Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label CORAT CORET. Show all posts
Showing posts with label CORAT CORET. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

MALANG PERTAMA DI BULAN MAC

Assalamualaikum....

Dah masuk bulan Mac dah kan.. kejap je masa berjalan. Diharapkan selalunya setiap bulan akan membawa perubahan yang positif pada diri kita semua kan. Tapi sebaliknya pada aku sebabnya... pada hari ni aku telah mengalami kecelakaan... [macam teks harian metro lak.. ahaks!]

Betui ni.. serius aku cakap, aku baru mengalami eksiden yang pertama dalam tahun ni. Betul la kata orang malang tidak berbau. Kalau kita berhati2 pun, orang lain pulak yang buat hal kan.. REDHO je le!

Kejadian berlaku semasa on the way aku nak ke tempat kerja. Dah biasa maklum kat area MRR2 kat Kepong menghala ke LDP sentiasa jem kan. Walaupun kereta berasak2 & tak laju mana, tapi eksiden boleh terjadi jugak. Ekceli ni bukan kecuaian aku tapi driver di belakang aku. Tetiba je aku tersentak ke hadapan sebab kereta belakang sudah cium bontot Saga aku. Tak semena2 Saga aku pun terlonjak kedepan & cium pulak bontot satria... Tak pasal2 tiga2 biji kereta tersadai kat tepi jalan... Dah le jem, makin bertambah jem la dibuatnya..

Ni la bahana eksiden pagi tadi...

Nampak cam sikit kan.. tapi bila bukak bonet rupanya bahagian bawah dah terkemek ke dalam.. 

Ni kat bonet depan.. terjungkit habis sebab cium bontot satria.  Sib baik la lampu semua tak pecah..

Ni la kereta yang melanggar aku... Punca eksiden tersebut... Bahagian depan je la yang kemek. Driver kereta ni  pompuan Cina.

Kereta Satria yang aku terlanggar tu tak teruk sangat, cuma terkopek cat sikit jer. Lagipun masa aku hentam dia tu tak berapa kuat pun. Tak kemek cam aku.. Tau je la kereta Mesia ni kan cam tin Milo. Yang paling teruk kena ofkos la kereta aku sebab kena depan & belakang.

Nak dijadikan cerita pulak, phone aku habis kredit la pulak. [Masa ni rasa pentingnya pakai line dari prepaid kan??] Maka dengan tak malunya aku cakap kat brader Satria yang aku langgar tu yang aku nak pinjam henfon dia sebab  nak call laki aku. Itu pun  cuma cakap kejap suh hasben call aku balik sebab aku eksiden. Pastu terfikir la pulak yang aku belum inform office aku lagi. Takkan aku nak pinjam henfon brader tu lagi kan?? So tawakal & berharap opismate aku call aku... [Pasni opismate ku, kalau aku sudah lewat dalam 15minit, sudi2 le tanya khabar aku yer...]

Pas diskass lebih kurang tanpa gaduh2 sebab semuanya cam relax je, brader yang naik Satria tu cadangkan pi buat report polis sebab cina tu nak claim insuran. Melilau cari balai polis trafik. Ate, semuanya bukan duk Kepong. Aku pun bukan reti sangat jalan2 kat situ. Nasib la brader tu ada GPS... kita folo je la...

Finally kitaorang buat repot kat balai polis Kepong. [ Aku siap sesat lagi tau.. malas nak citer]. Hasben aku pun dah ada sekali dah masa tu. 

Cara nak buat repot pun tak reti.. Masing2 first timer kan.. Ikut je la officer tu suh buat apa. Memula kena isi borang dulu...
Ini la rupa borang yang nak kena isi tu...

 Borang yang siap diisi.. Pakai pen dakwat merah lak tu [dah itu je pen yang ada kat kaunter tu...heheheh]

Bila dah siap isi, duduk kat kaunter tu & officer tu akan buat la laporan kemalangan tu.
Ni la brader kereta Satria tu. Memang cool brader ni..Thanks bro sebab banyak tolong.. especially bab pinjam henfon.. Memula brader ni la buat repot dulu. Pastu baru turn aku. Orang yang langgar aku tu pulak kaunter sebelah sana [pompuan yang pakai baju putih tu la]

Ni la repot aku pasal eksiden tu... Karangan tu polis tu yang buat... Ikut je la ayat dia, janji ada repot.

