Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 26, 2014

AMIRA YANG DULU

Hari ni saje spring cleaning laptop aku
Mana gambar2 tak berkenaan semua aku delete

Masa tengah spring cleaning tu tetiba terjumpa folder gambar2 dari tab lama
Tab yang lama tu dah rosak.. nasib la sempat transfer semua gambar
Ala.. tab cap ayam je pun.. lama mana la sangat tahannya 

Ni nak tepek gambar Amira dulu2
Masa dia baby2 dulu..
Banyak rupanya gambar Amira yang aku belum letak kat blog
Ye lah.. tab dulu tu takde bluetooth so takleh le nak transfer gambar
Nak transfer pun haritu kena pakai USB cable..


Ni la antara gambar2 KAKCIK yang ada
Rindunya masa kamu kecik2 ni Amira
Sekarang... kuat memunggah tau...
Letih aku nak kemas hari2..

RANDOMLY ANNUR

Assalamualaikum...
Salam Jumaat untuk aunty2 & Uncle2 sekalian
Meh layan gambar Annur ni..




Ok bye2..
Jasmin nak tido..
Mama Jasmin pun nak tido juga...[mak ambik kesempatan]

Thursday, September 25, 2014

PERANCANG KELUARGA

Tetiba pulak terkeluar topik perancang keluarga ye
Macam la aku ni merancang beno..hehehehe
Sebab takdan nak merancang le terkeluar si Jasmin ni ha...
[Gelakkan diri sendiri]

Macam2 cara la nak merancang keluarga kan
Aku rasa kome semua pun dah sedia maklum
Pil perancang, IUD, kondom, implanon tu semua dah familiar kan

Pengalaman aku yang sikit ni baru takat try pil perancang 
Pehtu merancang sendiri je
Yang lain2 tu ada gak try tapi tak serasi kot

Memula lepas bersalin Aleeya, aku ingat nak pakai IUD
Siap pegi jumpa pakar ko..
Tapi bila pi pasang, doktor tu kata kedudukan rahim aku tu senget sikit
So kalau pasang IUD pun, aku masih boleh mengandung
Kiranya macam tak efektif la pakai IUD tu
So kensel dan aku ambil pil perancang je

Setahun lebih aku makan pil pastu aku stop sebab nak dapatkan anak kedua
Lepas bersalin anak kedua aku makan pil juga
Ada la dalam setahun pastu aku stop so aku  dan suami decide merancang sendiri je
Alhamdulillah... gap juga sampai 5 tahun, baru aku mengandungkan si Amira

Lepas bersalin Amira, ingatkan nak plan sendiri je cam sebelum2 ni
Lagipun aku kan breastfeed 100%
Tah cemana.. ditakdirkan Allah aku termengandung pulak
Perancangan sendiri tak jadi, perancangan Allah jugak yang terbaik
Disamping suami aku yang terbabas tu..huhuhuh.. 
[tetap nak salahkan suami jugak...hahahaha]

So pas bersalin kali ni.. taknak kejadian yang sama berulang
So decide untuk teruskan dengan pil perancang
Nak try implan, aku seriau la nak toreh2 lengan tu
[walopun kena bius kan...]

Ini la ubat yang klinik bagi
Disebabkan masih breastfeed so Noriday ni la yang sesuai
Sebelum2 ni aku makan Mercilon
Dah start makan semalam... walopun aku tak period lagi
[Disamping tu kena pastikan suami juga tidak terbabas lagi..muahahahah]

Korang pulak cemana cara merancang keluarga??
Ce citer... ce citer..

HABIS PANTANG... MERDEKA!!!

Alhamdulillah...
Pantang2 rock aku sudah berakhir semalam
Jenuh nak tunggu 44 hari tau...
Itupun dah hujung2 aku cam pantang tak pantang je
Nak2 pulak hari ke 39 dah mandi hadas
Bila dah start sembahyang tu kan dah tak terasa diri tu dok dalam pantang lagi

Gambar terakhir Jasmin dalam pantang
[gambar petang semalam]
Hari ni sudah 45 hari  umur budak ni.

