Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Monday, July 27, 2020

TERJEBAK BELI FILEM DI ASTRO FIRST

Tak pernah sepanjang hayat aku beli movie kat channel 480 tu
tapi gara2 filem Keluarga Iskandar The Movie aku terrrrrrrbeli jugak la movie ni
Walaupun aku pakai Njoi je, tapi sebab gedik nak nengok jugak movie ni, ku korbankan jugak RM15.90..Hahahaha..
Selalu tu aku tengok online je tapi sebab  kebosanan melanda masa weekend lepas, tu yang gigih beli movie ni kat Astro First .


Aku memang folo drama Keluarga Iskandar tu dari season pertama lagi
Pastu sambung season 2
So bila keluar yang movie ni terus rasa tak sabar nak tengok
sebabnya nak tahu apa lagi kekecohan yang berlalu dalam Keluarga Iskandar.
Cuma dalam movie tu Kay a.k.a Kak Ngah takde la pulak.. kalau ada mesti lagi best.


Sekali beli movie, boleh tonton for 48 jam.. Makanya tah berapa banyak kali la dok ulang2 tengok movie ni.. Channel lain memang tak layan la... Tak jemu2 sungguh la anak2 aku ni.

Yang kelakar tu adik aku yang duduk Shah Alam, boleh datang rumah aku semata2 nak nengok movie ni... Sanggup datang Ahad petang, Isnin pagi terus pergi keje kat Shah Alam nun all the way from Batang Kali.. Gigih you sis!

Sapa yang tak pernah layan Keluarga Iskandar ni mesti tak tau hujung pangkal gak cerita ni. Pelik pulak deme tengok drama ala2 Keeping Up With The Kardashians ni. Cumanya yang Kardashian tu memang betul la family Kardashian, tapi dalam keluarga Iskandar ni  semua tu pelakon tapi diaorang bawa watak as satu family yang memang sangat2 typical Malaysian... Takde satu watak pun yang rasa tak kena.. semua kena je & semua anak2 Mak Jah memang ada la perangai yang lebih kurang cam family member kita sendiri kan.. Memang ketawa sendiri kalau layan Keluarga Iskandar ni.

Even yang version movie ni pada aku tak la best macam versi drama, tapi ok la untuk tontonan santai. Watak utama tentulah Mak Jah kan.... Very mak2 sangat.. Nasib la mak aku tak macam tu..hahahaha. Anyways, memang aku bagi 4 bintang la untuk filem ni. Sebab Kak Ngah takde, kalau ada Kak Ngah rasanya mau 5 bintang aku kasi..

Kalau korang jenis layan Keluarga Iskandar ni mesti dah selalu dengar ayat2 & perkataan ni kan??

* Allah kan dah set from the top
* cow girl
* dinosour
* constipation
* twisted blade
😆😆😆😆


Sapa yang belum tengok pi la tengok... 
Dalam tu ada Ude tau... 2 season depe sorok sapa Ude tu, dalam movie baru reveal... 






Wednesday, February 17, 2016

KENAPA LA KO COMEL SANGAT SHAHIDA???

Sapa dah tengok filem Bhajrangi Bhaijaan?
Ala cerita yang Salman Khan berlakon tu??

Aku baru berkesempatan nak menonton hujung minggu lepas
Gigih aku mendownload kat internet tau
[mak kedekut nak melabur ke panggung wayang...hehehehe]
Itu pun download sebab banyak review kata best cerita ni
Bila download ni pepaham je la... ulang le cerita ni 100x pun..



Memula aku bajet cam tak best je cerita ni
konon2 Dilwale la lagi best
Sekali bila dah tengok.. memang terpaku depan tv tau
Anak2 aku pun sekali terpaku
Terpaku dengan budak comel nama Shahida/Munni tu
dan terpaku tengok keindahan pergunungan Kashmir tu

Jalan cerita ni memang touching habis
Sedih di awal, tengah & akhir cerita
Bila Shahida kena tinggal keretapi, bila Shahida nak kena jual ke rumah pelacuran & bila Shahida dah boleh bersuara panggil pakcik masa last2 tu... oooooo sangat murah air mata aku ni tau!
Ok konfem.. cerita ni 10x lagi best dari Dilwale [pada aku la]
Yang pasti dalam ni takde adegan 18sx, pompuan seksi meksi pun takde
Yang ada lelaki seksi pakai cawat sebab nak bergusti...hahaha


Ni la budak Shahida tu
Comel sangat kan???