Sementara nak setelkan hal ehwal di balai polis, kena jugak setelkan kecederaan kereta aku tu kan. Nak delay repair memang tak boleh la kan sebab kereta nak pakai gi keje hari2. Lepas diskas dengan hasben, so hantar kereta tu kat bengkel kat Taman Ehsan. Tak kisah le kat mana pun janji kereta aku boleh baiki. Tapi kami claim insuran 3rd party [insuran kereta Myvi yang langgar aku tu la]. Selamat duit  aku..heheheh

Setelkan hal kereta kat bengkal tu, so aku kena balik dengan hasben aku naik motor la jawabnya. Dah le perut kosong dari pagi.. dok krok krek dari masa kat balai lagi. Balik dari bengkel terus gi makan yang merangkap lunch [masa tu dah pukul 1 lebih dah]. Lepas makan, terus merempit balik Batang Kali [aku & hubby terpaksa EL la ini hari..]. Ni first time aku balik Batang Kali naik motor tau. Mak aiiiii kebas vontot aku dibuatnya... Tobatnya nak naik lagi..

Pagi ni jugak aku dapat sms dari abah katanya pak sedara aku a.k.a Pak Ngah Bakar yang tinggal di Trolak Selatan, telah menghembuskan nafas terakhir. Jenazahnya akan dikebumikan lepas solat Zohor. Innalillahi wainna ilahi rajiu'n. Takziah untuk keluarga Pak Ngah. Kalau tak keberatan sedekahkan le Al-fatihah untuk arwah Pak Ngah aku tu yer..

** Aku la antara penyumbang jem kat MRR2 pagi tadi...

Monday, September 26, 2011

AKU SAYANG KERAJAAN SELANGOR

Rakyat2 Selangor memang beruntung sebab dapat jimat bil air tiap2 bulan
sebabnya penggunaan 20m3 [cemana nak sebut ni ek??] pertama di tanggung kerajaan Selangor

Semenjak kerajaan Selangor umumkan pasal bil air ni
aku dah jarang bayar bil air melebihi RM5 sebulan
dulu masa aku belum duduk rumah sendiri pun
memang jarang bayar bil air [sebab bil aku RM0.00 tau]

Tapi semenjak dah duduk rumah sendiri ni penggunaan air bertambah la jugak
Anak2 pun dah pandai main air, maunya tak naik juga bil air

Minggu lepas bil air terkini dah sampai



dan jumlah yang aku kena bayar
Terus ambil bil, punch & masuk dalam fail [tu yang berlubang bil aku tu]




** Tang bil air, dan2 mengaku rakyat Selangor, walhal hakikatnya susah aku nak cakap aku ni rakyat selangor sebab masih setia dengan negeri sendiri --> PERAK DARUL RIDZUAN.

Tuesday, September 20, 2011

KECUAIAN SEORANG MAMA

Malam Ahad lepas, aku nak le gosok baju sekolah & baju keje untuk minggu ni
Memandangkan Ahad tu jugak baru balik dari Ipoh
badan pun cam letih2 tapi tugasan wajib iron baju tu kena gak buat kan
[takkan nak bagi Yaya pakai baju kedut gi sekolah lak kan]

Aku pun tak tahu camana boleh jadi cuai camni
Baju first yang aku iron ialah seluar sekolah Yaya
baru sekali tenyeh iron, dah jadi cenggini

Berlubang besar ko!!!!


Bala sungguh... aku ingatkan iron aku rosak
sekali tengok kat setting temperature tu 
dah dekat nombor yang last sekali [paling panas la tu]
Adoyai.... cemana la aku boleh lupa nak cek kat situ
Selalunya setting memang kat 0 tapi yang ni alih2 tengok dah kat no 6
mana la tak terbako baju tu... [dah le kain cotton biasa jer]

Seluar Yaya yang terbako....
dah le kat betis lak tu, memang takleh kaver ngan baju dah




Sian Yaya, kena pakai seluar lama yang dah senteng
Sepasang lagi uniform kat rumah Cik Besah lak tu
[Cik Besah pulak tak balik2 lagi dari berpoya2 ke Terengganu]
SABOOOOOOOOOOOO je la...

Wednesday, August 24, 2011

DAH TUA PUN NAK TUNJUK SAMSENG KE???

Ini nak citer pasal samseng jalanraya
Kejadian ni berlaku semalam kat Selayang
Patut la hati aku asyik rasa tak sedap je semalam..