Walopun dah habis pantang
Tapi aku idak juga melasak sangat
Mana yang larat je aku buat
Selebihnya tetap kena kelebek baby kan...

Wednesday, September 24, 2014

CCPP PENGGANTI NESCAFE

Aku adalah hantu Nescafe tau [bukan yang 3-in-1 punya tau]
Sehari at least sekali mesti nak minum Nescafe
Kat opis pun boleh kata ni minuman rutin aku hari2
Tapi masih takleh celen Nescafe yang dibancuh oleh tea lady opis lama aku..huhuhu
[Rindu Nescafe Kak Laila]

Dalam pantang ni aku tak berani minum Nescafe
Berani minum kopi, susu ngan milo je 
Sebabnya masa pantang Amira dulu, aku pi gatai minum Nescafe
Atenya seharian mata si Amira dok segar bugar
Aku le yang teruk kan.. sebab baby takmo tidur sedangkan aku mengantuk ya amat.
So pantang kali ni takmo ulang lagi
Kalau tak jenuh la aku wei...

Sebagai pelepas gian, aku beli la CCPP
CCPP = Cocoa Collagen Power Plus
So far aku minum ni idak le pulak Jasmin tu takleh tido
Ini dia stok sebulan aku..

CCPP ni aku pernah minum masa sebelum aku peknenkan Amira
Konon2 nak bagi tenaga la sebab aku masa tu selalu letih
Tetiba dapat bonus peknen lak.. Alhamdulillah

Baru minum sekotak, udah tau peknen pulak
So rezeki teman seopis la dapat lagi 2 kotak tu..hahahaha

Ni pun member2 aku dok usik dibuatnya karang terlekat lagi sorang bila dah minum CCPP ni
Hahahaha...
Woi pakai protection la woi!!!!
Udah2 le tu aku beranaknya... [buat masa ni la]
Letih oo anak rapat2 ni.. mujo bukan kembo.. kalau idak tumpo aku!!

Khasiat dan kebaikan CCPP ni kome google la sendiri
Malas aku nak bagi huraian..
Yang penting POMPUAN PREGNANT & LELAKI ---> TAK BOLEH MINUM!!!




** Hari ni last day pantang.. Esok aku MERDEKA!!!

Tuesday, September 23, 2014

LASAGNA ROTI ASAL BOLEH

Tajuk takleh blah langsung
Walhal nak kabo aku buat lasagna roti je hari tu
Takyah nak skema sangat la kan....

Resepi aku ambik kat facebook
Tengok bahan2 pun semua ada kat rumah
So aku belasah je la..
Tak buat banyak2 pun sebab takut tak habis
Aku je pun yang makan dengan anak2..
Lagipun ni cubaan pertama aku... tah apa la rasanya kan..


Asal boleh je la kan aku masak ni
Janji boleh telan...hahahaha

Ada banyak resepi buat lasagna roti ni
So aku try versi sempoi ni dulu
Ada setengah resepi suh lenyek dulu roti tu
[baru la nampak cam lasagna keping2 tu kan]
Tapi aku is malas.. so letak je sekeping2 tu..
Sekali bila potong baru la nampak bertingkek2..
Sos daging tu pulak ada sikit sebab balance buat spageti hari sebelumnya
Bantai je la apa yang ada kan..dah nama pun asal boleh je..

Rupa paras tak penting sangat janji rasanya ok
Habis di makan dek anak2 aku...
Alhamdulillah...

KECEWA LA BILA TUKAR STATUS NI!!!

Mood kecewa hari ni
Sebabnya tadi baru cek akaun Nuffnang
Sekali status aku dah bertukar
Dari Glitterati dah jadi Non Glitterati
Why ooo why????
Even aku setia dengan Nuffnang tau..
Takde pulak aku tepek iklan2 dari advertiser lain 

Tau la blog aku ni tak ramai mana pun yang tengok
Income yang dapat pun ciput2 je
Sedih arrrrr... [tapi tak nangis pun]

Aku dah hantar soklan pada Nuffnang kenapa la kejam sangat sampai tukar status aku
[Eh takde la camtu sekali ayat2 aku pada diaorang]
Tengah tunggu reply dari diaorang ni...