Nama sebenar budak ni  Harshaali Malhotra
[ingatkan dia memang budak Pakistan..hehehe]


Comelnye subhanallah..... sapa mengandung baik tengok muka budak ni
Kot2 la dapat anak muka comel camni...

Kat rumah aku yang paling comel
bila Amira dok panggil2 Shahida.....oooo... Shahida...
[Terpengaruh jugak budak tu rupanya..hahahaha]





Monday, July 9, 2012

DULU NANG NAK SEKARANG MAE NAK

Masa menggoogle tadi  terjumpa la iklan dok promote citer MAE NAK
[Nak tayang kat wayang hujung bulan ni rasanya]
Tengok gambar pompuan bawak anak lebih kurang cam citer  NANG NAK
Ada yang pernah tengok citer Nang Nak tak???
Aku tengok trailer kat youtube pun rasanya ceritanya pun lebih kurang sama dengan Nang Nak
Cumanya MAE NAK ni rambutnya panjang, yang NANG NAK dulu rambutnya pendek
Lagi satu pelakon yang jadi suaminya tu  yang citer Nang Nak lagi hensem...hehehehe

Cerita ni cerita hantu Thailand. Aku memula tengok dulu masa aku kat UUM. Kan ke dekat dengan Siam..hahahaha. Tu yang asyik nengok citer Thailand tu..  Nasib le ada translation.. Pada aku idak le scary sangat hantunya, cuma banyak scene terkejut2 je. Tapi dalam ala2 seram tu, boleh juga menangis.. ye la kan.. sedih tengok kesetiaan si isteri yang tetap tunggu hasben dia walopun dia dah mati masa beranak. Yang suaminya pulak boleh tak tahu yang isterinya tu dah lama mati.. [suami dia kan pegi perang]. So selama dia balik ke kampung lepas perang tu, yang melayan dia tu ialah hantu isteri dia. Bila orang cakap isteri dia hantu, dia tak caya.

Bab2 ending tu bila masing2 kena berpisah, memang sedih ooo.. Bab tu la yang sampai nangis2 tu. Cis sentimental sungguh aku ni.

Korang pegi la tengok trailer MAE NAK kat youtube pastu korang compare dengan NANG NAK tahun 1999 tu. Mana lagi best.. Tapi rasa cam nak tengok juga citer MAE NAK tu..

ARMAGEDDON

Sape layan citer ni malam Sabtu lepas??
Aku tau sure ramai yang layan cerekarama kan?? Aku malas nak tengok cerekarama sebab pelakonnya si Tasha Shila tu.. Tak berkenan la dia tu...Alih2 channel tengok citer lain, tup2 ada pulak Armageddon kat TV9. Wallawey... terus terpacak la depan tibi [walopun masa tu dah terlepas 15 minit pertama]
Tak tahu dah berapa ratus kali aku nengok citer ni.. tapi setiap kali pun aku tak pernah bosan. Setia tunggu sampai habis tau... [dalam kul 1 pagi]... nasib la esoknya cuti, boleh le bangun lewat sikit..

Friday, June 15, 2012

CANTIKNYA TEMPAT NI

Hari tu anak aku pasang VCD citer hindustan
Bukan filem pun tapi VCD lagu2 Hritik Roshan
Sambil relax2 sesekali layan hindustan pun syok gak kan
So masa tengok videoclip lagu KOI MIL GAYA tu aku tengok dia punya background lawa gile
Jenuh gak menggugel kat mana la lokasi tempat tu
Sementara aku gugel, korang layan dulu clip video tu
Lawa ke tak lawa tempat deme shooting tu.. ce citer..ce citer






Hasil googelan aku, rupa2nya lokasi shooting lagu tu kat Canada
Kat Banff National Park, Alberta, Canada




SUBHANALLAH....


