Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Wednesday, April 7, 2021

PERGELANGAN TANGAN AMIRA PATAH

Memang tragedi Mac sungguh la tahun ni
Ada satu petang tu (29/3/2021), Amira kata dia nak pegi main
Masa tu aku baru habis masak, so aku cakap kat dia pegi la main dulu nanti Mama keluar. Selalunya kalau dia sebut main tu, maksudnya dia nak pusing2 main basikal. Tak sangka pulak dia pi main monkey bar kat taman permainan depan rumah aku ni.

Aku masa tu baru siap2 nak keluar, tau2 dia balik dengan nangis2. Aku  tengok muka dia ada luka sikit pastu dia pegang tangan dia. Aku tanya kenapa, dia kata dia jatuh. Tangan dia sakit. Aku tanya jatuh kat mana sebab aku ingatkan dia jatuh kat perdu pokok mangga tepi rumah aku ni. Lepas tu dia kata dia jatuh kat taman. Aku pun ajak dia masuk, mandikan dia & tuam tangan dia yang bengkak tu dengan ais. Lepas tu dia tertidur, so takde la aku bawa dia pi klinik malam tu. Aku anggap tangan dia terseliuh biasa je la.

Esoknya (30/3/2021) time balik keje, aku tanya dia tangan dia sakit lagi ke. Dia kata sakit lagi. Aku tgk pun tangan dia masih bengkak. So petang tu aku pegi rumah mak mentua & mak mentua aku suruh bawa ke klinik. Malam tu aku bawa la dia pi klinik. Pusing2 kat depan tu klinik2 yang aku biasa pegi semuanya tutup. Nasib la ada satu dua klinik yang buka. Pegi je la Klinik Mediviron. Bila doktor cek, doktor kata dia tak boleh buat apa. Dia suruh pi buat xray sebab takut kalau ada patah. Dengar perkataan "patah" tu buat aku cuak juga. Kat Batang Kali ni ada 1 klinik je yang ada buat X-ray tapi masa aku lalu mula2 tu ramai sangat orangnya sampai keluar2 klinik. So aku plan nak bawa Amira ke Hospital Kuala Kubu je malam tu. Tapi mata aku ni nak drive memalam memang kureng la.. So aku try call member aku tapi dia tak available pulak. Nak tak nak terpaksa la tebalkan muka mintak tolong abang ipar & biras aku untuk bawa aku & Amira ke hospital.

Tapi Abang ipar aku cadangkan buat dulu Xray kat klinik kat Batang Kali tu. Kami pegi la lewat sikit dengan harapan orang dah tak ramai. Alhamdulillah, masa kami sampai tu orang pun dah surut. Cepat gak le giliran Amira. Doktor cek pun dia saspek patah so kena buat Xray. Aku dalam hati dok doa2 je le jangan la patah kan. Tapi hasil xray sah le ada patah kat pergelangan tangan Amira.. Ni mesti bila jatuh pastu terhempap dengan badan debab tu pulak😅. So doktor buat surat untuk refer ke hospital. So sekarang nak tuju hospital mana pulak kan??? Doktor suggest pi Hospital Selayang sebab kat sana ada pakar. Kalau kat Hospital KKB takut diaorang suruh ke Selayang jugak kan.

Tapi.............abang ipar aku bagi cadangan suruh ke KPJ Rawang. Aduhai.. nak pi private ni maklum saja la kan.. Ongkosnya besar.. Tambahan pulak anak2 aku takde medical insurans ni.. Hermmmmm.. AKu cakap je terus terang kat abang ipar yang aku takde duit nak bawa ke private. Abang ipar aku kata takpe bawa je situ. Nanti dia uruskan... So berangkut la kami ke KPJ Rawang malam tu. Sampai sana terus ke emergency, pastu nurse cakap doc suggest datang balik esok & terus jumpa pakar. Malam tu takde buat apa pun cuma tangan Amira je kena bandage.