Bneda ni pernah jadi tak pada korang??
Ce share sikit punca2nya tu..

Monday, September 22, 2014

OTTER LANGSIR BILA BOSAN

Bila cuti lama2 ni bosan jugak ek kalau takde apa nak buat
Aku dah bercuti selama 42 hari [termasuk hari ni]

Minggu lepas kan cuti sekolah
Riuh rendah rumah aku bila budak2 ni tak sekolah
Sampaikan si baby pun tak lena tido
Nasib la seminggu je cutinya..

Hujung minggu lepas.. daripada duduk saja2 tak buat apa
Si baby pulak tido
So aku pun oter la langsir sliding door rumah aku ni
Ala.. bukan nak oter apa pun
Cuma nak jahit sikit bawah langsir tu sebab labuh sangat
Ekceli ni langsir lama
Dah 3 tahun kot langsir tu
Hajat dihati memang nak otter.. dah lama dah pun
tapi main dengan malas ni kan.... 
So sementara roh rajin tengah singgah, boleh la aku oter kasi singkat sikit
Dah tak lalu nak nyapu habuk bawah tu..hahaha 
[Sekarang baru nak pikir???]

Ha.. ini rupa setelah di oter
Baru le senonoh sikit kan...
Tak jahit dengan mesin pun.. aku jelujur bodoh je kat kaki langsir tu
Tak sia2 belajo KHB masa sekolah2 dulu..wakakakak


Before and after
Ok la kan,.. at least terisi masa lapang yang tak berapa lapang tu..

Friday, September 19, 2014

DUET

Inilah kehidupan aku sekarang
Hadapilah dengan tenang...[ada masa nak tendang pun ada]
Ooopsss bukan tendang anak ye...
Nak tendang dinding je...

Aleeya dan Adib aku tak heran sangat sebab masing2 dah besar kan
Dah pandai bawa diri

Ni yang kenit2 ni... kadang2 memang menguji kesabaran sungguh
Nak2 pulak bila dua2 meragam bila hasben aku takde kat rumah
Sakit jiwa dibuatnya sebab tak tahu nak hadap yang mana satu

Bila dua2 tido... baru rasa aman dunia
Tido berduet
Aku la tukang enjut dua2 sekaligus tu kadang2
Kalau ada hasben, sorang satu la kena enjut buai
Toto kecik kat tengah2 tu jadi tempat aku duduk la sambil enjut buai kiri kanan

Ni si Jasmin dalam buai pink

Ni pulak si Amira dalam buai kain pelikat abah dia..
Jari mesti mau hisap.. baru boleh lena...

Bila dua2 dah lena, baru la mama boleh rehat sama..
[sambil lap peluh kat dahi... habis pilis ai..]
LEGA KEJAP!!!

BERHARUM MALAM PULAK YOK!!!

Jeli Gamat yang datang dalam set Spa & Ma tu dah habis
So kita tukar pulak sekarang
Aku minum HARUM MALAM pulak sekarang


Harum Malam aku tu packaging lama ok
Yang baru kan packaging kaler pink kan
Jangan kata aku beli yang tiruan pulak... 

Ekceli Harum Malam (HM) tu aku beli sebelum aku tahu yang aku peknenkan si Jasmin
Aku beli 3 botol
Sempat habiskan sebotol setengah je... pastu baru tau aku peknen
Terus la stop kan sebab pompuan peknen takleh minum HM ni

Sebotol lagi yang balance tu la aku nak minum sekarang
Dalam pantang boleh minum tau..hehehehe

** Jangan terpeknen lagi udah le pasni
[Dah siap2 ambik stok pil perancang kat klinik.. harap2 idak le aku menggemuk nanti]

Thursday, September 18, 2014

BIRTHDAY ADIB YANG KE-7

15.09.2014 haritu genap la anak teruna aku berumur 7 tahun
Tak sempat nak update kat blog pun
Update kat FB dengan IG je...

