Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Deko. Show all posts
Showing posts with label Deko. Show all posts

Monday, September 7, 2020

BELI KARPET ONLINE

Dah 2 tahun lebih duduk rumah  sekarang memang aku kurang berhias la... tak tau nak letak apa yang sesuai.. Blank je rumah.. Ada yang basic2 je. Karpet pun takde tau. Senang nak mop & vakum rumah.. hahaha.. Tapi tu la rasa kurang berseri la rumah kan.

Pastu saja la dok belek2 Shopee, pastu terus cakap kat anak, "mama rasa macam nak beli karpet la". Puncanya pasal aku kesian tengok anak2 dok baring atas lantai time2 tengok tv.  Selalu tu diaorang dok baring atas sofa je. Tapi kalau time bergaduh2 cop2 sofa tu yang sampai ada yang kena berbaring di lantai. Kalau time gaduh kan masing2 taknak beralah... nasib la siapa yang kena duduk kat lantai tu.

Memula cuak gak membeli online ni.. Maklum la selalunya dalam gambar lain, bila sampai jadi warna lain pulak.. Risau kot2 tak terkena tema dalam rumah aku tu..Hahaha.. Bab saiz pulak pun aku ukur gitu2 je..hahaha (ikut kotak mozek 😆)

Untuk ruang tamu, memang kena cari saiz yang besar. Nak bagi nampak luas kan kekdahnya.. Nak cari yang terang, takut nampak kotor, nak beli yang gelap takut nampak sempit pulak rumah aku. Saiz bukaan rumah aku ni bukannya beso sangat. So pilih punya pilih (dan tawakal dengan rupanya bila sampai nanti).. so aku beli la design ni- saiznya 200cm X 300cm.


Ni la karpet yang aku beli tu.. Ada 2 tone


Bila dah bentang kat ruang tamu, Alhamdulillah kena pulak design dengan tema rumah. Rasa berseri sikit ruang tamu rumah. Anak2 pulak suka la lepak atas karpet tu.. Kena baring kat lantai pun ok je..

Pastu area yang depan TV jadi kosong pulak.. Kena beli karpet lain pulak
Cari lagi kat Shopee... Nak kena cari saiz yang sesuai dengan ruang yang ada la kan. So beli yang ni... jenis tatami.. suka la anak2 bergolek kat situ sebab lembut. Tapi aku rasa macam saiznya tak ngam pulak.. macam kecik je... Nanti2 la usha karpet lain.. pakai je le dulu yang ni. Beli pun sebab harga tengah murah.. RM25 kot untuk saiz 120cmx 180cm.


Tak habis lagi kat situ perihal karpet... Next month pulak gedik lagi cari karpet. Biasa la cari yang mur2 je... Bajet ciput. Ikutkan hati nak letak karpet kat setiap bilik tapi slow2 la dulu.. Search kat shopee jumpa pulak karpet design moroccan ni. Memang aku minat sangat tapi selalunya cepat sold out. Takpun kaler yang available tak kena dengan tema rumah. So bila dah terjumpa karpet ni, saiz yang sesuai pulak dengan ruang yang aku nak letak tu, terus je beli. RM50 je uols..... Saiznya 200cm x 160cm. 

Ngam2 letak sini

Ni kat ruang TV tingkat atas..  Memula ingat nak letak kat tempat lain, tapi sebab ruang tu anak2 selalu buat keje sekolah, habis bersepah dengan habuk pemadam la, habuk pensel la, tu yang letak je kat ruang TV ni.. Untuk ruang anak2 belajo tu nanti la cari karpet yang lebih sesuai.


Nanti nak cari karpet untuk bilik pulak😁






Monday, August 6, 2018

IKEA - RAK MULIG

Ini la pertama kali beli barang2 dari IKEA tau
Selama ni dapat barang IKEA pun sebab orang bagi

IKEA pernah la pergi sekali dulu dengan suami & anak2.. lama..... dah
Tapi tau je le pergi dengan toklaki kan.. asyik nak cepat je
dia tak berapa berkenan la sangat bab deko2 ni.. boring katanya
itu baru nak cuci mata, belum nak shopping lagi tu..hahahaha

Sekarang ni kan dah banyak personal shopper
so kalau nak beli barang2 IKEA ni dah tak susah
kalau nak pergi IKEA memang jangan harap la kan
jauh dari rumah lak tu.. pastu nak kena angkut2 barang kena la juga ada kenderaan yang sesuai gitu..hehehe

Bebaru ni saja usha2 barang IKEA kat Shopee
terus berkenan nak beli rak MULIG ni.. 
konon2 nak organize la sikit barang2 dalam bilik ni
tengok harga pun sesuai dengan bajet, so kita try beli satu lah!

