Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 29, 2009

Masih suami isteri kah di akhirat??

Dah lama jumpa artikel ni tah kat mana... sesame la baca sebagai pengetahuan kita bersama:

Gambar perkahwinan aku pada 14/03/2004


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.


2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda, "Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir."

Wallahualam ...Jadi marilah sama2 kita suami isteri meningkatkan amal ibadah supaya bersama2 dapat masuk syurga.... Selalunya bila ada orang kahwin kita akan doakan "semoga bahagia hingga ke anak cucu atau semoga bahagia/kekal hingga akhir hayat"... (Selepas habis hayat camne lak???) So kita cuba betulkan doa kita kepada Allah iaitu semoga kekal dunia & akhirat.... AMIN!!!!

I Phone to let go

Ade sesape berminat nak pakai I Phone tak?? Aku nak let go I Phone aku tu sebab aku rasa tak sesuai dengan jiwa raga aku. Lagipun touch screen ni tak sesuai la dengan aku sebab melambatkan proses nak taip sms. Selalu tekan huruf lain, huruf lain lak yang keluar (Maybe sebab tak expert kot). So kena back sesaje. So rasanya tak memenuhi citarasa aku yang selalunya nak cepat aje.. Better beli yang guna keypad biasa tu je.... Anybody interested??? Aku baru je pakai dalam 3 bulan. Sape berminat boleh contact aku...

Aku bagi sekali casing ni tau.....

Fesyen tudung...

Bosan giler hari ni... ni aku baru lepas blog hopping ke beberapa blog tah sape2... Terjumpa la pulak fesyen2 pakai tudung ni.. Ha.. pasni boleh try... Cuba jangan tak cuba.. Ni yang simple & kena dengan jiwa raga aku la.. Kalau yang melilit2 tu poning kepala makcik....



MAK

Mak & Abah tersayang....



Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati.... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan .... mak

Bila sedih, aku mesti talipon..... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... . mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak B

ila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku. ... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku..... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku.... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari.... mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak



Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku



Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak



Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak



Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... ..

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......




Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:



1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00



Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.



1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA



Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Tapi yang sebenarnya..... AKU RINDU KAT MAK!!!

Wednesday, October 28, 2009

Tips Maintain Badan


Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) .

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...

Sabda nabi, "Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaallah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya."

Wallahu'alam

Suami Boroi Tanda Bahagia


Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita.. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak begitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lainnya "boroi". Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah.. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

Saturday, October 24, 2009

Trip to Pizza Hut

Ni pun citer minggu lepas. Sabtu lepas tah apa mimpi hasben aku ajak kitaorang gi Rawang makan Pizza Hut. Selalunya kalau ikut selera anak2 deme nak makan McD je (sebab ade playground). Kali ni Yaya pun interested nak makan Pizza. Heri (anak buah aku) pun ikut sekali. Tak banyak snap gambo ni je le yang ade…

Lama sangat menunggu order... perut lapo lak tu...

Abah melayan karenah anak teruna.... suka sangat Adib makan chicken soup tu...

Sedapnya hirup air gas...

Friday, October 23, 2009

Kemas sakan

Ni sebenonya kejadian hujung minggu lepas. Gambo baru upload so baru la teman nak bercerita dalam blog ni hari ni. Hujung minggu lepas kami suami isteri kemas rumah sakan. Sampai keluarkan semua kerusi meja sebab nak mop satu rumah. Tapi tingkat bawah je le.. tingkat atas malas nak kisah sangat sebab aktiviti kitaorang banyak berlangsung kat tingkat bawah. Tingkat atas tu untuk upacara2 tertentu jer… (Ehem---ehem) Lepas sapu, mop, pastu sapu lagi… baru kemas.. Letih siot!!! Tapi part paling best bila rumah bersih & lantai tak melekit2 & berbau haruman ros… Segar bangat!!! (Sebenarnya time bersih sakan ni, buat setahun sekali jer….) Time lain takat mop, lap & sapu gitu2 jer….

lapang bila dah keluarkan semua barang2... ni sebelum disapu & mop


semua kerusi meja kitaorang longgok kat porch...


penyebok2 yang nakal pun nak menempel. Si Adib bukannya nak tolong kemas, nak tolong sepah lagi ada...

Hari panas pulak so elok sangat la aku jemur tilam & bantal... (sebenarnya malam sebelum tu Yaya terkencing atas tilam)

orang kuat... merangkap tukang mop.. aku bab mop mengemop ni bukan la feveret aku.. so serahkan pada yang pakar...sape lagi si encik suami..