Next day (31/3/2021), pagi2 terus pegi KPJ Rawang lagi. Nasib la dah dapat appoitment kan. Tapi ada appointment pun kena la juga tunggu giliran kan. Masa kat hospital tu ada sorang budak tu pun sama problem macam Amira. Aku tak tanya pun tapi dengar je mak ayah dia bersembang. Masa jumpa doktor pun doktor tanya diaorang ni main sama2 ke sebab problem sama.. Wrist patah. Waktu & tarikh jatuh pun sama. Dah le umur & saiz badan pun sama. Cuma budak tu patah tangan kanan, Amira pulak patah tangan kiri. 




Memula tu doktor suruh pi xray dulu. Lepas xray baru dia cadangkan rawatan yang sesuai. So doktor kata memang kena operation untuk masukkan wire kat pergelangan tangan. Sebabnya dia tunjuk gambar xray tu, tulang Amira ni dah berselisih. So memang kena tarik  betulkan kedudukan tulang tu. Ayoyoyo... Pastu doktor tanya setuju ke idak nak buat operation... Macam2 la aku tanya kan... Risau... Last2 setuju je lah... nak anak cepat baik kan.  Lepas tu doktor cakap operation tu akan buat esoknya (1/4/2021). Tapi sebab aku ni takde insuran, dia taknak wardedkan Amira. Cuma katanya esok pagi2 kena datang awal la sebab waktu untuk prosedur Amira tu dah set pukul 8.30 pagi. Tapi sebelum balik doktor suruh Amira buat swab test dulu. 

Nak gi buat swab test ni pun aku cuak juga. Risau kot2 Amira ni menjerit ke, menangis ke kan. Tapi bila buat test tu kejap beno.. Tau2 dah siap. Amira kata tak sakit pun. Cuma hidung jadi gatal sikit. Tapi kejap je. Hebat anak mama... Mama pun belum tentu berani😅

Pastu nurse bagitau nanti diaorang akan call lepas dapat result swab test tu. Pastu nanti baru boleh datang hospital untuk admit for operation. So kami balik rumah dulu la petang tu. Esoknya baru pi hospital balik.




Ok nanti sambung pulak kat part seterusnya......








Thursday, May 16, 2019

AMIRA PULAK KENA DEMAM CAMPAK

Macam dah jangka dah lepas Jasmin kena chicken pox hari tu
mesti Amira pun kena juga
Selang seminggu sah le Amira pun kena lepas aku perasan ada bintik2 kat badan dia
Dah le dia  putih memang obvious la memerah kat badan dia tu
Tapi luckily Amira tak demam, just gatal2 je dia kata

Aku pun bagi je ubat demam cam biasa, lepas tu sapu je calamine lotion.
Jasmin dah ok dah just still keep on sapu ubat


Dalam kena chicken pox pun aktif kemain budak ni
Main tak ingat apa dah la...
Lepas tu pulak aku off-kan dia dari sekolah almost seminggu
Suka sangat la kalau tak pi sekolah😆
Tapi lepas tu menimbun le keje sekolah sebab dah banyak ketinggalan..
Mula la buat drama penat la, letih la, tak reti la

Tapi Amira punya ciken pox ni tak banyak sangat
Keluar manja2 je... sikit2
Tak lama pastu terus kering
Kat muka pun ada sebiji je kat kening dia..huhuhuhu

By the time aku tulis ni, Amira dah ok sepenuhnya
Dah start pegi sekolah dah pun.. dah seminggu dah
Cuma tinggal parut2 je la..








Tuesday, April 30, 2019

JASMIN KENA CHICKEN POX PULAK

Ekceli ni cerita last 2weeks kot..
Asyik malas nak update blog tu yang semua cerita trobek je le jadinya
Tapi nak kena buat entry jugak sebab nanti2 senang la nak refer 

Satu hari tu (Selasa),  lepas ambik anak2 kat pengasuh

pengasuh ada cakap yang badan Jasmin naik bintik2
Tapi masa tu ada 2 bintik je.. so aku andaikan just bintik2 biasa je
Tau je le budak2 kan.. Main tah apa2 kot2 la kena gigit dengan apa2 ke kan
Tapi pengasuh kata kot2 chicken pox
Aku pun macam dah lupa dah cemana rupa chicken pox tu😅😅
So aku cakap tengok esok cemana.. kalau ada naik lagi baru bawa gi klinik.