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG  KE-7 ANAKKU
ADIB AIMAN

Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan beriman kepada Allah
yang akan sentiasa berbakti kepada ibu bapamu
dan sentiasa mendoakan ibu bapa mu ini...
[dabel meaning mama ngan abah pun kena jadi soleh n solehah jugak le kan]

Semoga tercapai cita-citamu
dan berada dalam redha Allah sentiasa..

Ya-Allah.. kau lindungilah anakku ini dari hasutan syaitan dan juga dari segala kejahatan jin dan manusia
AAMINNNN...

Malam tu pulak kami buat makan2 sempena birthday Adib
Takde la beria mana pun sebab aku kan dalam pantang lagi
Takat belikan sebiji kek dan jamu makan sate je
Jemputan pun tak ramai..takat family Cik Besah dan abang ipar aku
serta beberapa orang jiran terdekat

bacaan doa selamat dari atok a.k.a FIL aku

Alhamdulillah!


***Sekian entry basi untuk hari ni...





Friday, September 12, 2014

SUPPLEMENT DAN PRODUK DALAM PANTANG

Lupa pulak haritu aku janji nak cerita aku guna supplement & set apa untuk lepas bersalin kan
Cewah.. macam la korang beria sangat nak tau ye dak
Tapi tak kira la... nak cerita juga
Walopun aku pantang rock2 je kali ni
Tapi supplement tetap makan ye...

Memandangkan aku dah makan supplement Shaklee sejak aku mengandungkan Amira
So aku teruskan je la makan Shaklee sampai le ke pantang kali ni
Ini set untuk dalaman la ye.. sebabnya aku dah rasa serasi makan Shaklee ni
Ini la set yang aku ambik [pinjam gambo google je]
Cuma Ostematrix je aku tak beli

Pastu aku teruskan makan VCO
Sangat2 membantu untuk elakkan sembelit
Hari ke4 aku dah berani memberakkan diri tanpa sembelit.. Alhamdulillah

Ok ini untuk yang dalaman..
Untuk yang luaran pulak kali ni aku try SET BERSALIN SPA & MA
Gatai nak try produk ni pulak
Memula nak guna brand ANUGERAH tapi adik aku kata tak best
So try je lah produk ala spa ni...
Packaging dia pun menarik kan...

VCO ni pun ada sekali
Boleh guna untuk sapu & minum
Jasmin kena ruam susu, terus aku sapu minyak ni.. 


Berbaloi aku rasa beli produk ni.. sebabnya BESTTTTTT sangat
Semua aku suka pakai kecuali Tungku Herba tu
Sedap lagi pakai tungku batu sebab panasnya lama

Produk2 ni boleh juga kalau nak beli loose
Memula aku ingat nak beli loose juga tapi bila kira2 balik, beli set lagi murah
Apalagi.. beli je la setnya terus...

Benda yang paling aku suka ialah LULUR FRANGIPANI tu & GAMAT EMULSION
Lepas lulur memang kulit rasa lembut & bersih je... wangi lak tu
Gamat Emulsion tu pulak sangat sedap tau... takde rasa hanyir pun cam Gamat Healin tu
Malas nak cerita banyak.... sapa pernah pakai set ni tau le kelebihannya..
Tapi aku rekemen korang try produk ni...

Selain set bersalin SPA & MA ni aku guna jugak Minyak Herbanika Nona Roguy
Ni pun balance masa bersalin Amira tahun lepas
Aku sapu lepas mandi kat perut & pelipat2 semua
Pastu titis atas pad untuk cepat sembuhkan jahitan dan elakkan bau busuk darah nifas tu

Ok itu je la produk2 yang aku gunakan sepanjang berpantang ni
Saja la aku try lain2 produk setiap kali bersalin
Ala.. bukan selalu bersalin pun kan.. entah2 yang ni pun yang terakhir untuk aku
Hahahaa... alasannnnnnnn






DAH MACAM NURSERY RUMAH AKU

Disebabkan kakcik tidur berbuai
Si Jasmin pun aku dah ajo berbuai
Maka..... kena la laki aku belikan satu lagi buai
So idak le berebut masing2 time nak tidur
Especiallynya waktu malam le...
Kakcik tu kalau tak paksa tidur sure tido lewat
Selagi ada orang berjaga, selagi tu la dia tak tido
Kalau masuk buai tu.. enjut lama2 tewas la juga dia..