PERINGATAN: Entry ni mungkin agak panjang yer...

Al-kisahnya begini,
masa tu kitaorang dalam perjalanan balik keje
hasben aku yang bawak kereta
aku pulak dah terlelap kat sebelah
Tetiba aku rasa hasben aku cam brek mengejut
pastu hasben aku hon kat motor depan kitaorang
terkejut punya pasal terus la aku buka mata kan
aku tanya hasben aku apasal
hasben aku kata orang yang naik motor tu tetiba je masuk lane kitaorang
dengan signal tak bagi, of kos la hasben aku hon
kang tak pasal2 kena sondol je dari belakang

Bila kitaorang potong motor dia, dia cam angkat-angkat tangan cam tak puas hati
[ala2 Karam Singh Walia tu].. marah le tu
Yang hasben aku pun satu hal jugak
dibalasnya isyarat tangan "fuck" kat orang tu
Memula aku ingatkan orang tu India & dia nak masuk simpang ke Taman Jasa tu

Pastu kat traffic light depan tu, lampu merah la pulak
Masa tengah berenti tu tetiba je orang yang naik motor tu ada kat sebelah kitaorang
Dia kejar kitaorang rupanya
Siap bukak helmet tau & ketuk2 cermin kereta aku [kat bahagian aku duduk]
Melayu rupanya... orangnya dah tua & berambut panjang
ala2 muka cam Uncle Gedek tapi Uncle Gedek lagi hensem la...

Maunya tak terkejut aku dibuatnya dengan perlakuan dia tu
Macam nak pecah cermin tingkap kereta aku diketuknya
Siap marah2 lagi kat hasben aku
Masa tu nak je aku bukak tingkap & tanya pakcik tu
"Pakcik ni puasa ke tidak yang nak marah2 orang camtu"
[tapi malangnya aku cam terkaku kat situ]

Sebelum tu dia ada cakap la
"Nasib baik la ko Melayu, kalau Cina ke India dah lama dah kena"
[sambil tangan yang pegang helmet tu cam nak hempuk kat cermin kereta aku]
Hek eleh orang tua ni tak padan dengan tua, nak tunjuk samseng pulak
Dia yang masuk lane melulu, nak marah kita lak
[tapi aku rasa dia bengang kat laki aku sebab laki aku tunjuk "fuck" tu kat dia]
Sebelum dia blah dari situ [sebab lampu dah hijau]
tetiba dia sound kat aku dengan nada marah
"Ko orang rumah dia tolong nasihatkan dia sikit"
aik??? dengan aku-aku sekali kena??? Hampeh tul pakcik ni..

Lepas je kejadian tu kami laki bini terdiam
hasben aku yang konon otai tu tu pun diam [tahu takut jugak dia rupanya..heheheh]
Masa on the way naik jalan Sungai Tua tu
aku sound kat hasben aku
Tu la, lain kali hon lagi kat orang, tunjuk fuck lagi kat orang
Hasben aku boleh pulak jawab
Pakcik tu patutnya kena langgar lari jer [ade ke patut???]
Pastu aku cakap la, 
tak kena apa2 memang la boleh cakap
dibuatnya orang tua tu aim abang @ kereta ni cemana
Esok2 gamaknya dia main simbah asid lak kat kita cemana lak???

Jangan main2 ooooo, zaman sekarang ni ramai orang yang tetiba jadi sewel
ikutkan hati tanpa berfikir

Korang pernah tak mengalami kejadian cam aku???

Friday, July 22, 2011

NOSTALGIA ZAMAN SEKOLAH

Kalau boleh diputarkan masa
ingin sekali aku kembali ke zaman persekolahan
especially time sekolah menengah
dan especially juga di SERATA a.k.a. Taayah

Baru terjejak video ni kat muka buku
zaman sekolah dok mengadun sore jadi penasyid sekolah
hehehehee
kalau sape terer, nampak tak aku yang mana?
ce teka...ce teka..



Yang ni lagu kedua lak 


Wallawei.... zaman kegemilangan Ainul Yaqin tahun 1996

Sape yang upload video ni, terima kasih la banyak2
lepas 15 tahun baru dapat tengok video ni.