Esoknya (Rabu), lepas maghrib, Jasmin cakap ada bintik2 baru kat badan dia

Aku pun tengok la.. Haah la.. ada lagi 2-3 bintik baru kat badan dia
Takleh jadi ni.. so siap2 terus bawa dia gi klinik
Sampai klinik doktor cek, SAH!!!! CHICKEN POX le
Malam tu jugak terus wasap cikgu Jasmin,  inform yang Jasmin tak datang sekolah esoknya sebab kena ciken pox.


So Jasmin direhatkan le dari sekolah selagi ciken pox tak baik

Tapi still la aku kena hantar juga dia ke rumah pengasuh
Harap2 idak le dia jangkitkan pada budak2 lain (termasuk Amira) kat rumah pengasuh tu
Tapi doktor cakap ikut ketahanan budak2 tu jugak la
Kalau lemah memang boleh jangkit pada diaorang


Dah makin banyak bintat2 kat badan dia
(Masa ni hari ke-4 dah- Jumaat)



Esoknya (Khamis) aku hantar Amira pi sekolah 
Lepas tu singgah beli sarapan
Masa kat situ la borak2 dengan sorang parent sekolah Jasmin
Rupanya anaknya pun kelas Jasmin & kena ciken pox juga
Patut le berjangkit kat Jasmin pulak
Hahahaha...

Esoknya (Jumaat), pagi2 ada sorang parent kelas Jasmin juga  whatsapp aku

Katanya anaknya pun kena ciken pox juga
Mak.. ai.. berjangkit satu kelas gamaknya
Tak lama pastu cikgu kelas Jasmin pun update la kat group kelas
6 orang budak je yang datang hari tu
satu kelas tu ada 15 orang.. So separuh kelas kena ciken pox... Adoi la...

Minggu depannya tu memang sepanjang minggu aku tak bagi Jasmin pegi sekolah

Nak2 ada pulak lagi seketul kat kaki dia tu taknak pecah2 pulak
Geram je tengok
Luckily chicken pox Jasmin ni tak tebal sangat macam Adib dulu
Memang kesian tengok Adib
Jasmin ni tak ketara sangat.. Kat muka pun ada 3-4 bintik je
Adib dulu sampai menggerutu kepala penuh bintik2, dalam mulut dalam hidung semua ada.
Jasmin ni ok la.. Demam pun tak sangat.. Takat dedar2 badan je la.



Dah hampir baik dah ni..


Minggu ni aku dah suruh Jasmin pergi sekolah
Bintik2 masih ada lagi tapi semua dah kering
Maintain sapu ubat untuk hilangkan parut2 tu je

Pastu ciken pox ni kan pantang kena hujan kan
(dah le musim hujan pulak 2-3 menjak ni😅)
Memang kena hati2 le kalau dia ada kat luar rumah
Nampak cam nak hujan cepat2 suruh masuk

Kalau ikutkan dulu2, kalau ada orang dalam rumah kena ciken pox, menggoreng pun tak boleh kan.. Tapi kalau tak masak, nak makan apa pulak kan.. Tapi so far aku goreng ikan ke apa ke idak le pulak efek apa2 kat Jasmin. Kicap pun orang kata jangan bagi makan, tapi aku letak juga le sikit kalau dia nak makan. Budak ni nak makan kena ada kicap.  Alhamdulillah takde la pulak hitam2 parut dia tu. Cuma bab pantang kena air hujan tu memang aku ikut sungguh2.. sebabnya aku dah kena dulu.. memang tinggal parut sampai sekarang tau..hahahah.. nasib la bukan parut hitam..





Friday, October 27, 2017

AMIRA SAKIT MATA

Pagi kelmarin masa nak hantar Amira & Jasmin ke rumah pengasuh
Amira baru bangun dari tidur
Perasan dah mata dia cam bengkak sebelah
Ingatkan mata dia kena gigit semut 
Lagipun Amira takde pulak merengek sakit ke apa pulak

Sepanjang kat office, babysitter takde pulak bagitau apa2
Sampai la malam tu, masa aku ambik Amira
Baru dia cakap mata Amira merah.. banyak pulak tu
Kalau tengok biasa cam takde apa2
Tapi bila selak kelopak mata dia, punya la merah biji mata dia tu
Macam salur darah pecah
Aku pulak takut tengoknya