Dalam 3 hari lepas oder, barang pun sampai
Eksaited nak pasang ko!!!!


Malam tu juga aku minta tolong Adib yang pasangkan
Walopun nak pasang tu tak le susah mana... aku pun boleh buat sebenarnya
Tapi kasi la Adib yang buat.. baru dia rasa nak tolong mamanya ni kan...

Ini la rupa raknya...


Memula asing2kan dulu skru2 & besi2 ikut jenisnya
Karang nak pasang senang la kan


Adib in action... semangat dia nak pasangkan rak tu 💪💪



Yey.. dah siap.. kejap je pasangnya pun😅😅
Sila glap.... eh clap ye... APPLAUSE bak kata Sajat..hahahaha




Rak ni tak le besar sangat
Just nice untuk ruang2 yang terhad
Memula aku plan nak letak kat dinding antara tingkap kat bilik tidur aku
Tapi rasa payah pulak nak mekap pagi2 sebab jauh dari cermin
Last2 aku alih letak tepi almari yang ada cermin tu
Senang la nak bersiap pagi2 nak gi keje

Ada model lak.😆😆



Ni dia hasil deko2 rak tu
Senang nak bubuh segala peralatan berhias & aksesori😊
Tepi tu ada hook senang la nak gantung tudung/seluar/baju




Rak ni ada 2 warna - hitam & putih
Rasa lawa pulak rak ni
Nanti nak beli lagi la letak kat bilik anak2 pulak










Tuesday, May 30, 2017

BERANGAN : BERANDA

Orang lain dok tayang menu sahur la 
Menu buka puasa la
Aku takde la nak tayang semua tu sebab menu sahur & berbuka aku sempoi sesangat
Takdenya rendang gulai bagai...hahahaha
Makan sorang2 tak best pun...hahahaha

Pepetang time mengantuk ni
jom cuci mata je lah tengok mende2 yang menarik kat google
Takde kerja sangat kan....

Best camni... ada kerusi buai gantung lagi
Macam kat marrybrown tu 😁





Kalau yang camni aku berangan kalau orang datang beraya
Kita lepak kat beranda je... takyah masuk rumah...hahahaha



Lawa2 kan tengok beranda rumah omputih ni
Pastu kalau rumah kat kampung2 pun selalu ada beranda
Aku berkenan sangat kalau rumah ada beranda ni
Boleh duduk2 kat luar rumah
Ambik angin petang, angin malam
Maklum la kadang2 dalam rumah tu berkuap kan

Nak masuk wishlist la ni....
Tengah cari yang agak2 sesuai nak buat kat rumah sendiri..
Cewah.....
Petang2 boleh duduk kat beranda sambil tengok anak2 main kat laman
Berangan ko ye syani!! Takpe la... free je kan???
Masalahnya kalau dibiar jenis open, abis la kucing dok berak kencing kat situ
Pastu kalau hujan dah tentu2 tempias kan?
Kalau bubuh cermin pulak, dah serupa duduk dalam rumah
[tak dapat angin fresh]
Ate cemana ke gayanya tu???

Tuesday, December 29, 2015

WISHLIST 2015 : TUKAR PINTU BILIK AIR

Tahun 2015 dah hampir ke penghujung
Wishlist tahun 2015 aku ada banyak
Ada yang tercapai, ada yang tidak
Mana yang tak tercapai, kita carry forward ke tahun depan la pulak

Salah satu wishlist aku ialah 
NAK TUKAR PINTU BILIK AIR
Ha..ha...ha... tah apa2 kan
Tahun lepas pun ada gak ura2 nak tukar pintu bilik air tu
Tapi sebab masa tu pintu bilik air tu masih elok lagi
So pospon je la dulu