Wednesday, May 23, 2012

WE ARE FAMILY

Hari ni banyak la blogger buat entry pasal pemergian Norma ke rahmatullah
Takziah pada Kak Moon &  Talib sekeluarga
[dulu pun pernah citer pasal Norma-Talib ni dalam blog picisan aku ni]
Sekurang2nya penderitan Norma di dunia ni dah berakhir.

Tutup citer pasal Norma, ni nak citer pasal satu citer hindi yang aku tengok kat TV3 2 minggu lepas
Lakonan Kajol & Kareena Kapoor tajuk WE ARE FAMILY
Citernya lebh kurang cam citer STEPMOM lakonan Susan Sarandon & Julia Roberts kalau tak silap
[Biasa la keling kan suka tiru citer hollywood]


Memula layan cam tak best tapi lama2 layan memang boleh meleleh airmata dibuatnya
Citernya pasal satu kapel yang dah bercerai (Kajol & Arjun Rampal)  tapi ada anak 3
[Kajol adalah super cun dalam citer ni]


Lepas divorce, masing2 dah move on, tapi masih contact each other for the sake of their children
Arjun dah kapel dengan Kareena & almost kawen dengan Kareena
Tapi anak2 dia takleh accept Kareena tu, so macam2 la deme buat perangai
[tapi anak bongsunya tu tersangat la comel]
Diaorang siap bagi gelaran witch pada Kareena, even though Kareena tu idak le jahat pun
Kareena tu pulak keje sebagai fashion designer

Satu hari Kajol pi buat check-up & kena detect ada kanser serviks
Pastu dia cakap pada ex-husband dia & finally depe rujuk
Maka frust la si Kareena tapi dia cuba faham keadaan
Yang Kajol pulak tahu dia akan mati so dia ajak Kareena duduk rumah dia
Sebab dia nak bagi anak2 dia biasa dengan Kareena bila dia dah takde nanti

Saat2 bila dah nak mati tu sangat tacing tau
Adib & Aleeya pun setia nengok citer tu sampai habis
[Laki aku takde sebab dia keje]
Kiranya best jugak la layan citer ni, not like typical hindi love story

Monday, February 27, 2012

FACE/OFF

Sape tengok citer ni kat TV9 malam Sabtu lepas?
Aku rasa ramai tak tengok kot sebab kome nengok Walimatulurus Lisa-Yusry kat Astro Ria kan?? kan??
[Aku tak le tengok, kan ke rumah aku takde ASTRO]

Citer ni walaupun dah lama tapi memang best tau
Lakonan John Travolta & Nicholas Cage


Setia tul aku nengok citer ni, waktu iklan pun aku tak tukar channel lain
Tapi yang tak bestnya, banyak juga scene kena potong
Walopun aku tak minat dua2 aktor tu, tapi sebab jalan ceritanya tu best, aku tengok la jugak
Selalunya kalau hero tua2 ni malas nak layan, tapi tu la style Hollywood, aktor tak penting tapi jalan cerita kena kuat la kan

Satu lagi citer yang memang aku akan tengok everytime tayang ialah citer Armageddon
Kalau mengantuk pun aku sanggup tunggu sampai habis
Hero tua kan... Bruce Willis, tapi sangat touching tau


** Tak sempat nak layan citer Sangam haritu sebab Adib nak tengok Wonderpet...





Monday, February 20, 2012

HANTU KUM KUM

Kecil2 dulu memang selalu ditakutkan dengan citer hantu KumKum ni. Kalau tak silap aku, kalau terdengar orang bagi salam Assalamualaikum Kum Kum tu maknanya hantu kumkum la yang datang tu.. Eiiiii seram sejuk masa tu dibuatnya.

