Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 30, 2013

FATHER TO DAUGHTER

Daughter to father
Daughter to father
[tetiba pulak teringat lagu si Lindsay Lohan ni]

Ada lagi balance gambar raya tak tepek lagi
Layan je la gambar NOT SO like father like doter ni



The only thing yang sama pada anak beranak ni [buat masa ni] is
ada taik lalat kat telinga...


** Aku cuti hari ni sebab babysitter cuti nak pi hantar anak dia masuk kolej...

Thursday, August 29, 2013

NYAMUK TAK BERDOSA

Semenjak dua menjak ni memang banyak nyamuk kat rumah
Pasang ubat nyamuk pun cam tak lut je nyamuk2 ni semua
Jenis susah nak mati kot...

Tapi mangsa serangan nyamuk adalah cik gebu
Kan dah kena kiss dengan nyamuk... 
Ni kat belah kiri

Ni kat belah kanan pulak...

Dah le cik gebu kulit cerah, memang cepat la nampak merah2 tu
Sian cik gebu..

Wednesday, August 28, 2013

SHOPPING DI LAZADA

Ini adalah FIRST time aku shopping online kat LAZADA
Ni gara2 pengaruh adik ipar aku le ni
Dia ada beli sesuatu kat situ
Tapi masa tu aku cam tak teringin nak beli
[adik ipar aku pun masa tu update benda tu dah out of stock]

Jumaat lepas saja2 la aku bukak website Lazada
Belek punya belek, benda yang adik ipar aku beli tu ada offer lak
Agak murah la.. so jangan la lepaskan peluang
Terus klik2 & terus order

Petang tu jugak dah dapat sms kata barang yang aku purchase tu dah shipped out
Pantas sungguh servis depa....
Kalau blogshop lain, next day baru diaorang pos
Tapi sebab esoknya Sabtu, so takde la org hantar kan
[aku pulak buat alamat opis]

Isnin lepas, seperti dijangka, barang tu pun sampai
Penghantaran melalui GDex lak tu..

Nak tau ke apa benda yang aku beli tu????
Hahahaha... inilah dia
 Vacuum cleaner versi penyapu
Ada 2 kaler tapi aku dapat yang kaler hijau
Suka sangat...........

Bersama model yang baru patah gigi 

Rumah aku adalah sangat berhabuk
Lepas sapu pun habuk ada balik... tension aku
Solutionnya ialah vacuum sajalah labu
Ekceli aku ada je vacuum kecik kat rumah ala2 turbo tiger tu
Tapi untuk kawasan yang luas cam tak sesuai je nak guna, tu yang aku beli jenis camni pulak



Malam tu lepas balik rumah, terus test vacuum ni
Best la... takyah terbongkok2
Adib suka sangat la... tetiba la dia jadi rajin..
Tengah tekun memvacuum lantai...


Sapa2 yang nak beli, sila la terjah website LAZADA ye
Aku beli vacuum ni baru RM102. Murah kan???



WW 2013 # 35

MY LITTLE ANGEL


** Camne la ada orang tergamak dera & bunuh anak2 yang comel cenggini???

Tuesday, August 27, 2013

BREAST PUMP MANUAL YANG KETIGA : CUBA DISNEY PULAK

Amboi sampai 3 breast pump ko ye...
Sakan beno nak bagi susu ibu kat anak ropenya..

Ha'ah memang dah ada 3 breast pump aku
dan semuanya MANUAL ye...

Ini gara2 aku lupa bawak pam Avent aku tu ke opis
Dah sampai opis baru perasan pam takde
Patut la dalam kereta hati tu rasa ada benda tak kena
Ate??? Nak buat cemana?? Rumah udah le jauh dari opis
Takkan nak patah balik pulak kan... 

Memula ingat cam tak nak pam
tapi fikir balik, stok susu Amira untuk esok tak cukup
Tambahan pulak, cik B dah terlalu penuh sampai dah keras cam simen
baju lenjun usah citer....[bau susu la aku sampai ke petang]

Tak boleh jadi ni....
Nak tak nak kena jugak beli pam lain
Jenuh cari kat area Sri Damansara ni tapi jenis yang aku nak tu takde
Yang banyak ada brand pureen yang jenis pemegang cam hon tu, jenis bateri & jenis tarik2 tu
Bila fikir balik, baik la aku beli yang ok sikit... tak nak la pakai untuk tangkap muat je
Lagipun biar la aku tinggalkan satu kat opis supaya kes camni tak jadi lagi...huhuhu

