu minggu lalu berkata, ia adalah langkah wajar selepas mengambil kira kedudukan ekonomi semasa.
Beliau turut menegaskan bahawa langkah itu tidak mengehadkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kerana pada kadar semasa, ia masih mampu menyokong kerancakan ekonomi.
Sementara itu penganalisis berkata, susulan pengumuman menaikkan kadar faedah oleh Maybank serta RHB itu, kumpulan perbankan lain juga dijangka membuat pengumuman yang sama dalam tempoh terdekat ini.
Wednesday, October 28, 2009
Suami Boroi Tanda Bahagia

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.
Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.
Berbanding wanita.. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak begitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!
Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lainnya "boroi". Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.
Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah.. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.
Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.
Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.
Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.
Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.
Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.
Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.
Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.
Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.
Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.