Aku tanya babysitter kot2 Amira ada main sampai tercucuk mata ke
Atau ada jatuh ke, atau ada apa2 objek tertusuk mata dia ke
Babysitter kata takde pulak
Amira pun elok je main kat rumah dia
Takde menangis atau merungut kata mata dia sakit ke apa



Last2 terus bawa dia pi klinik untuk cek mata dia tu
Cuak wei bila tengok mata anak jadi camtu
Mana la tahu kot melarat apa
Sepanjang kat klinik pun dia cergas je main lari sana sini dengan si Jasmin

Bila jumpa doktor, doktor pun cek2 dia kata Amira kena sakit mata
Bukan terkena apa2 pun mata dia... lega la aku bila doktor kata camtu
Doktor just bagi ubat titis je
Aku tanya kenapa jadi merah camtu
Kata doktor maybe Amira ada gosok mata dia masa bengkak tu
Maybe sebab gatal kot
Kalau tak serius lega la sikit.. risau juga kot2 merebak jadi benda lain pulak kan..

Dah 2 hari pakai ubat titis, alhamdulillah dah berkurang dah merah tu
Jangan orang lain kena jangkit pulak sudah le...

Wednesday, May 31, 2017

TRAGEDI RAMADHAN

Baru je pose 4 hari
udah macam2 hal dibuat dek anak aku ni tau
Semalam balik keje nampak si Adib duduk kat luar rumah
[dia takleh masuk sebab aku bawa kunci rumah]
sepanjang aku keje aku suruh dia duduk rumah opahnya
Tunggu la sampai aku balik baru la dia balik rumah

Lepas aku bukak pintu, aku suruh dia masuk
Tapi dia taknak masuk.. duduk stone je kat kerusi luar
Sambil muka telangkup kat lutut
Aku panggil2 dia baru dia angkat muka
Aku ingat dia letih puasa @ demam
Masa aku nak pegang dahi dia baru perasan muka dia merah2
Aku tanya dia muka dia tu kenapa
Agaknya dia takut aku marah, dia diam je
Aku main teka je la... kena pukul ke? bergaduh ke? jatuh ke?
Dia geleng kepala..
Last2 aku tanya ko main mercun ye??? Baru la dia angguk..

Adoi budak ni.... berderau darah aku..
Aku tengok muka dia takde la luka2 apa...darah pun takde.. 
Cuma muka dia macam melecur
Cepat2 aku suruh dia pegi mandi & letak muka dia kat bawah air shower
Mandi lama2 aku cakap
Sambil2 tu aku prepare la mende nak buka puasa

Lepas dia mandi aku tengok muka dia 
So far just merah je...
So aku suruh dia pegi rehat sementara nak pegi klinik lepas maghrib
Time2 nak berbuka ni, semua klinik pun tutup
Lepas maghrib, terus bawa gi klinik
Nasib la orang belum ramai masa tu
Sementara tunggu turn jumpa doktor aku nak tangkap gambar dia
Dia tak bagi... dia kata biar dia selfie sendiri guna tepon mama

Tu nampak tak habis kening & rambut depan dia terbakar sikit
Bulu mata pun kena sikit
Syukur tak kena mata dia kan
Hilang hensem dah...


Bila jumpa doktor, doktor pun terkejut..
Dia tak berani nak bagi ubat sebab takut ada effect apa2 kat lecur tu
Dia suruh aku pergi hospital terus

Nak tak nak kena la aku tuju Hospital Kuala Kubu
Itu yang terdekat dengan rumah aku
Dari rumah aku ke Hospital pun dah dekat 20 minit
Sampai kat emergency, orang pun ramai
Alamatnya berjanggut la nak tunggu😅

Time2 camni mula la aku rindu kat arwah suami aku
Kalau la dia ada... huhuhuhu

Tunggu dalam sejam baru la nama kena panggil
Terus dia suruh masuk bilik & nak cuci katanya
Tapi cuci tu pun idak le guna ubat apa pun
Cuci dengan cecair apatah.. takut ada infection apa2 kot

Sementara tunggu doktor datang


Alhamdulillah nothing serious
Bukan kena letupan mercun tapi percikan api
Sebab dia main mercun mancis katanya
Takdan baling, api dah sambar muka

Doktor just bagi ubat tahan sakit & ubat sapu
Adoi..haru sungguh la budak ni
Memacam hal anak jantanku sorang ni

Pasni tanya dia nak main mercun lagi tak?
Dia kata tak nak... baru tahu serik kot...