Satu Sri Damansara dah round tapi tak jumpa
Aku tekad pegi Tesco Kepong
Sib baik la jalan tak jem & orang pun tak ramai lagi
Aku pulak pakai sliper je... laju je la aku jalan
Terus tuju baby department
Kat situ ada 3 brand je pam manual - Anakku, Disney & Pureen
Disebabkan aku dah ada brand pureen tu, so pangkah awal2 la
Tengok Anakku & Disney harga sama 
So aku decide ambik brand Disney  
Mahal la sikit dari pureen tu... [dah le gaji tak dapat lagi..huhuhuhu]
Pejam mata je la.. melabur demi anak ---> ayat nak sedapkan hati sendiri



Ini la dia pam baru aku... Kaler pink gitu... Jangan jeles...
[Tu yang buat aku tertarik compared to Anakku walopun brand ni memang kurang orang review]


Ada gambo Minnie Mouse lagi tau...


Balik opis, terus basuh & sterile jap
Pas 10-15 minit, lap kering2 pastu terus pam
Cik B dah bengkak giler sampai aku nak angkat tangan pun sakit
Alhamdulillah.. berjaya pam 6oz  dalam masa setengah jam
[pam baru ni ambik masa nak feel masa pam]

Review pam ni:
Pam ni memang tak sakit masa perah... lebih smooth dari Avent [seriously!]
Tapi dia punya parts banyak sikit dari Avent
Handle dia agak keras la sebab baru kan
Tapi overall, masih tak boleh challenge Avent la..


** Baru nak jimat di hujung bulan, dah kena kuar belanja beli benda ni.. Dugaan!!!




Monday, August 26, 2013

SUKANYA DIA...........

Nak dengar suara Amira tak?? 
Mengekek dia gelak tengok kakak dia terkinja2

video

MY LITTLE BAMBAM

Lepas2 raya ni tak rajin pulak nak buat entry baru
Tapi sebab dah ramai yang tanya dah lama tak tengok si Amira
Rindu ek korang kat Amira ni
[banyak pulak peminat dak kecik ni]

Nak hambik untuk melepaskan rindu korang
Ni gambo dak tecik ni tengah tido...
[cubaan pertama buat animated pic..berjaya!!! Yey! hehehehe]

Alhamdulillah... Amira dah 5 bulan
Kejap je masa berjalan... cam baru lagi aku beranak rasanya...


Amira ni dalam gambo je nampak bambam
Hakikatnya orangnya kecik molek je...

Thursday, August 22, 2013

BABYSITTER

Ada lagi cerita raya rupanya
tengah belek2 gambo raya baru perasan gambo ni

Ni masa raya ke-2
Kami adik2 beradik [kecuali Acik & family]
pegi beraya ke rumah babysitter kitaorang dulu
Dia ni la yang bela kami semua 5 beradik 
Untung mak aku tak susah berganti babysitter cam aku ni..huhuhu

Babysitter ni kami mesra panggil dengan nama MAK MAH
[sebab nama dia Halimah]
Setakat ni kalau balik Ipoh, insya-allah akan singgah rumah dia
melawat2 la insan2 yang berjasa dengan kitaorang
Yang paling aku tak boleh lupa pasal MAK MAH ni ialah sambal telur hancur & air teh wangi
Memang sedap tak hengat ko.....

Tapi tu dulu la... la ni  Mak Mah dah tua
Dah 70 tahun dah pun
Tapi alhamdulillah Mak Mah masih sihat
Takde sakit lutut, mahupun rabun mata
Suami mak mah pun baru meninggal 2 tahun lepas
Now mak mah tinggal sorang2, tapi hari2 ada la anak dia datang jenguk dia
[Anak sulung dia ada tinggal dekat dengan rumah dia]


Terima kasih Mak Mah sebab bela & sayang kitaorang cam anak mak mah sendiri
Adik2 aku pun dulu kalau merajuk dengan mak abah aku, ade je yang kayuh basikal pi rumah makmah
Siap tido sana lagi...hehehehe

Dulu sebelum gi sekolah, mak mah akan iron baju sekolah tu dulu
Lepas iron terus dia suruh aku pakai baju tu
Aku cakap panas la baju tu
Pastu dia cakap, takpe panas, bunuh kuman...

Itu salah satu kenangan yang aku ingat la
Ekceli ada banyak lagi tapi tak larat la aku nak hurai kat sini

Korang dulu ada babysitter?



KERJA ORANG MALAS

Langsir adalah ejen pengumpul habuk terbaik.
Sapa setuju cakap aku???
Nak2 pulak aku yang jenis basuh langsir setahun sekali
Boleh imejin tak habuk2 yang terkumpul tu??

