Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Drama TV. Show all posts
Showing posts with label Drama TV. Show all posts

Monday, July 27, 2020

TERJEBAK BELI FILEM DI ASTRO FIRST

Tak pernah sepanjang hayat aku beli movie kat channel 480 tu
tapi gara2 filem Keluarga Iskandar The Movie aku terrrrrrrbeli jugak la movie ni
Walaupun aku pakai Njoi je, tapi sebab gedik nak nengok jugak movie ni, ku korbankan jugak RM15.90..Hahahaha..
Selalu tu aku tengok online je tapi sebab  kebosanan melanda masa weekend lepas, tu yang gigih beli movie ni kat Astro First .


Aku memang folo drama Keluarga Iskandar tu dari season pertama lagi
Pastu sambung season 2
So bila keluar yang movie ni terus rasa tak sabar nak tengok
sebabnya nak tahu apa lagi kekecohan yang berlalu dalam Keluarga Iskandar.
Cuma dalam movie tu Kay a.k.a Kak Ngah takde la pulak.. kalau ada mesti lagi best.


Sekali beli movie, boleh tonton for 48 jam.. Makanya tah berapa banyak kali la dok ulang2 tengok movie ni.. Channel lain memang tak layan la... Tak jemu2 sungguh la anak2 aku ni.

Yang kelakar tu adik aku yang duduk Shah Alam, boleh datang rumah aku semata2 nak nengok movie ni... Sanggup datang Ahad petang, Isnin pagi terus pergi keje kat Shah Alam nun all the way from Batang Kali.. Gigih you sis!

Sapa yang tak pernah layan Keluarga Iskandar ni mesti tak tau hujung pangkal gak cerita ni. Pelik pulak deme tengok drama ala2 Keeping Up With The Kardashians ni. Cumanya yang Kardashian tu memang betul la family Kardashian, tapi dalam keluarga Iskandar ni  semua tu pelakon tapi diaorang bawa watak as satu family yang memang sangat2 typical Malaysian... Takde satu watak pun yang rasa tak kena.. semua kena je & semua anak2 Mak Jah memang ada la perangai yang lebih kurang cam family member kita sendiri kan.. Memang ketawa sendiri kalau layan Keluarga Iskandar ni.

Even yang version movie ni pada aku tak la best macam versi drama, tapi ok la untuk tontonan santai. Watak utama tentulah Mak Jah kan.... Very mak2 sangat.. Nasib la mak aku tak macam tu..hahahaha. Anyways, memang aku bagi 4 bintang la untuk filem ni. Sebab Kak Ngah takde, kalau ada Kak Ngah rasanya mau 5 bintang aku kasi..

Kalau korang jenis layan Keluarga Iskandar ni mesti dah selalu dengar ayat2 & perkataan ni kan??

* Allah kan dah set from the top
* cow girl
* dinosour
* constipation
* twisted blade
😆😆😆😆


Sapa yang belum tengok pi la tengok... 
Dalam tu ada Ude tau... 2 season depe sorok sapa Ude tu, dalam movie baru reveal... 






Monday, October 10, 2016

MIRACLE DREAM

Baru lepas menonton episod baru Grey's Anatomy
Tah kenapa aku addicted sangat dengan drama ni
Walopun aku tak le berapa paham kejadah medical term diaorang tu

Last episod ada la Dr Riggs tu tanya pada Meredith
Pasal miracle dream
Buat siapa yang tak follow cerita ni
Ni Meredith tu dok cerita pasal late husband dia
[Suami dia dah meninggal sebab eksiden]

Aku pun ada mengalami miracle dream
Bila arwah suami aku datang hampir 2 bulan lepas dia pergi""
Kami jumpa di satu tempat
Dia cakap pada aku "Lama kita tak jumpa"
dan lepas tu dia cium dahi aku
Pastu aku pun terjaga dari tidur..hahahaha
Maybe sebab aku rindukan dia sangat kot
Kalau ikutkan hari2 aku nak mimpikan arwah suami aku tu..huhuhuhu


Meredith Grey, i feel you
When you lost your true love
When you miss your loved ones



Tuesday, March 1, 2016

NAK LAYAN UDA & DARA PULAK

Siapa dulu folo cerita  MEMORI CINTA SURAYA?
Aku tak dan nak folo sebab cerita tu kan buat hari kerja
walopun ada ulangan masa weekend tapi idak juga aku tengok
Lagipun aku tak minat sangat Anzalna, pastu ada Zila Bakarin dengan Mira Liyana
pastu sorang lagi apatah namanya yang dok buat rambut blonde2 
Stress tau tengok melayu menjakun bajet omputeh ni
Lagi satu malas nak tengok sebab ceritanya merepek2
cam cerita CINTA IBADAH juga....