Rezeki Malam Jumaat

Daring jer tajuk post kali nih.... Actually jiran aku ade mintak tolong hasben aku rekomenkan kedai lampu. Dia nak buat plater siling kat umah dia so kononnya nak pasang downlight cam umah kitaorang... (Umah aku ni jadik umah contoh kat kawasan aku ni ha....). So kitaorang bawak la ke Batu Caves tempat kitaorang shopping lampu ngan kipas masa nak buat rumah hari tu. So far, dia kata kedai tu murah la berbanding kedai kat Batang Kali ni. So sebagai tanda tima kasih, malam tadi dia bagi la kitaorang makanan2 dari Genting... (jiran aku tu chef kat one of the hotels at Genting)... Wah..wah.. rezeki kami anak beranak malam tadi. Alhamdulillah...

sori la gambo tunggang tungging... ade spagetti, chicken wings & pizza... marbeles!!!

sempat lagi 2 beradik ni posing...

Dapurku rongak…

Benda ni dah terjadi 2 minggu sudah. Tapi hari ni baru sempat dah upload picture dalam lappy ni. Asal usul kejadian, memang dah lama perasan mozek tu dah agak lekang. Tapi satu hari tu hasben aku dok tumbuk ape tah kat tepi singki. Tumbuk pakai lesung batu la. Memula dia tumbuk tu memang bergegar la tabletop aku tu. Kali pertama, ok, kali kedua pun ok.. masuk kali ketiga terus PRANG!!!!!!! Berderai mozek yang lekang tu ke lantai. Apo nak di kato la mende dah jadi. Maleh nak membebel, aku ngan hasben aku pun sapu je la serpihan2 mozek tu masuk tong sampah. Sedihnya.. mengenangkan duit yang bakal keluar tak lama lagi nak merepair tabletop aku tu….

Rupa paras dari depan......




Thursday, October 22, 2009

Cara bantutkan peningkatan kalori dalam badan

Ini adalah rentetan entry lepas......(Dicedok dari email yang aku terima dari sape tah.....)

Letih memikirkan cara menjadikan diet anda benar2 berkesan? Persoalan bolehkah anda mengurangkan berat badan tanpa berbelanja lebih terhadap makanan tertentu, menyertai aerobic atau sanggupkah anda melaburkan wang yg banyak semata-mata untuk mengikuti program diet?

Ya! Hanya dengan mengubah cara hidup anda, anda boleh mendapat tubuh idaman dgn cara yg selamat dan menjimatkan! Duane Irons dalam bukunya Bargain Beauty Secrets ada 15 cara penyelesaian yg boleh anda praktikkan.

1) Segera setkan fikiran untuk mencapai segelas air masak suam setiap kali anda teringat atau teringin untuk mengudap snek.


2) Kosongkan almari makanan. Selain menjimatkan wang, anda juga membantu mengurangkan cubaan-cubaan untuk menyelongkar almari mencari makanan.

3) Buat sesuatu yg memberi inspirasi dan menaikkan semangat untuk menurunkan berat badan. Contohnya tampal gambar anda yg sedang memakai baju idaman seperti baju kebaya di kala usia anda 17 tahun.

4) Kerap gunakan rempah seperti halia, lada sulah, lada hitam, sos Tobasco yg nyata dapat mempercepatkan pembakaran lemak sehingga 25%.
(Sumber University Kyoto, Jepun).


5) Tidur adalah merupakan aktiviti yg boleh dilakukan bagi menghindarkan anda cenderung mengunyah makanan. Kajian yg dilakukan oleh University of Chicago menyatakan paras metabolisme wanita meningkat ke 40% jika mendapat tidur yg cukup.


6) Jadilah pembeli yg bijak. Sentiasa menyenaraikan apa yang ingin dibeli bagi mengelakkan belanja yg keterlaluan.

7) Tahukah anda kebanyakan model professional mengamalkan tip diet berpandukan ABCs iaitu dgn menjauhkan alkohol, bread (roti putih) dan complex carbohidrat (kabohidrat kompleks)

8)Lawan nafsu makan diwaktu malam. Terdapat kajian menyatakan kebanyakan kita cenderung makan lebih pada waktu malam atau dalam bilik yg gelap. Cuba mempercepatkan waktu makan malam anda dan tidur awal bagi mengelakkan anda dari dimakan.

9) Jangan sesekali lupa mengambil sarapan. Sarapan turut membantu meningkatkan metabolisme dan memberi tubuh anda tenaga setelah menahan lapar pada malam hari. Sekurang-kurangnya anda tidak makan yg keterlaluan pd waktu tengahari.

10) Pilihlah snek yg betul seperti biskut jagung tanpa gula ketika anda terasa anda teringin mengunyah makanan.

