Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Gift. Show all posts
Showing posts with label Gift. Show all posts

Tuesday, January 5, 2016

REZEKI UNTUK YANG TAK BERCUTI

Hujung tahun ramai yang pegi jenjalan
baik dalam negara, mahupun luar negara
walopun ringgit meleset nilainya, tapi aku tengok diaorang rilek je jenjalan sampai ke obersi nun..
rezeki masing2 ye dak...hahahaha
ada banyak duit, jalan sajalah
kurang duit... duk diam2 sudah la...

Tak dapat pi holiday mana2
tapi dapat ole2 dari orang yang pegi holiday
Alhamdulillah... rezeki....




Monday, November 23, 2015

HADIAH UNTUK PENGKOMEN TERBANYAK

Assalamualaikum...

Memandangkan blog picisan aku ni pun dah lama
Kebetulan bulan ni pulak bulan birthday tuan blog
Maka aku dengan murah hati
nak kasi hadiah pada top commentator di blog ni
Ewah...

Tak caya??? Sila lah percaya
Wa tarak tipu ha....

Kat blog pun aku dah buat list top commentator
See???? Siapa yang tersenarai tu????


Hadiahnya idak le grand pun
Tapi ikhlas dari aku sebagai tanda terima kasih untuk korang yang setia meninggalkan jejak di blog aku ni..

Tarikh tutup 30hb November ni
So, sempat la lagi sesapa yang nak meninggalkan komen 
& nak jadi pengkomen terbanyak bulan ni di blog aku tu...


** Kalau ada rezeki akan diteruskan setiap bulan.. Insya-allah.. Nak ke???



Wednesday, April 29, 2015

KEJUTAN HARI ISNIN

Tengahari Isnin lepas tetiba hasben aku hantar whatsapp
Akukat opis masa tu
Hasben aku pulak keje shif petang  so masa tu dia ada la kat rumah
Dia kata "OOO.. diam2 ada order barang ye..."
Aku pun pelik.... barang apa la kan
Sebabnya aku takde beli apa2 benda pun
Lagipun kalau aku ada beli online,memang selalu aku buat alamat opis je

Bila aku cakap dia menipu dia pun hantar gambar
Dia cakap baru je orang GDex hanto
Siap hasben aku send gambar consingment note
Ada nama & alamat aku lak tu
Benda tu siap dalam kotak yang agak besar lagi

Pastu aku suruh je la hasben aku buka
Saspen juga kan
Kot2 la orang tersilap hantar ke apa

Bila buka..rupanya ini la benda dalam kotak
Beg baju beroda 




Dalam kotak baru la ada surat pasal benda ni

Rupa²nya Complimentary Gift dari Maybank
Tanjat gegirl tau seprise camni
Alhamdulillah... rezeki rupanya
Baru la lega di hati...

Balik dari keje baru la boleh membelek "hadiah" aku tu
Dah le brand BARRY SMITH
Langsung aku tak pernah dengar...hahaha
Nampak tau aku buta brand
Korang pernah dengar ke???

Ni rupa paras bahagian dalam beg ni
Ok la.. luas juga la
Banyak compartment juga untuk isi barang2



Siap ada TSA lock lagi
Very the safety kekdahnya





Nak kata besar, idak le besar sangat beg ni
Saiz sedang2 je ... 19"
Sesuai la untuk orang pompuan..hehehe

Mintak tolong Adib jadi model jap
[Abaikan jerambah kat belakang Adib tu]
Si Jasmin pun sebok nak main beg tu




Dengan Adib pun nampak comel je beg ni





** Tengah pening nak simpan kat mana la pulak beg keras  ni???