Kononnya hantu kumkum ni asalnya sorang pompuan cantik yang langgar pantang & akhirnya muka dia jadi buruk. Tapi masa aku sekolah rendah dulu ada jugak cerita camni tapi bukan panggil hantu kumkum, tapi panggil apa tah aku dah tak ingat. [Sapa ingat sila refresh memory aku ni ek..] Katanya masa tu pompuan tu keje kat kilang SEAGATE, Chemor pastu bila muka dia dah buruk, dia pakai purdah sebab nak sorokkan muka dia & sambil tu culik budak2 pompuan sebab nak makan darah anak dara sunti. Katanya dia naik kancil merah, so masa tu kalau nampak kancil merah mula la fobia. [Masa tu dah le aku gi sekolah agama naik basikal, siap lalu kawasan lombong yang  agak sunyi lak tu]

Sampai sekarang tak tahu la kesahihan cerita tu betui ke idak. Ada yang kata betul, ada kata tipu semata2 nak takutkan budak2 dari keluar sorang2. Ntah le..

Semalam, sempat la nengok citer Sumpahan Kum Kum ni. Aku donlod je citer ni. Tak kuasa la nak beli CD bagai. Nak tengoknya sekejap je pun.
Memula tu cam tak berapa paham sikit la. Tapi towards ending baru la dapat tangkap sebab kewujudan hantu Kum Kum tu. Selalunya kalau tengok citer hantu Malaysia ni, hantu2 ni wujud sebabnya nak sampaikan sesuatu @ sebabkan dendam dan jugak berkaitan dengan amalam ilmu hitam.

Basically citer ni disebabkan dendam je la. Tu la sebab dia nak hapuskan keturunan Mak Som [lakonan Lydiawati]. Eh pompuan ni kan ke dah bertudung, pesal dia bukak tudung lak dalam citer ni??
-Ni scene masa pompuan yang dah terlanggar pantang tu nak mintak tolong Mak Som carikan cara nak cantikkan balik wajah dia-


Pada aku citer ni takle seram sangat. Rupa paras hantu tu pun idak le mengerikan sangat. Takde scene yang terkejut2 pun.  Takut lagi tengok muka hantu dalam citer Karak tu rasanya..heheheh..


Overall, ok gak le citernya. Nak kata tak best, kira orait le, nak kata best pun, idak le jugak. Aku bagi 2.5 bintang je. Kalau nak tau sinopsis, kome google la sendiri. Aku malas nak taip panjang2.

** Tapi tak pulak diceritakan asal usul kenapa dia sebut kum-kum tu. Adik aku siap cakap macam nak main2kan perkataan assalamualaikum tu pulak.. Betui jugak kan???

Wednesday, January 11, 2012

BULAN SHAH RUKH KHAN

Sape perasan bukan Januari ni hindustan majoriti cerita Shah Rukh Khan
Bulan ni bulan SRK ke ha??

Start dari minggu pertama tu lagi Panggung Sabtu dah tayang citer Kal Ho Na Ho
Layan 3 jam aku depan tibi sambil nangis2
[banyak potong pun aku boleh tangkap leleh lagi]


Pastu hari Rabu lak citer Dil To Pagal Hai kat TV2 pukul 10 malam
Tak dan nak layan sampai habis sebab esoknya nak keje kan.. kena tido awal
[citer DTPH ni sampai 3 VCD aku ada tau...]

Sabtu lepas lak citer Kabhi Alvida Na Kehna kat TV3


Malam ni pulak Dilwale Dulhania Le Jayenge kat TV2
Tak sabar nak tengok!


** Ni tak masuk channel kat Astro yer... [aku kan takde asteruk]

** Bila nak ada cite Kuch2 Hota Hai & Kabhi Kushi Kabhi Gham lagi kat tv ek???

Thursday, December 29, 2011

NAK ESYEN SIKIT.. AKU PUN DAH TENGOK OMBAK RINDU

Aku tau  sure ramai dok kata aku "perak" kan??
Orang lain dah 10-15 kali nonton Ombak Rindu
Aku baru sekali nengok dah kecoh satu donia...hahahahahaktui!

Ok la.. walaupun aku ketinggalan dari korang2 semua
tapi akhirnya aku dapat jugak nengok filem ni dari awal sampai akhir
Kalau tak silap aku citer ni dah tayang kat Astro First kan
Tapi aku kan takde ASTRO.. so apa boleh buat
Layan je la kat youtube... terima kasih la sangat2 kat tukang upload tu
Kalau nak layan DVD cetak rompak, hasben aku bukan layan beno citer2 tangkap leleh cenggini. Kalau gangster2 tu dia suka la..