11) Sentiasa mendengar muzik yg memberikan ketenangan pada jiwa anda. Terdapat kajian menyatakan bahawa muzik yg menenangkan jiwa mengurangkan mood untuk makan berlebihan.

12) Kajian yg dijalankan oleh University of Switzerland menyatakan minuman teh hijau dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori. Dianjurkan 3 cawan sehari.


13) Perhatikan apa yg anda makan. Ketepikan semua jenis makanan tatkala anda menonton TV atau membuat aktiviti santai yg lain.

14) Peruntukkan 20 minit berjalan di luar rumah mengambil angin petang. Sekurang-kurangnya ia akan membantutkan keinginan anda mencai sumber makanan. Tapi ingat jgn berjalan di kompleks membeli belah, kerana di situ terdapat banyak kedai makan yg menduga 'puasa' anda.

15) Bila anda ke kompleks membeli belah, pesanlah salad, yogurt atau air kacang soya yg membuatkan anda berasa kenyang.

Bila perut dah beropol....

Semenjak lepas raya ni makin ramai la yang komplen badan makin naik la.. gemuk la... buncit la... Mana taknya asyik attend open house sepanjang bulan raya hari tu... Especially orang pompuan la yang suka bising2 pasal bentuk badan (aku la salah sorangnya).... Maka makin meluat la para suami mendengar keluhan si isteri... Nak- nak pulak bila dah beranak pinak... mula la perut tu makin membusut ke depan. Memula selapis, pastu 2 lapis pastu berlapis-lapis... (macam berger da....).


Bila dah buncit baru la sebuk nak mencari penawar... susut perut la, bengkung la... krim halia la... (aku la tu)... Tapi.... 1-2 hari awal je motivasi di tahap infiniti pastu masuk hari ke-3 terus menjunam sampai bawah tahap beku.... Malas punya pasal... semua produk buat hiasan je le... Mau tak bising encik suami masing2... Hei... camno nak kurus ni????


ni la perut beropol-ropol.... kena jaga2 before ropol dia makin banyak... muahahaha.... sib baik perut aku tak sampai tahap ni lagi...

Tarikh Luput Tong Gas

Ramai di luar sana yang tak tahu. Saya tahu pun dari satu blog masa buat blog hopping minggu lepas.

Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :


Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A utk March ( Suku pertama ),

B utk June (Suku kedua ),

C utk Sept ( Suku ketiga ), &

D utk December ( Suku keempat ).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan
kesedaran dan menyelamatkan nyawa. Better safe than sorry lo............

Untuk sang SUAMI

Especially untuk panduan suamiku yang tersayang...


PETUA MENAMBAT HATI ISTERI


Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat suami yang soleh.

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.

2. Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3. Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari. Berlatih untuk 4. mendengar dengan baik. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

4. Berikan sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yg berkualiti terhadap isteri.

5. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.

6. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala. (Ni selalu sangat abang buat.... Thank You....)

7. Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.

8. Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.

9. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

10. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak.

11. Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

12. Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

13. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir. Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

14. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar / tutup tv

15. Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

16. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.

17. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang
tujuh kali sehari.

18. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu "I love you".

19. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.

20. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur. Tolong terbalikkan stokin atau seumpama nya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

21. Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

22. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

23. Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain.

24. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.

25. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masaalah isteri.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.

28. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.

29. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala. Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

30. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

31. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa dikhalayak ramai.

32. Belikan hadiah-hadiah kecil dari semasa ke semasa -- minyak wangi, jamu dll.

33. Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita.

34. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.

35. Masuk tidur serentak dengan isteri. Jangan tunggu program TV habis baru masuk tidur.

36. Belai isteri sebelum pergi kerja.

37. Cuba ketawa bila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

38. Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan.

39. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala. Lakukan riadhah bersama isteri. Pergi berkelah sekali-sekala.

40. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.

41. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

42. Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.

43. Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.

44. Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.

45. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

Wednesday, October 21, 2009

Gelimat gelak terguling-guling

Sape pernah tengok video ni musti ketawa berdekah-dekah... Mana yang tak pernah tengok ni layan je lah....


Friday, October 16, 2009

Petua Murah Rezeki

Satu lagi email yang aku terima & ingin aku kongsikan dengan korang semua.... BACALAH!!!

Apa yang tertulis dibawah adalah 100% cedukan dari email orang tu tau.. bukan aku yang tulis.... hanya sekadar sebagai renungan bersama...



Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya:
"Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.


Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."
"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya."

(Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish)."

Saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa....