Ni la pintu bilik ayor teman
Asalnya dulu pakai pintu lipat2 tu
Tapi udah jatuh dari landasan & takleh repair
So ganti la dengan pintu marhaen ni
Lama juga guna pintu ni
Cuma kelemahannya sebab dia plastik kan
So selak pintu ni senang patah.
Nak tampal selak tu sampai guna binding tape bagai tau
Pastu selak tu cam loose
Kadang2 pintu boleh terkunci sendiri dari dalam walopun takde orang
[Pintu bilik air aku ni memang sentiasa bertutup sebab takut Amira/ Jasmin main dalam bilik air]


Tahun ni ada rezeki lebih, tu yang minta hasben ganti pintu bilik air
Aku nak pintu lipat [folding door]
Hahahaha.. nak feeling dok rumah orang kaya
walopun sebenarnya duduk rumah rakyat semekin je.


Malas nak cari jauh2, riki2 kat are Batang Kali je
Ini la dia pintu yang aku pilih
Alhamdulillah dah siap pasang hari Jumaat lepas
Pilih corak & warna yang agak2 sesuai dengan tema dapur & kitchen kabinet aku


Terasa cantik dapur aku...hahahahaha



Harap2 bertahan lama la pintu ni
Semoga kamu dilindungi dari keganasan ahli2 keluarga kami
Hahahahaha

Sebelum & sesudah
Akhirnya..... salah satu WISHLIST 2015 FULFILLED!
Alhamdulillah.

Tuesday, February 10, 2015

SAMPAI JUGA ROTATING JEWELRY ORGANIZER

Payah tul nak dapat make up organizer ni
Kalau cari kat Mudah @ Lelong pun harganya mahal nak mamxxx
Sampai ratus2 ko..
Walhal bendanya idak le beso mana pun

Dulu aku pernah beli kat MyDeal
Lama aku tunggu sekali dia kata out of stock
[Masa tekan BUY NOW tu idak le pulak kuar status Out of Stock tu]
Itu pun feedback lepas beberapa kali aku email
Nasib baik la aku dapat refund


Ni la bendanya yang aku nak sangat2 tu


Pastu hujung tahun lepas kuar balik iklan benda alah ni
Yang pasti lebih murah dari yang sebelum ni
Cepat2 tekan BUY NOW...hahahahah
Tapi terms & conditionnya, barang akan dipos dalam masa 4-8minggu selepas pembelian
Perghhhhhh... lama gile kan
Tapi sebab nak juga... sanggup tunggu tu


Jumaat lepas tetiba ada courier sampai
[opismate tolong ambikkan]
Baru aku teringat ada beli benda alah ni
Lama gile nunggu - ada la dalam sebulan setengah
Sampai aku pun dah lupa ..hehehehehehe

Balik rumah terus pasang ko...
Anak mengaruk pun, lantak ko lahhhhhhh
Itupun cepat2 pasang sebab pastu nak kejor tengok abang sado Zul Aripin @ Istikharah Cinta

Jeng...jeng....
Sudah beraksi di atas meja mekap
Sukaaaaaaa  sangat sebab nampak kemas je atas meja tu
Kakcik pun suka juga sebab benda tu boleh pusing2kan
[Jangan ranap dikerjakan dek Kakcik udah le...]






Monday, September 22, 2014

OTTER LANGSIR BILA BOSAN

Bila cuti lama2 ni bosan jugak ek kalau takde apa nak buat
Aku dah bercuti selama 42 hari [termasuk hari ni]

Minggu lepas kan cuti sekolah
Riuh rendah rumah aku bila budak2 ni tak sekolah
Sampaikan si baby pun tak lena tido
Nasib la seminggu je cutinya..

Hujung minggu lepas.. daripada duduk saja2 tak buat apa
Si baby pulak tido
So aku pun oter la langsir sliding door rumah aku ni
Ala.. bukan nak oter apa pun
Cuma nak jahit sikit bawah langsir tu sebab labuh sangat
Ekceli ni langsir lama
Dah 3 tahun kot langsir tu
Hajat dihati memang nak otter.. dah lama dah pun
tapi main dengan malas ni kan.... 
So sementara roh rajin tengah singgah, boleh la aku oter kasi singkat sikit
Dah tak lalu nak nyapu habuk bawah tu..hahaha 
[Sekarang baru nak pikir???]