Sapa yang sekapal dnegan aku.. boleh nonton kat sini
Standby la masa korang 2 jam... Kalau line internet korang hazabedah mau pegi 6 jam kot





Memang agak touching la citer ni
Mampu membuatkan aku menitiskan air mata
[part yang Izzah hampir keguguran masa kejar kereta Haris tu]
Kalau baca novelnya mungkin lagi feeling kot!


** Tak sabar nak tengok ending Tentang Dhia petang ni pulak!

Wednesday, November 2, 2011

CITER FEVERET AKU & MAKCIK REHAN AKAN DI TAYANG DI PAWAGAM

Aku & Makcik Rehan memang peminat setia buku cerita TINTIN ni
Masa sekolah menengah dulu la
Asal naik library [kitaorang panggil KK --> Khutub khanah]
mesti kitaorang gi pinjam buku cerita ni

Ada banyak siri cerita ni.. ala² komik sikit
best tau citer adventure of TINTIN ni

 Cam ni la rupa buku TINTIN tu...

Ini antara siri cerita Tintin 
[tapi ni dalam bahasa french kot, aku baca yang English ler]


Tak lama lagi citer ni akan ditayang kat pawagam dalam bentuk 3D
Kalau tak silap aku pada 10/11/2011 nanti [sila cek iklan Nuffnang tu..]


Jom MR kita gi nonton.. .. mengenang memori lama..hehehehe
Tengok trailer dulu la..



Friday, October 28, 2011

AISHWARYA RAI YANG SANGAT CANTIK DALAM FILEM ENDHIRAN

Korang nengok tak citer Endhiran kat TV2 masa malam Deepavali tu?
Tajuk cam tak best tapi sekali tengok si Rajnikanth berlakon
terus terpacak depan TV walopun dah terlepas 30 minit pertama
[aku yang dari rumah Cik Besah, berlari balik rumah nak nengok TV]


Citer Endhiran ni adalah tentang satu robot yang diberi nama Chitty
Memula robot ni dibuat untuk membantu manusia la kononnya
Sampai la si robot ni diberikan perasaan, masa tu la komplot bermula
Dek kerana cinta, robot ni sanggup buat apa saja untuk dapatkan Sana [Aishwarya Rai]. 

Kadang² nengok citer keling ni nak tergelak pun ada
Tak logik pun ada.. tapi tetap nak tengok sampai habis
Cuma kali ni Rajnikanth takde la bunyi desup desap macam yang selalu tu
Yang aku nak cakap kat sini, si Aishwarya Rai tu cantik giler dalam filem tu
Aku pun naik ralit tengok dia [laki aku apatah lagi la gamaknya]

Ni la antara gambar Aishwarya dalam filem tu
Cun kan??? Untung si Abhishek Bachan tu dapat bini lawo cenggini...

Wednesday, August 24, 2011

NONTON KARAK TENGAH MALAM

Semalam masa gi PARAM, nampak la pulak sorang brader ni jual VCD cetak rompak
Asalnya saje2 je mengintai apa citer2 yang ada
last2 terpengaruh jugak hasben aku
brader tu jual sekeping RM6, 2 keping RM10
Finally beli je citer KARAK & TRANSFORMERS 3

Aku tau la korang semua dah tengok dah citer tu semua
tapi aku yang lambat bab2 ni semua
tapi aku tak kisah pun sebab aku bukannya movie addict sangat

So semalam dalam pukul 10 malam
kami satu family tercongok depan TV sebab nak nonton citer KARAK
Nak tau seram sangat ke citer tu...
Bulan pose ni gagah le nonton citer hantu
Syaiton takde kan.... 

Review citer ni [ada hati nak buat review dari pandangan aku konon]
ok la jugak walaupun ada part yang tak lojik 
Part seramnya pada aku tang part memula  tu jer
[bila  pompuan tu toleh belakang tengok hantu tengah makan hasben dia]
Bila dah masuk bab budak 4 orang tu dah tah apa2 dah.