** Eh bulu kening tu nanti tumbuh balik tak???
[maknya cuak pulak😅😅]



Friday, April 14, 2017

APRIL- BULAN SAKIT

Lambatnya bulan April ni habis
Baru separuh bulan dah macam2 hal berlaku
Yang banyaknya ujian2 kesakitan.

Last week dapat berita mak collapse kat rumah
Dah le dia duduk sorang2 sekarang ni
Mujur lah dia sempat call jiran untuk datang
Dan jiran tu bawa dia ke hospital
Kesian mak!
Ajak duduk sekali dengan aku dia taknak
Katanya dia sayang nak tinggal kelas mengaji

Lagipun Ipoh & Batang Kali....ermmmm jauh beza kan
apa la yang ada kat Batang Kali tu kan
Semuanya jauh... hospital jauh, shopping mall jauh
Kat Ipoh mak happy sikit  kot... kengkawan ramai
Cuma masalahnya mak tinggal sorang2 je.
Anak2 semua dok jauh2.... 
Lagipun mak2 kita ni cemana pun nak duduk rumah sendiri jugak kan?
Even aku sendiri pun tengah consider nak pindah Ipoh...huhuhuhu

Dalam masa yang sama bapa mertua aku pun sakit juga
Dah lama sakit... melarat2 lepas arwah suami aku meninggal
Memula sakit kaki... bengkak surut.. bengkak surut
Lepas tu ada luka sikit kat kaki
Doktor cek dia takde kencing manis @ darah tinggi
Kata doktor saraf kat kaki dia dah rosak tu luka lambat baik

Orang tua punya degil lagi teruk dari budak2kan
Ajak pegi hospital pun taknak
Dah ala2 Ismet Ulam Raja... taknak gi spital
Kalau cakap spital je kena marah
Pastu bila asyik duduk je...bontot pun dah melecet
Udah asyik mengaduh sakit je bila pedih tempat melecet tu
Dari bontot melarat ke bahagian belakang badan sebab dia baring tu kan
Kesian tau.. tapi tu la... dia sanggup tahan dari pergi hospital

Tah cemana satu hari adik beradik pak mertua aku datang
Memang dah teruk sangat dah pak mertua aku tu masa tu
Tak makan dah 10 hari... minum je... itupun seteguk dua
Last2 deme pujuk gi hospital
Tah pujuk punya pujuk dia akur ke hospital
Tapi ke hospital Taiping... sebab adik dia ada offer nak jaga dia di sana
Lagipun rumah Pakcu [adik FIL aku tu] dekat je dengan hospital.
Akhirnya malam tu panggil ambulans datang ambil kat rumah & bawa ke Hospital Taiping.

Kenapa jauh beno ke Taiping???
Mesti ramai yang dok tanya kan?
Al-kisahnya begini... sebelum ni yang jaga FIL aku cuma mak mertua aku & abang ipar aku
Mak mertua aku pun tak berapa sihat
Lagipun FIL aku ni kesiankan mak mertua aku nanti semua kena buat sorang2
Tu yang dia taknak pegi hospital.. konon2 kalau dia ada di rumah cik besah ada la teman
Lepas tu abang ibar & biras aku kan kerja.. pergi pagi balik malam
So macam tak dapat le nak jaga sepanjang masa kan

So bila Pakcu datang pastu pujuk ke spital
alasannya kalau di Taiping , hospital dekat dengan rumah
Pakcu & Makcu boleh jenguk2kan abah & cik besah
Pakcu pun kerja syif so senang nak ulang alik hospital
Makcu pun surirumah je... anak2 diaorang pun dah besar2.. so takde masalah
Baru la pak mertua aku makan dek pujuk
Kalau admit kat hospital sini, sapa yang nak ulang alik hospital
Kesian kat pak mertua, kesian kat cik besah

Hari pertama di hospital alhamdulillah pak mertua aku ok
Aku tak folo la gi Taiping tu
Tapi cik besah, abang ipar & biras aku ikut la 
So biras aku la yang update kat aku pasal condition pak mertua aku tu

Ni doktor bagi dia ubat tidur
baru la FIL aku dapat tidur.. kalau tak tu memang tak lena tidur sebab sakit kan

Buat masa ni doktor tak bagitau apa2 sakit FIL aku
Kata abang ipar aku, saraf kaki FIL tu memang dah rosak sebelah kaki
Pastu detect maybe buah pinggang dia pun ada problem juga
Harap2 pak mertua aku segera sembuh dari sakitnya...