Ha.. ini rupa setelah di oter
Baru le senonoh sikit kan...
Tak jahit dengan mesin pun.. aku jelujur bodoh je kat kaki langsir tu
Tak sia2 belajo KHB masa sekolah2 dulu..wakakakak


Before and after
Ok la kan,.. at least terisi masa lapang yang tak berapa lapang tu..

Wednesday, August 21, 2013

LANGSIR BILIK YAYA

Kesinambungan deko raya tak habih lagi
Entry lepas2 aku citer pasal string curtain kan yang aku gantung kat pintu menuju ke dapur
Masa aku beli string curtain tu, aku beli juga string curtain untuk bilik Yaya
Memandangkan biik Yaya kaler purple, harus la beli kaler purple jugak kan
String curtain ni aku beli bagi menggantikan sheer curtain yang dah reput tu
Disebabkan takde bajet lagi nak beli sheer curtain baru
Pakai la langsir bajet ni dulu...

Disebabkan rail langsir aku semua ceiling height 
[kena pakai langsir labuh hampir 8 kaki]
String curtain ni idak le mencecah ke lantai sebab string curtain ni labuhnya cuma 200cm je
Tapi kependekan tu still boleh cover dengan katil tu

Masa nak menggantung ni pun masalah juga
Dawai nak gantung langsir pulak dah takde
So kena fikir cemana la nak gantung langsir ni
Last2 aku ikhtiar masukkan je ikut rail langsir tu
Tapi renyah sikit la sebab kena bukak skru dulu untuk masukkan langsir tu
Jenuh aku mendongak2 nak putar skru..
Kiri kanan pulak tu kena buat, baru la boleh sarungkan lubang langsir tu
Ini hasilnya lepas bersusah payah

Just nice!
Aku guna 2 keping string curtain..

Lepas gantung string curtain, nak gantung night curtain pulak
Bukak hari tu sebab pi hantar dobi
Now dah bersih kena la gantung balik
Langsir ni asalnya tanahnya purple cair
Tapi sebab dah lama & dah basuh banyak kali
Tanahnya tu dah jadi kaler putih
[Selagi tak reput pakai je lah...]

Nak tangkap gambar full tingkap & langsir tak boleh
Sebabnya  kamera berhadapan cahaya so gambar jadi gelap
So ambil gambar sebahagian dah le ye


Cuma tang pengikat langsir ni masih pakai yang lama
[Dulu aku nak beli tapi masa tu takde pulak kaler purple]
Pengikat ni pun dah nampak nak mereput juga
Kena cepat2 ganti lain ni...

Monday, August 19, 2013

DEKO RAYA

Orang lain sebelum raya dah menghias rumah
Aku ni orang dah start  raya baru sebok2 nak hias bagai
Bukan hias apa pun.. cuma buat deko sikit kat dinding rumah

Sebelum ni dinding rumah aku plain je
Kat atas sofa tu cuma ada hiasan ringkas je
[gambar raya tahun lepas]

Tahun ni kita ubah pulak hiasan atas sofa tu
Kan hari tu aku citer beli frame kan
Hehehe... untuk projek wall decor aku le tu


So tukang  gantung 2 frame tu adalah aku
Tapi tukang ejas senget benget tu tok laki la
Tu dia tegah ejas mana2 frame yang senget la
Siap pakai timbang air lagi tau...

Jeng2 bila dah siap.. ini la hasilnya...

Another angle lak

Ini la deco bajet namanya...
Frame tu aku beli frame unutk letak sijil tu je
RM5.90 satu
Pastu aku print je gambar2 yang aku bekenan
Nak dramatik, tu yang print hitam putih je
Print pun atas kertas A4 je.... jimat kan???





Wednesday, June 5, 2013

MUD ROOM

Masa aku buat design untuk kitchen kabinet kan aku ada buat satu kabinet betul2 sebelah dengan pintu dapur . Kat situ cadangnya aku nak buat mud room la.

Ada yang tanya mud room tu apa? 
Mud room tu sebenarnya banyak terpakai kat rumah omputih je
Ala, tempat untuk gantung2 coat, letak kasut & beg sebelum masuk dalam rumah
Ala... aku pun nak bajet cam omputih gak
Lagipun pintu dapur aku tu la sekarang jadi pintu masuk utama rumah aku
Pintu sliding kat ruang tamu tu kadang2 je aku guna....
Orang keluar masuk rumah aku pun selalu guna ikut pintu belakang..hehehe

Ni adalah contoh2 mudroom




Ada banyak lagi design mudroom yang cantik2
Korang google la sendiri..