Tapi bunyi mengilai nenek kebayan tua a.k.a pontianak tu seriyes seram
Yang tah apa2 tu ada ke toilet punya la jauh dari jalan raya, siap lalu celah rumah orang
dah le tu dalam takut2 dengan hantu yang berkeliaran tu berani pulak si Kilafairy tu gi mandi sengsorang kat telaga [seksi dia tu usah citer la]
Dan yang paling tak lojik, dan2 boleh baca terjemahan ayat kursi dari awal sampai akhir
[kalau dia jenis warak tu takpe la jugak, tapi ni memang jenis jarang semayang punya orang--> watak dalam citer tu la]
Tapi bukan nak cakap la, kalau bacaan solat pun kita tak hafal terjemahan sebijik2 ni kan pulak ayat kursi, ye dak???
Yang lain2 tak lojiknya tu korang kena  tengok sendiri lor...

** Aku bagi 2 bintang je citer ni.. Tengok sekali cukup le...

Monday, August 1, 2011

PANGGUNG SABTU | DILWALE DULHANIA LE JAYENGE

Sape nengok Panggung Sabtu kat TV3 hari Sabtu lepas?
Citer yang femes ames masa aku kat uni dulu
Titik permulaan Shah Rukh Khan & Kajol menjadi femes
Rugi oooo kalau sape tak tengok

Lama gile tak tengok citer ni
last time aku tengok pun masa dalam pantang si Aleeya
[dah 6 tahun lebih dah]
bukannya aku takde CD citer ni
tapi CD aku takde subtitle
[masa beli dulu, minat punya pasal takde subtitle pun takpe, janji gambar clear.. senang nak menatap muka SRK]

Tapi yang tak puas hatinya, banyak cut la 
ye la kan, nak cukupkan 3 jam + iklan
kalau CD direct 3 jam tanpa henti punya..

Layan je la lagu ni...

Tetiba teringat member2 sekufu & sekonco 
tergedik2  menengok citer ni  dulu..

Monday, July 4, 2011

MENONTON BERSAMA

Semalam sepatutnya hari bermalas2 sekeluarga
tapi dalam malas2 tu terpaksa jugak kemas rumah
sebabnya beberapa hari sebelum tu anak2 aku dah buat onar
habis melekit2 lantai satu rumah
nak tak nak terpaksa la hasben aku mop lantai
[aku paling tak suka mop lantai tau.. maka itu dah jadi kewajipan hasben aku la]

Lepas berpenat lelah, menyapu, mengemop, mengelap bagai
aktiviti seterusnya ialah merebahkan badan sambil menonton tv
tapi kalau dapat lelap mata paling syok la kan.
Dah tu pulak anak2 pasang CD
so mengalahkan panggung wayang le bila mata terpaku depan TV

Gaya2 menonton TV.. Semua nak melekat ngan abah.
Mama2 nak join pun tak muat pulak sofa tu
kena letak katil baru muat kot...

** Berkilat tak lantai rumah aku tu???

Citer apa kitaorang tengok??
Citer ni ha..
 DA DI DU

Sekali sekala layan lawak zaman 80-an pun best gak kan?? kan??


** Sape tau kat mana nak cari CD Misteri Rumah Tua yang Noorkumalasari berlakon tu??

Monday, April 18, 2011

LAYAN THE MASK

Malam Sabtu lepas korang nengok citer apa?
Akadamei Fantasia ?? [aku takdo Astro so takyah tanya la kan??]
Cerekarama??
Well, aku ni golongan marhaen layan je la citer free kat TV9
kebetulan ada citer The Mask masa tu
layan je la... buat stok gelak ketawa di hujung minggu


Lama dah kan citer ni.. Jim Carey pun muda lagi waktu tu.
Bila tengok citer lama2 ni, tetiba terasa muda la pulek.... Heheheh

Monday, March 14, 2011

3 IDIOTS

Semalam telah menonton citer ni
[pinjam VCD dari jiran sebelah rumah]
Tekun sungguh tengok citer ni sampaikan nak tinggal sesaat pun sayang
[kejap2 anak nak susu la, nak berak la... dah le takde iklan]