So rindu la kat member2 saing 1996
especially geng kapak yang berenam tu

** Kalau korang dibagi pilihan, zaman bila yang korang nak pegi??

Friday, July 15, 2011

KISAH CINTA YANG LEBIH HEBAT DARI NORA ELENA

Lepas nengok drama Nora Elena, majoriti sure akan kata itulah drama TV yang paling best
[Masa nengok Nur Kasih pun cakap camtu jugak]
Ye la kan, sebenarnya lebih kepada perasan sendiri
berangan dapat laki cam Seth Tan tu kan..

Tapi lately dah banyak blog dok citer pasal citer yang lagi touching dari Nora Elena
citer apa??? Tahajjud Cinta??? Stanza Cinta???
No...No...No... [sambil goyang jari telunjuk ke kanan kiri]
Tapi citer Norma & Talib
Ini bukan drama tapi realiti tau
sapa yang mengikuti perkembangan mereka sure akan tersentuh sanubari masing2
[mungkin gaya penyampaian tuan punya blog pun memainkan peranan jugak]

Actually aku pun mengikuti perkembangan depe jugak [sebagai silent reader]
betapa tabahnya mereka menghadapi ujian Ilahi
kesiankan Norma, Talib & anak mereka Rafiq
ye la kan, kalau berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan..

Tapi hari ni tetiba rasa nak buat entry tentang mereka
[tujuannya supaya En suami dapat juga mengikuti kisah mereka]
Hasben aku ni tak rajin blogwalking, dia cuma reti baca blog aku jer..heheheh

Pada sesiapa yang nak tahu kisah NORMA & TALIB
klik je la gambar di bawah ni
[segala kronologi boleh baca di sana juga]

Kalau ada yang tak tersentuh lepas baca cerita depa
memang la korang hati batu tau
Nora Elena kita dah tahu citernya happy ending
tapi citer ni belum tahu kesudahan endingnya
apa yang diharapkan hanyalah yang terbaik untuk diri mereka
semoga mereka tabah & sentiasa berada dalam peliharaan Allah




** Untuk suamiku tersayang, jika nasibku seperti Norma, adakah abang juga akan setia seperti Talib???



Tuesday, July 12, 2011

TAHUN NI MEMANG TAHUN PEREMPUAN

Tahun ni memang tahun pompuan
Sape perasan???
Sebabnya tahun ni memang majoriti orang beranak dapat baby girl kan??

Jiran aku ada 2 orang baru beranak bulan ni --> dua2 dapat baby girl
Opismate aku pun baru deliver dapat baby girl jugak
Victoria Beckham pun baru deliver baby girl jugak 



Adik aku, MR ICHAM adakah bini kamu mengandung baby girl jugak??? 
[adik ipar aku bakal bersalin bulan September nanti]

Ahkak Merah a.k.a redmummy pun adakah preggy dengan baby girl??

Wait & see je lah...


Tak kiralah baby girl @ baby boy, semuanya adalah amanah Allah yang perlu dijaga..

Thursday, July 7, 2011

PENUNGGU SETIA

Sepanjang minggu ni laki aku asyik OT jer [cari duit raya maaaa]
dan sepanjang minggu ni jugak aku terpaksa jadi penunggu setia
sian kat aku... nak balik sendiri, takda sapa nak ditumpang
kalau aku balik dulu, laki aku nak balik naik apa pulak

Takpe.. sabar...sabar..
berkorban untuk suami dengan ikhlas & rela hati
dapat pahala tu... insya-allah

Sepanjang menunggu hasben aku
layan je la apa2 yang patut
novel ke, dengar MP3 ke, tidur ke, tengok kereta lalu lalang ke
yang tengok kereta lalu lalang ni buat aku mengantuk
tapi dalam sejam tu, puas jugak kalau tidur kan..

Adakah korang maklum yang hasben aku keja Tan Chong?
huk aloh... sape tak tau  Tan Chong ni kilang kereta NISSAN
[tapi kitaorang tak pakai kereta NISSAN pun]

Ini la main entrance Tan Chong

Kalau anak aku ikut, sure dia akan musykil macam mana kereta tu boleh ada kat atas tu.
Anak oi... tu cuma replika je... body ade, enjin takde ok...
[Model NISSAN SENTRA yang dulu tu]

Kalau dah bunyi siren tu, maknanya dah habis time keje la.
Normal working hour ialah 7.30 pg sampai 4.30 petang
tapi kalau OT macam hasben aku, habis kul 7.30mlm
12 jam di tempat kerja ko... mau tak berlengas satu badan

Bila dah habis waktu keje, camni la rupanya
macam anak ayam keluar reban  [dah le pakai baju kuning lak tu]