Dah macam nursery rumah aku tau
Pernah sekali tu dua2 tangan aku kena enjut buat sekaligus
Boleh kurus tangan aku dibuatnya..hehehehe

Aku tak kisah le kome nak kata "tu la susah bila ajar anak berbuai"
Pada aku tak susah pun.. malah menyenangkan aku nak buat koje lain
Dah 4 orang pun anak aku ni ha... semua pun aku ajo berbuai
Kalau aku rasa susah, masa anak kedua tu dah aku  train deme tak berbuai
Lagipun senang aku nak suruh anak2 yang lain enjut adik dalam buai
Kalau nak kena tepuk2.. kome ingat si Aleeya ngan Adib tu nak tepuk ke adik diaorang
Alih2 kang hilang je deme pi lari rumah Cik Besah...

Aku convenient je pakai buai ni
Kalau jenjalan pun tak jadi masalah untuk aku usung buai
Lagipun aku bukan kaki jalan pun.. paling2 jauh pun takat balik kampung kat Ipoh tu je
Lagipun aku tak suka berjalan time anak kecik2 ni
Aku cepat rimas.. pastu mula la nak hangen satu badan kan

So lain orang lain cara la kan..
Yang penting mudah dan selesa nak jaga anak..

Thursday, September 11, 2014

SANA AY IKAW NA NGA

Apa lagi aktiviti dalam pantang kan
Menonton tv aje la kejenya...
La ni terjebak nengok citer Filipina ni pulak
Adik aku la ni.... dia yang start tengok citer ni kat rumah aku
Ate dah hari2 dia tengok, aku pun sama terjebak le.


Sakit hati pulak aku tengok citer ni
Yang Carlos Miguel tu pun bengap sangat apekehalnya???
Susah sangat nak kenalpasti mana Cecilia palsu dengan yang sebenar

Sakit hati pun nak tengok juga....


30 HARI

Genap 30 hari aku berpantang
Genap satu bulan umur si ANNUR JASMIN

Tinggal lagi 30 hari je cuti maternity aku
Alah... tak bestnya bila dah nak start keje
Tak puas cuti rasanya



Budak dagu berlapis yang semakin tembam
Tapi la ni dia kena selsema ngan batuk
Berjangkit dengan kakcik le tu
Sian dia...


** Masih cuba mengadjust kehidupan dengan anak seramai 4 orang..huhuhu


Wednesday, September 10, 2014

SISTERHOOD SANGAT!!!!

Bonding la sangat Kakcik dengan Jasmin
Sweet sangat sekali pandang
Tapi jangan lepa ye...
Ada yang kena lepuk nanti...


Kakcik ni dalam lembut2 tu dia mengganas juga..
Ko jangan tak caya
Dia dah berjaya mencederakan adik dia sendiri
Kakcik berjaya mencakar muka Jasmin
Sampai luka kat tepi mata dia...
Nasib la tak kena mata..

Ekceli ada video saat2 kecederaan berlaku
Tapi takleh pulak aku upload ke sini
Takpe lah... kalau rajin pi search #annurjasmin kat IG
Aku ada tepek kat sana...hahahahaha

** Bila jeles.. macam2 boleh jadi kan...




Tuesday, September 9, 2014

PETI AIS PUN NAK MINTAK DUIT KE???