Cerita Suraya tu pun baru habis kan
So dah ganti dengan cerita UDA & DARA
memula cam malas juga nak tengok 
tapi sebab ada blogger review katanya kalau ikut novel
ceritanya memang best
tambahan pulak ada Zul Ariffin & Siti Saliha kan
so ok la boleh dilayan...


Cuma yang tak best nak folo tu sebab cerita ni lama sangat
Bukan tahap drama ni tapi dah tahap sinetron

Berapa bulan baru habis cerita ni gamaknya
Bertabah le nonton selama mana yang boleh..hehehehe


Drama paling banyak episod yang aku folo sebelum ni cuma Adam Hawa je. 80 episod je.. Pastu siaran cuma 30minit je. Tapi Uda Dara ni sampai 146 episod & selama 1 jam setiap episod.. fuh...Nasib la aku layan online je... Bebila free boleh la nengok.


Wednesday, January 6, 2016

CINTA SI WEDDING PLANNER

Sapa layan Akasia sure tau cerita ni tengah main sekarang kat TV3
Aku ni kalau ikutkan malas dah nak folo citer2 ni..cewah..
sebabnya aku pun bukannya ada masa nak tengok citer ni tiap2 hari

TAPI....
udah banyak pulak blogger dok cerita pasal drama ni
Macam tak menahan la pulak nak tengok rasanya..hahaha
Citer ni baru lagi tayang kan
kalau tak silap baru 4 episod
so boleh la kot nak catch up
marathon je le secara online jawabnya
[itu je medium yang aku guna sekarang]
Nak hadap tv senja2 tu memang idok le.. 
sebab senja la waktu paling hectic kat rumah aku
So rules baru tahun ni no TV from 7-8pm...
[tah lama mana tahan tu...wakakakaka]


Ramai dah ke yang terjebak dengan drama ni???




Wednesday, November 25, 2015

TERJEBAK DENGAN TUAN ANAS MIKAEL

Dah 2 minggu lebih terjebak dengan Tuan Anas Mikael
Walopun kat rumah takde ASTRO RIA
Layan online je la kat PC.. jadi le..

-pic gugel je-

Syokkan cerita ni 
Aku suka watak si Zara Zya tu
memang sengal gile...

Sapa layan drama ni????


** Entry hilang mengantuk..



Friday, October 16, 2015

GREYS ANATOMY : SEASON 12

Dah mula rupanya season baru drama ni.. dah season 12 dah
Tak teringat langsung
Nasib la ada follow IG & FB Grey's Anatomy
So hari ni bukak TELEPISODES search la GREY'S ANATOMY
Tu dia dah ada 4 episod untuk season baru... yahuuuuu


Ok jap gi dah habis keje boleh layan..hahahah
Peminat Grey's Anatomy jom layan gak..

** Tak best sebab Derek Shepherd dah takde...sob..sob.


Thursday, May 14, 2015

ENDING DRAMA HATI PEREMPUAN

Hantu2 drama Hati Perempuan mesti alert hari ni last day drama ni
Towards the end ni bukan nak tengok sangat peel Yuhanis tu
Tapi nak tengok apa la jadi kat Ku Lin tu..hahahaha
[tapi aku nak tengok KuRil je....hehehehehe]

Scene hari ni cam debar2 sikit
sebab hari ni penyangak dah masuk Villa Kuril
Siap bunuh pembantu rumah & tumbuk perut Yuhanis
[Rasanya tu mesti orang upahan si Ku Lin]

Ok la.. aku tak baca pun novel Hati Perempuan ni
Tak tahu  apa endingnya... sad ending ke happy ending ke
Tapi lepas tengok ni
Rasanya happy ending la kan
[Siap dah ada anak pompuan lagi..hehehehe]




**Pasni rindu la kat Ku Ril...






Tuesday, April 14, 2015

MELAMPAU TAK??

Lantak le orang nak kata citer ni tak best ke
Lantak le orang nak kata deme berlakon cam kayu ke
Lantak le orang kata hero ngan heroin tak hot ke
Ada aku kesah??? Tengok tetap tengok weh!!!

Ni gara2 drama #Hati Perempuan la ni
No.. ekceli gara2 si Tengku Zaril...


Melampau tak bila dah sampai stage gini???

Siapakah????
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V




OHHHHHEMMMMMGEEEEEEEEE
Terusik Hati Perempuan ai tau!!!



Ampun bang, 
Nanti dah habis demam Tengku Aril
ai tepek gambo u pulak ye...hehehehehe
Ok BAI!




** Takdan nak layan kat tv hari2, so layan je kat tonton sambil pam susu.
Mencurah2 susu dibuatnya...wakakakaka
[Emosi kena stabil baru susu banyak....kata ko!]



