Wednesday, October 1, 2014

MASA BERBOTOL

Assalamualaikum
Entry pertama di bulan Oktober
Dah bulan 10 kome oi... cepat nau masa berlalu ye

Memandangkan cuti aku pun dah nak sampai ke penghujung
Maka kena la train anak minum guna botol kan
Sebelum2 ni pernah gak bagi Jasmin minum guna botol
Dan.. setiap kali tu juga dia sedut je sampai habis licin susu tu
tak pernah la dia reject kan

Hari ini train lagi minum guna botol
tapi kali ini guna stok EBM frozen
first time nak bagi ni... 
Ha apa lagi terkulat2 la muka
Mesti dalam hati kata peliknya rasa susu ni..
Dalam buat muka pelik tu, habis juga 2oz tu

Tak kisah le botol ke nenen ke..
Janji kenyang.. ye dak Jasmin???

Biasa2kan le diri tu Jasmin minum susu dalam botol
Adat le bila kena tinggal dengan orang nanti

# Lagi 2 minggu nak koje dah!


Friday, September 26, 2014

AMIRA YANG DULU

Hari ni saje spring cleaning laptop aku
Mana gambar2 tak berkenaan semua aku delete

Masa tengah spring cleaning tu tetiba terjumpa folder gambar2 dari tab lama
Tab yang lama tu dah rosak.. nasib la sempat transfer semua gambar
Ala.. tab cap ayam je pun.. lama mana la sangat tahannya 

Ni nak tepek gambar Amira dulu2
Masa dia baby2 dulu..
Banyak rupanya gambar Amira yang aku belum letak kat blog
Ye lah.. tab dulu tu takde bluetooth so takleh le nak transfer gambar
Nak transfer pun haritu kena pakai USB cable..


Ni la antara gambar2 KAKCIK yang ada
Rindunya masa kamu kecik2 ni Amira
Sekarang... kuat memunggah tau...
Letih aku nak kemas hari2..

RANDOMLY ANNUR

Assalamualaikum...
Salam Jumaat untuk aunty2 & Uncle2 sekalian
Meh layan gambar Annur ni..




Ok bye2..
Jasmin nak tido..
Mama Jasmin pun nak tido juga...[mak ambik kesempatan]

Thursday, September 25, 2014

PERANCANG KELUARGA

Tetiba pulak terkeluar topik perancang keluarga ye
Macam la aku ni merancang beno..hehehehe
Sebab takdan nak merancang le terkeluar si Jasmin ni ha...
[Gelakkan diri sendiri]

Macam2 cara la nak merancang keluarga kan
Aku rasa kome semua pun dah sedia maklum
Pil perancang, IUD, kondom, implanon tu semua dah familiar kan

Pengalaman aku yang sikit ni baru takat try pil perancang 
Pehtu merancang sendiri je
Yang lain2 tu ada gak try tapi tak serasi kot

Memula lepas bersalin Aleeya, aku ingat nak pakai IUD
Siap pegi jumpa pakar ko..
Tapi bila pi pasang, doktor tu kata kedudukan rahim aku tu senget sikit
So kalau pasang IUD pun, aku masih boleh mengandung
Kiranya macam tak efektif la pakai IUD tu
So kensel dan aku ambil pil perancang je

Setahun lebih aku makan pil pastu aku stop sebab nak dapatkan anak kedua
Lepas bersalin anak kedua aku makan pil juga
Ada la dalam setahun pastu aku stop so aku  dan suami decide merancang sendiri je
Alhamdulillah... gap juga sampai 5 tahun, baru aku mengandungkan si Amira

Lepas bersalin Amira, ingatkan nak plan sendiri je cam sebelum2 ni
Lagipun aku kan breastfeed 100%
Tah cemana.. ditakdirkan Allah aku termengandung pulak
Perancangan sendiri tak jadi, perancangan Allah jugak yang terbaik
Disamping suami aku yang terbabas tu..huhuhuh.. 
[tetap nak salahkan suami jugak...hahahaha]

So pas bersalin kali ni.. taknak kejadian yang sama berulang
So decide untuk teruskan dengan pil perancang
Nak try implan, aku seriau la nak toreh2 lengan tu
[walopun kena bius kan...]

Ini la ubat yang klinik bagi
Disebabkan masih breastfeed so Noriday ni la yang sesuai
Sebelum2 ni aku makan Mercilon
Dah start makan semalam... walopun aku tak period lagi
[Disamping tu kena pastikan suami juga tidak terbabas lagi..muahahahah]

Korang pulak cemana cara merancang keluarga??
Ce citer... ce citer..

HABIS PANTANG... MERDEKA!!!

Alhamdulillah...
Pantang2 rock aku sudah berakhir semalam
Jenuh nak tunggu 44 hari tau...
Itupun dah hujung2 aku cam pantang tak pantang je
Nak2 pulak hari ke 39 dah mandi hadas
Bila dah start sembahyang tu kan dah tak terasa diri tu dok dalam pantang lagi

Gambar terakhir Jasmin dalam pantang
[gambar petang semalam]
Hari ni sudah 45 hari  umur budak ni.

Walopun dah habis pantang
Tapi aku idak juga melasak sangat
Mana yang larat je aku buat
Selebihnya tetap kena kelebek baby kan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...