Hari tu mesin basuh
La ni peti ais pulak
Mesin basuh pun tak tuko lagi
Peti ais pulak dah bikin problem

Hal mesin basuh tak setel lagi
Nak tunggu bonus kot2 ada tahun ni
Boleh la aku tibai mesin basuh 20kg...hahahaha

Peti ais aku tu sama baya juga dengan mesin basuh tu
Kiranya macam umur Aleeya la
Sebabnya aku beli masa aku pindah ke Batang Kali
Masalahnya sekarang, tah kat mana silapnya
Kat bahagian bawah pun dah boleh jadi beku uolsssss
Kira frozen gitu
Aku cek setting, still cam biasa
Means idak le rendah sangat temperature
Lagipun aku tak pernah usik pun setting peti ais tu

Minggu lepas ada la hasben beli sayur untuk stok seminggu
Baru sehari simpan dah lecur dibuatnya
Siap ada ais2 lagi..
Habis rosak sayur aku....



Sayur2 ni aku letak kat para bawah sekali tau
Dia beku macam kita letak dalam freezer
Air masak yang simpan dalam peti ais tu pun boleh jadi ais batu
Kalau nak minum memang kena biarkan dia cair dulu ... jenuh la...

Korang punya peti ais pernah jadi cam aku tak???
Camne nak buat ye??
Nak kena tuko peti ais baru gak ke???

Monday, September 8, 2014

ALLAHUAKBAR!

Kakcik tengah belajo sembahyang
Hahahaa..
Tapi tak cukup syarat sebab dia tak pakai telekung
Dia pakai topi baby lak tu
Budak ni macam2 karenah dia.. kelako lak tu

Layan je la gambo Cik Gebu ni
Mama! Sini ke???

 Betui ke ni mama???

Tingginya angkat takbir....Allahuakbar!

Ni bukan sujud ni.. tapi menonggeng!

KAKCIK AMIRA

Seminggu dua ni asyik citer pasal baby Jasmin je kan
Dah tenggelam citer Kakcik  Amira..
Mesti ramai yang rindu kat Cik Gebu sorang tu kan



Sejak ada adik ni bukan main lagi dia buat perangai
Makin terserlah ciri2 kejelesan 
Ye la kan... dah ada pesaing...

Saturday, September 6, 2014

ANNUR JASMIN - THE JOURNEY SO FAR

Quick recap tentang perkembangan Annur Jasmin
Hari ni dah masuk hari ke 26 dah rupanya



Jasmin ni tak le putih cam Kakcik dia
Kulitnya lebih kurang ngan Aleeya je
Muka si Jasmin ni pun nampak cam garang sikit dari Amira
Nampaknya banyak ikut abah dia ni...

Apa2 pun  Alhamdulillah... semoga membesar dengan sihat ye Jasmin..
Harap2 mulut keletah cam Kakcik dia...
Baru la riuh rumah aku dok pot  pet pot pet..hehehehehe

Friday, September 5, 2014

NAIK BUAI

Mama tewas akhirnya
Bila baby dah buat ragam tak boleh nak terletak
Asyik nak berdempet dengan mama sampai mama nak buat benda lain pun tak boleh

Anak sorang boleh la ko nak berkepit doplohpatjam dengan anak
Ni dah anak 4.. jenuh kome oi...
Ate, cemana nak makan, nak mandi, nak berak, nak kencing, nak ngadap fesbuk, wasap, IG dsb??
Baru nak jamah nasi, baby dah bunyi
Baru nak uk uk, baby dah nyanyi.. terbantut hajat dibuatnya
Dah le pantang sengsorang...takde assistant lak tu.. tak ke haru dibuatnya...

Anak2 lain pun perlukan perhatian mama juga
Especially kakcik yang dah pandai cemburu kalau aku mengulit si baby
So.. solutionnya...

Thank you kepada yang mencipta buai ni
Really make my day!.. Lega kejap...

Baru 22 hari dah naik buai ko Jasmin oi...
Tido lama2 tau... senang mama ko nak apdet blog dia yang dah bersawang tu.