Tuesday, April 7, 2015

SAMPAI MATI - HAZAMA [OST HATI PEREMPUAN]

Addicted sungguh aku dengan drama ni sekarang
Kalau dah suka tu, semua pun suka
Tak pernah aku addicted sampai camni since drama Nora Elena
Sampaikan OST dia pun aku suka
Siap folo IG hero & heroin drama ni ko!!!
[IG Zul Aripin aku tak folo pulak]

Nak layan video lagu Sampai Mati ni
Uploaded by Tengku Zaril a.k.a Syarul Ridzwan



Nanti TZ kawin dengan Yuhanis
Ada baby lagi taw...



Sapa dah baca novel ni??? 
Happy ending ke citer ni?

Thursday, April 2, 2015

HATI PEREMPUAN KU

Sekarang terjebak dengan drama baru kat TV3
Terjebak pun gara2 heronya yang hensem
Tak menahan ko....


Takdan nak layan kat rumah kan
Pagi2 masuk opis, terus layan kat tonton [sambil pam susu]
Mind kena relax kan, baru la boleh pam banyak susu...wakakaka


Ni snap dari episod semalam... Hai Tengku Zafril...
Aduh duh duh... hensemnya... cair ahkak
[tak pandang dah eron ajis... zul aripin letak tepi dulu]


Sapa layan citer ni??


** Start citer Romi Cinta Julia dah suka tengok dia ni... Hensem habaq hang!



Thursday, November 20, 2014

TERPENGARUH LAGI

Kuat sungguh pengaruh rakan sekerja ni
Since citer Maaf Jika Aku Tak Sempurna & Selamat Pengantin Madu
Aku dah tak folo drama2 tv ni
Bukan apa, aku asyik tak sempat je nak tengok tv
Balik keje pun tak dan nak on tv sampai la waktu Isya

Tapi member sebelah aku ni dah kata ada drama best lak
Memula tahan lagi.. tapi dah hari2 cerita mana boleh tahan beb
Akhirnya terjebak juga la aku menonton secara online
Siap buat marathon lagi sebab nak catch up episod2 yang aku tertinggal

Ha.. 2 drama ni la yang aku terjebak tu
Walopun aku tak minat si Sharnaaz ni
Tapi tengok gak le 
Tak menahan tengok dia dalam SUAMIKU ENCIK SOTONG tu
Ala adik2 gitu... awwww

Korang ada ke yang folo citer ni??

Thursday, September 11, 2014

SANA AY IKAW NA NGA

Apa lagi aktiviti dalam pantang kan
Menonton tv aje la kejenya...
La ni terjebak nengok citer Filipina ni pulak
Adik aku la ni.... dia yang start tengok citer ni kat rumah aku
Ate dah hari2 dia tengok, aku pun sama terjebak le.


Sakit hati pulak aku tengok citer ni
Yang Carlos Miguel tu pun bengap sangat apekehalnya???
Susah sangat nak kenalpasti mana Cecilia palsu dengan yang sebenar

Sakit hati pun nak tengok juga....


Wednesday, January 8, 2014

3R

3R - Respek, Relaks, Respon
Citer feveret aku dari zaman remaja lagi
Suka sangat tengok citer ni walopun dah bermusim2
Dari zaman Yuen, Azah & Rafidah
Sampai la ke tukar pengacara baru Tini & Celina
[Tapi aku paling suka trio yang awal tu]





Bebaru ni 3R dah kuar musim baru kan
Dan pengacara juga baru
Try jugak tengok kot2 masih best cam dulu
Well, aku ada tengok 2-3 episod lepas2
Dan pada aku... memang takleh blah la
Aura 3R takde pada diaorang la...sorry to say..
Maybe another issue sebab faktor usia aku yang dah semakin tuo ni kot
Dah tak termasuk kategori target audience agaknya...


Tetiba rindu zaman2 remaja aku..hahahaha
Korang rasa cemana?

Thursday, October 24, 2013

TERJEBAK DENGAN ARROW SEBAB HERONYA HENSEM

Dah lama takde folo drama2 omputeh ni
Semua aku tengok banyaknya sekerat jalan je
Lepas habis citer DESPERATE HOUSEWIVES hari tu memang dah takde folo drama lain kat tv dah. 
Cuma sekarang folo Grey's Anatomy [itu pun tengok online ko...]