Monday, April 3, 2017

MATA CEMENG SEBELAH

Di suatu pagi bulan April 2017
Bila Amira bangun tido tengok2 mata dah sepet sebelah
Ni tak lain tak bukan mesti kena gigit semut
Sebabnya malam sebelum tu dia ngan Adib makan keropok kat atas tilam


Kelakar pulak muka si Mira
Dah cemeng sebelah matanya
[eh.. cemeng ke cemey ek????]

Tengok matanya tak merah, berair ataupun gatal
Aku tanya dia sakit ke idak
dia kata tak... sah le kena gigit semut tu!

Musim2 hujan ni memang semut2 berleluasa dalam rumah
Macam2 jenis lak tu
Yang hitam, yang halus, yang busuk [a.k.a semut mayat]
Stress aku nengok2 semut2 tu semua
Ni mesti semut halus dok celah2 karpet..huhuhu
Vakum aku pulak rosak.. adessssss




Wednesday, March 29, 2017

KECACINGAN!

Kalau dah garu2 bontot
tido pun menonggeng
itu katanya tanda2 ada cacing dalam perut

Tanda2 tu ada pada Amira
Babysitter pun dok kabo juga Amira kadang2 garu bontot
Last aku bagi Amira makan ubat cacing pun masa birthday Jasmin tahun lepas
Hahahaha.. sebabnya si Jasmin dapat ubat cacing so aku mintak untuk Amira sekali
Pastu takde dah le bagi ubat cacing

Sebagai mak yang prihatin [chewah!]
so balik keje terus singgah farmasi pi beli ubat cacing
Dah alang2 beli untuk Amira, beli la sekali untuk satu keluarga
Aku sendiri pun dah lama gile tak makan ubat cacing....hahahahaha
[Jangan ingat orang dewasa takde masalah cacing ye]

Singah farmasi stok ubat cacing pun tinggal ciput2 je
Zentel tinggal satu box je
So beli je la stok yang mana ada... asalkan namanya ubat cacing
Beli yang tablet je senang...
Diaorang tanya aku cakap je nak bagi makan vitamin..😅

Nah ubat cacing sorang satu...


Amira ni suka hisap jari 
tu la kot salah satu punca kecacingan ni
Sapa2 ada tips tak cemana nak bagi anak stop hisap jari ni???


Wednesday, October 19, 2016

AMIRA SAKIT MULUT

Bebaru ni Amira demam
pastu mula la dia tak berapa nak makan
Memula tu ingatkan dia tak selera sebab mulut tak sedap
Pastu baru nampak bibir dia merah merekah2
Masa gosok gigi pun dia nangis
So aku suruh dia buka mulut nak tengok ada apa dalam mulut dia
Tu dia.. kat bibir dalam dia dah naik ulser
Patut la dia tak nak makan.. mulutnya sakit
Ate mana idaknya, minum air masak pun tak mau
Badan panas dalam le sebab demam haritu gamaknya

Pastu malam tu lepas balik keje terus bawa dia gi klinik
Risau juga kot2 melarat2
Yang kelakarnya petang tu babysitter bagi dia makan buah senduduk
Udah hitam le pulak bibirnya
Mesti orang2 kat klinik tu heran tengok pesal mulut budak ni kaler hitam

Gothic tak mulut Mira? Udah le muka masam mencuka..hehehehe
Muka takde mood la tu


Masa jumpa doktor, doktor tanya gak kenapa mulut dia tu
Aku cakap je la.. kang dia kata aku dera anak aku pulak... choi!!!
Pastu doktor cek mulut dia semua
Doktot kata ada infection la.. so doc bagi antibiotik & ubat sapu

Lepas balik klinik aku beli aiskrim vanila sruh dia makan
Alhamdulillah habis dia makan aiskrim tu
Semalam pun mulut dia dah ok sikit, selera makan dia pun dah ok
Bila anak2 ceria, baru la mama lega...