Macam aku punya mud room ni, kecik je sebab aku nak utilize space tu
Laki aku suruh buat pintu, tapi kalau letak pintu dah macam wardrobe lak jadinya
So biar la open camtu... tapi kena susun cantik2 la kan.. idak le sakit mata memandang nanti..kui..kui..


Pastu aku kena buat jenis hanging sebab kadang2 kat bawah tu selalu leaking kalau hujan lebat.. Nanti ingat nak buh bakul/bekas plastik kat bawah tu..



Wednesday, September 19, 2012

JUST NICE FOR MY KITCHEN

Edisi verangan... tak leh kata apa la
Tak salah kalau berangan kan???



Memang sesuai beno dengan saiz dapur aku kalau nak buat cenggini..
Kalau la dapat... [tak tahu la bila.. tengah gigih kumpul duit]

Wednesday, July 18, 2012

DOUBLE STOREY SUPERLINK TERRACE HOUSE @ BATANG KALI

Panjang sungguh tajuk aku ni.. walhal nak citer pasal rumah kat Batang Kali je
Dulu bila sebut Batang Kali, ramai yang tak tahu kat mana
Kalau yang tahu pun mesti cakap tempat ni tempat jin bertendang.. hulu banat le katakan
Well, itu 10 tahun dulu

La ni Batang Kali dah maju tau, dah banyak perumahan, kedai
ECONSAVE pun ade tau.. [bangga beno la orang Batang Kali dengan Econsave tu..]
Bebaru ni sempat la pi tengok satu showhouse rumah Superlink yang baru nak naik
Kalau nak tahu majoriti projek perumahan kat sini adalah under Ligamas Sdn Bhd

Last time aku citer pasal VILLA IMPIAN pun under Ligamas jugak
Ada satu projek terkini --> Single Storey tapi takde showhouse
Kali ni showhouse bukannya dibuat di tapak perumahan, tapi betul2 sebelah dengan sales office
Kalau korang nak pi Genting ikut Batang Kali, showhouse ni betul2 tepi simpang tu

 Ni contoh ilustrasi rumah ni

Malas citer banyak... jom cuci mata dengan deko rumah ni
Lawa giler.....
Banner rumah ni..
Luas rumah 24' X 65'
Ada 4 bilik tidur & 3 bilik air

Ni pandangan dari belakang... Nampak je cam kecik

Pandangan sisi rumah pulak.

Ni bahagian entrance / pintu masuk...

Jom masuk dalam pulak
Tema putih/biru/hitam
Sejuk & luas je nampak rumah ni..

Ruang tamu dari bahagian meja makan..

Ruang makan...

Bilik di tingkat bawah...

 Cermin dalam bilik kat tingkat bawah.. Cun!

Dapur... agak kecil la... Kalau orang jarak memasak cam aku ok la kot [perasan!]

Tangga ke tingkat atas.. [ni aku snap dari atas]

Hall kat tingkat atas.. takde la besar sangat...

Master bedroom.... pepel kaler gitu..

Ada wardrobe dengan cermin sebesar2 dinding... Setentang dengan wardrobe tu ada sliding door untuk ke balkoni.

2nd bedroom.. pink kaler gitu.. Hasben aku tu baru keluar dari bilik ke-3

2nd bedroom... Bilik ni pun ada wardrobe yang sama cam kat master bedroom.
Nampak tak ada sign No Camera kat tepi tu??? Lantak la kan.. aku tangkap gambar bukan pakai kamera, tapi pakai henfon je...hehehe.. Sib baik salesman tu tengah entertain orang lain masa ni..


Berkenan sungguh aku dengan cermin ni [kat 2nd bedroom]. Tu yang tepek sampai 2 keping...

 Ni pulak 3rd bedroom.. sesuai untuk single bed.. Bathroom bilik  ni attached dengan 2nd bedroom tadi.


Ok.. tu je gambar yang aku sempat snap.. 
Tengok real lagi cantik tau especially tang ruang tamu & dining hall kat bawah tu
Bilik air aku tak snap pun sebab tak lawa pun.. standard je cam rumah teres yang lain.