Rahsia Tarian Poco-poco


Salam...pada kali ini aku ingin kongsikan kepada korang tentang sesuatu yang menggemparkan tentang tarian poco-poco. Secara jujurnya aku tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Yang aku tahu kat merata tempat ade orang buat tarian nih.Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada seorang hamba Allah,membuatkan aku tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca e-mel ini.


"Assalammualaikum.


Alhamdulillah kerana Kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin Kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 Islam mengenakan Kita sedangkan kita tahu apabila Kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka Kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu.cuma tarian poco2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah Kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,korang yang selalu menari poco-poco ni ambilllah Inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa Kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan Kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul Dan kesannya kepada akidah Umat Islam Dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian Dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

WALLAHUALAM. ...

Wednesday, October 14, 2009

Resignation Letter

Dear Sir,

I'm resigning with immediate effect.

The reason for my resignation is what I found in my garage this morning before coming to work and I feel I don't need to work any more.

See for yourself......


Kalaulah betul.... BESTNYER!!!!!!

Khasiat Peluk Isteri




Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.


Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

Sunday, October 11, 2009

Mandi Limau

Tadi tengah rajin sangat le kenkononnya aku cuci la peti ais aku. Buang la mana2 yang patut. Buat menyesakkan peti ais jer.. Tengok ade la stok limau nipis aku. Dulu tah bila beli. Dah naik kuning dah limau aku tu. Daripada buang aku nak buat la mandi limau. Konon2 kat spa la... So malam tadi, hasben & anak2 gi umah mak mentua, so aku apa lagi.. buat la projek aku. Lama sungguh aku tak buat mandi limau ni... Last buat masa aku habis pantang si Adib (dah 2 tahun wooo). Sental2 apa yang patut... siap tenyeh kat rambut lagi. Habis satu bilik mandi bau limau.. Bila hasben balik siap perli2 aku lagi.. Hek eleh.. aku wangi2 pun bukan untuk orang lain pun... Rasa segar badan lepas mandi limau... Silap takde aura seri jer... (Kena beli nih!!!)... Nanti boleh buat lagi.......



Tu dia... limau yang dah potong nipis2... banyak la pulak...

Friday, October 9, 2009

Penangan Airwolf







Mengantuk sungguh pagi ni. Tidur lewat malam tadi gara-gara menengok citer Airwolf kat TV2. Dulu2 masa aku sekolah rendah citer nilah salah satu fevered aku. Korang ingat lagi tak citer ni??? Sebab minat sangat aku tengok sampai habis. Kul 2 pg baru aku tido walhal kul 5 dah nak bangun. Tak pe lah... Airwolf punya pasal (especially pilot dia si Stringfellow Hawk.. he..he... dedulu admire habis kat dia nih...). Ni aku tepek intro citer ni buat refresh memory....






Thursday, October 8, 2009

PENAWAR KEPENATAN


Satu amalan yang bagus untuk kita semua... Amalkanlah....


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.



Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua..

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata..

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

ISLAMKAH KITA SEPENUHNYA

Aku baru dapat e-mail yang diforwardkan oleh seorang hamba allah menceritakan tentang krisis-krisis dalam agama Islam. Tentang murtad, maksiat & ancaman-ancaman lain terhadap agama kita. Ini membuatkan aku terfikir & mula nak muhasabah balik diri aku. Terasa insaf sekejap. Yang menjadi persoalannya, aku beragama Islam, berani mengaku aku Islam namun adakah aku benar2 100% Islam.?.. Bila perhatikan sekeliling kita [tak usah jauh2 kat rumah pun boleh tengok] ramai hamba allah yang sambil lewa dalam beragama & kita perhatikan kualiti dan akidah umat Islam yang semakin nazak & hanyut dalam dunia masing2.


Kita mengaku kita Islam tapi berapa ramai yang ikut rukun Islam??? Kalau rukun pun tak buat / tak betul macam mana boleh mengaku sebagai Islam... Hairan pulak aku melihat ramai teman2 yang mengabaikan rukun2 Islam especiallynya SEMBAHYANG sedangkan dalam Islam SEMBAHYANG itu tiang agama. Yang sedihnya langsung tak rasa menyesal bila tinggal semayang tu... Hm.... Korang ingat / tau tak rukun Islam tu apa??? Ni aku senaraikan:

  1. MENGUCAP 2 kalimah syahadah... [semua orang Islam boleh sebut tapi adakah kita menghayati & memahami apa yang kita lafazkan.. tapi kalau pakwe/makwe sebut "I Love You" tau pulak nak feeling.. tapi nak I Love You dengan Allah ni payah la pulak nak beria2)