Monday, February 29, 2016

MELAWAT ADIK DI HOSPITAL SHAH ALAM

Hari Sabtu malam tu tetiba adik bongsu aku wasap dalam group family
katanya dia kena masuk hospital 
sebab doktor saspek dia denggi
katanya dah 4 hari demam tak kebah2
pastu gi hospital terus kena tahan

Adik aku ni dah le baru keje awal bulan Feb hari tu
Gaji pun tak dapat lagi
dah kena masuk wad pulak... kesiannnnnn
Lagi kesian sebab jauh dari family
siapa la yang mengisahkan dia kat spital tu
Mak abah jauh, adik2 beradik pun jauh2
Cuma adik aku ada sorang kat Klang, boleh la dia tengok2 kan kejap

Mak aku pun bila tau adik aku masuk wad
sure la tak senang  hati kan
Tup2 hari ahad katanya dia nak gi tenguk adik kat hospital
Adik kata dia admit kat hospital Shah Alam
So mak  ngan abah pun gerak dari Ipoh tengahari semalam
Singgah rumah aku dulu, pastu baru pi Shah Alam

Nak ajak hasben aku, dia pulak baru balik kayuh basikal
tak larat katanya
So aku mintak izin la nak ikut mak aku
Budak2 kecik aku kata taknak bawak sebab sure budak2 bawah 12 tahun takleh masuk kan
Aku bawa Aleeya sorang je..

First time nak gi Hospital Shah Alam
tah tang celah mana la hospitalnya
siap google & tanya kengkawan aku yang duduk Shah Alam
Ok.. nasib la landmarknya aku tau.. dekat JAKEL & UiTM Shah Alam tu
Alhamdulillah selamat juga sampai
Dekat 2 jam juga perjalanan dari Batang Kali ko...huhuhuhu
Tambah2 lagi dengan trafik light..hui..jenuh

Pintu masuk Hospital Shah Alam

Hospital ni baru lagi katanya
So memang orang tak berapa ramai
Parking pun ok masih ada banyak
Tak macam hospital2 lain yang jenuh nak parking
Pastu orang tak berapa ramai nampaknya
Cam sunyi sikit la...
Cuma wad je penuh..hahahaha

Sampai2 kat lobi, udah pak guard tanya umur Aleeya
Selamba je aku cakap 12 tahun 
walopun dia sebenonya baru 11 tahun..hahahaha
[konfiden gitu.. kang gagap2 nampak pulak nipunya]
Kira halal la tu ye
Nasib la lepas..hehehehehe
[Nasib dia tak mintak IC la...huhuhuhu]

Ni la adik aku...kiri kanan tangan bercucuk
Sian nengoknya... tapi dia nampak ok la takde la lembik je
Ni pengalaman pertama dia le kena warded..

Masa kami sampai, pakwe dia ada teman
Ok la budaknya... dia la yang bawa adik aku gi spital
Nampak boleh harap, so ok la boleh la buat adik ipor..

Lepas kami sampai pakwe dia pun nak beransur la
Maybe dah lama dia kat situ
Kami duduk sana pun sampai habis waktu melawat kul 7 tu
[kami sampai hospital pun dah pukul 5 lebih]
Adik aku mula la sedih sebab takde sapa nak teman dia malam tu
Takpe la.. sabar je la
Nak buat cemana, mak abah aku pun kena balik Ipoh malam tu juga
Aku pun nak kena keje & anak2 aku pun sekolah...

Best friend adik kat wad
Kat mana2 pun kena usung..

Harap2 adik cepat sembuh & takde le sampai stage serius
Cuma doktor suruh dia minum air banyak2
Siap kena rekod berapa banyak air yang diminum
dan berapa banyak kencing.. 
[siap ada jug khas kat toilet untuk sukat jumlah kencing ---> kena kencing dalam jug tu katanya]


Korang yang baca ni tolong doakan adik aku sama ek.