** Kalau pakai baju kuning tu maknanya budak baru la, bila dah konfem baru dapat uniform kaler biru tu..

** Hasben aku kata nanti nak keluar model baru --> Grand Lavina versi kontot.

Friday, November 19, 2010

Bila Perut Makin Menyerlah

Malam raya hari tu jiran depan rumah Cik Besah (bekas babysitter Yaya) singgah ke rumah Cik Besah. Dia balik ke Batang Kali jarang2 je sebab la ni dia kerja di Bangi. So dia menyewa kat sana. Rumah di Batang Kali ni anak sulung dia yang jaga. Tapi tahu je la kalau orang bujang yang tunggu rumah, kemasnya pun tara mana sangat kan. So kakak ni (kitaorang panggil K.Mas) balik Batang Kali purposenya nak mengemas rumah yang dah lama dia tinggalkan tu la kononnya.



Elok je dia sampai, terus dia singgah ke port kitaorang. (Lorong belakang rumah Cik Besah tu la). So rancak la kitaorang bersembang. Banyak la hal ehwal jiran tetangga semua diupdate oleh Cik Besah pada K. Mas. Sehingga la keluar cerita yang jiran sebelah rumah Cik Besah (Dila) tu dah mengandung 3 bulan. Aku lak masa tu tengah duduk menyandar kat kerusi. Tetiba Kak Mas tu tanya aku

"Kamu pun mengandung jugak ke??"

"Saya??? Eh, mana ada... belum lagi" [tau la aku gemuk dah le ni...perli la tu]

Pehtu aku tanya Kak Mas, " Saya ni nampak cam mengandung ke?? Perut saya ni ha dah terlebih buncit la"

Kak Mas pun jawab " tu la pasal aku tanya, dulu perut kamu tu tak nampak sangat"

Pas tu aku pun keluar la statement penyedap " Ye la K.Mas, dah berapa bulan K.Mas tak jumpa saya kan. Dulu kurus la ni dah gemuk la"...[terpaksa mengaku diri sendiri dah gemuk]

Pas balik rumah, terus naik atas gi cari girdle yang dah berapa lama aku tak pakai...
Wa!!!!!!






Thursday, October 28, 2010

Arch or Earth

Biras aku baru jual rumah dia kat Bukit Beruntung
so hasil dari jualan rumah tu dia nak renovate rumah dia yang belakang rumah Cik Besah tu
nak besarkan rumah la kekdahnya

So, one day dia tanya aku
apa idea aku untuk renovate rumah
[cam aku kontraktor lak]
aku cadangkan dia runtuhkan arch kat tengah2 ruang rumah dia tu
so ruang tamu akan nampak luas
[aku tau korang takleh imejin apa yang aku cakap tu tapi itu bukan main poin aku nak citer kat sini]

Pastu dia cakap:
"Kak Ti tak nak runtuhkan  earth tu [sebut cam ejaan earth ye...] sebab nak nampakkan ruang yang berasingan"

Earth??? [pekebenda earth tu tah le.. yang aku tau earth tu bumi]
Aku tanya dia, earth tu yang mana??
Yang ni... kata dia [sambil pegang dinding yang ada anak panah tu]

[sorry la gambo full "earth" tu aku takde yang full & abaikan budak2 dalam gambo ni sebab depa takde kena mengena dengan ini cerita....]

"ooooo, arch rupanya"

Kalau korang, menatang yang melengkung camni korang panggil apa yek??


Setahu aku orang panggil arch. Tah cemana dia boleh panggil earth tah.. Musykil aku. Yang kelakar tu dengan penuh konfiden tu panggil benda tu earth.....sampai sekarang taw!!!

Suka hati ko la labu!!!

Wednesday, October 27, 2010

APRON

Ahad lepas tetiba je biras aku datang rumah
siap suruh si Syahir bagi kat aku satu plastik hitam
aku ingatkan baju2 lama si Yaya yang dah tak muat
rupanya dia bagi aku apron

katanya dia pegi pasar pagi tu
pastu tengok ade la kain baju yang longgok2
ala-ala bundle ka kekdahnya
pastu katanya dia kirai & kirai & kirai
dapat la dia 5 helai apron [selai 2 hinggit boleh la ambik 5 kan..]