Lagi satu kalau langsir tu labuh sangat, lagi la habuk suka duk bawah tu
Langsir bilik aku salah satu jenis yang labuh sampai meleret2
Paling banyak kat kaki langsir tu, habuk ngan RAMBUT la
[Kalau kumpul2 rambut tu boleh dapat 2-3 skoci kot]

For night curtain ok la aku boleh trim kelabuhan tu
Aku jahit sikit bawahnya [dah alang2 aku cabut langsir masa nak hantar dobi]
Untuk yang langsir jarang tu, kan aku kata dah reput
Tapi kalau aku buang, aku takde penggantinya
So aku biarkan je langsir tu [tak basuh2]
Tapi dah alang2 aku nak buang nanti, ,malas la aku nak jahit beria2 kan
So solution paling simple nak pendekkan curtain tu ----> STAPLER je
Dasar pemalas kan...


Sekarang langsir aku sudah senteng
Senang aku nak sapu nanti
Nampak beno hodoh rupanya sebab main stapler je kan
Tapi fedulik la... dalam bilik tido sapa la yang nak tengok...

Wednesday, August 21, 2013

LANGSIR BILIK YAYA

Kesinambungan deko raya tak habih lagi
Entry lepas2 aku citer pasal string curtain kan yang aku gantung kat pintu menuju ke dapur
Masa aku beli string curtain tu, aku beli juga string curtain untuk bilik Yaya
Memandangkan biik Yaya kaler purple, harus la beli kaler purple jugak kan
String curtain ni aku beli bagi menggantikan sheer curtain yang dah reput tu
Disebabkan takde bajet lagi nak beli sheer curtain baru
Pakai la langsir bajet ni dulu...

Disebabkan rail langsir aku semua ceiling height 
[kena pakai langsir labuh hampir 8 kaki]
String curtain ni idak le mencecah ke lantai sebab string curtain ni labuhnya cuma 200cm je
Tapi kependekan tu still boleh cover dengan katil tu

Masa nak menggantung ni pun masalah juga
Dawai nak gantung langsir pulak dah takde
So kena fikir cemana la nak gantung langsir ni
Last2 aku ikhtiar masukkan je ikut rail langsir tu
Tapi renyah sikit la sebab kena bukak skru dulu untuk masukkan langsir tu
Jenuh aku mendongak2 nak putar skru..
Kiri kanan pulak tu kena buat, baru la boleh sarungkan lubang langsir tu
Ini hasilnya lepas bersusah payah

Just nice!
Aku guna 2 keping string curtain..

Lepas gantung string curtain, nak gantung night curtain pulak
Bukak hari tu sebab pi hantar dobi
Now dah bersih kena la gantung balik
Langsir ni asalnya tanahnya purple cair
Tapi sebab dah lama & dah basuh banyak kali
Tanahnya tu dah jadi kaler putih
[Selagi tak reput pakai je lah...]

Nak tangkap gambar full tingkap & langsir tak boleh
Sebabnya  kamera berhadapan cahaya so gambar jadi gelap
So ambil gambar sebahagian dah le ye


Cuma tang pengikat langsir ni masih pakai yang lama
[Dulu aku nak beli tapi masa tu takde pulak kaler purple]
Pengikat ni pun dah nampak nak mereput juga
Kena cepat2 ganti lain ni...

WW 2013 #34

Muka terkejut nengok flash kamera
Sekali pandang aku pun naik seram tengok gambar Amira ni..

Monday, August 19, 2013

DEKO RAYA

Orang lain sebelum raya dah menghias rumah
Aku ni orang dah start  raya baru sebok2 nak hias bagai
Bukan hias apa pun.. cuma buat deko sikit kat dinding rumah

Sebelum ni dinding rumah aku plain je
Kat atas sofa tu cuma ada hiasan ringkas je
[gambar raya tahun lepas]

Tahun ni kita ubah pulak hiasan atas sofa tu
Kan hari tu aku citer beli frame kan
Hehehe... untuk projek wall decor aku le tu


So tukang  gantung 2 frame tu adalah aku
Tapi tukang ejas senget benget tu tok laki la
Tu dia tegah ejas mana2 frame yang senget la
Siap pakai timbang air lagi tau...

Jeng2 bila dah siap.. ini la hasilnya...

Another angle lak

Ini la deco bajet namanya...
Frame tu aku beli frame unutk letak sijil tu je
RM5.90 satu
Pastu aku print je gambar2 yang aku bekenan
Nak dramatik, tu yang print hitam putih je
Print pun atas kertas A4 je.... jimat kan???