Wednesday, February 24, 2016

GASTRIK

Semalam hasben mengadu sakit perut
Sampai tak boleh tidur katanya
Last2 pegi ke hospital sebab tak tahan sakit

Pergi cek-up di sana, doktor kata Gastrik
Pagi ni pun hasben pi klinik biasa
doktor kata pun gastrik
Kalau dah 2 doktor kata gitu, sapalah kita nak sangkal kan
Ha... dah kena gastrik le tu



Ni info yang aku cari kat doktor google
[walopun takde tauliah tapi satu dunia terima pakai gitu]

Punca Penyakit Gastrik:
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. 

Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.


Tempoh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

*** Baca tu bang.... memang kena sangat dengan awak ni! No wonder boleh kena gastrik...ermmmmm

Rawatan penyakit gastrik:
  • Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit. Jangan skip sarapan, lunch & dinner. <--- lain kali bila isteri dah siapkan makanan, makan je la... tak payah tangguh2.
  • Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  • Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  • Elakkan nescafe [terutama 3-in-1], kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  • Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  • Elakkan makan terlalu kenyang
  • Elakkan cuka, makanan yang pedas
  • Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  • Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  • Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  • Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  • Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

Step lagi satu yang paling penting BERTAUBAT dengan Allah, sebab sakit yang Allah kirim tu merupakan peringatan/ujian/kifarah atas dosa2 kita. Ini tidak, bila sakit kita semakin angkuh dengan Allah. Tetap DEGIL untuk melaksanakan perintahnya terutama SOLAT.

** Sakit pun konsepnya seperti MATI... boleh datang bila2 sama ada kita sedar atau tidak, sama ada bersedia atau tidak. Tidak lewat sesaat, tidak awal sesaat. Dalam sihat2 tetiba boleh sakit. Dalam gelak2 tetiba boleh mati..haaaaa

** Sama2 fikir apa yang Allah nak disebalik sakit yang dikirim..


Wednesday, January 13, 2016

DUGAAN LAGI : SAKIT MATA PULAK

Bangun pagi tadi tetiba rasa mata aku sakit
Masa nak mandi tengok cermin
tu dia..... bengkak sebelah mata aku
nak kata sakit mata, mata tak merah2 pun
cuma kelopak mata aku membengkak
nak kata ketumbit, takde pulak rasa "mata" tu
agaknya mata aku kena gigit semut kot

Aku dah siap2 dah nak gi keje sebenarnya
rasa malas nak gi klinik
masa tengah2 siap tu mata lak rasa gatal2
takleh jadi ni... nak kena pi klinik gak
makin lama, makin mengecil mata aku rasanya
sebab bengkak tu makin membesar


Pastu masa kejut Jasmin & Amira
sebab nak hantar ke rumah babysitter
aku perasan mata Amira pun bengkak gak
Mata Jasmin pun sembab sikit
Sah le kot kami kena gigit semut
Malam tadi semua pakat tido kat ruang tamu je
kot2 la ada semut atas karpet tu melarat2 la sampai tilam yang kami tido tu
Sabo je la....

Nak gi KK UluYam, cam jauh sangat rasanya
[malas yang lebihya]
Last2 tunggu jugak le klinik biasa yang kat area rumah ni
Kul 9 pagi baru bukak lak tu
Bertabah la aku menunggu... sempat la makan nasi lemak paru dulu..hahaha

Nasib la orang tak ramai kat Klinik tu
Masa aku sampai baru sorang je menunggu
so dalam 15 minit camtu baru la jumpa doktor
Doktor kata mata aku ada jangkitan
Tapi bukan la conjuntivis [belasah je spelling tu]
Aku bukan le apa... takut terjangkit kat anak2 je la.. sian kat depa

Ok dah gi klinik, doktor kasi MC 2 hari
Kasi bengkak betul2 baik katanya....


So duduk rumah ni takde la aku nak ngadap PC sentiasa
maka jarang le dapat blogwalking hari ni ngan esok

Bekalan ubat untuk 2-3 hari ni


Dugaan sakit aku makin berpanjangan...
Dari sakit perut-selsema-batuk-sakit mata pulak...
Banyaknya dosa2 aku ni....
 "insaf jap"