Keseluruhan citer ni memang BEST giler....
Kelakar & penuh dengan mesej
Tak jemu pun tengok citer ni walaupun lagu2 dalam citer ni tak best mana pun
Sape yang tak tengok lagi, memang aku syorkan tengok citer ni
tak rugi & takkan menyesal punya.
[sesape yang tingin jadi engineer pun memang sesuai sangat la tengok citer ni]

Basically citer ni tentang 3 orang sahabat baik yang berjumpa di Kolej Engineering
macam2 hal la kalau budak2 yang pelajar kolej ni
dengan peel lecturer yang macam VIRUS tu memang  boleh sakit jiwa tau
senang citer korang tengok la sendiri...
BEST...BEST.. BEST

"All izz well"

** Aamir Khan dalam ni walopun dah tua tapi still cute cam budak2

** Scene paling aku suka bila Silencer baca speech yang dah ditukar vocab... gelak sampai pecah perut!!

Thursday, February 17, 2011

Burlesque | Macam best jer

2-3 hari ni tv dok promo citer ni kat wayang
Cher berlakon tu... macam best je. Christina Aguilera pun ade

Citer tu nampak ala2 macam Moulin Rouge & Coyote Ugly sikit
Aku kalau bab ade dancing2 ni memang aku cukup suka
Tapi rasanya citer ni tak seswai untuk kanak2 kot
Citer tentang perjalanan menjadi seorang Burlesque Dancer
dan kostumnya memang seksi2 sangat

Ni trailer yang sempat aku tengok kat youtube


Nanti sape dah tengok, habaq la best ke idak citer ni ter...

Monday, February 14, 2011

Bukan Sorrry Tapi Soley Soley

Sudah donload citer Hantu Kak Limah Balik Rumah untuk tontonan anak beranak
Hari tu dah nengok kat wayang, sian la kat anak2 kan, so donload je kat youtube
ha.. apa lagi berulang2 kali le jadi tontonan kat rumah ni...

Banyak scene lucu dalam tu, sampaikan dah hafal
sebelum sampai scene tu dah boleh tergelak dulu
sampaikan anak aku duk tanya "kenapa mama sengih sorang2?"

Korang layan le lagu Soley Soley Versi Kak Limah ni yer..

** Tak tahan nengok si Abi Hurairah dengan Usop yang lemah gemalai ni

** Scene jamban lepas ni pun lucu gak.. pecah perut aku gelak..

Sapa tak tengok lagi, pi lah nengok kat youtube.. Tak rugi nengok citer ni..

Monday, November 1, 2010

U Me Aur Hum

Sape tengok citer hindustan kat TV2 Sabtu lepas?
Tajuknya U Me Aur Hum

aku ni takde intention pun nak tengok
nak2 pulak hero yang tak berapa nak berkenan so kureng la sikit nak tengok
Tapi disebabkan dah takde citer nak layan
aku layan je le citer tu
memula cam tak best tapi lama2 cam best pulak

Aku pun tak tengok dari awal
tengok pun dah lewat sejam
bila dah syok2 tengok pulak berebut dengan anak
kalau lawan dengan Wonderpets mana boleh menang kan???

Alkisahnya citer ni tentang satu kapel ni yang berkenalan dalam satu cruise
hero - Ajay Devgan,  heroin - Kajol
lepas berjaya tackel si heroin, hero ajak kawin so they did
pastu baru si hero tahu yang isteri dia ade alzheimer
memula cam ok tapi lelama penyakit makin teruk
lupa nak habaq si hero ni doktor pakar sakit jiwa
so jangan ingat doktor boleh overcome problem okeh
bila depa ade situation camtu depa pun serender cam orang biasa gak

One day bila penyakit dah makin teruk si hasben hantar bini dia ke hospital
bila wife dia kat sana di cam lonely 
pastu atas nasihat kengkawan, dia tekad bawak keluar wife dia dari hospital tu
& decided nak jaga wife dia sendiri
terharunya tengok citer tu.. aku sampai nangis2 ko!
ade lagi ke hasben yang setia camtu sekali  zaman2 sekarang ni yer???

Sape tak tengok lagi citer ni, silalah tengok
memang best & tak rugi korang tengok
& Kajol sangat2 cantik dalam filem tu...