  2. SEMBAHYANG 5 waktu sehari semalam [ni yang paling susah orang nak buat.... ni baru 5 waktu.. itu pun dalam 5 minit jer untuk satu waktu..punya la liat nak buat. Yang lagi pelik tu boleh pulak tak cukup 5 waktu. Sembahyang Maghrib & Isyak je.. Solat lain tinggal sebab Subuh [bangun lambat], Zuhur & Asar [sibuk dengan kerja, jumpa client, shopping, urusan duniawi, lagho]... 2 waktu yang akhir tu pun buat sebab dah ade kat rumah. Tapi kalau ade rancangan kat tv yang best macam bola ke, cerekarama ke, AF ke... semuanya leboh.... dan kita masih tak malu mengaku kita Islam... Lagi satu especially lelaki tang Sembahyang Jumaat selalu sangat mengelat tapi kalau semayang raya pegi la pulak... Yang mana satu wajib,mana satu sunat ni???


  3. PUASA di bulan Ramadhan.... ni lagi satu yang rukun yang susah jugak orang nak buat. Tapi OK la dari SEMBAHYANG. Ade sesetangah tu pulak dengan bangganya cakap tak pernah tinggal puasa Ramadhan tapi sembahyang tak pernahnya lengkap. Ade lagi pelik, kalau tinggal puasa tahu pulak nak ganti tapi solat yang tertinggal atau sengaja tinggal tu tak rasa pulak nak diganti.... Hairan ye???


  4. ZAKAT - Ni pun satu hal lagi. Banyak orang berfikiran zakat ni hanya untuk orang kaya je. Tapi kita golongan sederhana ni & dikurniakan rezeki oleh Allah tak reti2 nak keluarkan zakat. Kalau bayar zakat lak tau bayar zakat fitrah je. Lain2 punya zakat tak ambil peduli. Sedangkan zakat tu boleh menyucikan harta & jiwa. Bukannya banyak pun kadar zakat tu cuma 2.5%. Sapa yang ade pendapatan tu reti2 kan le bayar zakat pendapatan, even EPF pun kita kena zakatkan bila kita ambil nanti. Selagi kita tak dianggap fakir miskin @ dhoif, kita wajib bayar zakat. Income tax boleh bayar berates-ratus takkan zakat tak leh bayar kot???


  5. HAJI bagi yang berkemampuan - rukun ni jadi kat tempat terakhir sebab bukan semua orang mampu nak gi haji. Tapi dalam masyarakat kita sekarang ni, orang yang dah gi haji ni selalu dipandang & dibanggakan. [sebabnya dia ade duit tu yang mampu gi haji tu]. Takde pulak orang nak tanya tentang sembahyang @ puasa seseorang tu. Lagi satu trend sekarang, pergi umrah 4,5 kali tapi haji sekali pun tak buat lagi. Kalau dah boleh gi umrah tu maknanya dah mampu la tu nak gi haji. Kos nak buat umrah pun dah nak dekat sama ngan gi haji. Baik la kumpul dulu duit tu buat haji dulu sebab itu yang diwajibkan... Umrah bila2 pun boleh buat. Utamakan yang wajib dulu....


    Rasanya itu la dulu tazkirah aku untuk hari ni.. He..he.. Ustazah nak mengundur diri dulu. Bukan bermaksud nak kenakan sesiapa hanya sekadar renungan & peringatan untuk diri sendiri & pembaca2 blog aku yang setia... Sambil tu muhasabah diri adakah kita Islam sekadar pada nama @ kita benar2 Islam??? Hayatilah...

Sunday, October 4, 2009

Gardening Mood

Lihatlah rumahku...... very the green..heheheh


Lepas raya ni baru la ade mood nak mengemas, menebas,melandskap tanah lapang kat rumah aku. Itu pun tanah dah lama beli tapi pokok2 yang mak aku bagi dari Ipoh dulu belum transfer masuk pasu lagi. Hari Rabu lepas [aku el sebab adib demam], sempat la singgah kat nursery kat Ulu Yam. Beli la 6 biji pasu (konon nak bercucuk tanam la). So semalam sempat la buat semua kerja2 yang terbengkalai.... Ni la hasilnya...


Bunga2 rayaku....semuanya mak aku yang bagi...



Bunga raya lagi.... dlm pasu yang kecik2 tu...aku beli 3 RM10.



Pokok keladi ni mak mentua aku yang kasi..dia yang tanamkan dalam pasu baru aku tu....



pokok ceri di luar pagar.... pepetang ramai bebudak dok petik buah2 ceri tu...



ni lak pokok betik...



Pokok palm... again..cik Besah yang bagi (dengan pasu sekali)



Finally....................






Pembantu2 setia aku....