Friday, August 16, 2013

WARNA WARNI AIDILFITRI 2013

Seperti sedia maklum.. tahun ni aku beraya di Ipoh dulu
semua adik beradik aku pun turn Ipoh tahun ni
[mak aku cakap suh ejas semua bagi semua turn sama..hehehe]
So berkumpul la kami adik beradik di hari raya pertama.

Sejak arwah nenek aku meninggal & sejak atok aku kawin lain
Kitaorang dah tak balik kampung sebelum raya
Kitaorang akan raya dulu di Ipoh dan akan balik kampung setelah solat raya
Tapi sejak pak sedara aku dah duduk rumah arwah nenek aku tu
Kitaorang takat balik hari je.. dah tak bermalam di kampung
Sebabnya space limited kan..dah le ramai lak tu
Lagipun Ipoh - Pantai Remis bukan le jauh mana sangat
Sejam lebih je perjalanan...

Malas citer panjang2... layan gambar je la

Pagi raya semua bangun awal
Kecuali 2 org budak ni...
Muka baru bangun tido

 
Ini anak buah aku... pun lena je sepanjang pagi..

Masa salam2 tu pun budak dua orang dok atas tilam lagi..heheh
Nasib la tilam tu kat ruang tamu

Lepas salam2 tu yang palingbest budak2 le
Sebab dapat duit raya...
Haikal dapat duit raya dari Atok
Nampak tak dua orang budak yang terbongkang atas tilam tu???

Atok mintak upah cium dari Adib

Dapat duit raya dari Pak Teh pulak

Geram nengok budak ni... 

Atok & cucu terkini...
Menguap lagi si Amira nih... ngantuk lagi le tu

Budak buas tengah mintak maaf dengan Mak Long [aku le tu]
Aku tak salin baju raya lagi sebab nak mandikan Amira dulu
Masa deme pi sembahyang raya baru la aku tukar baju

Lepas diaorang balik dari sembahyang raya, baru la ada sesi photoshoot
Jadi agenda wajib dah ni... ye la bila lagi dapat kumpul ramai2 & full korum lak tu
[mak aku nak buat frame gantung kat dinding le tu]

Ni la parents aku... serba biru
[sofa tu baru beli beberapa hari sebelum raya tau... sakan mak abah aku beraya tahun ni]

Family aku - serba ungu


Family Angah- pun ungu juga 


Family Acik - Oren ko....

Family Ateh-Kaler Kuning
[Adik aku ni tengah peknen 4 bulan]
Tahun depan deme raya bertiga la pulak

Adik aku yang bongsu ni belum kawin lagi
So tumpang je la dengan mak abah aku..hehehe

Atok, opah & cucu2 deme


Gambar satu family...
Nanti mak aku nak gantung gambar kat dinding belakang tu
Gambar yang ada sekarang tu gambar raya 2 tahun lepas

Akhir sekali gambar couple2... cewah
Nak jugak tu...
Bulatnya muka aku...
Pose pun tak kurus2 aku ni...
Pas raya ni sure makin bambam aku..

Lepas photoshoot terus kitaorang gerak balik kampung
Tengahhari sampai terus tuju rumah Wan aku
Ada la sejam lebih dok situ pastu balik rumah lama Wan aku


Next raya rumah Paksu aku, kemudian rumah Pak Uteh pulak
Penutup baru pegi rumah Tok Cik pulak

Pastu baru balik Ipoh...
Panas usah cerita le.... melekit2 badan dibuatnya

Malam semua tido awal sebab badan penat
Ni baru namanya beraya sakan
Tapi aku cam frust jugak le raya kali ni tak jumpa Laksa Mee
Asyik jumpa laksa je....
Dan yang paling best semua rumah yang kitaorang pegi tu semua hidang air oren [memang tahun air oren ke???]

Well, itu je la citer raya aku tahun ni...
Harap2 masih dipanjangkan usia untuk beraya lagi di tahun2 akan datang

FRAME GAMBAR

Malas nak citer pasal raya lagi
Sebabnya takde mood
Nanti bila mood datang baru buat entry raya ye

Tapi sekarang tengah buat projek terkini
Projek la sangat kan...
Cantik tak???

Thursday, August 15, 2013

NIKMAT DUNIAWI

Tak larat nak mengadap kuih raya, ketupat, lemang, rendang, kuah kacang
Tetiba teringin nak makan makanan yang paling sempoi
Layan tekak petang2 ni kat opis

Jemput makan semua....
 Ayor Milo dengan roti tabur milo

Nyum nyum
Roti sapu dengan susu pekat
Pastu tabur milo atasnya
HEAVEN!!! Ai tel u lah!


** Makanan feveret kecik2 dulu