Malam Selasa lepas, aku tertengok citer ARROW
Ingatkan ada Supernatural  rupanya citer lain
Takde intention pun nak tengok sebenarnya
tapi lama2 jadi best pulak citer ni
Heronya pun hensem [tu yg sanggup tengok tu]
Dah le citer tu start kul 11 mlm


Baru tau citer ni adaptasi watak animasi Green Arrow
Selama ni tak tahu pun ada kartun tu
Spiderman, Superman, Batman aku tau la
Dah tu kalau jenis guna panah ni aku tau Robin Hood je

Apa pun, citer ni best pada aku
banyak action... ai like... heronya lagi ai likeeeeeeeeeeeee

Rupanya citer ni dah masuk season 2
TV3 baru nak tayang season 1
Marathon online je la jawabnya....

Friday, September 27, 2013

MUSIM 10

Musim baru citer Grey's Anatomy akan bermula hari ni
[kita kan cepat sehari dari barat]
Dah masuk musim 10 uols.....
Tak sabar nak nengok [aku nonton online je]
Nak tunggu kuar TV lambat sikit kot



Season baru ni Mcbaby dah lahir

Harap2 ni la musim akhir
Tak larat dah nak menanti2 season baru..

Thursday, August 1, 2013

RAMADHAN YANG HILANG

Korang folo tak citer ni?
Aku folo masa awal2 je [2-3 episod je kot]
Pastu ada terskip2  sebab aku dah terlelap awal
Yang selalu folo citer ni si Yaya la
so apa2 aku refer ngan Yaya la...hehehehe

Malam tadi punya episod aku tengok dari awal sampai habis
[Aku ni kalau citer tu dah nak sampai ending baru la beria2 nak tengok]
Episod malam tadi.. fuh... memang jahat la si Delisha tu
Tunang "kakak" dia pun dia nak rampas.. siap tidur sekali tu
Geram aku tengok perangai si Delisha yang tak sedar diri tu...

 





Minggu depan habis la kot drama ni..


Wednesday, July 24, 2013

GWIYOMI SETIA HUJUNG NYAWA

Dah habis cerita Setia Hujung Nyawa
nanti ada citer Setia Hujung Nyawa Raya pulak
tengok...jangan tak tengok...

Sebelum tu layan dulu Gwiyomi si Zain ni
Walopun keras tapi cute...




Wednesday, September 26, 2012

GREY'S ANATOMY SEASON 9

Tak sabar nak tengok season baru citer ni
Ending last season memang tergantung
Apa yang pasti LEXIE dah mati...
Yang lain2 tak tahu la cemana diaorang survive dalam plane crash tu

This upcoming season katanya McSteamy a.k.a Mark Sloan pun akan tinggalkan Seattle Grace
Tak penting la tu.. janji ada McDreamy, Meredith & Christina

New season akan start esok [27/09/2012] di US
So by Jumaat dah boleh tengok episod 1... can't wait...

Monday, September 24, 2012

ALOMPAK AGOGO

Semalam aku tengok citer Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys kat NTV7
Lama gile citer ni.. rasanya 10 tahun dulu kot
Kalau citer Mamat Khalid, banyaknya citer lawak la kan
Sampai terbahak2 aku nengok citer ni sengsorang


Pelakon2 citer Hantu Kak Limah & Zombie Kampung Pisang pun ada
Especially Pak Jabik..heheheh..lucu tul sebab tak lepas2 dengan mikrofonnya tu
Asyik nak buat pengumuman je...
Pastu banyak gak lagu zaman2 70-an gitu
Best jugak dengar sekali sekala

Ni salah satu lagu yang ada dalam citer ni
Tapi tak tahu la bahasa apa.. layan je la


** Nak tengok full citer ni pun boleh... cari je kat youtube..

Thursday, August 30, 2012

I AM SO BEWITHCHED

Tak tau la korang pernah tengok citer ni ke tak
Kalau movie tu maybe la korang pernah tengok 
[yang Nicole Kidman berlakon tu]

Citer ni aku layan masa aku memula mengandung Yaya dulu
[dulu duduk kat rumah mak aku , senang la nak layan ASTRO]
Sejak dah duduk rumah sendiri ni dah tak layan dah
Kalau teringin nak tengok, aku tengok kat youtube je
Best tau citer ni..

Citer ni citer pasal Samantha yang merupakan seorang witch tapi kahwin dengan manusia biasa. Cute sangat bila dia goyang2 mulut dia tu. Citer ni start dari memula dia kawin sampai la dia beranak pinak. Tapi start dari season 3 kot, watak Darrin [suami dia] dah tukar dengan orang lain, so cam tak best sikit.  

Suka dengan Samantha sebab dia  lawa sangat. Mak dia si Endora tu pun best gak [walopun mekapnya dahsyat beno tang mata tu]. Tapi bukan nak kata la, orang zaman 60-an ni ramai yang cantik2 kan..Ala2 natural beauty. Nampak feminin gitu! Zaman la ni je ramai yang 'plastik' kan??