1 dia ambik, 1 kasi Cik Besah, 1 dia bagi kat kakak belakang rumah Cik Besah
balance lagi 2 dia tanya aku nak ke tak nak
walaupun aku ni memasak tak pernahnya pakai apron
[aku ade apron tapi aku jarang pakai pun]
dah orang bagi kan, terima je la walaupun di hati aku tak berkenan
orang berbudi kita berbahasa la kan!!!
[mementang la sekarang ni bulan bahasa]

Ni la apron tu... 2 helai lagi.. [ni bergantung sebab baru lepas basuh]
sib baik la dia bagi, kalau dia jual, aku tak nak beli pun...[jahat tak???]
dia kata selai 2 hinggit je...
ada sape2 nak ker???

Monday, October 25, 2010

Sampai jua akhirnya!!

Quick update hari ini.
Ekoran bebelan tentang servis Kangaroo ---> kat SINI

Baru petang semalam dapat SMS dari kastemer Puncak Alam
panggilan manjanya K. Sal
katanya dia dah receive dah parcel dia
& direct ke pintu rumah dia

Puh... lega akhirnya dia terima jugak barang tu
sepanjang cuti aku duk teringat2 tau
risau la kan kalau barang kastemer tak dapat.

Finally......... LEGA!!!






Thursday, October 21, 2010

Cerita Kelakar Lip Balm

Semalam ada kakak clenaer kat opis aku ni order la lip balm Avon dengan aku. Kakak ni orang Indon tau tapi dah lama dah keje kat kompeni aku keje ni. Kakak ni memang suka pakai gincu. Hari2 datang sure kaler gincu dia lain2..

Dia cakap dia ade nampak sorang staff pakai benda tu [lip balm tu la]. Tu yang dia tanya aku. Benda macam gincu tapi bukan gincu. Yang orang pakai untuk mulut kering tu.. kata dia. Aku pun tunjuk la katalog kat dia kan gambo lip balm tu. Pastu dia mintak le aku oderkan satu untuk dia.

Pagi ni aku bagi kat dia lipbalm tu. Masa aku bagi dia terus masuk poket pastu dia keluar dari bilik aku. Gamaknya dia pegi toilet kot pastu [nak try test la gamaknya]. Tak lama pastu dia datang balik kat aku & tanya,

" Benda ini memang macam ini je ke?"

"Apa maksud akak??" -aku tanya dia.

" Iyalah, benda ini memang tenggelam macam ini ke. Saya cuba pusing mahu naikkan tak boleh pun. "

" Oo... bak sini. Akak kena la pusing kat bontot dia dulu, baru la dia boleh naik"

"Oh, macam tu... patut la saya fikir, macam mana mahu pakai ini. Saya pusing atas pun tak boleh, saya pusing badannya pun tak boleh, saya tekan dari bawah pun tak boleh. "

Kelakar tul akak tu. Sian kat dia rupanya tak reti pakai lip balm. Dia kata memang dia tak pernah pakai lip balm. Pakai gincu dia reti la... Hehehe...


Ini la rupe lip balm yang akak tu oder. Tapi dia punya perisa strawberry. 

Friday, June 27, 2008

GAJI..GAJI...

Akhirnya dah sampai hujung bulan 6. Bila time hujung bulan bab yang paling best mestila time dapat gaji. Orang pun dah sebok2 tanya account department bila nak dapat gaji. Aku la orang yang paling tensen masa ni. Macam la tak paham2 diaorg ni. Ingat aku nak peram ke gaji diaorg tu.Macam mana diaorg desperate nak gaji aku pun camtu gak. Tapi kena LAYAN la jugak pertanyaan2 diaorg tu. Nak buat cane dah adat kalau duk account dept ni - kalau org jumpa aku mesti bab2 RM ni. Fening.....Fening..

Itu belum masuk bab2 claim la, nak filing la, nak slip gaji la, isu cek la. Yang paling bengang kalau semuanya URGENT.... Mana tak jadik urgent kalau semuanya buat last minute. Aku yang naik angin. Maunya kena darah tinggi!!!Sabo je la.

Tutup pasal bab gaji, petang ni ade la makan2 kat opis. Bersempena dengan penutupan Kelab Sosial tak rasmi kitaorg. Memasing dapat balik refund duit Sports Club tu. Jadilah. So after this no more Sports Club contribution every month. Jimat duit RM5. Dalam keadaan gawat ni RM5 pun material jugak. Lepas ni dah takde xtvt club. Any xtvt buat la collection sendiri. So everybody happy. Ha...Ha..Ha....