HAJAT TERAKHIR

Ini nak citer hajat terakhir aku sebelum bersalin haritu
Bukan la hajat sangat pun tapi lebih kepada mengidam

Aku kan bersalin selepas raya so memang dapat makan macam2 juadah raya la sebelum bersalin
Masa raya haritu aku kan tak balik Ipoh
Bila tak balik Ipoh, memang tak jumpa la ketupat daun palas
Sebabnya kat sini takde sapa yang reti buat
Nak beli pun takde la pulak yang menjual
Lemang banyak la orang jual..

Nak dijadikan cerita, aku ada la cakap pada hasben aku
Kalau lalu kat Selayang & ada orang jual ketupat daun palas tu
Nanti singgah la dan belikan
Ingatkan dia lupa rupanya beberapa hari sebelum aku beranak dia ada belikan
Suka aku..heheheheh
[Terima kasih abang!]

20 biji hasben aku beli sekali dengan rendang
Tapi rendangnya so-so je la
Daripada takde.. belasah je la...
Aku sorang sekali hadap 10 biji terus... sedap sangat rasanya ketupat tu

Akhirnya tercapai juga hajat aku nak makan ketupat daun palas ni
Pasni memang aku kena belajo buat la...
Rasa tak lengkap raya kalau takde ketupat ni
Aku lak sebenarnya prefer lagi ketupat daun palas ni dari lemang
Lemang paling banyak aku boleh makan pun 2-3 potong je..

So far, semua yang aku idam nak makan dah tercapai
KECUALI SATU BENDA
iaitu aiskrim stoberi made in Cameron Highland
Jangan meleleh air liur si Jasmin udah....

Abang!!!! Sila masukkan agenda ke Cameron Highland nanti ye
You owe me tau....


Thursday, September 4, 2014

KOPI TENOM

Beberapa minggu sebelum bersalin ada member aku gi Sabah
[Dia beraya ke rumah mertuanya di sana]
Siap tanya kat group wasap kalau ada sapa2 nak kirim
Ada la dia tanya aku kot2 ada benda yang aku mengidam kan
Aku cakap takde apa kot sebab aku pun tak pernah sampai Sabah
So tak tahu apa yang best kat sana.

Pehtu ada la member2 yang kirim KOPI TENOM
kopi yang femes katanya kat Sabah nun
Manalah aku tau kan.. 
Kalau Kopi Hang Tuah ke, Kopi Che Nah ke, Kopi Kapal Api ke, tau la aku kan..
Sebab ramai yang order, aku pun kirim la sekali kat member tu
teringin nak rasa sedap ke idak kopi dari Sabah tu..


Seminggu sebelum bersalin, sampai la kiriman kopi tu ke rumah aku
Eksaited nak try...malam tu terus bancuh
Tada...
Aku beli yang peket silver
Satu peket ada 12 sachet kecil2
Senang sebab dah dibuat uncang macam teh tu
Tak payah le nak tapis serbuk kopi tu lagi
Satu uncang tu cukup la untuk satu mug
Cuma tambah air panas dan gula secukup rasa je la
Nak tambah susu pun boleh.. ikut selera masing-masing
Aku suka kopi pekat2.. baru la kaw

So far pada aku, kopi ni takde la istimewa mana pun
Idak le sedap sangat.. sama je dengan kopi2 biasa
[pada tekak aku la]

** Aku prefer kopi Cap Manggis yang Cik Besah selalu beli kat Parit nun..hehehehe

Wednesday, September 3, 2014

SETAHUN BERGELAP

Dekat setahun rumah aku takde lampu tangga
Bergelap la kalau turun naik tangga bila waktu malam ngan pagi
Nasib baik la takde yang jatuh tangga 
Nak2 pulak sepanjang tu aku tengah mengandungkan si Jasmin
Nasib la Cik Besah tak tahu
Kalau dia tau, sah2 laki aku kena bebel dengan dia..hehehehehe
Mana idaknya... asyik lupa ganti mentol lampu tangga tu je...

Lepas setahun, akhirnya bercahaya kembali
Selalu hasben aku beli lampu kuning
Kali ni dia beli lampu biru pulak
Pelik lak aku rasa
Tapi ok la kan...daripada takde
Kadang2 perubahan itu bagus juga.. ye dak???